(AL-FATIHAH)Sharifah Aini Meninggal Dunia
(AL-FATIHAH)Sharifah Aini Meninggal Dunia |
- (AL-FATIHAH)Sharifah Aini Meninggal Dunia
- Istimewa DIMA Restaurants: Diskaun Khas Untuk Pembaca Beautifulnara
- Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri
- (TAHNIAH)Almy Nadia Kini Hamil
- Selamat Memeluk Islam, Felixia Yeap Pilih Nama Raisha Rania
- Awie Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Dakwaan Pukul Isteri
(AL-FATIHAH)Sharifah Aini Meninggal Dunia Posted: 04 Jul 2014 11:48 AM PDT Ini adalah berita yang amat mengejutkan dan sedih buat rakyat Malaysia terutama mereka yang terlibat dalam bidang hiburan. Sharifah Aini telah pun disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru. Beliau berusia 61 tahun. Sharifah Aini beberapa hari sebelum meninggal dunia telah dimasukkan ke ICU kerana sakit yang sama. Sebelum itu Allahyarham turut melahirkan rasa redhanya jika dijemput Allah dalam masa terdekat. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya ini adalah kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Al-Fatihah. Info asal AstroAwani. Baca Yang Ini Pulak:- |
Istimewa DIMA Restaurants: Diskaun Khas Untuk Pembaca Beautifulnara Posted: 04 Jul 2014 12:05 AM PDT Ramadhan tiba lagi. Setiap kali bulan Ramadhan, selain daripada bazar yang menjadi tumpuan untuk membeli-belah lauk berbuka, restoran yang menawarkan buffet juga menjadi pilihan. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah DIMA Restaurants. Dengan hanya RM65 sahaja, anda boleh menjamu selera dengan makanan Arab yang terbaik di Malaysia Khas untuk pembaca Beautifulnara, hanya sebut “NARA-DIMA” ketika membuat pembayaran untuk mendapatkan diskaun sehingga 30%, di semua cawangan DIMA Restaurants. Maknanya daripada RM65, dapat lagi diskaun 30%. Murah sangat-sangat kan? Mana ada buffet berbuka puasa yang menawarkan makanan best-best dengan harga serendah ini. Antara branch DIMA Restaurants ialah di Ara Damansara dan di BUkit Beruang, Melaka. Jangan lepaskan peluang ini. Berbuka puasalah di DIMA Restaurants hari ini juga. Untuk informasi lanjut mengenai DIMA Restaurants, layari www.dima.com.my. Baca Yang Ini Pulak:- |
Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri Posted: 03 Jul 2014 09:15 PM PDT Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula. Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikan jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin. Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya. Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim. Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain. Awie enggan mengulas lanjut dan menyerahkan segala urusan kepada peguamnya. Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah. Info asal Mstar Online.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Almy Nadia Kini Hamil Posted: 03 Jul 2014 09:09 PM PDT Padu!!! Tahniah diucapkan buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia atas berita gembira ini. Memang murah rezeki mereka nampaknya. Almy Nadia telah disahkan hamil selepas mendirikan rumah tangga pada bulan April lalu. Nampak gaya macam bunting pelamin je. Tahniah!!! Berita gembira ini telah dikongsikan olah rakan Almy, Aida daripada program Gadis Melayu. Tulis Aida:-
Nampaknya semakin besarlah keluarga Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Sebelum ini Almy mempunyai seorang anak angkat. Tahniah diucapkan kepada Almy. Jaga diri elok-elok terutamanya 3 bulan awal ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Baca Yang Ini Pulak:- |
Selamat Memeluk Islam, Felixia Yeap Pilih Nama Raisha Rania Posted: 03 Jul 2014 07:53 PM PDT Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak. Seperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu. P.S: Nasim anjur pandu uji Peugeut sempena Hari Raya Baca Yang Ini Pulak:- |
Awie Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Dakwaan Pukul Isteri Posted: 03 Jul 2014 07:28 PM PDT Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang hari ini atas tuduhan memukul isterinya, Rozana Misbun. Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad. Sebelum ini desas-desus mengenai seorang penyanyi rock memukul isterinya di sebuah bank telah tersebar dengan luas. Orang ramai mendakwa penyanyi tersebut ialah Awie. Namun vokalis kumpulan Wings ini mencabar supaya dikemukakan bukti atas dakwaan tersebut. Susulan itu, minggu lalu, sekeping gambar yang didakwa isteri Awie, Rozana Misbun dalam keadaan lebam akibat dipukul telah pun tersebar. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Bersalah atau tidak, hanya mahkamah yang akan putuskan. Semoga pihak yang benar akan beroleh kemenangan. Info asal Utusan Malaysia. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment