Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah
Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah |
- Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah
- Sukan Lucah Haramjadah Commonwealth Ini Terus Jadi Qiblat M'sia?
- Gaza: Ini Sepatutnya Bagi Rakyat Malaysia, Pijak!
- Sepupu Menhan & 2 Pengganas Israel Diculik Hamas.
- Selebriti Bersama 10,000 Berhimpun Bantah Zionis..
- Gempar!! Khalid Ibrahim Keluar PKR?
- Konsert Penyanyi Bogel Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga. Cais!
- 'S'gor Sudah Darurat, MB Buat Bodoh' -Charles Santiago
- Ini Surat, PAS Umum Keluar PAKATAN.
- Akhirnya.. Berita Palsu Ini Terkantoi..
- Konsert Penyanyi Telanjang Ini, Di Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga..
- Tiada Kenaikan Tarif air 3-4 Tahun Akan Datang - Khalid
- Ini, Dah Jumpa Calon MB Alternatif Kpd Wan Azizah.
Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah Posted: 02 Aug 2014 06:42 PM PDT Addin Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah KUALA LUMPUR – Tahun 2008 hingga 2010 selepas PRU ke 12 yang lalu merupakan antara saat-saat getir bagi PAS di Kedah bagi menghadapi karenah, menjaga maruah PKR dan PR disamping mempertahankan air muka, kerajaan supaya tidak tersungkur di tengah- tengah perjuangan. Menurut bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau merasa terpanggil untuk memberikan pandangan di atas kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor berikutan perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. "Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. "PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati," ujarnya dalam satu kenyataan. Sanusi menambah, Rafizi Ramli serta Datuk Saifuddin Nasution yang bersungguh-sungguh mahu PAS supaya mengambil iktibar dan contoh dari sikap PKR Kedah dalam menghadapi kemelut Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing masih samar dengan situasi sebenar yang berlaku tatkala itu. "Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? "Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang," tambah Sanusi. Jelasnya, semasa Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bergelar Menteri Besar Kedah, seorang ADUN telah dipaksa untuk meletak semua jawatan meskipun telah dinasihatkan oleh Menteri Besar sendiri supaya dilucutkan jawatan dari Exco, namun keputusan itu disanggah keras oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. "Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! "PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...," tegasnya dalam kenyataan. Dalam pada itu, Sanusi turut memberitahu PKR langsung tidak memperdulikan nasib dan kebajikan kesemua Adunnya sehinggakan PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah diisytiharkan muflis dan diiklankan di dada-dada akhbar hampir seratus ribu. "MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ? Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka," jelasnya. Sementara itu, beliau turut berpesan agar PKR di Selangor untuk tidak campur tangandalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan Menteri Besar dan mereka tidak seharusnya sama sekali menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah. "Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu? "Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?"Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat," ujarnya. ~zaini ghani Iklan C (ii) |
Sukan Lucah Haramjadah Commonwealth Ini Terus Jadi Qiblat M'sia? Posted: 02 Aug 2014 05:01 PM PDT Ibnu Hasyim Sukan Lucah Haramjadah Commonwealth Ini Terus Jadi Qiblat M'sia? Olivia Vivian, atlet senam akrobatik asal Australia semasa bersaing dalam pertandingan Senam All-Around Artistik di ajang Commonwealth Games 2014 di Glasgow, Scotland (31/7). Claudia Fragapane, atlet senam akrobatik asal Inggeris saat bersaing dalam final pertandingan Senam All-Around Artistik di ajang Commonwealth Games 2014 di Glasgow, Scotland (31/7). Maegan Chant, atlet senam akrobatik asal Kanada saat bersaing dalam pertandingan Senam All-Around Artistik di ajang Commonwealth Games 2014 di Glasgow, Scotland (31/7). Larissa Miller, atlet senam akrobatik asal Australia semasa bersaing dalam pertandingan Senam All-Around Artistik di ajang Commonwealth Games 2014 di Glasgow, Scotland (31/7). Elsabeth Black, atlet senam akrobatik asal Kanada saat bersaing dalam kompetisi Senam All-Around Artistik di ajang Commonwealth Games 2014 di Glasgow, Skotlandia (31/7). Dipa Karmakar, atlet senam akrobatik asal India saat bersaing dalam pertandingan Senam All-Around Artistik di ajang Commonwealth Games 2014 di Glasgow, Scotland (31/7). |
Gaza: Ini Sepatutnya Bagi Rakyat Malaysia, Pijak! Posted: 02 Aug 2014 04:00 PM PDT Ibnu Hasyim Gaza: Ini Sepatutnya Bagi Rakyat Malaysia, Pijak! Selayaknya negara haram duduk di bawah kaki kita. Itu saja yang mampu kita buat untuk menunjukkan kebencian kita kepada negara haram Israel laknatullah. Teruskan berdoa buat penduduk Palestin Gaza dan para mujahidin dan mujahidah yang tengah bertempur dengan askar Israel. Semoga Allah bersama mereka. (IH) |
Sepupu Menhan & 2 Pengganas Israel Diculik Hamas. Posted: 02 Aug 2014 02:38 PM PDT Ibnu Hasyim Sepupu Menhan & 2 Pengganas Israel Diculik Hamas. Kerajaan Israel semalam menuduh Hamas melanggar gencatan senjata 72 jam, yang diperantarai PBB dan Amerika Syarikat, selepas menyerang pasukan Israel ditempatkan di dekat Jalur Gaza. Israel juga menyatakan telah kehilangan kenalan dengan seorang askarnya, Leftenan Hadar Goldin, selepas anggota Hamas melancarkan serangan komando pada Jumaat pagi waktu setempat terhadap lokasi tentera Israel di dekat Rafah. Leftenan Hadar Goldin, 23 tahun, diyakini sebagai sepupu ketiga Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon. Dia didakwa diculik oleh Hamas dalam serangan yang turut menewaskan dua orang lain, kurang dari dua jam selepas gencatan senjata bermula, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Sabtu (2/8). Hadar, yang sempat dikhabarkan baru bertunang beberapa minggu sebelum dihantar ke Gaza, sebelum ini dikhabarkan merupakan warga Inggeris keturuan Israel. Tetapi Kementerian Luar Negeri Israel mengatakan mereka tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa Hadar adalah seorang warga negara Inggeris. Namun, dia dipercayai telah tinggal selama beberapa tahun di Bandar Cambridge, Inggeris, dengan saudara kembarnya pada dua kesempatan, yakni saat berusia enam tahun dan 15 tahun. Ayahnya menghabiskan masa cuti panjang sebagai seorang ahli akademik di Universiti Cambridge dan keluarganya memainkan peranan aktif dalam komuniti Yahudi. Ini kata temannya kepada surat khabar the Jerusalem Post. Rabbi Reuven Leigh, rohaniawan di Universiti Cambridge, menulis di Twitter: "Saya terkejut mendengar berita penculikan Hadar Goldin, dia menghabiskan beberapa tahun tinggal di Cambridge bersama keluarganya, sila berdoa untuk kembalinya dia dalam keadaan selamat". Jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata penculikan itu berlaku ketika sejumlah lelaki bersenjata Palestin muncul dari rangkaian terowong mereka, dengan sekurang-kurangnya satu pejuang meletupkan jaket bahan letupan. Dalam kekacauan seterusnya, Leftenan Goldin rupanya ditangkap dan dibawa kembali ke Gaza melalui terowong itu, sementara dua tentera lain tewas. "Kami mengesyaki dia telah diculik," kata Kolonel Lerner. Laporan penculikan itu menimbulkan reaksi kemarahan dari Israel, di mana bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Danny Danon mengatakan "Jika kita tidak mendapatkan askar kita kembali dalam beberapa jam kita harus mula meratakan Gaza". Sementara pemerintahan Obama menggambarkan penculikan Leftenan Goldin jelas sebagai tindakan 'tidak bertamadun' dan menyeru 'pembebasan tanpa syarat'. Presiden Amerika Barack Obama mengatakan dalam sebuah jumpa pers, "Saya ingin memastikan (Hamas) mendengar, jika mereka serius tentang menyelesaikan situasi ini askar itu mesti dibebaskan tanpa syarat. (IH) |
Selebriti Bersama 10,000 Berhimpun Bantah Zionis.. Posted: 02 Aug 2014 01:37 PM PDT Ibnu Hasyim Selebriti Bersama 10,000 Berhimpun Bantah Zionis.. Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia membanjiri Dataran Merdeka tengah hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Para peserta menarik perhatian dengan melakonkan babak yang menunjukkan keganasan rejim Zionis dengan iringan kesan bunyi tembakan. Peserta himpunan itu baring di tanah untuk menunjukkan kehilangan jiwa akibat ditembak bedilan tentera Zionis Lakonan itu berlangsung selama-kira dua minit dan ia adalah sebahagian daripada acara himpunan 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza, Kami Bersama Mu' anjuran NGO Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Sharif. Peserta yang hadir turut mengibarkan bendera Palestin dan menjulang sepanduk anti-Israel. Mereka turut membawa sepanduk dengan slogan "America stop funding the genocide", "Free Gaza", "Save Gaza", "Malaysia against Zionism", "Demi Islam" dan "We stand with Palestine". Sebahagian daripada mereka turut memakai pengikat kepala bertulisan 'Demi Islam' dan sebahagiannya memakai pakaian dengan warna-warna bendera Palestin. Himpunan yang berlangsung dari jam 3 hingga 5 petang itu turut menyaksikan beberapa orang selebriti tanah air hadir memberikan sokongan. Pelakon Afdlin Shauki yang berucap menggesa rakyat Malaysia agar terus memboikot barangan berkaitan Israel. "Apa yang kita boleh buat? Boikot! Jangan ingat kita tak ada kuasa. "Boikot semua barangan yang dibuat Zionis Israel yang membunuh kanak-kanak ini," kata Afdlin. Selebriti lain yang hadir di antaranya adalah Aizat Amdan, Azrimel dari kumpulan Tonawarna, Ella, Heliza Helmi, Natasha Hudson dan penyanyi Hattan. Himpunan yang turut menampilkan ucapan beberapa wakil NGO itu bersurai pada jam 4.45 petang dengan laungan "Hidup Gaza! Free Gaza!" yang diketuai penyanyi Hattan. (MK) |
Gempar!! Khalid Ibrahim Keluar PKR? Posted: 02 Aug 2014 05:34 AM PDT Addin Gempar!! Khalid Ibrahim Keluar PKR? Penyebaran print screen palsu dari akaun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberi bayangan beliau akan keluar parti dan menyertai Umno dinafikan oleh Sekretariat Akhbarnya, Arfa'eza Abdul Aziz. Arfa'eza ketika dihubungi berkata ia merupakan kenyataan palsu dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."Ini Print Screen palsu. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada Selangor Kini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan penyebaran itu dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan ketika ini. "Ada pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan sedia ada, oleh itu tindakan seperti ini dilakukan mereka," katanya lapor Selangor Kini Iklan C (ii) |
Konsert Penyanyi Bogel Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga. Cais! Posted: 02 Aug 2014 01:42 AM PDT Ibnu Hasyim Konsert Penyanyi Bogel Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga. Cais! Mariah memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mengadakan konsert di negara Asia Tenggara bersempena konsert jelajahnya pada 22 Oktober depan di Stadium Negara. Banggakah rakyat Malaysia? KL: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey memilih Malaysia sebagai lokasi sulung bersempena siri konsert jelajahnya di Asia Tenggara yang bakal diadakan di Stadium Merdeka dekat sini pada 22 Oktober depan. Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain seperti Singapura dan Filipina. Lapor mStar hari ini. "Kuala Lumpur akan menjadi negara yang pertama biarpun Singapura tidak gembira dengan keputusan pengurusan penyanyi itu yang hanya akan mengadakan persembahan di Singapura dua hari selepas konsert di sini," kata sumber industri yang enggan namanya dikenali. Difahamkan bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mariah tidak kurang daripada USD1 juta (RM3.2 juta) iaitu harga sama semasa penyanyi itu mengadakan konsert di negara ini pada tahun 2004. Mariah adalah artis wanita paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat dengan penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia dan 18 lagu yang diciptanya sendiri menduduki tangga pertama carta Billboard. Mariah pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2004. Konsert pertama Mariah di negara ini pernah menimbulkan kekecohan ekoran imej seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli Parti PAS berarak di luar stadium Merdeka membantah penganjuran persembahan itu. Malangnya, kerajaan Malaysia sendiri merasa bangga dengan kehadiran penyanyi telanjang itu, kerana begitulah corak generasi muda Malaysia yang akan dibentuk, walaupun Perdana Menteri Najib sendiri pernah mengakui Malaysia adalah negara Islam. (IH) |
'S'gor Sudah Darurat, MB Buat Bodoh' -Charles Santiago Posted: 02 Aug 2014 12:43 AM PDT Ibnu Hasyim 'S'gor Sudah Darurat, MB Buat Bodoh' -Charles Santiago MP Klang Charles Santiago menyalahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berpura-pura tidak tahu dengan tahap bekalan air Selangor yang didakwanya kini sudahpun di tahap darurat. "Khalid enggan menjalankan catuan air kerana ia akan memberi kesan buruk pada beliau. "Tapi dia mesti berhenti dari berpura-pura tidak tahu dan mengabaikan masalah air yang semakin darurat semata-mata demi kelangsungan politik beliau," katanya. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Charles berkata sekiranya catuan dan usaha penjimatan air tidak dilakukan segera, Selangor tiada lagi bekalan air untuk dicatu. Katanya, Khalid menegaskan bahawa tahap bekalan air sebanyak 33.46 peratus di Sungai Selangor tidak perlu dibimbangkan, namun tahap air itu sebenarnya lebih rendah. Katanya, sebanyak 15 hingga 20 peratus dari isipadu empangan tersebut terdiri daripada lumpur dan kelodak lain yang tidak boleh digunakan. (MK) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? |
Ini Surat, PAS Umum Keluar PAKATAN. Posted: 01 Aug 2014 11:36 PM PDT Ibnu Hasyim Ini Surat, PAS Umum Keluar PAKATAN. KL: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecahbelahkan PR. Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa PAS menarik diri daripada PR sebagaimana surat yang tersebar di media sosial adalah palsu. Tegasnya, surat yang kononnya ditandatangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung PAS berhubung perkara itu merupakan pembohongan semata-mata. "Seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan usaha jahat seperti itu bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/8/2014 Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? |
Akhirnya.. Berita Palsu Ini Terkantoi.. Posted: 01 Aug 2014 10:42 PM PDT Addin Akhirnya.. Berita Palsu Ini Terkantoi.. Salinan surat palsu yang kononnya ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. PAS mengutuk pengedaran surat palsu yang kononnya parti itu membuat keputusan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. "Ini adalah kerja musuh PAS dan PR yang cuba untuk memecahkan PAS dan PR," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider yang turut menerima salinan surat palsu itu. Surat palsu yang menggunakan kepala surat Pejabat Agung PAS dan ditandatangani Mustafa selaku setiausaha agung itu mula disebarkan pagi ini ketika parti Islam itu dan PR sedang berada dalam konflik berhubung isu penukaran menteri besar Selangor. "Surat palsu yang ditujukan kepada ahli dan pimpinan parti Islam itu memaklumkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam membuat keputusan berkenaan. Sebelum ini, mesej palsu yang mengandungi keputusan Dewan Ulama PAS yang memutuskan agar parti itu keluar daripada PR juga disebarkan.Surat palsu berkenaan mengatakan Mesyuarat Tergempar AJK PAS Pusat pada 5 Syawal bersamaan 1 Ogos semalam membuat keputusan untuk menarik diri daripada PR. "Keputusan ini diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya demi menjaga maruah PAS yang dipandang rendah dan hina oleh DAP selain bertujuan menjaga maslahah ummah yang semakin hari semakin meruncing bahana perbuatan DAP dan ahlinya," tulis surat itu. Mustafa menjelaskan, PAS terus kekal dengan keputusan untuk mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan menteri besar Selangor. Mesyuarat ini diadakan selepas Majlis Presiden PR diberitahu secara rasmi oleh PKR mereka mahu menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. ~tmi Iklan C (ii) |
Konsert Penyanyi Telanjang Ini, Di Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga.. Posted: 01 Aug 2014 09:33 PM PDT Ibnu Hasyim Konsert Penyanyi Telanjang Ini, Di Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga.. Mariah memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mengadakan konsert di negara Asia Tenggara bersempena konsert jelajahnya pada 22 Oktober depan di Stadium Negara. Banggakah rakyat Malaysia? Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain seperti Singapura dan Filipina. Lapor mStar hari ini. "Kuala Lumpur akan menjadi negara yang pertama biarpun Singapura tidak gembira dengan keputusan pengurusan penyanyi itu yang hanya akan mengadakan persembahan di Singapura dua hari selepas konsert di sini," kata sumber industri yang enggan namanya dikenali. Difahamkan bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mariah tidak kurang daripada USD1 juta (RM3.2 juta) iaitu harga sama semasa penyanyi itu mengadakan konsert di negara ini pada tahun 2004. Mariah adalah artis wanita paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat dengan penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia dan 18 lagu yang diciptanya sendiri menduduki tangga pertama carta Billboard. Mariah pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2004. Konsert pertama Mariah di negara ini pernah menimbulkan kekecohan ekoran imej seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli Parti PAS berarak di luar stadium Merdeka membantah penganjuran persembahan itu. Malangnya, kerajaan Malaysia sendiri merasa bangga dengan kehadiran penyanyi telanjang itu, kerana begitulah corak generasi muda Malaysia yang akan dibentuk, walaupun Perdana Menteri Najib sendiri pernah mengakui Malaysia adalah negara Islam. (IH) |
Tiada Kenaikan Tarif air 3-4 Tahun Akan Datang - Khalid Posted: 01 Aug 2014 08:36 PM PDT Ibnu Hasyim Tiada Kenaikan Tarif air 3-4 Tahun Akan Datang - Khalid PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga ke empat tahun akan datang. Beliau berkata ini berikutan kejayaan penstrukturan semula industri air Selangor yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri tersebut. "Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini. (Gambar atas oleh Sekretariat Akhbar MB Selangor) Katanya pemeteraian perjanjian itu dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat. "Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat yang terlibat," kata Abdul Khalid. Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) telah menerima tawaran tersebut manakala pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPALSH) masih belum dimuktamadkan. Terdahulu, Abdul Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor bersama-sama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. "Kejayaan mengambil alih SYABAS akan membolehkan kejayaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34 peratus," katanya. Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Abdul Khalid dalam nada berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi". - Bernama Lihat ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? |
Ini, Dah Jumpa Calon MB Alternatif Kpd Wan Azizah. Posted: 01 Aug 2014 07:43 PM PDT Ibnu Hasyim Ini, Dah Jumpa Calon MB Alternatif Kpd Wan Azizah. Pakatan Rakyat (PR) sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor, dedah seorang pemimpin tertinggi, satu langkah dilihat untuk memuaskan hati semua pihak. Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS. "Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira. Mata tertumpu kepada Adun Melayu-Islam PKR Selangor yang dilihat rapat dengan Anwar. Bagaimanapun sumber mendedahkan, Anwar yang juga ketua umum PKR tidak dapat menerima calon alternatif untuk jawatan menteri besar Selangor kerana masih memegang keputusan majlis pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan Khalid dengan isterinya, Dr Wan Azizah. "Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Khalid dan juga Pakatan," kata sumber itu lagi. Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS. Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak. Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar. Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya. Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta semua parti politik menyatakan pendirian mereka sama ada wanita boleh dilantik sebagai menteri besar sebelum bercakap tentang menggantikan ketua eksekutif Selangor. "Janganlah kita hilang tumpuan dengan cadangan menukar menteri besar. Isu utama yang perlu diselesaikan, seperti dikatakan Anwar Ibrahim adalah tentangan terhadap wanita dilantik untuk jawatan tersebut. "Ia amat penting bagi semua parti politik menjelaskan halangan jantina ini... jika tidak, kita akan memperlihatkan seolah-olah Dr Wan Azizah tersingkir daripada kelayakan hanya kerana beliau seorang wanita," katanya di Pulau Pinang semalam. Lim sebelum ini memberi amaran PR mungkin berpecah jika parti komponen mengenepikan keputusan yang sudah dicapai bersama. Khalid sebelum ini sudah memberikan indikasi dalam beberapa pertemuan di antaranya dan pemimpin PR, beliau tidak akan berundur sekiranya Azmin menjadi penggantinya. Sokongan Khalid penting untuk memastikan beliau berundur secara terhormat tanpa memerlukan proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. – 2 Ogos, 2014. (TMI) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment