Akhirnya Najib Jawab Tuduhan Mahathir.. Ini Penelasannya Posted: 29 Aug 2014 06:24 PM PDT Addin Akhirnya Najib Jawab Tuduhan Mahathir.. Ini Penelasannya
Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas lanjut kritikan yang dilemparkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kerana menyifatkan ia hal dalaman Umno.
Perdana menteri berkata kebanyakan pemimpin Umno sudah memberikan kenyataan berhubung isu berkenaan dan sokongan mereka tetap teguh terhadap pucuk pimpinan parti."Kebanyakan pemimpin Umno sudah buat kenyataan. Saya ingat perkara ini pendirian Umno.
Mereka berikan sokongan kepada pimpinan sedia ada. Di samping itu, mereka menghormati Tun sebagai orang lama.Kita anggap ini soal dalaman Umno. Kita harap ia dapat diuruskan sebaik-baiknya," katanya ketika menjawab soalan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn hari ini.
Dr Mahathir baru-baru ini menarik sokongan yang diberikan kepada Najib kerana menyifatkan presiden Umno itu terlalu berlembut dalam hal yang menyentuh kepentingan negara.
Katanya, undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan menyebabkan ramai ketua penjahat kini yang sedang berkeliaran.
Bagaimanapun, beberapa menteri Kabinet tetap berdiri teguh menyokong Najib termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tengku Adnan berkata tiada masalah bagi Dr Mahathir untuk menegur pimpinan kerajaan namun ia hendaklah dibuat secara tertutup.Katanya, pemimpin Umno bersedia mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi memahami apa yang disuarakan bekas perdana menteri itu.
Hishammuddin berkata keupayaan Najib tidak boleh dipertikaikan, terutamanya apabila beliau berjaya mengadakan rundingan bersama ketua pemberontak pro-Rusia Alexander Borodai mencapai persefahaman dalam krisis pesawat Malaysia Airlines MH17. ~tmi
Iklan C (ii) |
Ini Berita Putar Belit Mengenai HAMAS.. Jangan Tertipu! Posted: 29 Aug 2014 04:55 PM PDT Ibnu Hasyim Ini Berita Putar Belit Mengenai HAMAS.. Jangan Tertipu! PEJUANG Hamas mengangkat senjata semasa bergambar pada satu perarakan di Shejaiya, Gaza pada Rabu lalu. DOHA - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal kelmarin menolak sebarang cubaan untuk melucutkan senjata pejuang Islam Palestin di Gaza seperti yang dituntut oleh Israel. Dalam satu kenyataannya, Meshaal berkata, senjata pejuang Palestin itu 'suci'. "Senjata pejuang Palestin itu suci dan kami tidak akan menerima ia dijadikan agenda dalam mana-mana rundingan pada masa hadapan dengan Israel," kata Meshaal pada satu sidang akhbar di sini di mana beliau hidup dalam buangan. Israel sebelum ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan bahan binaan dan barangan lain bagi membina semula Gaza jika Hamas melucutkan senjata mereka. Perang selama 50 hari dengan Israel yang berakhir Selasa lepas telah menyebabkan banyak infrastruktur di wilayah Palestin itu musnah atau rosak teruk. Namun, Meshaal berkeras bahawa Hamas tidak akan sekali-kali melucutkan senjata. "Isu ini tidak boleh dirunding. Tiada sesiapa boleh melucutkan senjata Hamas," katanya. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita ini mula mengelirukan. Contohnya ayat ini, 'Israel sebelum ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan bahan binaan dan barangan lain bagi membina semula Gaza jika Hamas melucutkan senjata mereka.' Hal ini tidak menasabah. Hamas bersetuju gencatan senjata tanpa syarat.
Baca ini buktinya.. Israel Terima Syarat Damai Palestin, Tanpa Pindaan... |
Nasrudin Tantawi Sindir Anwar Pilih Isteri Sendiri Jadi MB. Posted: 29 Aug 2014 03:57 PM PDT Ibnu Hasyim Nasrudin Tantawi Sindir Anwar Pilih Isteri Sendiri Jadi MB. Kenyataan yang ditulis oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di laman Facebooknya Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disindir Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Nasrudin dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya membidas tindak-tanduk Anwar yang berkeras mahu mencalonkan Wan Azizah.
"Terdapat pihak ( khasnya alim ulamak ) yang menolak seorang wanita menjadi pemimpin utama (Menteri Besar) berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulamak bagi sebuah kerajaan negeri adalah PERKARA BIASA.
"Tetapi, apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah LUAR BIASA," katanya.
Kenyataan itu dibuat ekoran keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baharu biarpun pihak Istana menitahkan supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua nama.
Pada Rabu, Anwar menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu. (IH)Lihat sebelum ini..E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
Chong Wei Raih Slot Suku Akhir Kejohanan Dunia 2014 Posted: 29 Aug 2014 01:52 PM PDT Ibnu Hasyim Chong Wei Raih Slot Suku Akhir Kejohanan Dunia 2014 TENANG... Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei bersahaja membalas pukulan pemain Jerman Dieter Domke pada pusingan kedua Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014. Chong Wei menang dalam pertarungan dua set dengan 21-12 dan 21-9. -fotoBERNAMA
SUKAN COPENHAGEN: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Khamis. Chong Wei, selaku pilihan utama, langsung tidak tercabar untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik selepas mudah menundukkan wakil Ireland, Scott Evans 21-11 dan 21-12 dalam masa 36 minit. Evans nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamerkan Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama. Chong Wei, 31, akan berdepan dengan pemain pilihan keenam, Wang Zhengming pada aksi suku akhir, Jumaat. Sebelum itu, pemain China berusia 24 tahun itu mengesahkan slot ke suku akhir dalam masa 42 minit apabila menyingkirkan pemain Hong Kong, Nan Wei dalam 'straight-set' 21-15 dan 21-18. Sekiranya berjaya mengekalkan rekod bersih dengan Zhengming, Chong Wei dijadual menentang pemenang antara pilihan ke-14, Viktor Axelsen dan Tien Chen Chou dari Taiwan dalam peringkat separuh akhir, Sabtu. Chong Wei menyifatkan kejayaan melepasi pusingan ketiga itu merupakan satu permulaan yang berliku dalam misi memburu gelaran dunia yang masih belum dikecapi sepanjang kariernya. "Perlawanan hari ini bukanlah terlalu sukar. Bermula esok, perlawanan mungkin bertambah sukar dengan berdepan pemain China dan mungkin persediaan yang paling hebat perlu saya lakukan. "Fokus saya masih kepada persediaan diri sendiri dan saya tidak pandang rendah pemain China itu walaupun tidak pernah kalah dalam 11 pertemuan dengannya sebelum ini," katanya. Dalam pertemuan terakhir pada Terbuka Malaysia 2014, Januari lepas, Chong Wei mengatasi lawannya itu dalam 'straight-set' 21-17 dan 21-18. Anak jati Pulau Pinang itu turut berharap wakil beregu tunggal negara dalam acara lelaki, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong akan meneruskan momentum selepas mengesahkan slot suku akhir. Hoon dan Tan mengambil masa 63 minit untuk mengalahkan pasangan Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda 19-21, 21-17 dan 21-19 dalam aksi pusingan ketiga. Bagaimanapun, satu lagi beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Keong gagal meneruskan kemaraan apabila kalah kepada beregu Taiwan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin 21-19, 17-21, 19-21 dalam saingan pusingan ketiga. (mStar) |
Jom Lawat 12 Kampung Tercantik Di Dunia. Subhanaalah! Posted: 29 Aug 2014 09:54 AM PDT Ibnu Hasyim Jom Lawat 12 Kampung Tercantik Di Dunia. Subhanaalah! |
Ciri-ciri MB Menurut Sultan S'gor. Bukan Boneka. Posted: 29 Aug 2014 08:03 AM PDT Ibnu Hasyim Ciri-ciri MB Menurut Sultan S'gor. Bukan Boneka. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain. Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda. "Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri. "Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi," kata sumber itu. Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. "Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana," katanya. Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri. "Ini merupakan masalah dalaman parti," katanya. Disaring dari mStar. |
Awas! ejek isteri "GEMUK" boleh dijatuhkan hukuman Akta Keganasan Domestik! Posted: 29 Aug 2014 06:39 AM PDT Tengok TV Online Awas! ejek isteri "GEMUK" boleh dijatuhkan hukuman Akta Keganasan Domestik! Seorang ahli politik dari parti Buruh di United Kingdom, Seema Malhotra menyatakan mana-mana suami yang memanggil isteri dengan panggilan 'gemuk' boleh dikenakan tindakan di bawah akta keganasan rumah tangga atau keganasan domestik. Seema menjelaskan, memanggil isteri dengan gelaran sebegitu merupakan salah satu daripada penderaan mental dan psikologi yang perlu dihadapi mangsa. "Kelakuan tersebut dianggap sebagai perbuatan yang boleh memberi kesan lebih buruk daripada serangan fizikal selain membuat para isteri menjadi takut dan terasa seperti 'didera' di rumah sendiri," katanya memetik Daily Mail. Menurut Seema lagi, terdapat kes di mana si isteri melarikan diri daripada rumah selepas trauma apabila teruk dikritik suami berhubung penampilan dirinya. -Agensi |
Israel Terima Syarat Damai Palestin, Tanpa Pindaan -Hamas Posted: 29 Aug 2014 04:53 AM PDT Ibnu Hasyim Israel Terima Syarat Damai Palestin, Tanpa Pindaan -Hamas Roket jarak jauh Hamas yang memasuki Israel membentuk keseimbangan baru di Gaza
KAHERAH: 'Roket rintangan' yang menyerang Tel Aviv menunjukkan perubahan dalam imbangan kuasa antara Hamas dan entiti Israel, kata ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud al-Zahar ketika bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat.
Beliau mendakwa, roket ini menyeimbangkan 'keganasan' oleh satu pihak ke atas pihak yang lain, menambah keseimbangan baru ini akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memulakan apa-apa pencerobohan baru terhadap Semenanjung Gaza.
Al-Zahar juga memuji kedudukan yang diambil oleh Mesir dalam konflik dan usahanya dalam mendapatkan perjanjian gencatan senjata, berkata..
"kami menjangka kedudukan ini dari Mesir yang baru yang mana Presiden, kerajaan dan rakyatnya berdiri teguh di belakang rakyat Palestin".
Al-Zahar (gambar) menyamakan peluru berpandu jarak jauh Hamas seperti "batu-batu dari tanah yang dibakar keras", merujuk al-Quran, Surah al-Fil.
Al-Zahar berkata..
"pertempuran batu-batu dari tanah yang dibakar" dengan Israel telah memberi faktor baru dalam konflik dan akan membentuk pengakhiran pencerobohan melalui pertempuran terancang dan meningkat, yang akan mendedahkan tahap khayalan musuh mengabaikan kehendak rakyat Palestin dan ketahanan mereka."
Beliau menambah, "peperangan ini akan menjadi peristiwa penting, bukan sahaja dalam sejarah di rantau ini, yang telah menyaksikan perubahan rejim yang banyak, khususnya di Mesir, tetapi juga dalam sejarah dunia. "
Al-Zahar juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "[Perdana Menteri Israel] Netanyahu mahu menamatkan perang selepas tiga hari kerana pihak keselamatan beliau memberitahunya bahawa musuh hanya memiliki 300 roket yang boleh dilancarkan, namun mereka terkejut apabila roket terus dilancarkan dan menghujani Israel pada hari-hari terakhir di mana pada pencerobohan dipesatkan, bukan dikurangkan."
Al-Zahar mendedahkan bahawa Israel telah menerima semua syarat Palestin, tanpa apa-apa pindaan, tidak seperti yang didakwa oleh media Israel.
Beliau berkata..
"Kami tidak menerima cadangan Israel mengenai penyelesaian dua peringkat, iaitu pertama gencatan senjata dan kemudian membuka lintasan sempadan. Kami menolak cadangan tersebut dan tetap dengan tuntutan asal kami iaitu gencatan senjata dan membuka lintasan sempadan dalam satu langkah, dan Israel bersetuju untuk ini."
Beliau menambah, "Kami telah membuktikan bahawa pilihan melawan kembali ketika konflik berlangsung adalah satu-satunya pilihan yang menunjukkan kejayaan dan kita telah menunjukkan ini ketika menghalau keluar pendudukan Israel dari Gaza pada tahun 2005."
Beliau berkata "Tempoh di mana musuh menyerang kita sudah berlalu, dan kita sekarang dalam peringkat kita menyerang mereka."
Beliau mengesahkan bahawa tempoh ini adalah "pertumpahan darah dan senjata" dan satu-satunya pilihan rakyat Palestin adalah melawan kembali.
Di samping itu, beliau menyeru semua individu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dan membentuk sebuah gabungan yang menyokong penentangan bersenjata, menegaskan bahawa rakyat Palestin yang keluar meraikan kemenangan Gaza mewakili satu referendum mengenai pilihan jihad dan penentangan.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin hari ini menyokong penentangan dan berdiri teguh dalam menghadapi pencerobohan Israel. Beliau berkata, "darah pemimpin kekal membakar perjuangan rakyat dan penentangan."
Al-Zahar juga menafikan laporan bahawa dia melarikan diri dari Gaza semasa pencerobohan Israel, mengatakan "syahid di tangan Allah dan mengalahkan penjajahan adalah matlamat kami, rakyat Palestin, yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya.
"Kami telah menyerahkan anak-anak kami demi Islam dan untuk mempertahankan tanah dan tapak suci kami. Oleh itu, bagaimana anda boleh mengatakan bahawa saya, seorang pemimpin Hamas, akan lari dari peperangan ke Mesir? "
Beliau menambah, "Saya di Gaza dan saya bertemu dengan delegasi Mesir dan berkongsi kegembiraan rakyat Palestin malam tadi dalam kemenangan kita. Saya akan kekal di sini di atas tanah Palestin, di barisan hadapan rakyat Palestin sehingga menang atau syahid!"
(IH) |
Sultan Mungkin Tolak Wan Azizah Jadi MB.. Ini Buktinya? Posted: 29 Aug 2014 04:42 AM PDT Addin Sultan Mungkin Tolak Wan Azizah Jadi MB.. Ini Buktinya?
Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui "kawalan jauh".
Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.
"Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi," kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.
"Ini adalah masalah dalaman parti," katanya.
Dalam satu lagi laporan berkaitan, The Star menyebut bahawa sultan Selangor berpendapat Wan Azizah tidak perlu menghadap baginda buat masa ini.
"Permohonan untuk menghadap itu menjadi isu akademik kerana Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah mengumumkan peletakan jawatannya.
"Tidak perlu lagi Dr Wan Azizah bertemu sultan untuk menyampaikan keputusan parti kerana ia soal dalaman," kenyataan sumber itu dipetik dalam laporan tersebut.
Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sehingga hari ini, Wan Azizah masih belum berjaya menghadap baginda untuk mempersembahkan 30 pengakuan berkanun bagi membuktikan sokongan majoriti anggota DUN.
Dewan tersebut dianggotai oleh 56 ADUN. ~mk
Iklan C (ii) |
Wanita dakwa anak saudara dibuli rakan hingga jari hampir putus! (5 Gambar) Posted: 29 Aug 2014 04:41 AM PDT Tengok TV Online Wanita dakwa anak saudara dibuli rakan hingga jari hampir putus! (5 Gambar) Jari seorang murid perempuan darjah 1 hampir putus akibat dibuli oleh rakan sekolahnya. Perkara itu didedahkan oleh ibu saudaranya, Elena Sweets di laman Facebook. Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat di Sekolah PPR Lembah Subang, Petaling Jaya itu, mangsa tidak diberikan sebarang rawatan kecemasan atau dihantar ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sebaliknya luka di jari mangsa hanya dibalut dengan kain biasa. Ibu mangsa yang bimbang dengan kecederaan yang dialami segera membawa anaknya ke klinik tetapi terpaksa dirujuk ke hospital kerana kecederaan yang amat teruk. Menurut doktor, jika kecederaan pada jari mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, jarinya terpaksa dipotong. Elena mendakwa anak saudaranya dibuli oleh rakan sekolah berikutan mangsa asyik mengulangi cerita yang sama sepanjang seminggu terlantar di hospital. Lebih teruknya lagi, tiada seorang pun guru dari sekolah terbabit yang datang melawat apatah lagi menelefon untuk bertanyakan keadaan anak saudaranya itu. Bagaimanapun, pihak sekolah menafikan dakwaan itu dan menyatakan mangsa bermain berseorangan sehingga terjatuh dan mengakibatkan kecederaan. Menurut pihak keluarga mangsa, kes itu telah dibawa kepada PPD dan siasatan akan dijalankan. - - SumberBERIKUT LUAHAN HATI ELENA SWEETS:Kesian anak sdra aku..memang lahanat pihak Sekolah kebangsaan PPR Lembah Subang,PJ...dah bagi statement putar belit lagi nak dakwa.memang sial lah korang nh..anak sdara aku hampir hilang jari kot..pastuh korang putar belit kata anak sdara aku main sorang2 sampai jatuh.. weii pikir logik lah anak sdara aku makan tido makan tido lbih sminggu kat spital nh asyik cakap benda sama lagi korang nak putar belit citer... Guru Besar cakap lain..cikgu cakap laen...memang gila punya undang2 bagi alasan cikgu x cukup bila keadaan budak2 x terkawal..9 org guru sekaligus beranak..xkan xde altenatif cari guru ganti..dah sah2 kena buli lagi nak tunding jari kat ibu bapa..memang kelaut lah korang wat keje.. kejadian tu waktu rehat tapi rawatan x dberikan..korang balut pakai kain jer macam xde otak nak dapatkan rawatan lbih lanjut bawak pgi klinik ke haper...Balik dari sekolah akak aku yg bwak pgi klinik..so kedaan teruk kena rujuk Hospital sampai skrang terlantar dah seminggu lebih.. Tunggu keputusan selanjutnya dan last keputusan dari dok jika xdapat pulih seperti sediakala terpaksa DIPOTONG..!!!!SORANG GURU pon xde amek taw hal nh..bukan kata CALL! DATANG JENGUK pon x!!!!!.main lepas tangan suruh pihak kami paham situasi kamu!!! Habis sampai nak kena potong lagi nak sruh diam?!! Macam nh ke PERANAN seorang guru??????? Pihak sekolah?? Xde tanggungjawab!!!!! Cuba anak korang yg kena x sampai 3 hari satu msia dah bising!!!!
|
Israel Terima Syarat Palestin, Tanpa Pindaan -Hamas Posted: 29 Aug 2014 03:42 AM PDT Ibnu Hasyim Israel Terima Syarat Palestin, Tanpa Pindaan -Hamas Roket jarak jauh Hamas yang memasuki Israel membentuk keseimbangan baru di Gaza
KAHERAH: 'Roket rintangan' yang menyerang Tel Aviv menunjukkan perubahan dalam imbangan kuasa antara Hamas dan entiti Israel, kata ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud al-Zahar ketika bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat.
Beliau mendakwa, roket ini menyeimbangkan 'keganasan' oleh satu pihak ke atas pihak yang lain, menambah keseimbangan baru ini akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memulakan apa-apa pencerobohan baru terhadap Semenanjung Gaza.
Al-Zahar juga memuji kedudukan yang diambil oleh Mesir dalam konflik dan usahanya dalam mendapatkan perjanjian gencatan senjata, berkata..
"kami menjangka kedudukan ini dari Mesir yang baru yang mana Presiden, kerajaan dan rakyatnya berdiri teguh di belakang rakyat Palestin".
Al-Zahar (gambar) menyamakan peluru berpandu jarak jauh Hamas seperti "batu-batu dari tanah yang dibakar keras", merujuk al-Quran, Surah al-Fil.
Al-Zahar berkata..
"pertempuran batu-batu dari tanah yang dibakar" dengan Israel telah memberi faktor baru dalam konflik dan akan membentuk pengakhiran pencerobohan melalui pertempuran terancang dan meningkat, yang akan mendedahkan tahap khayalan musuh mengabaikan kehendak rakyat Palestin dan ketahanan mereka."
Beliau menambah, "peperangan ini akan menjadi peristiwa penting, bukan sahaja dalam sejarah di rantau ini, yang telah menyaksikan perubahan rejim yang banyak, khususnya di Mesir, tetapi juga dalam sejarah dunia. "
Al-Zahar juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "[Perdana Menteri Israel] Netanyahu mahu menamatkan perang selepas tiga hari kerana pihak keselamatan beliau memberitahunya bahawa musuh hanya memiliki 300 roket yang boleh dilancarkan, namun mereka terkejut apabila roket terus dilancarkan dan menghujani Israel pada hari-hari terakhir di mana pada pencerobohan dipesatkan, bukan dikurangkan."
Al-Zahar mendedahkan bahawa Israel telah menerima semua syarat Palestin, tanpa apa-apa pindaan, tidak seperti yang didakwa oleh media Israel.
Beliau berkata..
"Kami tidak menerima cadangan Israel mengenai penyelesaian dua peringkat, iaitu pertama gencatan senjata dan kemudian membuka lintasan sempadan. Kami menolak cadangan tersebut dan tetap dengan tuntutan asal kami iaitu gencatan senjata dan membuka lintasan sempadan dalam satu langkah, dan Israel bersetuju untuk ini."
Beliau menambah, "Kami telah membuktikan bahawa pilihan melawan kembali ketika konflik berlangsung adalah satu-satunya pilihan yang menunjukkan kejayaan dan kita telah menunjukkan ini ketika menghalau keluar pendudukan Israel dari Gaza pada tahun 2005."
Beliau berkata "Tempoh di mana musuh menyerang kita sudah berlalu, dan kita sekarang dalam peringkat kita menyerang mereka."
Beliau mengesahkan bahawa tempoh ini adalah "pertumpahan darah dan senjata" dan satu-satunya pilihan rakyat Palestin adalah melawan kembali.
Di samping itu, beliau menyeru semua individu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dan membentuk sebuah gabungan yang menyokong penentangan bersenjata, menegaskan bahawa rakyat Palestin yang keluar meraikan kemenangan Gaza mewakili satu referendum mengenai pilihan jihad dan penentangan.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin hari ini menyokong penentangan dan berdiri teguh dalam menghadapi pencerobohan Israel. Beliau berkata, "darah pemimpin kekal membakar perjuangan rakyat dan penentangan."
Al-Zahar juga menafikan laporan bahawa dia melarikan diri dari Gaza semasa pencerobohan Israel, mengatakan "syahid di tangan Allah dan mengalahkan penjajahan adalah matlamat kami, rakyat Palestin, yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya.
"Kami telah menyerahkan anak-anak kami demi Islam dan untuk mempertahankan tanah dan tapak suci kami. Oleh itu, bagaimana anda boleh mengatakan bahawa saya, seorang pemimpin Hamas, akan lari dari peperangan ke Mesir? "
Beliau menambah, "Saya di Gaza dan saya bertemu dengan delegasi Mesir dan berkongsi kegembiraan rakyat Palestin malam tadi dalam kemenangan kita. Saya akan kekal di sini di atas tanah Palestin, di barisan hadapan rakyat Palestin sehingga menang atau syahid!"
(IH) |
PAS S'gor Nafi Kemuka Nama Calon MB Posted: 29 Aug 2014 01:45 AM PDT Ibnu Hasyim PAS S'gor Nafi Kemuka Nama Calon MB PAS Selangor menafikan satu laporan Utusan Malaysia yang mendakwa mereka mengemukakan empat nama kepada pemimpin PAS pusat bagi menggesa agar wakil parti itu dicalonkan untuk jawatan menteri besar.
"PAS Selangor tidak pernah mengemukakan apa-apa nama dari PAS untuk dipertimbangkan untuk jawatan menteri besar," kata Iskandar ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau menegaskan bahawa pemimpin PAS pusat akan membuat keputusan akhir berhubung nama yang akan dihantar kepada istana. PAS negeri juga akan "menyokong apa juga keputusan" oleh PAS pusat, katanya lagi. (MK) |
MB: Pilih Sahaja Calon PAS, Kalau PKR Tolak Dicalonkan. Posted: 29 Aug 2014 12:39 AM PDT Ibnu Hasyim MB: Pilih Sahaja Calon PAS, Kalau PKR Tolak Dicalonkan. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cadang Adun PKR tolak dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor perlu menolak sebarang pencalonan sebagai menteri besar Selangor oleh pihak tertentu sebagai tanda menghormati keputusan parti, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, keputusan itu juga selaras dengan apa yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor. "Saya menyeru Adun PKR Selangor membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan PR. "Kenyataan terbuka setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan dalam melawan Umno Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menolak pencalonan PAS menjadikannya calon menteri besar selain menyokong pendirian parti menamakan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang. Timbalan speaker DUN Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya memimpin negeri terkaya itu. Rafizi dalam kenyataan sama turut mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan secara terbuka sokongan penuh kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor. "PKR dan Majlis Pimpinan PR membuat keputusan sebulat suara Dr Wan Azizah adalah calon tunggal PR sebagai menteri besar Selangor. "Keputusan ini perlu dihormati sepertimana yang ditunjukkan Nik Nazmi," katanya. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pada Selasa berkata baginda mahu lebih daripada 2 nama calon menteri besar daripada setiap parti komponen PR walaupun Dr Wan Azizah memperoleh sokongan majoriti DUN. Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras Dr Wan Azizah adalah satu-satunya calon pilihan mereka manakala PAS sedang menimbangkan lebih daripada 1 nama. Krisis menteri besar Selangor masih lagi buntu walaupun Khalid sudah bersetuju untuk melepaskan jawatannya. PAS sebelum ini menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk memimpin negeri itu. – 29 Ogos, 2014. (TMI) Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau tak ada calon PKR yang mahu terima lagi, pilih sahaja calon PAS. Ramai lagi yang berkebolehan dan berkelulusan lebih dari mereka. Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
Kemuka 1 Nama, PKR/DAP Beri 'Kata Dua'/Biadap Pada Sultan? Posted: 28 Aug 2014 11:39 PM PDT Ibnu Hasyim Kemuka 1 Nama, PKR/DAP Beri 'Kata Dua'/Biadap Pada Sultan? DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
PETALING JAYA: Adalah 'biadab' apabila DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan supaya lebih banyak nama dihantar. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dengan berbuat demikian, kedua-dua parti telah memberi kata dua terhadap Sultan. "Walaupun mereka keberatan terhadap titah Sultan, mereka boleh memilih untuk meluahkan dengan cara yang lebih halus yang membolehkan mereka mendapat ruang untuk berunding dengan Sultan. "Sebaliknya mereka mencabar dan memberikan kata dua kepada Sultan, yang mana ia adalah biadap dan satu langkah politik yang kurang bijak yang hanya akan memburukkan lagi keadaan," kata Mustafa. Beliau berkata terdapat banyak contoh di mana parti-parti politik perlu mendapatkan kerjasama Sultan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pelantikan menteri besar. Beliau berkata menteri besar yang pelantikannya berdepan isu dari segi mendapatkan perkenan Sultan termasuklah Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1974), Negeri Sembilan - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (1999), Pahang- Datuk Abdul Rahim Abu Bakar (1991), Perlis-Tan Sri Shahidan Kassim (2008) dan Terengganu-Idris Jusoh (2008). "Semua kes ini menunjukkan bahawa anda perlu bertindak dengan kebijaksanaan politik kerana kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa dan peranannya tidak boleh diabaikan," kata Mustafa. Peguam Datuk Salehuddin Saidin berkata, Sultan Selangor mempunyai hak untuk meminta lebih daripada satu nama. "Ia adalah dalam kuasa dan budi bicara Sultan untuk meminta lebih nama (dan melantik sesiapa di antara mereka) selagi Adun mendapat sokongan majoriti dalam badan perundangan," katanya. Peguam Syahredzan Johan bagaimanapun percaya bahawa kuasa dan budi bicara Sultan untuk melantik menteri besar adalah terhad. "Dalam keadaan di mana Sultan tidak pasti sama ada calon mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, kuasa Diraja yang boleh menggunakan budi bicara boleh digunakan untuk menetapkan siapa yang diyakini. "Bagaimanapun, 30 akuan berkanun oleh wakil rakyat yang menyokong Dr Wan Azizah adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau adalah orang yang mendapat sokongan majoriti," katanya. Syahredzan berkata secara teori, kebuntuan antara DAP, PKR dan istana boleh membawa kepada krisis perlembagaan jika tidak dapat diselesaikan. "Walau bagaimanapun, lambat laun saya berfikir bahawa Sultan akan melakukan apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, jadi saya tidak melihat ini bertukar menjadi krisis perlembagaan." Profesor Undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memerlukan pencalonan lebih daripada dua calon untuk jawatan itu. Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan boleh menggunakan budi bicara dan meminta lebih banyak nama diberikan. (mStar) |
Pemimpin Umno Terkedu Dengan Berita Ini.. Posted: 28 Aug 2014 09:43 PM PDT Addin Pemimpin Umno Terkedu Dengan Berita Ini..
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kecewa dengan krisis dalaman PKR melibatkan jawatan menteri besar Selangor dan menganggapnya sebagai faktor menghancurkan kepercayaan rakyat.
Musa berkata, pembangkang sepatutnya menjadi kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar Barisan Nasional (BN).
"Saya mahu melihat pembangkang di mana mereka kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar kepada Barisan Naisonal," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.
"PKR mentadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan paling sukar untuk ditadbir di Malaysia, ia ujian kepada pembangkang.
"Saya secara peribadinya kecewa dengan apa yang berlaku," katanya.
Kemelut antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKR masih lagi tergantung sehingga kini walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada parti.
Musa yang juga bekas menteri dalam negeri menjangkakan PR bakal berdepan laluan sukar dalam pilihan raya umum akan datang walaupun berjaya menawan Selangor semula.
"Keseluruhan episod tidak berjalan dengan baik kepada pembangkang, khususnya PKR. Ia akan menjadi cabaran sukar kepada Pakatan untuk bekerjasama sekarang.
"PAS, DAP dan PKR bukan saja perlu merapatkan kerjasama, dengan apa yang berlaku mereka perlu bersiap sedia hadapi pilihan raya," katanya.
Namun, Musa mengakui meskipun keadaan ketika ini tidak memihak kepada PR, masih mustahil bagi Umno dan BN menawan negeri yang paling kaya tersebut jika pilihan raya negeri diadakan semula.
"Wujud sentimen ABU (Asalkan Bukan Umno) yang kuat di Selangor yang membantu PR menang walaupun pelbagai usaha dibuat," katanya.
Musa berkata, beliau yakin kemelut di Selangor tidak akan memecahbelahkan PR walaupun isyarat menunjukkan PAS mempunyai banyak perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu menteri besar Selangor.
PAS mempertikaikan kesesuaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor malah mahu 2 nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan.
"Saya jangka parti dalam PR akan capai kesepakatan dalam memilih calon kompromi bagi jawatan tersebut," katanya.
Musa berkata, Sultan Selangor juga mempunyai tanggungjawab untuk memiliki pandangan dan pendapatnya mengenai calon yang sesuai untuk menerajui pentadbiran negeri.
Mengenai tindakan PAS yang enggan menerima calon wanita, Musa berkata parti Islam itu berada dalam dilema kerana mereka tidak boleh secara terbuka mengatakan menolak calon wanita, ia menjelaskan punca pemimpin PAS mempunyai pandangan berbeza.
"Parti perlu mengambil perhatian isu ini dengan teliti kerana mempunyai ahli yang berfikiran moden atau Erdogan dan juga ahli yang konservatif," katanya merujuk kepada golongan profesional dalam PAS.
Katanya, kesalahan Khalid sehingga ditendang partinya sendiri adalah kerana kurang arif dalam berpolitik walaupun sudah dua penggal dipilih sebagai menteri besar Selangor.
"Pemimpin PKR kata Khalid tidak merujuk mereka terlebih dulu dalam perkara membabitkan perjanjian dan menandatangani sesuatu bagi pihak kerajaan Selangor.
"Saya kenal sangat Khalid semasa kami bekerja bersama di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Khalid tidak mempunyai masa untuk semua itu," katanya.
Musa berkata, sama seperti budaya dalam Umno, PKR juga berminat untuk menyibuk dalam suatu perjanjian dan meminta bahagian mereka.
"Misi Khalid adalah mengurangkan defisit dan mencari dana untuk negeri, yang pada saya ia berjaya," katanya merujuk kepada RM3.2 bilion simpanan negeri Selangor.
Musa berkata, sangat yang luar biasa apabila seorang pemimpin pembangkang mampu bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk menyelesaikan permasalahan di Selangor.
"Apabila kamu berbuat baik, tidak kisah dengan siapa pun kamu buat perjanjian asalkan ia memberi manfaat untuk kedua-dua pihak.
"Sangat jarang kita melihat pemimpin pembangkang menandatangani perjanjian dengan Putrajaya seperti yang berlaku," katanya.
Musa berkata, negara memerlukan seorang menteri besar seperti Khalid yang mempunyai kualiti dan bijak menguruskan pentadbiran negeri.
"Saya secara ikhlasnya berharap untuk melihat lebih ramai pemimpin politik dan menteri besar yang mempunyai perwatakan seperti Khalid," katanya. ~tmi
Iklan C (ii) |
Luahan hati pelanggan berang penjawat awam keluar minum 10 Pagi Posted: 28 Aug 2014 08:42 PM PDT Tengok TV Online Luahan hati pelanggan berang penjawat awam keluar minum 10 Pagi Ikuti Luahan wanita ini yang berurusan di pejabat Kerajaan:Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan. Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari. Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ. Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari. Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya |
Senarai Calon MB Yang Di Hantar PAS Ke Istana Selangor Didedahkan? Posted: 28 Aug 2014 07:36 PM PDT Addin Senarai Calon MB Yang Di Hantar PAS Ke Istana Selangor Didedahkan?
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana mahu mencalonkannya sebagai menteri Besar Selangor, tetapi beliau mengulangi pendiriannya menyokong penuh calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang meletakkan nama saya untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.
"Namun, saya ingin ulangi pendirian saya dari awal bahawa saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR, Presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti di kalangan wakil rakyat di negeri itu, namun krisis menteri besar Selangor masih belum menampakkan jalan penyelesaiannya.
Ini kerana peralihan pendirian PAS berkaitan penggantian menteri besar yang dipertujui dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos.
Walaupun hasil mesyuarat itu ialah Wan Azizah akan menjadi calon tunggal yang akan dikemukakan Pakatan kepada pihak istana, tetapi permintaan Istana supaya beberapa nama calon dikemukakan, telah meletakkan PAS dalam keadaan bertentangan dengan rakan-rakan gabungan itu. ~mk
Iklan C (ii) |