Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Kini Hamil?
Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Kini Hamil? |
- Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Kini Hamil?
- Berpeluk Dengan Anjing, Julia Perez Buat Umat Islam Indonesia Marah
- Wardina Ajak Artis Malaysia Tamatkan Kontrak Dengan Jenama Bantu Israel
- (8 GAMBAR)Serius Comel, Yunalis Zarai Di Hari Raya
- Pengalaman Memasak Bersama MAGGI
Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Kini Hamil? Posted: 07 Aug 2014 03:08 AM PDT Tidak diketahui sama ada berita ini sahih atau tidak. Namun menerusi salah satu status yang dimuatnaik oleh isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman menerusi Instagramnya, ada bayangan mengenai kehamilannya telah diberikan. Status berkenaan dikongsi bersama gambar di bawah ketika Dayana dan Ashraf Muslim ke Mekah untuk menunaikan umrah 3 tahun lalu sebelum ketibaan Aidilfitri. Namun mungkin status tersebut berupa satu harapan dan doa daripada Dayana untuk menimang anak sendiri. Apa pun, jika benar hamil, syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Kalau tidak, semoga dimurahkan rezeki dan tercapai hasrat untuk menjadi Sarah Ashraf (anak Ashraf Muslim dan Wan Sakinah) seorang kakak dalam tahun ini. Tulis Dayana:-
Insya Allah dengan doa yang tak putus-putus daripada Dayana, Ashraf Muslim, keluarga dan para peminat, harapan dan impian tersebut akan tercapai. Kalau ada berita gembira kelak, bolehlah dikongsikan dengan kami semua. Pasti ramai yang tak sabar untuk mendengar berita tersebut. Semoga dipermudahkan. Amin. Baca Yang Ini Pulak:- |
Berpeluk Dengan Anjing, Julia Perez Buat Umat Islam Indonesia Marah Posted: 06 Aug 2014 08:30 PM PDT Julia Perez ini memang dari dulu kerjanya buat kontroversi sahaja. Memang ada sesetengah manusia yang gilakan publisiti dan sanggup buat apa sahaja asalkan dirinya menjadi bualan ramai. Terbaru, Julia Perez telah berkongsi beberapa keping gambarnya beraksi mesra dengan seekor anjing sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia. Secara jujur, aksi yang ditayangkan memang agak melampau. Bukan sekadar memeluk erat anjing tersebut, di dalam satu video juga kelihatan Julia Perez bergomol mesra dengan anjing kesayangannya ini. Hmmmm. Dalam banyak-banyak binatang, anjing juga menjadi pilihan. Kucing kan ada? Kucing comel kot. Abang Nara suka kucing. Dah lah jenis anjing yang dipelihara Julia Perez ini jenis yang agak garang wajahnya. Takut plak Abang Nara.
Diharap umat Islam Indonesia bersabar dengan Julia Perez. Memang orangnya terkenal dengan perangai pelik-pelik. Nak buat macam mana kan? Apa pendapat anda? Baca Yang Ini Pulak:- |
Wardina Ajak Artis Malaysia Tamatkan Kontrak Dengan Jenama Bantu Israel Posted: 06 Aug 2014 07:50 PM PDT Sekarang ini di Malaysia, gerakan memboikot jenama dan produk yang membantu Israel sedang rancak dilakukan. Satu inisiatif yang sangat bagus demi membantu rakan-rakan kita yang kini sedang berperang di Palestin. Namun harus diingatkan, boikot haruslah dibuat dengan berhemah. Abang Nara agak menyesal membaca mengenai sesetengah umat Islam yang membuat kekacauan di McDonalds Dungun. Nak boikot, boikotlah. Jangan tunjuk yang kita ini macam orang tak berpelajaran pulak. Wardina menerusi laman Facebooknya telah mengajak rakan-rakan artis yang lain untuk turut sama berganding bahu memboikot segala jenama yang membantu Israel. Wardina mencadangkan agar mereka yang mempunyai kontrak dengan mana-mana jenama tersebut supaya segera menamatkan kontrak mereka. Satu langkah yang bagus untuk dilakukan. Namun apa-apa pun kena tengok kontrak dulu. Jangan sampai kena saman berjuta-juta ringgit pulak nanti. Satu lagi nasihat Abang Nara bab boikot ini ialah janganlah kita menghina, mengkritik dan mencaci mereka yang mencari rezeki di dalam syarikat termasuk dalam senarai boikot. Jangan guna kekerasan. Jangan buat perangai pelik-pelik. Nak boikot, boikot je. Lagi satu kalau ada kawan-kawan saudara-mara yang taknak boikot, jangan sesuka chop dia ‘kafir’, ‘penyokong Yahudi’ dan sebagainya. Mana tahu dia tak boikot tapi dermanya beribu-ribu ringgit untuk Palestin. Tak gitu? Apa pendapat anda? P.S: Generasi baru Honda S2000 Baca Yang Ini Pulak:- |
(8 GAMBAR)Serius Comel, Yunalis Zarai Di Hari Raya Posted: 06 Aug 2014 07:00 PM PDT Lama tak lihat Yuna memakai tudung selain daripada turban seperti lilitan Erikah Badu sehingga Abang Nara terlupa kecomelan Yuna yang sebenar. Nasib baik Hari Raya baru-baru ini Yuna tampil dengan memakai tudung ketika di awal kemunculannya. Terubat rindu di hati Abang Nara. Serius comel sangat-sangat. Memang boleh tangkap cintan dibuatnya. Nampak macam gadis kampung yang amat ayu kan? Walaupun sibuk meluaskan sayapnya di Amerika Syarikat, Syawal harus tetap disambut di Malaysia. Tak meriahlah kalau sambut di luar negara. Pagi Aidilfitri mesti nak bersalam-salaman dengan mak ayah kan? Kalau raya sengsorang kat ‘oversea’ memang boleh mengalir air mata dibuatnya. Syahdu beb!!! Lagi beberapa gambar Yunalis Zarai di Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kepada Yuna, selamat hari raya Abang Nara ucapkan. Teruskan kecomelan anda.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Pengalaman Memasak Bersama MAGGI Posted: 06 Aug 2014 06:09 PM PDT Macam mana dengan raya korang? Best tak? Mestilah best kan. Dapat cuti panjang, balik kampung, jumpa sedara mara dan paling penting, dapat kutip duit raya. Minggu pertama ini semuanya pasti sibuk ziarah menziarahi kaum keluarga yang rapat. Mulai minggu depan confirm akan dapat banyak jemputan 'open house'. Tak menang tangan la nampaknya nak penuhi kesemua jemputan. Mana yang sempat je la Abang Nara akan pergi. Alhamdulillah tahun ini hari raya Abang Nara bertambah meriah dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Dah ada 'baby girl' dah. Selamat hari raya Abang Nara ucapkan kepada anda semua. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Masih teringat lagi kenangan masa berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa kali ini Abang Nara dan wife banyak memasak di rumah je. Ada 'baby' baru nie susah sikit nak keluar. Terpaksa Abang Nara tunjukkan skill memasak yang terpendam selama ini ketika wife jaga anak. Heheh. Bagi Abang Nara 'homemade food' adalah lebih enak kerana ia dimasak dengan air tangan kita sendiri. Lepas tue sambil memasak tue dapatlah bergurau senda dengan wife. Makin erat hubungan kekeluargaan. Tak kiralah masak untuk berbuka puasa ke, masak untuk 'open house' Hari Raya ke, aktiviti di dapur ini kalau dilakukan beramai-ramai memang meriah. Sambil memasak sambil mulut tak berhenti berborak. Hehehe. Untuk makluman, sepanjang Ramadhan lepas, Abang Nara banyak gunakan resipi yang telah dikongsikan oleh MAGGI menerusi suratkhabar. Ala yang '30 Hari Inspirasi Ramadhan bersama MAGGI tue'. Mesti korang pernah tertengok kan? Antara yang Abang Nara pernah cuba ialah resipi nasi biryani dan mee goreng basah. Boleh tahan juga sedapnya lebih-lebih lagi apabila menggunakan MAGGI Cukup Rasa dan sos tiram MAGGI sebagai pelengkap masakan Abang Nara. Masakan Abang Nara siap dapat pujian daripada wife lagi. Ada bakat jadi chef katanya. Tak percaya? Ish,ish,ish. Tak adanya Abang Nara nak menipu. Seminggu sebelum raya, Abang Nara siap memasak dengan Syura Masterchef dan blogger Ceera Noh lagi bersempena dengan kempen #MAGGIRaya. Kepoweran Abang Nara memasak disaksikan oleh puluhan orang. Menu yang diberikan kepada kami ialah MAGGI Royale dan satay ayam. MAGGI Royale adalah mee segera terbaru daripada MAGGI. Ala, mee segera seafood. Senang je masak dia. Kena tambah udang sikit kasik lebih sedap. Abang Nara masak pukul 4 petang. Memang terliur dibuatnya bila tengok kuah MAGGI Royale. Ini adalah pengalaman memasak secara 'live' yang pertama buat Abang Nara. Boleh tengok video Abang Nara memasak di sini https://www.youtube.com/watch?v=topBULHxVpQ&list=UUG-4ANblXBXj4GO5PDMpCUg&index=2.Teruja juga sebenarnya. Hehehe. Kalau korang nak buat open house dan tak tau nak masak apa, silalah ke http://www.maggi.com.my/recipes/Pages/landing.aspx untuk melihat resepi yang disediakan oleh mereka. *Ini adalah artikel berbayar daripada MAGGI® Malaysia Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment