Ada Penyibuk Dan Batu Api Dalam Kes Awie Dan Rozana Misbun
Ada Penyibuk Dan Batu Api Dalam Kes Awie Dan Rozana Misbun |
- Ada Penyibuk Dan Batu Api Dalam Kes Awie Dan Rozana Misbun
- Penjelasan Isu Wanita Korea Pakai Baju Ayat Al Quran
- MH17: Allahyarham Ghaffar Ketua Pramugara Adalah Penentang Hidangan Arak
- Status Singapore Airlines Di Laman Facebook Dikecam
Ada Penyibuk Dan Batu Api Dalam Kes Awie Dan Rozana Misbun Posted: 20 Jul 2014 01:36 AM PDT Ada Penyibuk Dan Batu Api Dalam Kes Awie Dan Rozana Misbun | Siapa betul, siapa salah bukan soalnya lagi! Persoalannya kenapa wanita yang menggunakan nama @mygothsoul dalam laman sosial, Instagram (IG) jadi ‘penyibuk’ dan ‘batu api’ dalam konflik yang melanda rumah tangga rockers terkenal, Awie dan Rozana Misbun? Menurut penulis dalam ruangan hiburan akhbar Berita Harian, beliau sempat baca satu persatu baris ayat dalam yang laman IG @mygothsoul. Hairan juga, @mygothsoul marah sangat, mengalahkan dia yang teraniaya! Siapa gerangan @mygothsoul, biarlah identitinya dirahsiakan.
Siapa benar, siapa salah, janganlah kita menjatuhkan hukum. Sebagai kononnya kawan baik, @mygothsoul memberi nasihat yang baik-baik, bukannya menyebabkan rumah tangga Awie dan Rozana Misbun terus jadi kacau bilau. Apa motif @mygothsoul menjadi batu api? Menurut penulis itu lagi, Rozana kenal @mygothsoul ketika Konsert Teaterikal Suara Kita yang dipentaskan di Istana Budaya pada Mac lalu. Baru empat bulan kenal, tapi gelagatnya seolah-olah pernah tidur sebantal, makan sepinggan dengan Rozana. - sumber - |
Penjelasan Isu Wanita Korea Pakai Baju Ayat Al Quran Posted: 20 Jul 2014 01:27 AM PDT Penjelasan Isu Wanita Korea Pakai Baju Ayat Al Quran | Penjelasan isu wanita korea pakai baju Ayat Al Quran (Surah Al Fatihah). Ketua Polis Negara pada 20 Julai 2014 menjelaskan bahawa wanita yang memakai baju corak surah al Fatihah itu bukanlah warga cina Malaysia tapi pelancong Korea. |
MH17: Allahyarham Ghaffar Ketua Pramugara Adalah Penentang Hidangan Arak Posted: 20 Jul 2014 01:20 AM PDT MH17: Allahyarham Ghaffar Ketua Pramugara adalah Penentang Hidangan Arak | Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin. Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut. Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.
Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS. Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan. Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. – 19 Julai, 2014. - sumber - |
Status Singapore Airlines Di Laman Facebook Dikecam Posted: 20 Jul 2014 01:14 AM PDT Status Singapore Airlines Di Laman Facebook Dikecam | Satu status kemas kini yang dibuat oleh Singapore Airlines (SIA) di laman Facebook milik syarikat penerbangan itu yang mengatakan mereka tidak melalui ruang udara Ukraine dikecam oleh ramai pengguna yang menganggap ianya sesuatu yang tidak baik. Dakwaan itu juga turut dipersoalkan bersama laporan yang menyatakan bahawa Penerbangan SQ351 berada kira-kira 25 kilometer dari MH17 yang malang.
Pengguna Facebook merasakan kenyataan yang dimuat naik awal Jumaat oleh SIA itu sebagai " bertujuan mengambil kesempatan daripada tragedi." Posting: 'Pelanggan mungkin berharap bahawa penerbangan Singapore Airlines tidak menggunakan ruang udara Ukraine' telah menarik lebih daripada 500 komen selepas ia dimuat naik di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu. (https://www.facebook.com/singaporeair).
Singapore Straits Times pada Jumaat terpaksa merujuk flightradar24.com dan melaporkan bahawa Singapore Airlines SQ351, Boeing 777, dan Air India A113, Boeing 787, berada dalam jarak 15 batu (25km) dari MH17 apabila ia hilang dan terhempas selepas ditembak. Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan posting itu dengan berkata, ia tidak dilakukan dengan niat jahat.
SIA kemudian mengemaskini status baharu di laman Facebook mereka dengan menyatakan takziah ke atas tragedi itu.
Laporan maklumat pengesanan penerbangan flightradar24.com. Singapore Airlines masih belum memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan oleh The Star mengenai posting itu. – sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment