Kesiannya Menjadi Nora Danish & Nedim Nazri, Pakai Topeng Muka Pun Kena Kritik
Kesiannya Menjadi Nora Danish & Nedim Nazri, Pakai Topeng Muka Pun Kena Kritik |
Kesiannya Menjadi Nora Danish & Nedim Nazri, Pakai Topeng Muka Pun Kena Kritik Posted: 25 Jul 2014 01:21 AM PDT Ya jujur Abang Nara memang kesian kepada Nora Danish dan Nedim Nazri. Buat apa-apa pun ada je yang salah di mata para peminat. Entah apa dosa mereka berdua. Abang Nara rasa orang yang asyik cari kesalahan pasangan romantis ini sebenarnya hati busuk. Tak senang hati lihat kebahagiaan yang sedang dikecapi mereka berdua. Sedih sangat bila pakai topeng ketika di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pun boleh dijadikan isu. Abang Nara pertama kali tengok gambar di atas pun dah tau kenapa Nora dan Nedim pakai topeng. Ramai gila kot orang kat Jalan TAR tue. Kuman confirm banyak. Udara pun pasti tak bersih sangat. Sekurang-kurangnya dengan memakai topeng, dapatlah dikurangkan sedikit risiko penyakit berjangkit. Tak adalah masa Hari Raya nanti sakit-sakit atau demam-demam. Peliknya ada yang menuduh Nedim dan Nora memakai topeng untuk menyorokkan atau menyembunyikan identiti diri agar tidak diserbu peminat di Jalan TAR. Ish,ish, ish. Macam tak masuk akal tuduhan tersebut. Itu yang panjang lebar Nedim terangkan sebab sebenar dia dan Nora memakai topeng. Semuanya adalah kerana faktor kesihatan. Rasaya Nora dan Nedim ini dah sampai tahap ada ‘haters’ yang akan membenci, mengkritik dan memandang negatif apa sahaja perkara yang mereka lakukan. Tak kiralah benda baik ke, benda jahat ke, semua akan dikutuk. Diharap Nora dan Nedim bersabar. Anggap je ini dugaan menjadi orang popular. Jangan dilayan sangat orang-orang sebegini. Tak gitu? P.S: Keluarkan 232 batang gigi daripada mulut seorang remaja Baca Yang Ini Pulak:- |
Irma Nur Naylie, Nama Anak Kedua Irma Hasmie & Redza Syah Posted: 25 Jul 2014 01:05 AM PDT Cantiknya nama anak kedua Irma Hasmie ini. Irma Nur Naylie. Menurut penerangan Redza Syah Azmeer, suami Irma Hasmie di akaun Instagramnya, nama anak perempuannya ini diambil bersempena dengan nama ibunya. Nur bermaksud cahaya sementara Naylie bermaksud pencapaianku. Kalau digabungkan membawa maksud ‘cahaya pencapaianku’lah. Semoga Nur Naylie membesar menjadi anak yang solehah. Menjadi penerang dan penyeri rumah tangga Irma Hasmie dan Redza Syah. Insya Allah besar nanti pasti akan secomel ibunya. Tak sabar nak tengok nanti. Apa pun sekali lagi Abang Nara ucapkan tahniah kepada Irma dan suami atas kehadiran cahaya mata perempuan ini. Lagi beberapa gambar si comel Irma Nur Naylie dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment