Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
| Taktik Pemilik Apartment Sembunyi Dua Tingkat Tambahan Haram Posted: 17 Jun 2014 12:06 PM PDT Seorang pemilik sebuah pangsapuri mewah di China telah membeli kediamannya ini beberapa tahun yang lalu. Dia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berhasrat mengubah fizikal kediamannya yang berada di tingkat 18, juga tingkat paling atas bangunan. ![]() Pada mulanya, dia bertindak menanam beberapa batang pokok dan semak tebal di atas bumbung bangunan dan tindakannya itu dilihat pelik oleh jiran-jiran lain. Ada yang beranggapan tindakan itu mungkin untuk melindungi privasinya, namun dia dilihat semakin aneh apabila meliputi bahagian bumbung bangunan tersebut dengan jaring penyamaran yang dipenuhi dengan dedaun tumbuhan. Jiran-jiran mula bimbang akan kewarasan pemilik pangsapuri tersebut, namun mendapati dia bukanlah seorang yang gila. Dia sebenarnya menggunakan kesemua penyamaran tersebut sebagai taktik menyembunyikan dua tingkat tambahan yang ditambah senyap-senyap ke pangsapurinya yang sudah cukup luas. Sementara dia memaklumkan penduduk lain bahawa dia sedang menjalankan pengubahsuaian, dia sebenarnya telah menambah tingkat 19 dan 20 pada bangunan itu. Semua ini dilakukan secara rahsia untuk lari daripada undang-undang perancangan tempatan. ![]() Penduduk lain telah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk tempoh dua tahun. Dikatakan, ahli perniagaan ini mempunyai hubungan baik dengan pihak berkaitan dan sukar untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya. Akhirnya, pakar-pakar dalam bidang pembinaan memutuskan untuk masuk campur dalam kemelut yang dihadapi oleh penduduk kejiranan mewah Hai Tang Ge ini. Mereka menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti kesan pembinaan dua tingkat haram tersebut ke atas keselamatan keseluruhan bangunan. Jika ianya mengganggu, tiada pilihan lain selain merobohkan dua tingkat baru itu. Menurut sumber, kes tingkat haram sebegini sudah menjadi kebiasaan di China. Contoh lainnya seperti dua gambar di bawah.
kongsakongsi | ||||
| Bandar Mewah Yang Tiada Penghuni Posted: 17 Jun 2014 12:06 PM PDT Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong , setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang . ![]() Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu dijual. Penduduk China tidak dibenarkan untuk melabur di luar negeri , sehingga ada letupan nyata dalam dunia hartanah di saat orang mencari pelaburan yang selamat untuk kekayaan mereka . Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun , dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting . Beberapa pekerja di China telah melabur tabungan mereka hingga ke tiga generasi dari satu keluarga hanya untuk membeli hartanah di bandar itu . Tetapi mereka tidak mahu membeli salah satu rumah di sana kerana bandar itu terlalu jauh dari pusat - pusat bandar utama dan membuat kota itu dibiarkan tanpa penduduk sama sekali . Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong . Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang . Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk melindungi mereka daripada kerosakan . Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa harus pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan . " Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa harus tinggal di sebuah pondok kayu . ![]() ![]() ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





0 comments:
Post a Comment