Siasatan Kes Adi Putra Dengan Isteri Orang Akan Dibuka Semula?
Siasatan Kes Adi Putra Dengan Isteri Orang Akan Dibuka Semula? |
- Siasatan Kes Adi Putra Dengan Isteri Orang Akan Dibuka Semula?
- Perjalanan Kelahiran Anak Che Ta & Zain Saidin Akan Ditayangkan Ekslusif Di Astro
- Awie Menyesal Bekerjasama Dengan KRU
- Itu Hanyalah Pemikiran Kotor Mereka – Maria Farida
- Nur Liyana Manan Tarik Balik Tuntutan Fasakh
| Siasatan Kes Adi Putra Dengan Isteri Orang Akan Dibuka Semula? Posted: 17 Jun 2014 01:51 AM PDT Satu ketika dahulu, kes Adi Putra dengan isteri orang yang bernama Nooraida sangat hangat diperkatakan. Namun kebenaran terbukti apabila kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Walaupun begitu, suami Nooraida ketika itu, Amiruddin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang diberikan dan menganggap bahawa siasatan kes itu tidak telus. Malah Amiruddin turut memaparkan gambar penyiasat kes tersebut bersama Adi Putra yang pada dirinya, amat meragukan. Tidak lama selepas itu, Nooraida telah pun diceraikan oleh Amiruddin dengan talak satu. Kontroversi kisah tersebut juga semakin malap dan tidak lagi menjadi topik perbualan orang ramai. Namun hari ini, Amiruddin telah berkongsi sekeping gambar di Instagram di mana menurutnya, pegawai penyiasat yang bertanggungjawab di dalam kes tersebut telah pun dikenakan tindakan tatatertib. Adakah ini bermakna dakwaan Amirrudn yang siasatan kes itu tidak telus adalah benar? Apa pun menurut status yang dikongsikan oleh Amiruddin, peguamnya akan kembali membuka kes ini sekaligus akan menyaksikan Adi Putra disiasat sekali lagi. Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar siasatan akan bermula. Semoga kali ini akan ada kebenaran yang dicari oleh kedua-dua belah pihak. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Perjalanan Kelahiran Anak Che Ta & Zain Saidin Akan Ditayangkan Ekslusif Di Astro Posted: 16 Jun 2014 11:12 PM PDT Sekarang ini seolah-olah sudah menjadi satu ‘trend’ untuk pasangan selebriti suami isteri untuk membuat episod mengenai perjalanan kelahiran anak mereka. Bukanlah satu perkara yang salah dan sekiranya boleh mendatangkan kebaikan dan rasa puas hati dalam diri sendiri, apa salahnya kan? Berkongsi gambar imbasan anak sulungnya baru-baru ini, Zain Saidin memaklumkan yang Astro bakal menyiarkan secara ekslusif mengenai saat kehamilan sehinggalah kelahiran anak sulungnya kelak. Untuk makluman, Rozita Che Wan kini sudah hamil 5 bulan. Rasanya dah boleh tahu jantina anak di dalam kandungan. Namun semua itu terpaksa dirahsiakan sehingga tayangan ekslusif tersebut. Kata Zain:-
Kata orang anak itu pembawa rezeki dan ini adalah salah satu contohnya. Baru dalam perut pun sudah membawa rezeki kepada ibu dan ayahnya. Semoga anak dalam kandungan Che Ta membesar dengan sihat dan sempurna. Tak sabar rasanya nak menanti detik-detik bahagia yang bakal dipertontonkan menerusi program ekslusif Astro itu. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar. Info asal Mstar Online. P.S: Harga Perodua Viva diturunkan. Terbaik Baca Yang Ini Pulak:- |
| Awie Menyesal Bekerjasama Dengan KRU Posted: 16 Jun 2014 11:01 PM PDT Kalau otai seperti Awie pun melahirkan kekesalannya, memang agak sedih juga sebenarnya. Ini semua gara-gara lagu di dalam album baru Wings telah pun dicetak rompak sebelum ia dilancarkan. Awie ternyata sedih dengan maklumbalas yang diterima oleh penerbit album tersebut iaitu KRU Music Group. Kalau Abang Nara jadi Awie pun pasti kesedihan akan menyelubungi diri ini. Kata Awie menerusi Mstar Online:-
Siapa yang tak sedih apabila hasil usaha selama ini tiba-tiba dicetak rompak dan pihak yang sepatutnya menguruskan kerjaya mereka seolah-olah buat tidak peduli. Memang menusuk kalbu. Namun selaku seorang rockers, Awie kena tabah dan bersabar menghadapi dugaan ini. Cuba duduk semeja dan berbincang elok-elok. Kalau tak boleh selesai juga, mungkin jalan keluar ialah dengan keluar daripada KRU. Tak gitu? P.S: Pramugari China pakai jersey Brazil Baca Yang Ini Pulak:- |
| Itu Hanyalah Pemikiran Kotor Mereka – Maria Farida Posted: 16 Jun 2014 10:04 PM PDT Aik. Pelik tapi benar. Susulan gambar bikini yang mendapat pelbagai komen hangat daripada pengikutnya di Instagram, Maria Farida menganggap mereka yang berbuat demikian sebagai berpemikiran kotor. Bagi Maria Farida, itu hanyalah gambar sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil, bukannya gambar dirinya memakai pakaian tersebut.
Nampaknya Abang Nara pun kenalah bersihkan sedikit pemikiran Abang Nara. Kotor sangat dah nie. Korang pun marilah bersama-sama kita bersihkan pemikiran kita. Setakat gambar bikini, apalah sangat kan? Kita tak perlu kecoh-kecoh dah lepas ini. Semuanya bergantung kepada cara pemikiran kita. Tak gitu? Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Nur Liyana Manan Tarik Balik Tuntutan Fasakh Posted: 16 Jun 2014 07:27 PM PDT Mahkamah Syariah Klang telah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais, 34. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut. Dalam pada itu, Nur Liyana akan mengemukakan permohonan baru iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan. Semoga kes ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment