Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370
Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370 |
- Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370
- Lagi Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar kerana Tukar Lampin
- Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat
- Zain Saidin Tayang Lovebite Dari Mulut Rozita Che Wan
- Suami Daphne Iking Dihentam Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Luc4h
- Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza – Wajib Baca!
- Foto Dimuat Naik Isteri Johan Raja Lawak Cetus Kontroversi
- Kontroversi Along Eyzendy Ditahan Dalam Operasi Polis
- Pengakuan Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda
- Sheera Iskandar Didakwa Riak Kerana Bertudung
Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370 Posted: 12 Aug 2014 11:11 PM PDT Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370 | Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.
"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu. Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.-mstar |
Lagi Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar kerana Tukar Lampin Posted: 12 Aug 2014 10:53 PM PDT SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin anak perempuannya di meja makan. Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan. Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.
Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. – mirror.co.uk |
Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat Posted: 12 Aug 2014 06:35 PM PDT Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat | Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung. Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.
Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Tai di sini selepas solat Isyak pada Rabu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun. Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun. Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi maslah jantung. |
Zain Saidin Tayang Lovebite Dari Mulut Rozita Che Wan Posted: 12 Aug 2014 03:24 PM PDT Zain Saidin Tayang Lovebite Dari Mulut Rozita Che Wan | Biar betul Zain Saidin mahu menunjuk-nunjuk bekas ‘lovebite’ dibuat oleh isterinya kepada khalayak ramai? Tidak mungkinlah Zain akan berperangai begini. Banyak sangat dan besar sangat gigitan cinta Rozita Che Wan ni.
Anda rasa bagaimana?
- sumber - |
Suami Daphne Iking Dihentam Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Luc4h Posted: 12 Aug 2014 03:09 PM PDT Suami Daphne Iking Dikecam Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Lucah | Kalau anda peminat Daphne Iking, anda pasti tahu sikapnya yang agak gila-gila terutamanya apabila memuatnaik gambar-gambarnya di Instagram sampai membuatkan yang melihatnya tercengang adakalanya. Biasalah bila jadi artis elak-elaklah melakukan perkara yang peminat tidak suka lag-lagi gambar-gamabr seksi atau lucah. Terbaru, suaminya memuat naik gambar mereka berdua dengan kapsyen yang agak berani dan nakal kerana berbaur sedikit lucah tapi kami pasti ianya hanyalah gurauan. Cuba lihat : Memang ramai yang mengecam gambar ini tapi Joe langsung tidak pedulikan kata-kata orang sebab beliau selalu beraksi seperti seorang yang ‘cool’. Cuma kadang-kadang kapsyen yang diletakkannya dalam gambar-gambar yang dimuatnaik kadang-kadang membuatkan ramai memang tidak puas hati.
Kami rasa mungkin beliau patut lebih peka dengan sensitiviti masyarakat sebelum isterinya pula jadi mangsa kecaman orang ramai. |
Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza – Wajib Baca! Posted: 12 Aug 2014 03:00 PM PDT Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza – Wajib Baca! | Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza: Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! Peristiwa 2 Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? Peristiwa 3 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. Peristiwa 4 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar! Peristiwa 5 Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel! Peristiwa 6 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!! Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52). |
Foto Dimuat Naik Isteri Johan Raja Lawak Cetus Kontroversi Posted: 12 Aug 2014 02:41 PM PDT Foto Dimuat Naik Isteri Johan Raja Lawak Cetus Kontroversi | Lepas solat isyak semalam.. 3 bradik doa sama2.. abg long n abg ngah doa mcm2 permintaan.. tp adik doa mcm2 bahasa.. mama aminkan dr belakang," demikian caption Ozlyn Wati, isteri Johan Raja Lawak melalui IGnya.
Namun entah kenapa, gambar yang dimuat naiknya itu menjadi isu hangat pada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut. Meskipun ramai pengikut yang mempertahankannya, namun Ozlyn dilihat tampil memberi penerangan mengenai gambar tersebut.
Pada Ozlyn, bersabar lah ya. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam hidup kerana bukan semua pihak sependapat dengan kita. - sumber - |
Kontroversi Along Eyzendy Ditahan Dalam Operasi Polis Posted: 12 Aug 2014 11:04 AM PDT Kontroversi Along Eyzendy Ditahan Dalam Operasi Polis | Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu. Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif. Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama. "Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.
Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir sebelum ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis hiburan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur. Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial. Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih panjang.
Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung. Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.
|
Pengakuan Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda Posted: 12 Aug 2014 10:54 AM PDT Pengakuan Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda | Pelakon Farid Kamil banyak memberi pendedahan kepada anak lelakinya, Muhammad yang kini berusia mencecah 13 bulan dengan aktiviti sukan berkuda. Farid, 31, berkata, Muhammad turut menunjukkan minat terhadap sukan tersebut selepas sering kali membawa kanak-kanak itu melakukan aktiviti riadah kegemarannya.
Dalam pada itu, Farid berkata, sukan berkuda itu juga merupakan antara salah satu aktiviti dia menghabiskan masa bersama keluarga.
Dia turut berharap agar Muhammad membesar dengan meninati sukan tersebut.
Sementara itu, Farid berkata, dia turut menyertai pertandingan Polo iaitu Merdeka Cup Pahang Classic di Pekan, Pahang pada Rabu. Ia merupakan pengalaman pertandingan pertamanya dalam sukan tersebut.
|
Sheera Iskandar Didakwa Riak Kerana Bertudung Posted: 12 Aug 2014 10:43 AM PDT Sheera Iskandar Didakwa Riak Kerana Bertudung | Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif. Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.
Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya. Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.
Dalam perkembangan lain, Sheera kini muncul menerusi drama Jalan Kembali, di saluran TV2, setiap Isnin, pukul 9 malam.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment