Amar Baharin Datang Dari Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda
Amar Baharin Datang Dari Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda
Amar Baharin Datang Dari Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda
(18 GAMBAR)Neelofa Beraya Di Kelantan, Temui Tok Guru Nik Aziz
(9 GAMBAR)Keluarga Bahagia Fasha Sandha & Jejai Berhari Raya
Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf
Amar Baharin Datang Dari Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda
Posted: 01 Aug 2014 01:03 AM PDT
Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) sudah lama tamat. Sebelum ini gambar-gambar mesra Amar Baharin dan Izreen Azminda ‘terpaksa’ dikongsikan di Instagram mereka untuk tujuan promosi drama tersebut. Namun nampak gayanya walaupun drama tersebut telah berakhir, kemesraan antara Abang Zen dan Indah ini masih jelas terserlah. Mana tidaknya, Amar Baharin sanggup datang ke Kedah daripada KL semata-mata untuk beraya dengan Izreen. Sweet gitu!!!
Bukan dekat jarak perjalanan yang ditempuhi oleh Amar Baharin, namun pengorbanan yang dilakukan pasti berbaloi kerana dapat melihat wajah Izreen Azminda menyambut kedatangannya. Mungkinkah hubungan mereka kini sudah lebih daripada sekadar pasangan kekasih di lokasi drama? Hanya Izreen dan Amar sahaja yang mengetahui. Tulis Izreen mengenai kehadiran Amar ke rumahnya:-
Eh eh ada retis dtg raya rumah kita la….so sweeetttttt…tq taw dtg jauh2 nak raya dgn i…
Kalau sudah timbul perasaan sayang, pasti para peminat merestui hubungan mereka berdua. Kedua-duanya memang secocok. Gandingan mereka di dalam drama KTAR pun sudah cukup mengujakan. Kalau benar-benar bercinta, pasti manis sangat-sangat. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Izreen dan Amar. Semoga ada jalan untuk mereka berdua.
Baca Yang Ini Pulak:-
Amar Baharin Tak Tolak Jodoh Dengan Izreen Jika Itu Suratan Takdir (81)
Penamat Drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ Mengecewakan Para Penonton? (68)
Dituduh Jadi Punca Penceraian Izreen Azminda, Amar Baharin Nafi Dakwaan Tak Masuk Akal (59)
Kongsi Gambar Mesra Bersama Amar Baharin, Izreen Azminda Nafi Tak Hormat Edah (62)
Izreen Azminda Sah Cerai Talak Satu (54)
Saya Hanya Menunggu Keputusan Mahkamah – Izreen Azminda (32)
Izreen Azminda Sah Diceraikan Di Lokasi Penggambaran (91)
Jangan Mainkan Perasaan Wanita, Nasihat Izreen Kepada Johan (99)
(18 GAMBAR)Neelofa Beraya Di Kelantan, Temui Tok Guru Nik Aziz
Posted: 31 Jul 2014 08:57 PM PDT
Bertuah sungguh Neelofa kerana berpeluang bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini lebih-lebih lagi di Hari Raya. Pasti banyak yang dibicarakan oleh mereka berdua. Abang Nara suka melihat wajah Neelofa yang begitu tekun mendengar kata-kata Nik Aziz. Semoga ada satu dua ilmu baru yang diterima oleh Neelofa.
Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa berasal dari Kelantan. Kalau tak silap orang Pasir Mas. Orang Pasir Mas memang terkenal dengan kecantikannya. Neelofa sememangnya ‘natural beauty’ dan kejelitaannya semakin terserlah apabila bertudung dan bergaya dengan baju raya. Memang boleh jatuh cinta dibuatnya.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada Neelofa dan keluarga. Semoga makin murah rezeki selepas penghijrahan ini. Lagi beberapa gambar si jelitawan ini berhari raya bersama keluarga dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:-
Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga (82)
(13 GAMBAR)Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung (52)
Neelofa Enggan Bergiat Sebagai Penceramah Selepas Penghijrahan (67)
Jangan Hari Ini Bertudung, Esok Terus Jadi Ustazah – Ustaz Kazim Elias (86)
Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa (83)
(TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya (97)
Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya? (71)
Neelofa Sudah Putus Dengan Hans Isaac, Yabedabedu!!! (78)
(9 GAMBAR)Keluarga Bahagia Fasha Sandha & Jejai Berhari Raya
Posted: 31 Jul 2014 08:19 PM PDT
Hari Raya adalah hari di mana seluruh kaum keluarga berkumpul untuk berborak, bermaafan dan bertanya khabar. Makin ramai yang ada, makin meriah dibuatnya. Gelak tawa, mencium tangan yang tua memohon maaf dan berpelukan dengan saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa memang membuatkan kita rasa gembira. Itu yang buat Abang Nara tersenyum melihat keluarga Fasha Sandha. Memang jelas terasa kebahagiaan dan kemeriahan Hari Raya mereka.
Pastinya tahun hadapan keluarga Fasha dan Jejai akan bertambah meriah dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata. Fasha pun kelihatan sangat cantik berseri-seri seiring dengan usia kehamilannya yang sudah mencecah 6 bulan. Kalau tahun depan dapat ‘baby girl’ pasti akan lebih sakan raya Fasha. Abang Nara dah rasai sendiri keseronokan beli baju raya untuk anak perempuan. Lain macam ‘feel’ dia.
Semoga kebahagiaan Fasha Sandha dan Jejai serta keluarga mereka akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Apa pun di kesempatan ini, Abang Nara sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kesemua pembaca BeautifulNara. Maaf zahir dan batin diucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:-
Fasha Sandha Bakal Lahirkan Anak Perempuan (52)
Kerjaya Dan Publisiti Kini Nombor 2 – Fasha Sandha (76)
Berpantang Ikut Cara Masing-Masing – Fasha Sandha (74)
(9 GAMBAR)Putra Rayfal Membesar Dengan Sihat Sempurna (120)
(2 LAGI GAMBAR)Anak Lelaki Fasha Sandha & Rizal Ashram (107)
(TAHNIAH)Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki (95)
Fasha Sandha Bakal Lahirkan Bayi Lelaki Awal April Ini (104)
(10 GAMBAR)Fasha Sandha Semakin Sarat, Wajah Semakin Berseri (95)
Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf
Posted: 31 Jul 2014 08:02 PM PDT
Pergh~~~ Ingatkan Hari Raya tak adalah kontroversi panas melanda selebriti tanah air kita. Rupa-rupanya ada jugak. Baru Abang Nara nak berhari raya dengan aman. Hehehe. Sekeping gambar pengacara, Farish Aziz ber’selfie’ di tanah perkuburan telah menjadi topik hangat perbualan orang ramai ketika memakan ketupat cecah rendang dengan masing-masing mengkritik perbuatan tidak kena tempat ini.
Apa yang paling mengkagumkan Abang Nara ialah sempat juga si Farish Aziz ini terfikir nak bawak monopod pergi kubur. Kalau Abang Nara cuma sekadar bawak senaskah Yasin je. Tak adalah nak capai apa-apa. Namun Abang Nara tertarik dengan air muka pakcik-pakcik di belakang Farish Aziz. Mungkin itu pertama kali mereka melihat monopod. Balik rumah confirm suruh anak beli. Hehehe.
Walaupun mendapat kritikan ribuan rakyat Malaysia, pada mulanya Farish Aziz enggan mengaku perbuatannya itu adalah salah. Pengacara ini masih cuba menegakkan benang yang basah atau dalam peribahasa modennya, meluruskan monopod yang bengkok. Namun begitu selepas kritikan demi kritikan, akhirnya terbit jua cahaya keinsafan dalam hati Farish Aziz dan dia telah tampil membuat permohonan maaf.
Semoga apa yang terjadi kepada Farish Aziz ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Nak bergambar memang boleh. Selfie pun tak ada masalah. Cuma perhatikan tempat dan keadaan sekeliling dahulu. Kalau rasa tak sesuai, batalkan sahaja hasrat murni anda itu. Tak gitu?
P.S: Kasut pintar LECHAL dari India
0 comments:
Post a Comment