Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Air Kopi Ini Bernilai RM221 Secawan Posted: 01 Sep 2014 01:30 PM PDT Nampak jijik tetapi disukai ramai. Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan. Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai. "Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat. "Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi," kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah. Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. - Agensi posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment