Persiapan Sudah Dibatalkan, Elly Mazlein Tak Jadi Kahwin?
Persiapan Sudah Dibatalkan, Elly Mazlein Tak Jadi Kahwin? |
- Persiapan Sudah Dibatalkan, Elly Mazlein Tak Jadi Kahwin?
- Imbas Kisah Lama Boleh, Jangan Ada Cerita Lain Pula – Erra Fazira
- Tak Ada Masalah Jual Tudung Walaupun Saya Belum Bertudung – Zara Zya
- Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan
Persiapan Sudah Dibatalkan, Elly Mazlein Tak Jadi Kahwin? Posted: 23 Jul 2014 10:46 PM PDT Elly Mazlein rasanya salah seorang daripada artis yang sudah cukup lama mengikat tali pertunangan. Abang Nara ingat lagi majlis pertunangan Elly Mazlein. Memang meriah macam majlis perkahwinan. Cincin pertunangan yang diberikan pun nampak sangat cantik dan pastinya mahal. Namun sayangnya, sehingga ke hari ini status Elly masih lagi tidak bergelar isteri kepada Azmi Hatta walaupun sudah bertunang sejak 2011. Baru kehilangan ibunya 2 bulan yang lalu, Elly Mazlein memaklumkan yang beberapa persiapan perkahwinan yang dilakukan olehnya telah pun dibatalkan. Adakah ini bermakna Elly tidak akan berkahwin? Hanya Elly yang tahu jawapannya. Kata Elly:-
Nampak gayanya Elly Mazlein masih dalam keadaan bersedih dan tidak mampu berfikir mengenai perkahwinannya. Memang satu tamparan yang hebat apabila kehilangan ibu kita. Semoga Elly tabah dengan dugaan ini. Nanti kalau ada berita baik, beritahulah kami. Tak sabar rasanya nak tengok Elly bersanding. Info asal MalaysianDigest. Baca Yang Ini Pulak:- |
Imbas Kisah Lama Boleh, Jangan Ada Cerita Lain Pula – Erra Fazira Posted: 23 Jul 2014 10:13 PM PDT Awie dan Erra memang satu nama yang cukup gah satu ketika dahulu. Percintaan mereka menjadi bualan ramai. Walaupun tidak berakhir dengan perkahwinan, kisah cinta mereka sememangnya wajib diketahui semua orang ketika itu lebih-lebih kalau anda pengikut setia filem Sembilu. Kini bahagia dengan kehidupan masing-masing, Awie dan Erra kembali bergandingan dalam sebuah filem yang bertajuk Warna Cinta Impian. Teringat Abang Nara apabila mendengar lagu Tragedi Oktober nyanyian Awie, memang terasa ‘feel’nya. Penuh jiwa raga betul nyanyian Awie tue yang menyesali percintaannya dengan Erra berkubur. Walaupun kini Awie juga menghadapi masalah rumah tangga, namun Erra menolak untuk digosipkan dengan Awie sekali lagi. Namun kalau nak imbas kenangan silam tak apa. Kata Erra:-
Fuh~~ Cuba bayangkan kalau cinta Awie dan Erra kembali bertaut selepas berpuluh tahun. Memang havoc habis dibuatnya. Walaupun itu bukan mustahil, Abang Nara tak jangka ia akan berlaku. Awie dan Erra masing-masing sudah dewasa dan mahu fokus terhadap keluarga masing-masing walaupun kedua-duanya ada masalah dalam perkahwinan. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Mungkin satu hari nanti ada ada lagu versi gembira “Tragedi Oktober”. Siapa tahu kan? Baca Yang Ini Pulak:- |
Tak Ada Masalah Jual Tudung Walaupun Saya Belum Bertudung – Zara Zya Posted: 23 Jul 2014 09:11 PM PDT Sebenarnya satu perkara biasa untuk orang berniaga menjual barang yang tidak pun digunakan olehnya sendiri. Contoh macam orang berniaga kereta Kia tetapi dia sendiri memandu kereta Proton. Atau jual baju Melayu tapi dia sendiri hanya pakai kemeja je. Jadi Abang Nara tak nampak masalah apabila Zara Zya menjual tudung walaupun dirinya belum lagi bertudung.
Abang Nara lihat banyak artis kebelakangan ini tampil dengan produk mereka sendiri. Tak kiralah tudung ke, baju ke, kuih-muih ke. Semuanya ada produk sendiri untuk dijual menerusi media sosial terutamanya. Satu perkembangan yang amat baik. Takkan sampai mati nak harap pendapatan daripada berlakon dan menyanyi je kan? Apa pun, semoga perniagaan tudung Zara Zya akan berkembang dan suatu hari nanti akan mendapat petunjuk untuk bertudung ketika menjual tudung. Sama-samalah kita doakan. P.S: Iklan raya Proton tunjukkan ‘teaser’ model terbarunya Baca Yang Ini Pulak:- |
Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan Posted: 23 Jul 2014 08:56 PM PDT Dalam diam sudah 6 bulan rupanya Rozita Che Wan hamil. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau sebelum ini Che Ta dan Zain enggan memaklumkan jantina anak dalam kandungannya, entah mengapa mereka telah bermurah hati untuk berkongsi informasi istimewa ini. Mereka berdua bakal menimang cahaya mata perempuan. Yeah!!! Menurut Che Ta, persiapan persalinan untuk anak perempuannya ini sudah pun siap dilakukan. Pastinya Che Ta dan Zain ‘excited’ sangat-sangat. Orang kata baju anak perempuan nie kalau nak beli takkan habis. Semuanya ‘cute-cute’ belaka. Lepas beli satu nak beli satu lagi. Hehehe. Tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk kita sama-sama melihat kecomelan wajah si anak hasil perkongsikan hidup Che Ta dan Zain. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Lagi beberapa gambar Che Ta yang tampak makin berseri dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit info RotiKaya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment