Bikin gempar, nekad mahu terjun
Bikin gempar, nekad mahu terjun |
- Bikin gempar, nekad mahu terjun
- Anak Ke-6 Didie Alias, Muhammad Dayyan. Kacak!
- Neelofa Nekad Bertudung Selepas Berdoa Memohon Petunjuk
Bikin gempar, nekad mahu terjun Posted: 05 Jul 2014 12:46 PM PDT Bikin gempar, nekad mahu terjun | Suasana di perkarangan sebuah sekolah menengah di Marudi, kecoh apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun secara tiba-tiba berdiri atas beranda bangunan sekolah tiga tingkat dalam cubaan membunuh diri di sini. Kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang apabila pelajar tingkatan tiga itu dikatakan nekad mahu terjun selepas dipercayai mengalami masalah dengan keluarga angkatnya. Sumber berkata, kejadian disedari seorang guru lelaki sebelum bertindak menghubungi polis. “Walaupun beberapa kali dipujuk namun pelajar terbabit tidak mempedulikan sebaliknya menyatakan hasrat untuk terjun. “Pihak sekolah tiada pilihan terpaksa menghubungi pasukan keselamatan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.mymetro |
Anak Ke-6 Didie Alias, Muhammad Dayyan. Kacak! Posted: 05 Jul 2014 12:34 PM PDT Anak Ke-6 Didie Alias, Muhammad Dayyan. Kacak!| Kebelakangan ni, dah jadi satu kebiasaan dan lumrah pasangan yang baru menimang cahaya mata untuk membuat sesi fotografi anak mereka. Makin lama aktiviti macam ni semakin viral. Biasalah, ada yang setuju, ada juga yang menegah kerana kasihankan baby yang mungkin tak selesa sewaktu penggambaran dijalankan. Tapi apa yang penting, hasilnya sangat memuaskan bila melihat foto-foto comel mereka. Terbaru, Didie Alias pun tak ketinggalan merakam saat manis bayi lelaki yang baru dilahirkannya minggu lepas iaitu Muhammad Dayyan dengan menggunakan khidmat photographer profesional,Amalina Tuna Photography. Semua gambar Dayyan yang dikirimkan Amalina memang comel-comel belaka. Walaupun baru berusia lima hari sewaktu gambarnya diambil, tapi rasanya dah nampak ciri-ciri Dayyan bakal membesar menjadi lelaki yang handsome. Untuk pengetahuan, Didie telah selamat melahirkan Dayyan pada 27 Jun 2014 jam 3.35 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Dayyan merupakan anak pertama selebriti itu bersama suaminya, Norisham, tetapi Didie telah dikurniakan lima orang anak dari perkahwinan terdahulu.-ohbulan |
Neelofa Nekad Bertudung Selepas Berdoa Memohon Petunjuk Posted: 05 Jul 2014 12:26 PM PDT Neelofa Nekad Bertudung Selepas Berdoa Memohon Petunjuk| Ramai yang tak menyangka bahawa selebriti yang tengah popular sekarang ini, Neelofa telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan bertudung litup. Sebelum ini peminat pernah melihat dia bertudung sewaktu muncul mengacarakan rancangan Meletop tapi ianya sekadar menghormati peristiwa Isra’ Mi’raj. Bagaimanapun sejak tibanya bulan puasa kali ini, Neelofa nekad memakai tudung bermula dari Ramadhan kedua tempoh hari. Bertambah cantik berserilah Neelofa lepas ni.
Alhamdulillah, makin ramai selebriti wanita tempatan yang membuat keputusan untuk berhijab. Tak semestinya bila bertudung, populariti akan jatuh, betul tak? Apapun kita doakan yang terbaik buat Neelofa. Semoga penghijrahan ini memberi seribu satu kebaikan di dalam kehidupan Neelofa dan kerjayanya.-ohbulan
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment