Bimbang Akan Jadi Riak Punca Ummi Nazeera Tidak Bertemu Media
Bimbang Akan Jadi Riak Punca Ummi Nazeera Tidak Bertemu Media |
Bimbang Akan Jadi Riak Punca Ummi Nazeera Tidak Bertemu Media Posted: 29 Aug 2014 10:21 PM PDT Suka Abang Nara mendengar penjelasan Ummi Nazeera mengapa dirinya menyepikan diri daripada media massa selepas penghijrahannya. Diakui memang jarang Ummi tampil menceritakan kisah hijrahnya untuk tatapan orang ramai. Selepas tamat pengajiannya pun Ummi dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti agama dan tidak tampil di suratkhabar atau televisyen untuk bercerita perkembangan hidupnya. Hanya baru-baru ini sahaja Ummi Nazeera mula membuka mulut dan berkongsi detik-detik perubahan dalam hidupnya yang bermula di Melbourne, Australia. Menerusi portal Murai baru-baru ini, Ummi Nazeera memaklumkan punca utama dirinya enggan ditemuramah oleh mana-mana media mengenai penghijrahannya adalah kerana bimbang timbul perasaan riak di dalam diri. Kata Ummi:-
Memang ada logiknya kebimbangan Ummi Nazeera tersebut. Biasalah awal-awal berhijrah pasti akan ada bisikan dan godaan daripada syaitan untuk memesongkan niat penghijrahan tersebut. Mana tahu kalau tak tahan godaan niat yang kerana Allah boleh terpesong kerana dambakan pujiaan daripada manusia. Satu langkah yang bijak buat Ummi untuk menyepikan diri buat seketika. Semoga selepas ini Ummi akan semakin aktif berkongsi kisahnya untuk dijadikan teladan buat orang ramai. Baca Yang Ini Pulak:- |
Anak Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Selamat Bertunang Dengan Doktor Gigi Posted: 29 Aug 2014 09:40 PM PDT Alhamdulillah. Anak tunggal kepada Allahyarham Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali (32 tahun) telah pun selamat bertunang dengan Sharifah Nur Athirah Syed Azmi (28 tahun) pada 23 Ogos yang lalu. Tunang Aliff adalah seorang doktor gigi. Mereka berdua diperkenalkan keluarga masing-masing dalam satu majlis. Arwah Sharifah Aini juga pernah bertemu calon menantunya itu dan merestui hubungannya dengan Aliff. Pertunangan Aliff ini telah disahkan oleh bapanya, Ali Bakar. Kata Ali Bakar:-
Tahniah diucapkan kepada Aliff dan Sharifah Nur Athirah atas pertunangan ini. Semoga segala perancangan untuk majlis perkahwinan akan berjalan lancar kelak. Anda berdua memang sama cantik dan sama padan. Tahniah!!! Sumber Harian Metro. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment