Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua
Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua |
- Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua
- Eina Azman Terima Hantaran Chevrolet Camaro & RM77,000
- Barisan Artis Menyambut Merdeka ke 57
- Atilia Dan Adam Bersatu Pada 31Ogos2014
- Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Dek Anak Berpelok
- Rumah Ramli Ms Kena Serbu
- Diserbu JAIS, Suatu Rahmat Buat Alyah ?
- Ramli Ms Maki Pengikut FB
Bade Menanti Kelahiran Cahaya Mata Dengan Isteri Kedua Posted: 01 Sep 2014 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2014: Pengarah Bade Hj Azmi telah mengesahkan isteri keduanya, Aida Abdullah sudah pun hamil anak sulung mereka. Bade berkata dia akui gembira untuk menanti keahiran cahaya matanya. "Saya tentunya teruja tapi saya rileks saja. Lagipun lama lagi tempoh untuk menantikan kelahiran tersebut. Anak-anak saya pun teruja bila dapat tahu mereka bakal dapat adik baru. "Anak lelaki atau perempuan saya tak kisah. Saya dan isteri pun tak sibuk-sibuk nak buat scan. Kami terima apa saja pemberian Allah. Apa yang ibu dan bayi sihat," katanya kepada murai.com.my Tambahnya lagi, kedua-dua isterinya itu sudah saling bertemu dan berkenalan. Bahkan anak-anak mereka juga sudah dipertemukan dengan Aida."Erma dah jumpa Aida. Anak-anak juga sudah jumpa. Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," ceritanya. Mengenai perkembangan karrier, Bade bakal muncul dengan telefilem terbaru arahannya khas sempena Tribute P. Ramlee berjudul 'Mahabbah Rindu'. Drama berkisar cinta yang terhalang akibat dari permusuhan ibu bapa masing-masing itu dijayakan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Intan Ladyana, Wan Nor Azlin, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi. 'Mahabbah Rindu' terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini bakal ditayangkan di TV1 pada 30 November 2014 Sumber:murai.com.my |
Eina Azman Terima Hantaran Chevrolet Camaro & RM77,000 Posted: 01 Sep 2014 09:52 PM PDT Sumber oleh Utusan KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2014: Pelakon Ainur Syakira Azman atau Eina Azman, 19, selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hardew, 35, dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel malam semalam. Menurut laporan Utusan, Eina dinikahkan sendiri oleh bapanya, Azman Abdullah dan disaksikan oleh Imam Masjid As-Syakirin KLCC, Zulkapli Abdul Mutalib kira-kira pukul 9 malam. Pada majlis pernikahan itu, Eina menerima mas kahwin sebanyak RM770, wang hantaran bernilai RM77,000 selain sembilan dulang berisi barang hantaran sambil dibalas tujuh dulang oleh pengantin lelaki.Selain itu, Eina turut menerima kejutan daripada pihak pengantin lelaki yang turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Chevrolet Camaro yang bernilai kira-kira RM320,000. "Debaran semakin hilang selepas saya selamat dinikahkan pada malam ini. Syukurlah," katanya. Majlis pernikahan Eina-Kaiser cukup istimewa apabila mengetengahkan tema Bollywood dan Arab yang dihadiri kira-kira 100 jemputan terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat. Sementara itu, Kaiser yang baru memeluk agama Islam pada 30 Jun lalu turut menyatakan kesyukuran apabila majlis pernikahan berjalan lancar seperti dirancang. "Alhamdulillah, tugas baharu menanti selepas selamat bergelar suami kepada Eina. Doakan saya," katanya. |
Barisan Artis Menyambut Merdeka ke 57 Posted: 01 Sep 2014 09:49 PM PDT Sumber oleh Berita Harian KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2014: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 57 yang disambut secara sederhana bagi menghormati tragedi MH17 dan MH370. Disini Lahirnya Sebuah Cinta amat bertepatan bagi membangkitkan semula semangat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Murai dengan kesempatan ini berkongsi ucapan Hari Kemerdekaan yang ke 57 yang dibuat oleh para artis dan selebriti tanah air. Salam Hari Merdeka untuk semua pembaca Murai. Dato` Siti Nurhaliza Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-57, marilah kita bersama-sama menjaga keamanan, ketenteraman dan perpaduan yang ada. Jagalah kemakmuran negara kita dengan baik kerana kitalah pewaris generasi merdeka. Semoga kita akan terus dijauhi malapetaka dan ujian besar. Malaysia diuji dengan cukup hebat tahun ini dan semoga kita akan terus dilindungi Tuhan. Al-Fatihah buat yang terkorban dalam tragedi MH17. Ziana Zain Kita tahu negara kita sedang diuji. Kita sedang menghadapi saat yang menyukarkan apatah lagi dengan kejadian MH370 dan MH17. Sempena Hari Merdeka ini marilah kita sama-sama bersatu padu tak kira apa kaum pun, tak kira apa saja pegangan politik kerana apa yang paling penting kita patut bersyukur negara kita terus merdeka. Kita patut berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang bersusah payah untuk membangunkan Malaysia. Maka saya menyeru rakyat Malaysia marilah sama-sama kita berdoa supaya negara ini terus berada dalam keadaan yang aman. Selamat Hari Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Datuk Aznil Nawawi Selamat Hari Merdeka Malaysia. Semoga kita terus bersatu dalam melalui cabaran yang ingin melihat kita berpecah-belah. Pertahankan nilai kita dan setiap inci tanah air tercinta ini. Lisa Surihani Salam sejahtera, mari kita sama-sama raikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 penuh kesederhanaan. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dilahirkan di negara tercinta ini kerana di sinilah lahirnya cinta bak kata tema Hari Merdeka. Tepat sekali tema yang dipilih kerana walau berbilang kaum dan agama, kita bagaikan satu keluarga besar. Ia satu sifat dan cara yang diamalkan sejak dulu dan elemen inilah yang kita terus pegang serta amalkan di antara satu sama lain sekali gus untuk generasi akan datang. I Love Malaysia. Salam sayang dari saya. Johan As`ari Di sini lahirnya sebuah cinta... sempena kemerdekaan negara kita yang ke-57, kita harus memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana terus memberi nikmat ini. Doa setulus ikhlas untuk pemimpin negara supaya dapat terus mentadbir negara dengan adil dan saksama serta sentiasa memakmurkan negara. Justeru ayuh kita bersama-sama mengeratkan silaturahim antara kita yang berbilang budaya, agama dan bangsa. Khusus buat belia, kekalkan perpaduan ini untuk generasi mendatang. Hans Isaac Bagi pihak pasukan kerja teater Supermokh Sebuah Muzikal, salam kemerdekaan daripada saya buat warga Malaysia. Harapnya kita akan terus berusaha untuk membantu memajukan negara tersayang tanpa kata-kata serta perbuatan negatif. Saya sayang Malaysia dan akan terus melakukan yang terbaik buat diri sendiri serta negara. Salam 1Malaysia. Zain Saidin Sebagai anak Malaysia saya cukup bangga dengan apa yang negara kita capai termasuk usaha gigih kepimpinan negara dalam memartabatkan Malaysia. Jangan lupa jasa mereka yang banyak bersusah payah memberi kita keamanan dan kesenangan. Selamat Hari Merdeka. Izara Aishah Selamat Hari Merdeka! Saya berdoa semoga negara kita kekal aman sentiasa. Salam sayang daripada saya. Siti Sarah Kesederhanaan kali ini tak bererti kita tidak beriya-iya mahu meraikan kejayaan negara yang terus mencapai kemerdekaan. Terapkan sayang kepada Malaysia dalam diri dan jangan sampai ia hilang daripada pandangan mata kita. Semoga negara dan rakyat Malaysia akan terus kuat berdepan dengan dugaan mendatang. Amin Soo Wincci Malaysia tapak lahir permulaan hidup saya. Tahun ini saya tak dapat meraikannya di negara tercinta kerana sedang berkongsi bakat di luar negara. Selagi saya tak dapat mengangkat nama Malaysia di mata dunia, selagi itu saya akan terus berusaha dalam memartabatkan nama negara kita. Ini antara sedikit perjuangan yang saya mahu lakukan di arena seni. Selamat Hari Merdeka. Rita Rudaini Saya bangga menjadi rakyat dan anak Malaysia. Saya bertuah hidup di Malaysia yang aman. Moga negara kini akan sentiasa dilindungi Tuhan daripada bencana. Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Tasha Shilla Selamat Hari Merdeka. Semoga negara kita akan kekal aman dan sejahtera. Kita terus bersatu padu dan teguh untuk kerakyatan kita bersama. Daphne Iking Syukur Alhamdulillah negara kita sudah merdeka 57 tahun. Mari kita bersama-sama berjuang untuk mengeratkan lagi sikap perpaduan sesama kita. We can agree to be disagree dan itulah keindahan kepelbagaian kaum di negara kita sekali gus menjadi simbolik kepada belas kasihan, kebaikan dan kesederhanaan. Saya cinta Malaysia. Selamat Hari Merdeka. Liyana Jasmay Malaysiaku, selamat menyambut kemerdekaan yang ke-57. Semoga dengan kemerdekaan ini akan menyatukan kita dengan lebih erat bagi semua bangsa dan agama, supaya kita sebagai rakyat akan terus merdeka dengan jiwa yang kental dalam menghadapi segala cabaran mendatang. Salam sayang buat semua rakyat Malaysia. Adibah Noor Sedangkan jari jemari kita berbeza-besa tapi saling memerlukan. Namun kalau hilang satu sekalipun, maka pincanglah kehidupan. Raikan perbezaan di antara kita. Malaysia tiada selainnya, kau tetap ku cinta Malaysia. Nurul Wahab Selamat Hari Kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Teruskan keharmonian dan jangan berbalah. Untuk generasi muda belajarlah dari generasi tua, belajarlah untuk tertib. Teruskan bersatu padu tak kira apa kaum. Malaysia terus dipandang dunia dan kita harus mempertahankan kemerdekaan ini selama-lamanya. |
Atilia Dan Adam Bersatu Pada 31Ogos2014 Posted: 01 Sep 2014 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2014: Dalam diam-diam, penyanyi Atilia yang kini turut bergelar guru Yoga bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Adam.Berita yang menggembirakan itu telah diumumkan sendiri oleh Atilia atau nama sebenarnya Raja Atilia Raja Haron menerusi laman instagram peribadinya.Atilia yang hit menerusi lagu Sangkar telah membuat pemgumuman tersebut selepas memuatnaik gambar pelaminnya.Dia turut memaklumkan bahawa dia bakal berkahwin pada hari ini di sebuah majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat handai."Terima kasih kepada yang mendoakan perkahwinan kami," katanya.Sumber:murai.com.my |
Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Dek Anak Berpelok Posted: 01 Sep 2014 09:09 PM PDT KL, 27 OGOS 2014: Sekarang ni apa sahaja yang berkaitan atau yang dilakukan oleh artis pasti menjadi perhatian dan silap langkah sahaja pasti cepat sahaja dikritik oleh orang ramai dan peminat. Terbaru foto berpelukan anak kepada pelakon Nora Danishd an Erra Fazira yang dimuat naik ke dalam Instagram Nora telah dikritik hebat oleh pengikutnya yang kurang senang dengan adegan itu. Adegan Rayqal dan Aleesya berpelukan itu nampaknya membuatkan ada yang kurang senang dan menganggap ianya tak perlu dibiarkan kerana takut akan berlanjutan bila dewasa nanti. Namun tak kurang juga yang masih berfikiran positif kerana menurut mereka kanak-kanak itu masih kecil kerana ianya hanya sekeping foto yang mesra dari anak kecil. Berikut merupakan foto tersebut. Sumber: murai.com.my |
Posted: 01 Sep 2014 09:04 PM PDT SUMBER OLEH BERITA HARIAN PUCHONG, 28 OGOS 2014: Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu. Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi. Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah. Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin. Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat. Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama. Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran. Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang. Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka. Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. |
Diserbu JAIS, Suatu Rahmat Buat Alyah ? Posted: 01 Sep 2014 08:48 PM PDT Kredit Foto: Instagram Alyah KL, 28 2014: Hari ni rakan-rakan Murai Batu di portal Murai tidak senang duduk. Terutamanya si Ketua Editornya iaitu Ellyna Ali. Apa tidaknya dari pagi hingga ke saat ini, tak henti-henti dia menerima panggilan telefon daripada entah siapa entah yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu perkahwinan pengarah muzik, Dato' Ramli MS dengan penyanyi Alyah. Rata-rata bertanya mengapa Ramli MS perlu merahsiakan perkahwinan tersebut? Sedangkan, ramai yang tidak kisah pun dengan hubungan cinta yang terjalin di antara mereka berdua serta keputusan mereka untuk mendirikan rumahtangga. Iyalah, kalau sudah suka sama suka, apa salahnya. Kalaupun ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan perkahwinan mereka memang betul-betul terpaksa dirahsiakan, tidak payahlah beriya-iya mengelak atau cuba menafikan perkara tersebut sebelum ini. Sebab, bila kesahihan tentang berita perkahwinan mereka terlerai dan rahsia yang cuba disimpan kemas sebelum ini tiba-tiba pecah, siapa yang akan tanggung malu kalau bukan diri sendiri? Ironinya, segalanya terlerai apabila mereka diserbu oleh pihak JAIS. Mahu tidak mahu, terpaksalah mereka membuat pengakuan bahawa mereka sudah pun berkahwin di Batam, Indonesia kira-kira setahun setengah yang lalu. Agaknya kalaulah peristiwa tangkapan ini tidak terjadi, sampai bila agaknya rahsia hendak disimpan? Sampai bila agaknya Alyah terpaksa mendiamkan statusnya yang sudah pun bergelar isteri orang sejak sekian lama ini? Rasanya inilah suatu rahmat yang tidak terhingga buat Alyah. Walaupun diserbu JAIS adalah suatu perkara yang memalukan, tetapi akhirnya statusnya sebagai isteri Ramli MS telah pun terjawab akhirnya tanpa ianya keluar dari mulutnya sendiri. Berkat kesabaran Alyah selama ini agaknya, akhirnya itulah hikmahnya yang diperolehi. Bak kata Pak Mustarjo dalam filem Pendekar Bujang Lapok: "Sabarlah,,, kerana Tuhan akan sentiasa membantu orang-orang yang sabar....". Apapun, Murai Batu lihat ramai geng wartawan hiburan dan orang-orang industri yang tersenyum puas apabila mengetahui tentang berita perkahwinan mereka, hasil daripada susulan serbuan tersebut. Seorang editor hiburan di Utusan turut meletakkan sebuah posting yang cukup menarik di laman facebooknya. Posting tersebut ditujukan kepada Ramli MS. Posting tersebut berbunyi: Wartawan tanya dengan baik, kau nafi, kau mengelak. Wartawan tanya-tanya lagi, kau "maki", kau buat muka sinis tak berjenis. Mati-mati tak mengaku dah kahwin. Àkhirnya, kena libatkan pihak JAIS, tak boleh mengelak dah, terpaksa mengaku korang dah kahwin setahun lebih. Persoalannya, kenapa tak nak mengaku? Buruk sangat ke laki/bini tu sampai tak nak diakui statusnya? Malulah jadi perempuan kalau kahwin, laki tak mengaku bini. Macamanalah masyarakat nak hormat orang seni, kalau begini perangainya? Datuk ke tak Datuk, ada aku kisah? Ha.. Murai Batu harap perkara ini akan dapat dijadikan iktibar oleh kita semua. Kalau betul kahwin, tak payah nak sorok-sorok dan tak payah nak cuba nafikan. Benda yang baik, harus diuar-uarkan. Kalau tidak diuar-uarkan, Allah SWT sendiri pun boleh 'kantoikan'. Siapa kita hendak tandingi kuasa Allahkan? Sumber: murai.com.my |
Posted: 01 Sep 2014 08:45 PM PDT Sumber Astro Gempak KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2014: Sekitar minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita 'perkahwinan sorok' pengarah muzik terkenal Ramli M.S dan penyanyi Alyah. Berita tersebut telah menjadi viral dan perbualan semua pihak termasuk di media-media sosial. Astro Gempak pada Jumaat lepas telah menerima e-mel daripada seorang pembaca yang memberitahu tentang pengarah muzik tersebut yang telah memaki pengikut di laman sosial Facebook. Menurut pengirim e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai 'L', Ramli telah menggunakan perkataan 'P***M*K' terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinannya dengan Alyah.Kata 'L' lagi, seorang temannya telah memuatnaik status di laman Facebook berserta keratan berita bertajuk "Macamlah Saya Jual Dadah," terbitan mStar Online pada Jumaat lepas. Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada teman-teman Facebook yang kemudiannya bertindak memberi pandangan masing-masing. Status teman 'L' itu juga telah menarik perhatian Ramli yang bertindak memaki pemberi komen: "Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku." Selepas itu Ramli meninggalkan satu lagi komen : "Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!" Sebelum mengakhiri tulisannya, 'L' berkata, dia tidak menyalahkan Ramli menegur pemberi-pemberi komen tersebut, cuma kurang berkenan apabila perkataan 'p***m*k' itu digunakan. Bagi Astro Gempak pula, mengenali Ramli dan pendiriannya yang tidak suka kisah peribadinya dijaja, sudah tentu komen-komen tersebut menaikkan kemarahannya sehingga menyebabkan dia terlepas kata. Walau apapun kita doakan Ramli dan Alyah hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Terdahulu dilaporkan Ramli dan Alyah telah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun yang lalu. |
You are subscribed to email updates from Koleksi Berita Hiburan Sensasi Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment