Adam, Fiza Elite Kembali Rujuk
Adam, Fiza Elite Kembali Rujuk |
Adam, Fiza Elite Kembali Rujuk Posted: 10 Aug 2014 09:46 AM PDT Adam, Fiza Elite Kembali Rujuk| Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk meramalkan yang sebaliknya. Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.
“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam.
“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan. Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tahniah buat pasangan ini!-Rotojaya |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment