Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar?
Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar?
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pernah dikaitkan dengan hubungan cinta satu ketika dahulu. Namun selepas kedua-duanya menafikan, Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar? cerita mengenai mereka terus senyap. Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus yang Shaheizy Sam telah kembali kepada bekas kekasihnya, Puteri Najuwa. Sekali lagi desas-desus tersebut mati begitu sahaja. Kali ini timbul pula khabar angin yang menyatakan hubungan antara Sam dan Syatilla mekar kembali. Hmmmmm Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar?.
Desas-desus ini semakin bertiup kencang apabila Syatilla Melvin dilihat menghabiskan masa bersama ibu Sam, Khaty Fauziah. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Syatilla telah dilihat meluangkan bersama Khaty Fauziah dan beberapa lagi orang rakan. Sekiranya memang benar Sam dan Syatilla kembali menjalinkan hubungan, ini mungkin bermakna yang hubungan mereka direstui oleh si ibu.
Malah Syatilla Melvin baru-baru ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shaheizy Sam adalah antara lelaki paling rapat dalam hidupnya. Kata Syatilla menerusi Kosmo:-
Kami kawan rapat. Dia antara lelaki paling rapat saya. Saya tidak berani hendak cakap ya atau tidak mengenai hubungan kami. Apa-apa yang terjadi saya terima. Bagi saya, dia seorang lelaki yang mudah untuk dibawa berbincang dan ringan tulang apabila saya meminta tolong.
Abang Nara berdoa agar desas-desus ini menjadi kenyataan. Umur Shaheizy Sam pun dah semakin meningkat. Memang sesuai benar untuk menjadi seorang suami. Lagipun Sam dan Syatilla bak pinang dibelah dua. Nampak gaya hubungan pun macam dah direstu. Semoga ada sinar penamat yang bahagia untuk kisah ini. Sama-samalah kita nantikan.
Saya Gemuruh, Bukan Lalok – Akim Ahmad
Memang tidak dinafikan ramai yang kecewa apabila lagu “Mewangi” nyanyian Akim & The Magistrate tidak terpilih untuk layak ke AJL29 Saya Gemuruh, Bukan Lalok – Akim Ahmad. Namun tidak boleh dinafikan yang persembahan Akim pada malam tersebut kurang memberangsangkan. Lontaran vokalnya kurang menjadi. Senang cerita, nyanyian ‘live’ Akim tidak sama seperti yang sering kita dengar di radio. Akibat persembahan yang agak mengecewakan itu, ada suara-suara sumbang yang mendakwa Akim berada di dalam keadaan ‘lalok’ kerana mengambil dadah ketika menyanyikan lagu itu.
Terkejut juga Abang Nara apabila mendengar dakwaan tersebut. Nasib baiklah Akim pantas tampil menjelaskan keadaan. Sebenarnya Akim bukan ‘lalok’ sebaliknya gemuruh ketika membuat persembahan. Memang kalau gemuruh prestasi sebenar tak dapat ditunjukkan. Abang Nara pun kalau naik atas pentas memang jantung berdegup kencang. Cuak kot banyak mata memandang. Kata Akim:-
Saya sedar fitnah ada macam-macam jenis dalam dunia sekarang. Malah makin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Tapi terfikirkah mereka saya ada emak dan ayah yang tinggal bersama. Bagaimanalah penerimaan mereka apabila saya dikaitkan dengan benda macam ini?
Saya terkilanlah orang cakap disebabkan saya 'lalok' persembahan dalam MM29 jadi teruk dan gagal layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti. Saya dan kumpulan The Magistrate bertanding malam itu jadi takkanlah saya nak buat macam itu pula?
Kenapalah ada yang mudah membuat tafsiran sendiri dan menyebarkan perkara yang belum tentu sahih. Kalau saya 'lalok' takkanlah saya boleh buat persembahan di pentas. Mungkin ada pihak salah anggap melihat cara nyanyian saya yang kurang memuaskan itu disebabkan 'lalok' sedangkan saya terlalu gemuruh dan tertekan sebenarnya.
Saya takkan rasa gemuruh kalau saya 'lalok' dan separa sedar bukan? Tapi malam itu saya sangat gemuruh dan sedar kelemahan itu. Padahal kalau saya menyanyikan lagu itu pada persembahan pentas lain, okey saja.
Mungkin pihak yang tersalah anggap itu perlu mengikuti persembahan saya yang lain dan bandingkan sendiri. Kalau saya jenis yang 'lalok' memang susahlah saya nak buat persembahan di merata tempat dan masa
Diharap dengan penjelasan daripada Akim ini, semua pihak akan berpuas hati. Tak baik tuduh yang bukan-bukan. Darah gemuruh itu perkara biasa. Bukan semua orang boleh buat persembahan dengan penuh ketenangan lebih-lebih lagi di atas pentas yang sebesar Muzik-Muzik separuh akhir. Cuba letakkan tempat diri anda di tempat Akim. Mesti tekanan dan gemuruh apatah lagi dengan harapan menggunung banyak pihak. Apa pun, semoga ada rezeki Akim di pertandingan lain. Lain kali boleh buat yang lebih baik. Sumber Harian Metro.
P.S: Yeah~~ Menarik sangat-sangat promosi terbaru daripada MisClaire ini. Jubah bersaiz besar sebanyak 2 helai untuk RM120 sahaja. Harga sebelum promosi RM75 sehelai. Dah jimat dekat RM30 dah. Ada juga promosi ‘clearance sale‘ bermula dengan harga RM29. Murah tak ingat!!! Info lanjut layari www.misclaire.com, Facebook MisClaire dan juga Instagram MisClaire.
Iklan Di Instagram, Nora Danish Tertinggi Dengan Caj Sehingga RM3000
Instagram merupakan satu medium pengiklanan yang amat efektif jika digunakan dengan tepat. Disebabkan itulah kita sering melihat komen ‘visit my IG’, ‘klik nama saya untuk ubat tinggi’ dan macam-macam lagilah di akaun Instagram selebriti-selebriti tempatan. Kadang-kadang komen sampai beribu-ribu, tetapi 90% daripadanya hanyalah iklan semata-mata. Itu yang sampai ramai selebriti seperti Awal Ashaari naik angin.
Dengan adanya laman sosial seperti Instagram, kebanyakan selebriti turut sama mengambil peluang untuk mengenakan caj kepada mereka yang berminat untuk mengiklan di akaun sosial mereka. Dengan jumlah pengikut sebanyak 1.4 juta, Nora Danish mengenakan caj bermula daripada RM1500 sehingga RM3000. Ia adalah satu harga yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Bayangkan kalau 10% daripada 1.4 juta pengikut Instagram Nora Danish membeli barangan yang diiklankan, keuntungan yang diterima sudah pasti berlipat-lipat ganda. Silap-silap terus jadi jutawan.
Sementara itu model popular, Felixia Yeap juga turut sama menyediakan ruang pengiklanan di Instagram dan Facebooknya dengan harga mencecah sehingga RM2000. Dengan jumlah pengikut seramai 214,000 di Instagram dan 314,000 di Facebook, Felixia Yeap juga seringkali mengadakan promosi pengiklanan yang menyaksikan harga diturunkan sehingga RM500. Memang berbaloi-baloi. Siapa cepat, dia akan dapatlah harga promosi sebegini.
Caj-caj selebriti lain ialah Fizo Omar (bawah RM1000), Fynn Jamal (RM200-RM500) serta Nana Mahazan (bawah RM500). Kebiasannya jumlah harga yang ditentukan adalah berkadar langsung dengan jumlah pengikut. Makin ramai pengikut, makin tinggilah harga. Namun Abang Nara pasti caj yang dikenakan adalah berbaloi dengan impak yang akan diterima oleh si pengiklan.
Apa pun, sebagai seorang penjual, kenalah ada modal sikit untuk buat pemasaran. Kalau semua benda nak ‘free’, memang susah sikitlah nak maju perniagaan. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.
#AstroHDUniverse Kini Lebih Besar Dengan 10 Saluran Baru, Percuma Untuk Dilihat Sehingga 28 Februari 2015
Posted: 01 Dec 2014 06:00 PM PST
Ketibaan tarikh 16 November 2014 sangatlah dinanti-nantikan oleh Abang Nara. Ia adalah satu tarikh yang amat istimewa. Ia bukanlah tarikh ulangtahun perkahwinan Abang Nara dan isteri. Bukan juga tarikh kami berdua berkenalan. Namun ia adalah tarikh bermulanya 10 Saluran baharu dari Astro iaitu 8 saluran High Definition (HD) dan 2 saluran Standard Definition (SD).
Abang Nara sudah mengetahui mengenai pelancaran 10 saluran baru ini ketika menghadiri majlis "Your New HD Universe" oleh Astro pada 11 November lalu. Memang excited sangat-sangat. Mana tidaknya, pada tahun 2009, Astro hanya ada 4 saluran HD. Kemudian angka tersebut bertambah menjadi 40 pada tahun 2012. Dengan pelancaran 8 lagi saluran HD terbaru, Astro memberikan pelanggannya untuk menikmati 48 saluran HD pada kualiti terbaik.
Bak kata Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan ketika majlis perasmian 10 saluran ini "Sekali you dah tengok saluran HD, memang tak akan rasa nak tengok saluran SD dah". Abang Nara bersetuju dengan kata-kata tersebut. Abang Nara kalau tengok movie, bola, Akademi Fantasia serta Maharaja Lawak Mega mesti nak kena tengok dalam HD. Berbeza sangat kualiti gambar berbanding SD. Hehehe.
Cerita banyak tak guna. Meh sini Abang Nara senaraikan kesemua saluran-saluran baru ini untuk anda. Balik rumah terus tekan nombor saluran di bawah (lebih-lebih lagi yang HD) untuk merasai keseronokannya. Untuk makluman, 'preview' untuk saluran-saluran ini akan bermula daripada 16 November yang lepas sehingga 28 Februari 2015. Ada 3 bulan untuk kita tengok secara PERCUMA. Hanya saluran Zoo Moo (619) yang hanya boleh ditonton sekiranya anda melanggan pek kanak-kanak. Yang lagi 9 dapat tengok free kalau anda melanggan perkhidmatan HD.
Nama Saluran
Nombor Saluran
Hits HD
720
FOX HD
724
DIVA HD
723
Astro AEC HD
306
Astro Shuang Xing HD
307
Fox Family Movies HD
430
Fox Action Movies HD
434
FYI HD
736
Zoo Moo
619
Celestial Classic Movies
321
Sejak 16 November yang lalu, Abang Nara dan wife memang asyik berebut remote control Astro je. Wife suka sangat tengok saluran DIVA HD (723). Abang Nara pula macam biasa layan semua saluran movie HD. Paling best Fox Action Movies HD, rancangan-rancangan aksi yang disiarkan pun semuanya menarik.
Dengan pelbagai pilihan yang diberikan oleh ASTRO melalui FOX Action Movies HD, memang melekatlah Abang Nara depan tv. Kadang-kadang anak sulung Abang Nara si Aariz tue suruh pasang saluran Zoo Moo (619). Macam perang pun ada jugak. Semua nak tengok saluran kegemaran masing-masing. Namun selaku ketua keluarga, Abang Nara mempunyai kuasa veto (walaupun bila anak nangis terus mengalah). Hehehe.
Kalau anda masih tidak melanggan perkhidmatan HD Astro, sesungguhnya anda ketinggalan banyak sangat saluran-saluran yang menarik. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk turut serta dalam Astro HDUniverse ini. Maklumat lanjut layari www.astro.com.my.
0 comments:
Post a Comment