Abby Abadi Sudah Temui Kekasih Baru?
Abby Abadi Sudah Temui Kekasih Baru? |
- Abby Abadi Sudah Temui Kekasih Baru?
- Scha & Awal Dedahkan Wajah Anak, Lara Alana
- Saya Anggap Wawa & Aeril Macam Anak Saya Sendiri – David Teo
- Jimmy Shanley Bimbang Anak Terikut Gaya Hidup Bebas Bekas Isteri
- Joan Rivers Meninggal Dunia
Abby Abadi Sudah Temui Kekasih Baru? Posted: 04 Sep 2014 11:39 PM PDT Gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini tidak menyebabkan Abby Abadi berputus asa untuk mencari cinta baru. Iyerlah, Abby pun masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini? Menariknya komen daripada rakan Abby iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata. Daripada pembacaan Abang Nara, si jejaka tersebut merupakan seorang ustaz. Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin ‘taste’ Abby memang sebegini rupa. Apa pun kekacakan tidak penting. Yang penting hati yang tulus mencintai. Amboi. Abang Nara suka tengok muka Ustaz Khairul Azli di dalam video di bawah ini. Malu-malu apabila ditanya bila nak masuk meminang Abby. Baca Yang Ini Pulak:- |
Scha & Awal Dedahkan Wajah Anak, Lara Alana Posted: 04 Sep 2014 09:48 PM PDT Comelnyaaaaaaaaaaaaaaa. Eeeee. Rasa nak cubit-cubit je anak Awal dan Scha ini. Nama penuh si comel ini ialah Lara Alana Ahmad Awaluddin. Serius mata besar sangat. Gambar Lara Alana ini diambil ketika berusia 2 minggu. Sekarang ini confirm lagi comel kan? Tak sabar nak jumpa depan-depan. Nak cubit. Terima kasih diucapkan kepada Awal dan Scha kerana menepati janji untuk berkongsi wajah puteri kesayangan mereka di laman sosial. Pasti para peminat sedang gembira dan seronok sangat dapat menatap wajah Lara Alana. Sama-samalah kita doakan agar Lara Alana membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Amin. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Anggap Wawa & Aeril Macam Anak Saya Sendiri – David Teo Posted: 04 Sep 2014 07:40 PM PDT Secara jujur, kalau Abang Nara jadi Mejar (K) David Teo memang dah lama ambil tindakan mahkamah terhadap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Iyerlah, sudahlah buat hal dengan kahwin secara rahsia, selepas itu boleh tuduh MIG curi kereta yang sememangnya didaftarkan atas nama syarikat. Namun David Teo memang tenang orangnya.Tak ada nak kecoh-kecoh sebaliknya hanya berharap kedua-dua bekas anak didiknya ini hadir ke pejabat dan berbincang secara ikhlas. Respek!!! Bak kata Abang Nara sebelum ini, kalau buat kecoh di laman sosial pun tak ada gunanya. Baiklah Aeril dan Wawa luangkan masa sekejap dan pergi bertemu David Teo. Bincang apa masalah sebenarnya. Pihak MIG pun dah tunjukkan geran kereta dan memang betul kereta tersebut adalah milik syarikat. Menariknya lagi ketika kereta tersebut ditemui oleh pegawai, didapati ada baju dalam milik Aeril dan Wawa sedangkan ketika itu mereka berdua belum berkahwin lagi. Hmmmmm. Abang Nara suka membaca kata-kata yang diluahkan oleh David Teo ini. Nampak jelas ketenangannya ketika menghadapi kemelut ini. Kata David Teo:-
Abang Nara bukanlah nak menyebelahi David Teo dan MIG dalam hal ini. Namun seperti yang telah Abang Nara katakan, menyalak di media sosial tak ada gunanya. Masing-masing pun tahu cara nak menghubungi sesama sendiri. Selesaikanlah kemelut antara anda secepat mungkin secara bertentang mata. Jangan sampai peminat naik rimas dan menyampah. Nanti diri sendiri yang rugi. Tak gitu? Sumber MIG Online. P.S: Pen yang boleh mengimbas warna sekeliling Baca Yang Ini Pulak:- |
Jimmy Shanley Bimbang Anak Terikut Gaya Hidup Bebas Bekas Isteri Posted: 04 Sep 2014 06:52 PM PDT Bila sudah masuk mahkamah, habislah semua benda dalam kain pun akan terbongkar. Itulah kalau ada masalah suami isteri selalunya pihak yang terbabit akan cuba menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah. Segan juga kalau masyarakat tahu lebih-lebih jika anda seorang selebriti seperti Jimmy Shanley. Untuk makluman, perbicaraan kes untuk mengetepikan perintah hak untuk bermalam terhadap Jimmy Shanley yang dikemukakan oleh bekas isterinya, Nursuhaila telah pun berlangsung semalam. Menariknya Jimmy memaklumkan kepada mahkamah yang dirinya bimbang anak mereka, Zahra Rania akan terpengaruh dengan gaya hidup bebas bekas isterinya itu yang sukakan hiburan. Kata Jimmy:-
Entah bila agaknya kes ini akan dapat diselesaikan. Kasihan Abang Nara terhadap si anak yang pastinya terkontang-kanting. Hmmmmm. Harapnya dapatlah kes ini dibicarakan tanpa sebarang masalah dan keputusan dapat diberikan secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan. P.S: Mazda MX-5 Miata 2016 diumumkan Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 04 Sep 2014 06:39 PM PDT Pengacara program Fashion Police, Joan Rivers, 81 tahun disahkan meninggal dunia pada hari Khamis selepas dimasukkan ke sebuah hospital di New York. Joan Rivers telah dimasukkan ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila dia berhenti bernafas selepas menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara di sebuah klinik di New York. Joan Rivers menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.17 petang. Pengacara ini pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan lancang mengenai penduduk Palestin dan secara terang-terangan menyokong perbuatan puak Zionis menyerang Gaza. Dia juga turut menyifatkan pejuang Hamas sebagai pengganas. Perdana Menteri Israel telah menyampaikan salam takziah atas pemergian Joan Rivers. Saat-saat terakhir pengacara terakhir ini ditemani oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Takziah diucapkan atas pemergian ini. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment