Powered by Blogger.

Pasangan kekasih kantoi khalwat kemalangan selepas larikan diri

Pasangan kekasih kantoi khalwat kemalangan selepas larikan diri


Pasangan kekasih kantoi khalwat kemalangan selepas larikan diri

Posted: 03 Sep 2014 07:45 PM PDT


Tengok TV Online

Pasangan kekasih kantoi khalwat kemalangan selepas larikan diri

PETALING JAYA: Sepasang kekasih ditahan selepas melanggar beberapa kenderaan semata-mata untuk melarikan diri daripada polis yang mengesan mereka sedang melakukan hubungan seks dalam kereta.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, berikutan insiden itu, suspek yang berusia 17 tahun berkelakuan mencurigakan ketika didekati pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam di Jalan Teknologi 3/6, Kota Damansara, di sini Selasa.

"Pemandu kereta itu memakir Inokom Atos biru di tempat gelap dan sunyi.

"Mengesyaki sesuatu, anggota peronda polis mendekati kenderaan itu dan meminta mereka keluar, bagaimanapun remaja terbabit terus memecut kereta itu," katanya pada Rabu.


Azmi berkata, bagaimanapun selepas sejam pihaknya mengesan kenderaan itu berhampiran Plaza Tol Damansara dalam keadaan remuk apabila ia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Honda Civic.

"Suspek serta merta ditahan di tempat kejadian.

"Kedua-duanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Shah Alam," katanya sambil menambah beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat perbuatan remaja terbabit.

Katanya, kes itu disiasat kerana memandu secara berbahaya dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Pemimpin PAS.. Mai Sini Jap, Cer Baca Citer Ni

Posted: 03 Sep 2014 07:39 PM PDT


Addin

Pemimpin PAS.. Mai Sini Jap, Cer Baca Citer Ni


Hampir 3 daripada 5 pengundi Melayu di Selangor mahu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), manakala kebanyakan pengundi Cina dan India mahu gabungan itu kekal utuh, menurut kajian bersama yang dijalankan The Malaysian Insider dan Merdeka Centre.

Kaji selidik yang dijalankan semasa kemuncak krisis menteri besar Selangor mendapati pengundi Selangor terbahagi sama rata antara mereka yang mahu parti Islam itu keluar atau kekal dalam pakatan itu, manakala seorang daripada 6 pengundi tidak membuat keputusan.

Pecahan etnik seramai 808 responden bagaimanapun menunjukkan 58% Melayu mahu PAS keluar daripada PR. Tetapi, hanya 29% daripada pengundi Cina, dan 19% pengundi India bersetuju.

Saya percaya pengundi Melayu itu adalah gabungan penyokong Barisan Nasional dan PAS yang percaya terdapat kekurangan apabila bersama Pakatan," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Ibrahim berkata, PAS tidak akan mendapat keuntungan dengan mendengar sentimen pengundi Melayu Selangor dan tindakan meninggalkan PR hanya akan memberi manfaat kepada pesaing politik mereka."Di Selangor, PAS pasti akan kalah jika ia melakukannya secara sendirian. 

50% daripada pengundi terdiri daripada bukan Melayu. Walaupun pertandingan PAS di kawasan yang dominan Melayu, mereka masih bergantung kepada undi bukan Melayu," katanya.

Kaji selidik yang berlangsung dari 11 Ogos hingga 17 Ogos itu juga mendapati jurang etnik yang jelas apabila pengundi ditanya sama ada PAS sepatutnya menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar.

Sebanyak 81% pengundi Melayu yang ditemubual berkata PAS harus terus menyokong Khalid walaupun selepas PKR menyingkirkannya, berbanding 21% Cina dan 33% India.

Ketika ditanya apa yang PAS patut lakukan semasa tempoh kebuntuan, 40% Melayu yang ditemubual berkata PAS perlu bekerjasama dengan Umno Selangor untuk menyokong Khalid, manakala 31% daripada mereka berkata PAS harus menyokong Khalid walaupun PR akan berpecah kerananya.

Hanya 14% daripada orang Melayu bersetuju PAS harus berlembut dan bersetuju dengan PKR dan DAP.Sebaliknya, 4% daripada Cina dan 8% daripada pengundi India berkata "ya" kepada perikatan Umno-PAS di Selangor untuk menyokong Khalid; dan 12% Cina dan 8% daripada pengundi India bersetuju PAS harus menyokong Khalid walaupun PR akan berpecah.

Bagaimanapun 55% dan 53% daripada orang Cina dan India, mahu PAS bersetuju dan menyokong keputusan sekutunya untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Ketika ditanya mengapa ada kecenderungan Melayu mahu PAS menyokong Khalid, Ibrahim berkata satu sebab adalah kerana beliau bakal digantikan seorang wanita.

Kaji selidik itu mendedahkan hanya 34% daripada responden Melayu berasa negara sudah bersedia menerima menteri besar wanita secara umum, berbanding 83% daripada pengundi Cina dan India yang bertindak balas secara positif kepada idea itu."Satu perkara lagi ialah, terdapat perpaduan antara sokongan daripada orang Melayu yang merupakan penyokong BN, yang mahu Khalid kekal. 

Kita juga dapati ada penyokong PAS bersama-sama ketetapan parti," kata Ibrahim.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu pada mulanya memberi sokongan kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Tetapi Jawatankuasa Pusat PAS akhirnya mengambil keputusan pada 17 Ogos – hari terakhir kaji selidik Merdeka Centre - untuk menyokong Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali untuk jawatan itu.

Khalid kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR kerana Sultan Selangor memberikan perkenan kepadanya pada 11 Ogos selepas diyakinkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu masih mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, Khalid meletak jawatan pada 26 Ogos, selepas PAS mengumumkan ia tidak lagi menyokong beliau. Bagaimanapun, Sultan menunda peletakan jawatannya dan mahu beliau kekal sehingga menteri besar baharu dilantik.

Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menetapkan setiap pemimpin parti dalam PR menghantar lebih daripada tiga nama untuk jawatan menteri besar Selangor, walaupun PR sudah mengemukakan surat sokongan kepada Dr Wan Azizah, yang ditandatangani 30 Adun.

PKR dan DAP memutuskan untuk berpegang kepada keputusan asal mereka dengan hanya mencalonkan Dr Wan Azizah di sebalik titah Sultan, merujuk kepada konvensyen 2013 dan 2008.Bagaimanapun, PAS menghantar nama Dr Wan Azizah dan Azmin kepada istana, satu tindakan yang boleh menyebabkan ketegangan hubungan antara ketiga-tiga sekutu PR. ~tmi



Iklan C (ii)







Tembelang PAS Terbongkar?

Posted: 03 Sep 2014 05:21 PM PDT


Addin

Tembelang PAS Terbongkar?


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.

"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.

Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.

"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.

Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. ~tmi





Iklan C (ii)







Aib Artis Gambar Bogel Jadi Tontonan Umum Gara-gara Penggodam.

Posted: 03 Sep 2014 04:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Aib Artis Gambar Bogel Jadi Tontonan Umum Gara-gara Penggodam.

Foto-Foto bugil Jennifer Lawrence tersebar di dunia maya
New York: Gambar bogel ramai selebriti terkenal termasuk pemenang Oscar, Jeniffer Lawrence dan penyanyi pop Rihanna kini bertebaran di Internet gara-gara penggodam. Ia dipercayai dilakukan penggodam yang melakukan pencerobohan terancang dan besar-besaran ke atas akaun peribadi selebriti terkenal.

Ketika beberapa artis mendakwa gambar berkenaan adalah palsu, Jennifer sebaliknya mengakui ketulenan imej yang tersebar itu. Aktres yang merangkul anugerah Oscar melalui filem Silver Linings Playbook itu berkata, dia berasa pelik apabila privasinya dirampas orang tidak dikenali.

Ejen Jennifer pula berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab membocorkan data berkenaan.

"Ini jelas melanggar privasi.
"Pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka pasti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebarkan gambar Jennifer," katanya.

Hasil penggodaman itu sejumlah gambar bogel Jennifer disebar di Internet, termasuk beberapa keping selfie. Selebihnya gambar Jennifer, 24, yang dirakam pihak kedua atau ketiga. Media melaporkan, sejurus gambar sulit itu tersebar pengguna laman sosial mula menggunakan 'trending' Jennifer Lawrence.

Menurut media, gambar berkenaan diperoleh apabila penggodam menceroboh akaun iCloud, Mashable dan beberapa media sosial lain. Turut menjadi sasaran, Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere dan penjaga gol skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Hope Solo. Tidak cukup dengan itu, akaun artis lain seperti Hilary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer dan Kim Kardashian juga diceroboh.

Bekas bintang Nickelodeon dan penyanyi Victoria Justice bagaimanapun menafikan imej menyerupai dirinya adalah asli.

"Gambar kononnya saya berbogel itu palsu," katanya melalui Twitter.

Jurucakap Ariana Grande juga turut menafikan gambar terbabit dan memberitahu ia tidak benar sama sekali. Namun pelakon filem seram Mary Elizabeth Winstead yang turut digodam gambarnya mengakui dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku.

"Kepada sesiapa yang melihat gambar saya bersama suami beberapa tahun lalu di rumah kami, harap kamu mampu berasa hebat dengan diri sendiri," katanya.
-AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Artis atau selebriti Malaysia pun kena hati-hati.. apa lagi yang beragama Islam.


Hina Islam: Ahli Politik Sabah Didakwa Atas Akta Hasutan

Posted: 03 Sep 2014 03:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Hina Islam: Ahli Politik Sabah Didakwa Atas Akta Hasutan



Akaun Facebook milik David Orok banyak membicarakan isu Melayu dan Islam. – Gambar Facebook, 3 September, 2014.

  Akaun Facebook milik David Orok banyak membicarakan isu Melayu dan Islam. – Gambar Facebook, 3 September, 2014.   Seorang ahli Parti Reformasi Sabah, David Orok, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan yang dibuatnya dalam laman sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad.
 The Star melaporkan ahli politik pembangkang itu didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu hari ini. Orok yang terkini didakwa atas tuduhan menghasut selepas beberapa siri tindakan dikenakan Putrajaya terhadap pemimpin pembangkang, seorang ahli akademik dan sebuah pasukan peronda sukarela.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (c) akta tersebut. Jika didapati bersalah, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun. Beliau yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000.
Mahkamah bagaimanapun mengarahkan beliau menyerahkan pasportnya dan melapor diri ke Balai Polis Tuaran seminggu sekali sehingga tarikh perbicaraannya yang masih belum ditetapkan. Orok didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Topokan di Tuaran pada 4 Julai lalu.
Posting Facebook yang dibuatnya tentang Nabi Muhammad dikongsi oleh orang lain secara meluas di Facebook, Twitter dan blog. Orok kemudiannya memohon maaf kepada umat Islam, dan menyalahkan orang lain kerana mengeluarkan posting yang menyakitkan hati itu.
Postingnya itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk ahli PAS dan Umno di Sabah dengan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah Hamid Ismail menggesa tindakan diambil terhadap Orok pada bulan Julai.
Laporan polis juga dibuat terhadapnya oleh Pemuda Umno bahagian Sepanggar dan Gabungan Majlis NGO Islam Sabah. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Orok bertanding atas tiket Star di kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman. – 3 September, 2014. (TMI)


Solidariti Rakyat Kelantan Bersama Gaza 5 Sept

Posted: 03 Sep 2014 02:43 PM PDT


Ibnu Hasyim

Solidariti Rakyat Kelantan Bersama Gaza 5 Sept



KOTA BHARU: "Sama-sama kita hadirkan diri di malam solidariti rakyat Kelantan bersama Gaza pada 5 September 2014 di Padang Perdana bermula Maghrib bagi memohon doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan harian saudara kita di sana," ujar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menteri Besar Kelantan itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Kerajaan Negeri Kelantan amat prihatin terhadap umat islam di Gaza yang menjadi mangsa kezaliman Zionis.

Alhamdulillah, ketika genjatan senjata yang lama ini hasil desakan dan perjuangan saudara kita disana, kita di peringkat kerajaan negeri juga turut bersama masyarakat antarabangsa khasnya dalam membangun Gaza setelah terlalu banyak kemusnahan berlaku. Setakat ini dilaporkan lebih 17,000 unit rumah penduduk Gaza yang musnah.

Untuk bangunkan Gaza ini sememangnya mengambil masa yang lama, mungkin jangka masa 15 hingga 20 tahun baharu boleh siap sepenuhnya usaha pemulihan infrastruktur dan tenaga manusia.

Usaha membina semula Gaza ini dijangka akan menelan kos sebanyak USD6 bilion atau bersamaan RM18.9 bilion. Ini adalah satu kos yang sangat besar dan memerlukan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu Gaza.

Pihak kerajaan negeri Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Turki baru Erdogan, diatas usahanya yang pantas membantu mangsa serangan Israel baru-baru ini dan juga tahniah kepada Raja Qatar, Syeikh Tamim bin Hamad Ali Thani yang telah isytihar bahawa kerajaan Qatar akan membantu bangunkan semula Gaza baru.

Selain bantuan pembinaan semula Gaza, saya difahamkan kerajaan Qatar telah menyumbangkan USD1,000 kepada setiap mangsa yang rumahnya telah musnah.

Di sini pihak Kerajaan Negeri Kelantan menuntut kepada pihak antarabangsa agar mendesak:
Supaya Israel membuka lebih banyak pintu masuk di sempadan dengan Gaza bagi membolehkan barangan, termasuk bantuan kemanusiaan disalurkan dengan mudah.Supaya negara Mesir membuka dan memudahkan urusan di sempadan Rafah bagi pihak bantuan kemanusiaan dari luar untuk memasuki Gaza.Supaya diberi hak kepada rakyat Gaza untuk lebih banyak memajukan tanah ladang berdekatan dengan sempadan disamping membuka ruang di luar pantai Gaza tanpa had hanya 3 batu sahaja seperti sebelum ini bagi memudahkan nelayan Gaza mencari rezeki mereka.Supaya pihak Israel membebaskan beratus-ratus tahanan Palestin yang ditahan di Tebing Barat ketika ini.Supaya bantuan asasi segera seperti bekalan air bersih juga kemudahan-kemudahan pendidikan anak-anak Gaza disalurkan dengan mudah. Pembinaan segera sekolah, masjid termasuk lapangan terbang di Gaza yang telah ditutup pada tahun 2000 selepas dibom oleh Israel juga perlu diutamakan.Pihak kerajaan negeri insyaallah turut menyumbang bagi membina semula Gaza ini dengan kemampuan yang kita ada dan pihak kerajaan negeri menyeru badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan, seluruh rakyat untuk turut sama menyumbang bagi mengumpulkan dana untuk pembinaan Gaza baru ini.

Sama-sama kita hadirkan diri di malam solidariti rakyat Kelantan bersama Gaza pada 5 September 2014 di Padang Perdana bermula Maghrib bagi memohon doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan harian saudara kita di sana serta untuk menyerahkan sumbangan pada malam tersebut. - HARAKAHDAILY 3/9/2014


Minda Merdeka, Balik Kepada Pemerintahan Islam.

Posted: 03 Sep 2014 01:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Minda Merdeka, Balik Kepada Pemerintahan Islam.



Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

1. Merdeka adalah istilah yang digunakan sebagai lawan kepada penjajahan. 31hb Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak juga turut merdeka apabila terbentuknya Malaysia pada 16hb September 1963.

2. Sejak bila Malaysia atau sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu dijajah? Adalah tidak tepat apabila dikatakan Malaysia secara umumnya dikatakan dijajah ratusan tahun. Hal ini kerana tarikh penjajahan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957 adalah tidak sama.

3. Paling lama adalah Melaka yang dijajah sejak tahun 1511 oleh Portugis, seterusnya Belanda dan terakhir Inggeris. Melaka adalah negeri yang dijajah ratusan tahun iaitu selama 446 tahun.

4. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 negeri Perak menerima Residen British. Seterusnya Selangor pada bulan Ogos tahun 1874 dan Pahang pada tahun 1988. Sembilan negeri disatukan oleh Inggeris dan kemudian dipanggil Negeri Sembilan pada tahun 1895.

5. Selepas perjanjian Bangkok pada 9hb Julai 1909, penasihat British dipaksa untuk diterima di Negeri Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun1909. Johor dipaksa terima pada tahun 1914 dan paling akhir Negeri Terengganu pada 1919.

6. Ertinya Persekutuan Tanah Melayu secara umumnya kecuali Melaka tidak dijajah untuk tempoh yang panjang. Jika diambil tarikh tahun 1874 maka paling lama negeri-negeri Melayu dijajah ialah selama 83 tahun.

7. Untuk tempoh sebelum 1874 bagaimana kedudukan negeri-negeri Melayu? Jawapannya ialah sembilan negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Kedaulatan mereka adalah bersumberkan Islam yang menjadi rujukan pemerintahan raja-raja Melayu.

8. Hukum Kanun Melaka yang merujuk kepada Islam digubal zaman Sultan Muhammad Syah (1422-1444) dan dilengkapkan di zaman Sultan Muzaffar Syah (1445-1450).

9. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang merujuk kepada Islam digubal pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Perak ke 3 (1577-1584 M).

10. Hukum Kanun Pahang yang merujuk kepada Islam digubal tahun 1596 - Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyuddin Syah, Sultan Pahang ke-12 dan berketurunan raja Melaka.

11. Undang-undang Kedah digubal pada tahun 1060H/1650M) oleh Sultan Rijaluddin Muhammad Syah, 1619-1652M) seterusnya Tembera Dato' Seri Paduka Tuan 1075H/1667M oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1688M) pada hari Isnin bulan Rabbi-I'I-awal tahun 1078H. Kedua-duanya bersumberkan Islam.

12. Undang-undang Johor yang bersumberkan Islam digubal oleh Sultan Mahmud Syah (1761-1821) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1789.

13. Penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu yang telah dijajah itu dengan dua cara iaitu:
Pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti.Keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.
14. Apabila merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah, Hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu tidak menafikan kedudukan Islam sebagai undang-undang asal Tanah Melayu. Contohnya kes Rahmah v. Laton pada tahun 1927 melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

15. Di era penjajahan, undang-undang muamalat dan jenayah dianggap urusan keduniaan yang tidak kaitan dengan Islam. Akhirnya yang dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah dan perkahwinan yang dipanggil personal law sebagaimana pada tahun 1880, Inggeris memperkenalkan Ordinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880).

16. Minda merdeka bererti meninggalkan penjajahan dan sistem pemerintahan penjajah dan kembali kepada Islam. Inilah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh PAS. Maka PAS tidak berjuang untuk hanya meruntuhkan sistem jahiliyah warisan penjajah yang diwarisi oleh Barisan Nasional lalu digantikan dengan jahiliyah baru yang diterajui oleh insan berbeza.

17. PAS tidak berkempen mengajak masyarakat meninggalkan mana-mana parti jahiliyyah untuk bersama dengan parti jahiliyah baru tetapi menyeru untuk meninggalkan sistem jahiliyah secara total untuk bersama dengan Islam. Perjuangan PAS adalah misi para Nabi sebagaimana firman Allah:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Maksudnya: "Dan sememangnya Kami telah bangkitkan pada setiao umat seorang Rasul untuk menyeru; hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah kamu menjauhi taghut-taghut." (Surah Al-Nahl ayat 36)18. Minda Merdeka menuntut pemerintahan dikembalikan Allah sebagaimana firman Allah:

{إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذلك الدين القيم} [يوسف: الآية 40
"Tiada hukum pemerintahan melainkan milik Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menjadi hamba melainkan kepada-Nya. Itulah ad-Din yang lurus". (Surah Yusuf ayat 40)19. Inilah seruan kemerdekaan oleh Rib'i bin Aa'mir di hadapan pemerintah taghut:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله ومن جور اﻷديان إلى عدالة اﻹسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة اﻵخرة

"Allah mengutuskan kami untuk kami berjuang mengeluarkan sesiapa yang Dia mahu daripada:Daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada AllahDaripada kezaliman agama dan fahaman (isme) kepada keadilan IslamDaripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat"20. Marilah kita perjuangkan MINDA MERDEKA yang bebas daripada pengabdian kepada taghut selain daripada Allah termasuklah taghut pemikiran dan isme-isme sekularis, komunis, sosialis atau liberalis. Kembalilah kepada Islam. - HARAKAHDAILY 3/9/2014
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Lihat ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...


Pakatan Tanpa PAS, Siapa Rugi? -Subky Latif.

Posted: 03 Sep 2014 12:46 PM PDT


Ibnu Hasyim

Pakatan Tanpa PAS, Siapa Rugi? -Subky Latif.


Penulis politik terkenal Subky Latif mengingatkan, bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat. Sebaliknya, kata kolumnis akhbar web PAS Harakahdaily itu, ia akan turut memberi kesan kepada DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia dibawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti 'Malaysian Malaysia'.
"Masa itu bukan saja (ketua anggota parlimen DAP) Lim Kit Siang sudah mendiang, (Setiausaha Agung Lim) Guan Eng juga mendiang.
"Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri," katanya.

Dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky (kanan) juga berkata, ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan kehilangan banyak kerusi jika Pakatan berpecah dan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya raya, selain berdepan BN.

Katanya, DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara.

'Tak keluar kecuali dikeluarkan'

Memetik bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bawah) yang kini menganggotai PAS, Subky berkata, PAS akan rugi besar jika keluar daripada Pakatan.

"...dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan, atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat," kata Subky.

Veteran politik itu menegaskan, daripada mula PAS tidak berganjak daripada Pakatan, cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk "merungkai perbezaan yang sesungguhnya banyak".

"PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya," tambahnya lagi.

Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap Langkah Kajang untuk menukar menteri besar yang dilihatnya "seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan".

"Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani," katanya. (MK)


KEMASKINI: PKR Terima Surat Istana. SU Buat Kenyataan Tapi Tarik Balik?

Posted: 03 Sep 2014 09:59 AM PDT


Ibnu Hasyim

KEMASKINI: PKR Terima Surat Istana. SU Buat Kenyataan Tapi Tarik Balik?

Pihak istana Selangor mengesahkan penerimaan surat daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyokongnya sebagai pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2014. 
Pihak istana Selangor mengesahkan penerimaan surat daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyokongnya sebagai pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2014. 

PKR mengesahkan menerima surat jawapan daripada pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor yang baharu petang tadi. Lapor The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, istana turut mengesahkan penerimaan surat daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menyokongnya sebagai menteri besar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan itu bagaimanapun ditarik balik sebaik sahaja diedarkan.


"Kenyataan itu belum disemak," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi The Malaysian Insider apabila ditanya berkenaan penarikan kenyataan itu.

Dalam kenyataan berkenaan, PKR turut merakamkan penghargaan kepada istana kerana mengesahkan penerimaan surat pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor.

Sementara itu menurut mStar, PKR menarik balik kenyataan mendakwa Istana Selangor tidak menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, 20 minit selepas ianya diedarkan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengedarkan kenyataan media mengenai perkara itu kira-kira pukul 9.30 malam Rabu sebelum meminta media menarik balik kenyataan tersebut.

Ketika dihubungi Saifuddin berkata kenyataan tersebut ditarik balik kerana 'beberapa maklumat' perlu ditukar dan kenyataan terbaharu akan diedarkan pada Khamis. Dalam kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada pelbagai agensi media, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengingatkan media supaya tidak menyiarkan kenyataan tersebut.

Menurut mStar lagi, kenyataan asal PKR sepatutnya merupakan maklum balas terhadap surat dari Istana Selangor yang mengingatkan parti itu supaya menghantar lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai menteri besar.

PKR turut merakamkan penghargaan kepada Istana kerana mengesahkan penerimaan surat bertarikh 1 September yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut. Saifuddin berkata, berdasarkan pemahamannya mengenai isi kandungan surat tersebut, tidak ada penolakan terhadap nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

PKR turut menyatakan Istana turut mengingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor. – 3 September, 2014  (IH) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?


PKR Terima Surat Istana. SU Buat Kenyataan Tapi Tarik Balik?

Posted: 03 Sep 2014 08:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

PKR Terima Surat Istana. SU Buat Kenyataan Tapi Tarik Balik?

Pihak istana Selangor mengesahkan penerimaan surat daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyokongnya sebagai pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2014. 
Pihak istana Selangor mengesahkan penerimaan surat daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyokongnya sebagai pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2014. 

PKR mengesahkan menerima surat jawapan daripada pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor yang baharu petang tadi.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, istana turut mengesahkan penerimaan surat daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menyokongnya sebagai menteri besar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan itu bagaimanapun ditarik balik sebaik sahaja diedarkan.


"Kenyataan itu belum disemak," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi The Malaysian Insider apabila ditanya berkenaan penarikan kenyataan itu.

Dalam kenyataan berkenaan, PKR turut merakamkan penghargaan kepada istana kerana mengesahkan penerimaan surat pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor. – 3 September, 2014


Lihat sebelum ini..E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?


PKR Sudah Mengetahui MB Selangor Yang Baru

Posted: 03 Sep 2014 07:42 AM PDT


Addin

PKR Sudah Mengetahui MB Selangor Yang Baru


PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar."Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk  Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan di kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Pengesahan itu dibuat selepas sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi pihak Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam. ~mk





Iklan C (ii)










Kontrak pasangan budak sekolah yang mengejutkan terbongkar

Posted: 03 Sep 2014 05:27 AM PDT


Tengok TV Online

Kontrak pasangan budak sekolah yang mengejutkan terbongkar


Satu gambar kontrak perpisahan budak sekolah tersebar di dalam perkongsian media sosial. Apa yang menggelikan hati, kontrak yang ditulis berdasarkan cinta tiga segi budak sekolah rendah itu siap dengan tandatangan dan turut mempunyai seorang saksi.

Baca kontrak perpisahan dibawah:


Tetapi, sekurang-kurangnya dalam era teknologi ini, budak sekolah itu masih menggunapakai kertas dan pen sebagai alat perhubungan sesama mereka. Nostalgia sungguh...



Gadis Ini Dipaksa Jadi Pelacur, Sebuah Catatan Pengalaman..

Posted: 03 Sep 2014 04:53 AM PDT


Ibnu Hasyim

Gadis Ini Dipaksa Jadi Pelacur, Sebuah Catatan Pengalaman..

Foto
PERISTIWA silam terus menghantui fikiran Zunera dan Shaista.

Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin

Impiannya mahu menjadi jurutera komputer. Namun pada usia 16 tahun, Zunera, gadis manis dari Pakistan yang bermata galak itu diperdaya untuk dijadikan pelacur di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Musnah impian-nya untuk menjadi wanita terpelajar apabila selama empat tahun dia disiksa dan dirogol.

Sejak dulu Pakistan memang terkenal menjadi penyumbang tenaga buruh yang murah di negara Teluk, khususnya dalam sektor pembinaan yang semakin berkembang. Namun pihak berkuasa juga mengakui ramai wanita muda Pakistan diseludup masuk ke negara Teluk setiap tahun untuk 'menyumbang tenaga' dalam perdagangan seks di rumah pelacuran dan kelab malam di Dubai. Zunera dan kakaknya antara mangsa yang diperdagangkan di sana.

Kini selepas setahun bebas daripada cengkaman pihak tidak bertanggungjawab, kepahitan pengalaman lalu masih menghantui Zunera. Suaranya tersekat-sekat apabila bercakap, malah badannya juga dipenuhi parut kesan dipukul berkali-kali. Parut besar yang menjalar di kakinya dari buku lali hingga ke paha mengingatkannya kepada pengalaman menakutkan apabila dia ditembak tiga kali oleh kumpulan penyeludup yang bertang-gungjawab memusnahkan hidupnya.

Pada 2013, Zunera dan kakaknya Shaista berjaya melarikan diri daripada genggaman penjenayah. Walaupun sudah bebas, dua beradik berkenaan masih hidup dalam ketakutan dan menyorok di rumah dua bilik di kawasan setinggan. Dua beradik itu sentiasa dirundung perasaan takut dan bimbang jika kumpulan penyeludup memburu dan cuba membalas dendam terhadap mereka.

Kisah hitam Zunera dan Shaista bermula di kampung halaman mereka di wilayah Punjab apabila keluarga dua beradik itu berhadapan masalah kewangan. Jiran mereka yang dikenali dengan nama Ayesha menawarkan dua beradik berkenaan bekerja sebagai pembantu rumah. Ayesha kemudiannya menyuarakan hasratnya kepada ayah dua beradik berkenaan untuk menjadikan mereka sebagai pekerja di salun kecantikannya di Dubai.

Dia juga menyediakan dokumen palsu bagi membolehkan Zunera yang masih di bawah umur keluar dari Pakistan dan bekerja di luar negara. Ketika suara Zunera tersekat-sekat bercerita kisah hitam mereka, Shaista langsung tidak boleh berkata-kata kerana terlalu trauma dengan pengalaman buruk yang dilalui. Sambil menahan air mata, Zunera meneruskan ceritanya.

"Kami tidak tahu rupa-rupanya perkara yang menakutkan sedang menanti di Dubai. Sebaik tiba di lapangan terbang di Dubai, Ayesha membawa kami ke tandas dan memberitahu bahawa kami perlu melayan pelanggannya yang mahukan 'hidangan seks'.

"Mendengar kata-katanya kami amat terkejut dan mula menangis. Dia mengingatkan kami keluar negara menggunakan dokumen palsu dan mengugut untuk menyerahkan kami kepada polis di sana jika membantah," katanya.

Memikirkan mereka tidak perlu mengadakan hubungan seks, maka dua beradik itu akur dengan arahan Ayesha dan mengikutnya.

"Pada kali pertama, dia turut berada dalam bilik itu dan memaksa kami melakukan apa saja yang dikehendaki pelanggan. Tergamak dia dan pembantunya melihat kami berdua dirogol," sambung Zunera sambil mengesat air mata.

Selepas itu setiap kali ada pelanggan, Ayesha memberitahu pelanggannya untuk menghubungi telefonnya dan tidak memutuskan panggilan berkenaan sepanjang hubungan seks dilakukan. Ini bagi membolehkan ibu ayam berkenaan mendengar dan mengetahui apa yang berlaku - sekiranya Zunera dan Shaista enggan melayan mereka.

"Dia mendera kami jika kami tidak mahu melakukan mana-mana aksi seks. Ayesha menegaskan dia tahu apa yang berlaku dalam bilik sepanjang masa kami bersama pelanggan," kata Zunera lagi.

Mereka bukan saja tidak dibenarkan keluar, malah dilarang berbual semasa sendiri. Sekali-sekala mereka dibenarkan bercakap dengan keluarga di Pakistan melalui telefon, itu pun di bawah pengawasan ketat.

"Dia selalu memukul kami. Jika saya atau kakak bercakap dengan ibu bapa melalui telefon, dia mengugut akan membunuh kami sekiranya kami bercerita mengenai rumah pelacuran itu," jelasnya.

Dari semasa ke semasa ibu ayam berkenaan membawa Zunera dan Shaista balik ke Pakistan bagi memperbaharui visa mereka. Setiap kali itu dia mengancam akan membunuh seisi keluarga mereka sekiranya dua beradik itu berani membuka mulut dan mendedahkan tipu dayanya.

Akhirnya pada Mac tahun lalu, dua gadis malang itu nekad memberitahu kejadian sebenar kepada kakak mereka, Qamar yang berusaha membebaskan Zunera dan Shaista. Namun pembebasan itu menuntut pengorbanan yang besar.

"Abang dan adik lelaki suami Ayesha datang ke rumah kami. Mereka melepaskan tiga das tembakan yang mengenai kaki saya. Ketika berada di hospital, Ayesha mengupah polis untuk menyeksa saya dan memaksa saya berjalan walaupun tahu saya baru saja menjalani pembedahan," kata Zunera.

Kejadian itu membuatkan keluarganya segera membawa Zunera keluar dari hospital dan berpindah ke tempat lain. Ini kerana jiran tetangga juga mula menganiaya mereka sekeluarga selepas mengetahui Zunera dan Shaista pernah bekerja sebagai pelacur.

Keluarga Zunera cuba mendapatkan bantuan mahkamah untuk menghentikan jenayah pemerdagangan wanita yang dilakukan Ayesha dan suaminya, Ashfaq. Mahkamah sudah mengarahkan Agensi Penyiasatan Pusat (FIA) untuk menyiasat kes berkenaan, tetapi sehingga kini ia tidak menunjukkan banyak perkembangan.

Menurut peguam, Zulfiqar Ali Bhutta yang mengendalikan kes Zunera, kumpulan penyeludup mempunyai hubungan baik dengan ahli politik dan polis.

"Setiap minggu puluhan gadis muda dari Pakistan diseludup ke Dubai untuk dijadikan pelacur, tetapi tiada pihak yang mengambil tindakan ke atas mereka.
"Tertuduh utama dalam kes ini, Ashfaq boleh bergerak bebas di depan pegawai FIA. Mereka tidak menangkapnya walaupun mahkamah membatalkan arahan yang membenarkan dia diikat jamin," kata Zulfiqar lagi.

Berdasarkan data terbaru Jabatan Negara Amerika Syarikat, pada 2013 kerajaan UAE mengenal pasti 40 mangsa dan merujuk mereka ke rumah perlindungan yang dibiayai kerajaan. Bagaimanapun, ketika pihak berkuasa UAE bersungguh-sungguh mengatasi masalah pemerdagangan wanita, keadaan sebaliknya berlaku di Pakistan.

"Memang benar ratusan remaja perempuan dibawa ke Dubai untuk bekerja di salun kecantikan dalam kumpulan tarian dan muzik, tetapi tiada bukti menunjukkan mereka diseludup dan dijadikan pelacur," kata Syed Hassan, timbalan pengarah FIA di Faisalabad.

Kenyataan itu membuatkan kehidupan wanita malang seperti Zunera dan Shaista semakin tidak keruan.

Ayesha si ibu ayam sudah menyerah dan mahkamah membebaskannya dengan ikat jamin. Pembebasannya menyebabkan hati dua beradik yang menjadi mangsa ketamakannya tidak tenteram, terus dilanda kebimbangan dan ketakutan. Dua beradik itu takut penembak upahan akan kembali mencari mereka. - AFP


Ulama PAS Akui 2 Adun Gagalkan K'sama Dengan Umno -M/Insider

Posted: 03 Sep 2014 04:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ulama PAS Akui 2 Adun Gagalkan K'sama Dengan Umno -M/Insider

Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider. Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.







 Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.
"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.
"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.

Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.
"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.

Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. – 3 September, 2014. (TMI) Lihat sebelum ini..E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?


5 Gambar ULAT ditemui dalam Coklat Cadbury Blueberry

Posted: 03 Sep 2014 02:27 AM PDT


Tengok TV Online

5 Gambar ULAT ditemui dalam Coklat Cadbury Blueberry


Kontroversi Produk Cadbury muncul lagi namun bukanlah berkisar mengenai penemuan DNA Babi. 

Seorang pengguna Facebok, Sima Iman memuatnaik beberapa keping gambar pada 1 September lalu menunjukkan penemuan ulat putih di dalam Coklat Cadbury Dairy Milk Blueberry.

Tarikh luput Coklat Cadbury itu pula masih jauh iaitu pada 6 Januari 2015. 
Dibuat oleh: cadbury confectionery (M) sdn bhd (19442-t), No.8, persiaran raja muda, seksyen 15, 40200 shah alam, selangor D.E, Malaysia.








Kisah benar penceraian ini mendapat 27,000 share di Facebook!

Posted: 03 Sep 2014 12:42 AM PDT


Tengok TV Online

Kisah benar penceraian ini mendapat 27,000 share di Facebook!



Kisah yang syahdu dan penuh pengajaran ini telah mendapat 27,000 lebih share di media sosial. Ini kisah seperti yang diceritakan beliau:

Cerita penceraian aku dengan isteri ini berlaku pada tahun lepas. Kitorang dah sembilan tahun berkahwin dan sudah ada dua orang anak.

Masa itu, aku ada dekat office. Dapat first SMS dari isteri.

"Assalam abang, Ina nak minta cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan."

Tersentak aku. Kenapa pula tiba-tiba? Aku tak balas apa-apa sms dari isteri. Jam pula dah pukul 5, waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 petang.

Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula buka suara,

"Kita ke Tasik Titiwangsa nak?"

Dia jawab ringkas, 'okay'.

Tak jauh pun, dalam 10 minit dah sampai, sebab tempat kerja dia kat area Jalan Ampang. Jalan pun tak jem sangat time itu. Kitorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya,

"Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke,? tanya aku sambil cuba bergurau.

"Sebenarnya Ina dah agak letih. Kesihatan abang tak pernah baik. Setiap pukul 3 pagi, Ina mesti bangun buatkan abang air jus epal untuk ubat sakit batu karang abang tapi tak pernah baik. Malam semalam Ina bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Sampai ke office pula, Pendrive Ina rosak. Dalam itu ada dokumen yang bos nak, Ina dah kena marah. Sampai waktu lunch, Ina beli makanan, bihun tu basi pula. Macam-macam hal jadi hari ini. Nak balik tadi, kaki Ina terpeleot sampai jatuh di depan client. Malulah abang. Ina tak cukup tidur, Ina nak mintak cerai." jelasnya.

Memang betul. Dah lama tapi kesihatan aku tak pernah baik. Aku ditakdirkan terkena batu karang. Dah bermacam kaedah berubat tapi tak juga baik. Dah tiga tahun, ubat tradisional. Aku pun tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yang aku minum itu cuma boleh reduce sakit apa yang aku alami ini. Kalau tak, malam-malam aku mesti berdarah juga la. Financial pula problem sebab anak aku kena hinggap lelah. So duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri,

"Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi Ina dah buat keputusan. Abang berkahwin dengan Ina bersebab. Kalau bukan untuk bahagiakan Ina, untuk siapa lagi? Tapi Ina tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak Ina. Ina berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang minta maaf atas apa yang Ina dah lalui ini. Mungkin tiga tahun masa abang tengah sakit ini banyak membuatkan hati Ina menangis. Tapi takdir Allah ini abang tak boleh tolak. Abang kena teruskan juga kehidupan.

"Abang tunaikan permintaan Ina untuk lepaskan Ina. Abang redha sebab abang sayangkan Ina. Ini pun tanggungjawab. Tapi minggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun minggu depan abang outstation, anak-anak kita pula cuti sekolah. Takut diorang terkejut pula benda yang datang tiba-tiba ini.

"Soal pembahagian anak itu, abang takkan berebut. Kita ada dua orang anak, abang akan ambil yang sulung, Ina ambil yang bongsu. Untuk seminggu ini, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak-anak takkan syak sebab abang akan buka tv sampai pagi masa abang tidur.

"Terima kasih atas jagaan Ina selama sembilan tahun ini. Dah macam-macam kita tempuh. Ina jangan menangis lagi. Air mata Ina itu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nanti, Ina jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi-pagi. Lepas Ina gosok tudung, Ina mesti lupa. Abang tak marah. Kereta Kita ini manual, Ina dah lama tak bawa manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Ina boleh pakai kereta, abang pakai moto je pergi kerja. Safety first Ina, pakai seat belt masa memandu. Ina selalu lupa, tapi abang pakaikan," jelasku panjang lebar.

"Minggu depan? Bolehlah, lagipun masa itu cuti sekolah, Ina akan bawa budak-budak balik kampung. Okay." jawab Ina.

Dalam masa seminggu itu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk juga dan panas sebab aircond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tidur. Tapi Ina tak pernah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk minum seperti kebiasaan. Dah bermacam DVD juga aku tengok kat rumah tu. Walhal tak pernah-pernah tengok DVD selama ini. Cuma tahu beli je. Itupun Ina yang nak sebab lepak mapley je mesti beli satu DVD. Aku dengan dia ini tak sama taste. Manalah aku suka cerita jiwang-jiwang ini. Sampailah cukup seminggu hari sabtu pagi.

"Ina, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?" panggil ku.

"Ye abang, kenapa?" soalnya.

"Abang dah janji dengan Ina, abang nak lepaskan Ina. Abang nak lafazkan cerai,"

Ina terkejut. "Hah? Tak boleh abang. Jangan! Ina sayangkan abang. Ina dah buat keputusan yang salah. Ina minta maaf. Kita balik semula ye abang. Ina lupa dengan janji abang, tapi Ina tak biasa bila abang tak ada. Orang yang boleh faham Ina dengan baik cuma abang. Ina takkan ulang benda ini lagi dekat abang." balas Ina sambil menangis.

Nasib baik anak-anak ada dekat luar rumah, kitorang dekat dapur.

"Abang dah lama ampunkan Ina. Ina tak salah dalam hal ini. Abang pun susah hati bila Ina tak ada. Takdir Allah, tuhan dah baikkan hati Ina. Abang tipu sunat dekat Ina. Sebenarnya abang tak ada outstation. Abang bagi alasan itu sebab abang nak Ina bertenang untuk Ina fikir balik keputusan apa yang Ina dah buat. Abang minta maaf. Dah 9 tahun abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan Ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk. Walaupun Ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa Ina lepas makan, betul-betul buat abang tergelak. Langsung tak cover. Tapi itulah, kalau Ina tak nak kat abang ini, abang makin tua makin tampan. Melepaslah Ina." selorohku.

"Abang niiii!(Ina pun peluk). Ina syampu rambut abang nanti nak? Dah selalu rasa air tangan Ina ni barulah abang tak menggatal." Ina cuba membodek

"Hamboii. Bodek nombor 1. Haha,"

Alhamdulillah, aku dengan Ina tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan itu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle problem ini. Alasan dia sebab dia letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kena tahu, level dia sebagai isteri dia terpaksa buat. Aku tak pernah paksa, cuma aku ini pun orang yang susah untuk bangunkan seawal 3 pagi. Tapi terpaksa dia ini adalah kerja untuk Allah. Yelah, sebab jaga suami kan.

Dari hati yang terpaksa itu dia akan ikhlas. Macam solat, orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan memaksa. Tapi hati ini milik Allah. Lama-lama dia akan ikhlas dan redha. Ikhtiar aku, cuma aku berdoa minta dia dilembutkan hati. Standard orang perempuan, emosi dia ini turun naik. Bila emosi dia naik, moral dia akan down dan marah. Time inilah dia kurang sabar. Bila buat keputusan, memang dia akan ikut apa aja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran dia. Emosi dia tak stabil.

Ina ini agak pelupa. Sebenarnya ada helah kenapa aku bawa dia ke Tasik Titiwangsa dulu masa dia minta cerai. Kat situ mulanya date kitorang dulu. Waktu itu, Ina tersalah dial telefon. Angka cuma lari satu je dari nombor yang dia nak dial tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan je, apa lagi. Gunakanlah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ini sedap didengar sebab suara manja. Lagilah aku lentok. Cuma dia cakap laju je.

Kereta dia tengah problem masa itu sebab tak boleh nak start (kereta kancil ini dah dijual, aku beli kereta baru). Aku bagi dia troubleshoot. Tapi dia tak pandai sebab orang perempuan kan. Bab-bab ini dia tak laju. Kasihan pun ada sebab dengar suara dia dah nak menangis. Lagilah aku tak jadi nak menipu, aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti, kalau dia sudi.

Dia dah start risau, tapi aku bagitau waktu siang ini. Aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia ada rasa ragu-ragu, dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku dan start menjerit kalau nampak aku ini meragukan nanti. Niat cuma nak tolong.

Aku sampai, dan jumper battery dia balik dan kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan diri aku pun. Dia tengok dengan penuh minat dan penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanyalah,

"Dalam kereta awak ini ada payung berger tak?"

Dia tanya kenapa. Aku jawab.

"Kalau ada, saya nak buka kaunter pertanyaan kat sini".

Dia kata aku perlu pula. (Hahaha).

Kereta dia memang kemas dan superb wangi. Dia buka pintu kereta dan ambil air twitter masa itu bagi dekat aku. Aku balas,

"Aih takkan ini je? Nasi-nasi tak ada ke? Kot ada jamuan ringan nanti, jangan lupa call pula. Saya ini kuat makan".

Itulah first aku tengok dia senyum dan gelak. Memang mengekek. 'aih minah ni, ada bela ke?' tanya aku dalam hati. (Hahaha!)

Memang betul. Tiap kali gaduh, first thing yang aku recall, macam mana aku boleh kenal Ina ini dan kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Masa itu dah berlalu. bab ini memang penting. Itulah resepi kenapa aku dengan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamanya. Tapi mata dia memang sangat cantik. Mungki itu sebab kenapa aku terpikat dengan dia kot. Main-main mata dengan aku, mana aku boleh tahan. Cair terus (hahaha)

Sebelum berkahwin dengan Ina ini, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta itu tak nampak. Agak tricky juga, takkanlah tak ada salah langsung. Makan pun elok je sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong pula. (Haha). Tapi masa bercinta dulu Ina dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. So aku tanya kenapa, dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tahu dia seorang yang agak kurang sabar. Dia tak prepare awal sebelum aku nak datang. Orang macam ini dia cepat buat keputusan bila dia marah.

Orangnya sensitif dan dia seorang yang simple. Simple itu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun kakak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, so aku agak dia seorang yang pengemas. bawah katil dia mesti clear tak ada barang. Kalau tak, dia tak senang tidur.

Penyayang, itu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada dan dia riba mayat kucing itu. Kucing itu dah berdarah-darah tapi dia masih boleh riba.

Concern, itu pun sebab dia tengok budak-budak lelaki tak solat, lepak-lepak dekat mapley. Dia tanya aku dah solat belum, dia risau kalau aku tak solat, macam mana aku nak jaga dia esok-esok.

Family first, masa aku kenal dia, dia cepat-cepat bagitau family dia yang dia tengah berkenalan dengan aku. Caring, setiap pagi dia takkan lupa untuk bagi salam dekat aku dan dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai.

Talkative, kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk satu sesi. Tabah, dia pernah sakit tapi dia selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk family dia. Tak nak family dia risau keadaan dia.

Terurus, dia suka pada benda yang wangi, dia secara natural tak ada bau yang mengharukan.

Friendly, dia seorang yang suka berkawan tapi kadang-kadang orang suka ambil kesempatan pada kebaikan dia ini.

Rajin memasak, dia suka kalau bab-bab nak suruh aku try makan ini. tapi dia tetap tak pandai buat nasi goreng. Mee goreng ok. Lagipun dia ini jenis yang tak makan nasi.

Cantik, ini yang kadang-kadang buat aku risau (jealous memanjang). Dia ada kacukan Korea dan dia gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. So aku tak risau. She's really a perfect girl to be married.

Ingat bro, perempuan ini dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama, bila kau buat dia menangis. Time inilah, cerita yang tak ada bakal diada-adakan. Sebab dia confuse. Orang lelaki ini pula suka buat orang perempuan confuse. Bila marah atau kecil hati je diam. Kalau yang panas baran itu, mungkin naik tanganlah. Maki-maki ke. Ini langsung tak gentleman.

Alam perkahwinan ini lain. Susah memang ada, tetapi seronok pun ada. Aku kahwin dengan Ina waktu dia masih muda, dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tetapi pelahan-lahan dia matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatiknya dia akan pandai.

Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab dia tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sampai sekarang dia pandai, baju kemeja aku memang kemas. Member-member mesti tegur, kau pakai baju baru ke ini? (kembang semangkuk sat). Bini pandai jaga, memang tip toplah hasilnya aku ini. (Hehehe)

Belanja aku nasi kandar berbuka nanti boleh? Aku dah penat turunkan ko ilmu ni Nik. Lauk tambah ye. Haha

~ Pengalaman ini diceritakan balik oleh seorang sahabat kepada aku. Baik sebenarnya untuk panduan orang lelaki . Secara overall perangai orang perempuan lebih kurang sama. Cuma tanggungjawab kita untuk lebih memahami. Salam Ahad.

Kredit: Nik Ariff Fakhari & The Vocket & Mymediahubonline


Akhirnya.. MB Selangor Yang Baru Akan Di Umumkan

Posted: 03 Sep 2014 12:39 AM PDT


Addin

Akhirnya.. MB Selangor Yang Baru Akan Di Umumkan


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP.

Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti selesai menghantar nama calon kepada Sultan Selangor seperti yang ditetapkan istana iaitu selewat-lewatnya hari ini.

"Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas.

"Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini. ~tmi



Iklan C (ii)










Para Pemimpin PAS Wajib Dengar Nasihat Ini

Posted: 02 Sep 2014 10:45 PM PDT


Addin

Para Pemimpin PAS Wajib Dengar Nasihat Ini


Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.

"Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan.

"Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily.

Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Menerusi PRU12 juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.

Mohamad berkata, sejarah membuktikan PAS mengalami kekalahan teruk apabila tidak berada dalam gabungan politik menerusi beberapa siri pilihan raya umum yang lepas.

Katanya, PAS berdepan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dan mereka gagal mempertahankan Terengganu selain mencatatkan penurunan undi di seluruh negara termasuk undi orang Melayu Bumiputera.

"Pada pilihan raya 2004, DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam.

"Maka pada 2004, PAS mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen dan 5 kerusi Parlimen di Kelantan," katanya.

Beliau berkata, sejarah kegemilangan PR bermula pada 1999 ekoran peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim maka terbentuklah BA yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.

Katanya, pada ketika itu PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2) serta menguasai Kelantan dan Terengganu yang ditawan semula PAS selepas kehilangan 2 negeri itu pada 1962.

"PR dan tahalluf siasi diteruskan menjelang PRU13 di mana sekali lagi PR mencatat kemenangan undi popular lebih 52% dan BN mendapat undi 46% sesudah ditolak undi rosak kira-kira 2%.

"Walaupun tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan 2 kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah tetapi kejayaan yang besar ialah PAS capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi DUN," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)










Luahan hati keluarga mangsa MH17 insiden tumbuk jurugambar NST

Posted: 02 Sep 2014 09:42 PM PDT


Tengok TV Online

Luahan hati keluarga mangsa MH17 insiden tumbuk jurugambar NST

Seorang ahli keluarga mangsa MH17 yang berada di tempat insiden jurugambar NST di tumbuk meluahkan perasaan beliau di Facebook peribadi beliau. Saudara Suthan Mookaiah mengulas kejadian tumbuk itu dan mendakwa para wartawan dan jurugambar langsung tidak mengendahkan permintaan mereka. Baca luahan hati beliau:


MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nirvana serta ahli keluarga sebelum isu ini berlaku- tetapi mereka tetap mengendahkan dan meneruskan mengambil gambar dan video.

Saya ulang- Berulangkali mereka telah diberitahu. Malah sudah dinasihat sejak sekian lama termasuk semalam ( lihat fb saya untuk bukti, dan juga ahli keluarga lain) ...

Di Nirvana, pintu depan disekat, pintu belakang mereka masuk- Menuding lensa kearah kereta jenazah dan ahli keluarga lain. Darah siapa yang tidak membuak, apabila orang tidak mendengar berkali-kali, malah ingin memorialisasikan gambar kematian jenazah keluarga tercinta tanpa mengira sentimen dan hati ahli keluarga untuk khalayak umum secara global. Tidak cukupkah gambar aib mayat MH17 yang telah anda lihat selama ini??

Tidak bolehkah, keluarga mangsa meratapi anak dan keluarga mereka tanpa puluhan kamera kamera?? Sukakah anda sekiranya jika ada kematian berlaku dikeluarga anda, dan tiba-tiba puluhan kamera membanjiri rumah anda dan ber'share' gambar untuk kpentingan peribadi mereka sendiri?

Sejak awal lagi, keluarga ini tidak pernah meminta coretan media. Sebarang penulisan tidak pernah keluar dari keluarga (hanya rakan taulan dan kawan sekerja) . Mereka juga telah berulang kali meminta privasi mereka dipentingkan-dan ini telah disalurkan secara official dan 'black and white' kepada pihak kerajaan, MAS, dan Nirvana. Malah, semalam juga, kerajaan dan MAS tersilap langkah apabila mengedarkan maklumat peribadi alamat mereka walaupun berulang kali diminta untuk tidak berbuat demikian. Kesabaran mereka juga ada batasnya..

Jadi salah kan pengamal media yang tidak tahu adap, yang tidak menghormati permintaaan keluarga untuk meratapi ahli keluarga mereka yang tersayang. Ini masa mereka yang terakhir.

Ini bukan isu perkauman untuk disensasikan, ataupun isu politik... ini isu pengebumian 3 orang yang mempunyai keluarga ter sayang- yang telah ditolak ke batas maksima oleh media yang lebih mahu berita sensasi dari menghormati keseriusan majlis pengebumian ini.

Saya ulang apa yang saya beritahu semalam. #RespectMH17 bukan hanya dari sisip nukilan FB anda, tetapi juga teladani melalui tindakan dan kesedaran untuk meghormati mereka yang telah pergi.




Ramai Lagi Pensyarah Bakal Didakwa Selepas Ini?

Posted: 02 Sep 2014 09:36 PM PDT


Addin

Ramai Lagi Pensyarah Bakal Didakwa Selepas Ini?


Pendakwaan bawah Akta Hasutan 1948 terhadap Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom mengundang kebimbangan warga universiti terhadap kebebasan akademik negara ini.

Walaupun bersetuju "kebebasan akademik ada batasnya", Pensyarah terkenal Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (bawah) berkata, pandangan golongan cendekiawan tidak harus disekat.

"Mereka adalah harta negara yang kita perlu jaga," kata pensyarah Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

"Yakinilah kehebatan sesebuah universiti itu bukan terletak pada bangunannya yang cantik tetapi terletak kepada keupayaan mahasiswa dan pensyarahnya untuk berbincang, mengkaji dan menulis dalam suasana yang mempunyai ruang untuk meraikan persamaan dan juga perbezaan."

Azmi, 45, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009, pada 15 Ogos lepas.

Azmi yang juga presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM  dituduh menyebut perkataan itu di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di Jalan Hang Tuah.

Menulis di Facebook hari ini, Agus berkata, pendakwaan terhadap Azmi itu boleh menjadikan rakan-rakan dalam dunia akademik takut untuk meluahkan pandangan mereka dalam sesuatu isu.

"Apabila rakan akademik saya didakwa, saya menjadi takut untuk menulis. Saya perlu takut kerana saya tidak mahu didakwa seperti beliau," kata Agus.

"Tetapi, sebagai guru politik apakah wajar jika saya mendiamkan diri sahaja tanpa berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain jika saya mempunyai idea dan pendapat politik yang hendak disampaikan?"

'Menegur demi yang terbaik'

Agus berkata, beliau tidak berdiam diri kerana ia "tidak adil" terhadap amanah untuk menyampaikan ilmu dan memberi pandangan balas kepada isu politik difikirkan perlu diperbetul.

"Bukan untuk mencabar sesiapa atau membenci atau menyukai sesiapa, tetapi untuk kita saling menegur bagi mendapatkan yang terbaik antara yang baik," katanya.

Mengulas perwatakan Azmi, beliau mengaku tidak mengenalinya secara rapat tetapi pernah menemu bualnya sekali dalam rancangan bual bicara "Hujah" di TV9, yang dikendalikannya sebelum ini.

Daripada pengamatannya, tambah Agus lagi, Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur serta menulis berdasarkan ilmunya.

"Jadi apabila beliau didakwa, saya berasa terkilan jika saya tidak menulis pandangan saya tentang beliau," katanya.

Azmi sifatkan satu tamparan 

Azmi sendiri menyifatkan tindakan terhadapnya sebagai tamparan kepada kebebasan akademik dan kebebasan bersuara.

Ini kerana, katanya lagi, pandangannya dikeluarkan atas kedudukannya sebagai pensyarah undang-undang.

Ketika didakwa pagi tadi, kira-kira 100 orang, termasuk aktivis  dan mahasiswa, hadir menyatakan sokongan pada Azmi, sekali gus meluahkan kebimbangan terhadap kebebasan di universiti. ~mk





Iklan C (ii)










Lagi, K'jaan M'sia Gagal Tangani Arak. Berbogel Kerana Mabuk..

Posted: 02 Sep 2014 07:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Lagi, K'jaan M'sia Gagal Tangani Arak. Berbogel Kerana Mabuk..

Foto WANITA yang mabuk ditahan anggota polis selepas merempuh tiang jambatan di Pattaya.

Petaling Jaya: Menggunakan konsep jualan arak 'pandu lalu'. Itu kaedah digunakan premis menjual arak murah kepada golongan lelaki tempatan termasuk golongan belia di sekitar Taman Sri Manja, di sini.

Premis berkenaan terletak di lorong sunyi antara bangunan rumah kedai dikesan menjadi 'syurga' golongan kaki botol berikutan harga arak dijual jauh lebih murah berbanding pasaran. Tinjauan wartawan Harian Metro sejak seminggu lalu mendapati pemilik premis bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk pelanggan Melayu serta remaja bawah umur.

Hasil uji beli dilakukan wartawan, pemilik premis menjual minum keras pada harga cukup murah iaitu RM10 bagi tiga tin minuman keras.  Ia berbeza dengan harga pasaran iaitu sekitar RM7 bagi setin minuman keras. Dipercayai pemilik premis mampu menjual arak itu pada harga murah berikutan minuman keras itu belum dibayar cukai Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Foto SUASANA kedai menjual minuman keras di Taman Sri Manja.

Ia berbeza dengan harga pasaran iaitu sekitar RM7 bagi setin minuman keras. Dipercayai pemilik premis mampu menjual arak itu pada harga murah berikutan minuman keras itu belum dibayar cukai Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Bahaya arak: Sudah khayal, bertelanjang, ganas pula

Chon Buri: Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di Pattaya sebelum menendang pegawai polis yang cuba menahannya. Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.

"Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk," katanya.

Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.
Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca.
- Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana arak manusia hilang akal. Hilang akal atau tidak siuman segala-gala boleh jadi, termasuk berbogel macam binatang. Kerana langgar pesan Nabi, "Arak punca kejahatan." Itu antara bahadi berjinak-jinak dengan kencing syaitan!

Setakat ini kerajaan Malaysia masih gagal menangani masalah arak, menjadikan Malaysia sebagai pusat 'punca kejahatan' yang bertentangan dengan perlembagaannya sendiri, 'Islam agama Persekutuan (Perkara 3). Apakah gagal kerana pemimpin-pemimpinnya yang mengaku Islam pernah minum arak?

Pepatah mengatakan, "Anjing, sekali makan  tahi, kalau tak makan pun tetap cium juga!"


0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani