Powered by Blogger.

Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita

Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita


Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita

Posted: 12 Jun 2014 04:53 AM PDT

Sejak menjadi seorang ayah, barulah Abang Nara mengerti betapa susahnya membesarkan seorang anak. Tabik hormat kepada ayah Abang Nara yang bertungkus lumus bukan sahaja mencari rezeki tetapi turut sama membantu ibu Abang Nara mengendalikan kami  7 beradik.  Abang Nara jaga anak seorang pun dah kelam-kabut.  Antara pengalaman menarik ketika menjaga anak Abang Nara yang bernama Aariz ialah apabila dia tidak membuang air besar selama beberapa hari. Memang cuak dibuatnya.  Tak tidur malam dibuatnya memikirkan masalah tersebut.

dumex mamil

Jadi apabila dijemput menghadiri majlis pelancaran Dumex Mamil baru-baru ini, Abang Nara rasa teruja. Iyerlah, dapat belajar dengan lebih mendalam tentang sistem pencernaan kanak-kanak daripada yang pakar. Kalau sebelum ini Abang Nara terus bawak pergi ke klinik je, mana tahu ada ilmu baru yang boleh Abang Nara perolehi dan boleh dipraktikkan untuk melancarkan lagi sistem pencernaan Aariz. Dan sesungguhnya kehadiran Abang Nara amat berbaloi apabila mendengar penerangan menarik daripada Ms. Goo Chui Hoong yang merupakan pakar nutrisi .

dumex mamil

Rupa-rupanya masalah sistem pencernaan untuk kanak-kanak adalah satu perkara biasa. Namun sebagai seorang ibu bapa, kita harus lebih peka dan sentiasa mengambil tahu kadar kekerapan anak kita membuang air besar setiap hari. Untuk makluman, setiap kanak-kanak berbeza kadar pencernaannya. Contohnya kalau anak kita biasanya sehari 2 kali buang air besar dan tiba-tiba satu hari langsung tak ada pembuangan berlaku, maka itu bermaksud ibu bapa perlulah memberikan perhatian sepatutnya. Langkah yang sepatutnya harus diambil kerana masalah pada sistem pencernaan akan turut sama memberi impak kepada kesihatan kanak-kanak itu secara keseluruhannya.

dumex mamil

Ini adalah carta pemakanan yang seharusnya diberikan kepada anak-anak kita. Menarik kan? Abang Nara rasa bersalah juga sebab kurang bagi sayur-sayuran kepada Aariz. Nasib baik Aariz suka makan buah-buahan. Satu lagi informasi menarik yang Abang Nara pelajari daripada Ms. Goo Chui Hoong ialah kita dapat mengetahui tahap kesihatan sistem pencernaan anak kita berdasarkan bentuk tahi yang dikeluarkan. Kalau sistem pencernaan yang sihat, tahi yang dikeluarkan berbentuk seperti sosej. Kalau terlalu cair atau bulat yang berketul-ketul, itu bermakna ibu bapa perlu memberi perhatian ke atas sistem pencernaan anak kita dan mungkin memerlukan nasihat pakar kesihatan.
dumex mamilSebenarnya mudah sahaja nak memastikan sistem pencernaan anak kita berada pada kondisi terbaik. Pastikan anak kita mendapat fiber yang secukupnya, minum air dengan banyak, melakukan aktiviti fizikal yang sepatutnya dan mengambil produk yang mengandungi prebiotics seperti yang terdapat dalam Dumex Mamil. Untuk makluman anda, prebiotics ini akan melawaskan lagi usus anak-anak kita . Selain daripada Dumex Mamil, prebiotics juga boleh didapati dalam sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan.
dumex mamilSerius Abang Nara rasa beruntung dan gembira kerana dapat mempelajari ilmu baru mengenai sistem pencernaan kanak-kanak di majlis pelancaran Dumex Mamil ini. Lepas ini kalau anak Abang Nara ada masalah nak buang air besar, dah senanglah nak kenal pasti puncanya. Tak adalah risau tak tentu arah. Paling penting, kena tahu apa yang dimakan oleh Aariz. Abang Nara dah pun kongsikan informasi yang diperolehi dengan wife tercinta. Lepas ini kami akan cuba beri makanan yang seimbang untuk Aariz agar sistem pencernaannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
dumex mamilSekarang ini, Abang Nara sedang berikan Aariz Dumex Mamil untuk lihat sejauh mana keberkesanannya dalam membantu sistem pencernaan. Daripada pemerhatian Abang Nara 2,3 hari ini, memang tahi yang dikeluarkan oleh Aariz ialah tahi normal. Ini pasti kerana Dumex Mamil mempunyai Prebiotics Oligosaccharide Mixture yang disahkan secara saintifik membantu sistem pencernaan kanak-kanak. Dumex Mamil turut mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan nutrien yang lengkap untuk membantu tumbesaran kanak-kanak. Kalau anak anda ada masalah tidak lawas dan susah buang air besar, apa kata cuba Dumex Mamil. Mana tahu berkesan ? Informasi lanjut layari www.mamil.com.my dan Facebook Dumex Mamil.

Baca Yang Ini Pulak:-

Ayu Raudhah Lahirkan Rasa Syukur Bersuamikan Zaquan Adha

Posted: 12 Jun 2014 02:58 AM PDT

Di kala pelbagai desas-desus menimpa suaminya, Ayu Raudhah tetap tenang dan kelihatan sentiasa menyokong suaminya. Inilah tugas seorang isteri sebenarnya. Tidak mudah percaya dengan kata-kata orang, sentiasa berbincang dan saling mempercayai. Untung Zaquan Adha mendapat seorang isteri yang begitu baik hati seperti Ayu Raudhah.
ayu raudhahHari ini menerusi akaun Instagramnya, Ayu Raudhah melahirkan rasa kesyukuran bersuamikan Zaquan Adha. Tulis Ayu:-

Alhamdulillah i sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha.. no matter wut people said! i percaya apa Allah berikan adalah yg terbaik utk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian.. dn semoga allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaanNya dan bersyukur dgn segala nikmat ke bahagiaan yg Allah s.w.t berikan.Amin ya robbala’lamin..

Malah Ayu Raudhah juga mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan hidupnya dan suami.
ayu raudhahAdat berumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Anggaplah ini sebagai ujian dan cabaran. Kalau kita ambil secara positif, pasti akan tambah erat hubungan suami isteri. Semoga Ayu dan Zaquan tabah menghadapi dugaan ini. Yang penting, teruskan mempercayai antara satu sama lain. Itulah kunci kebahagiaan.

P.S: Mazda 3 dan Mazda 6 CKD akan dikeluarkan

Baca Yang Ini Pulak:-

Hot FM Mohon Maaf Panggilan Hangit Nor Farhan

Posted: 12 Jun 2014 12:21 AM PDT

Tahukah anda sejak kebelakangan ini ramai pendengar radio Hot FM melahirkan rasa kecewa, bengang dan tidak puas hati terhadap panggilan hangit yang telah dilakukan kepada isteri pemain bola sepak Terengganu, Nor Farhan Muhammad. Menariknya isteri Nor Farhan sepanjang menerima panggilan hangit tersebut ternyata tenang, tidak cuak dan tak marah-marah. Untunglah Nor Farhan dapat wife sebaik ini.

hotfm panggilan hangit nor farhan
Ramai yang menyatakan panggilan hangit tersebut melampau kerana seorang wanita (orang Hot FM) mengatakan dia terlanjur dengan Norfarhan dan kini sedang hamil hasil hubungan terlarang itu. Kemudian wanita berkenaan mendakwa Norfarhan enggan bertanggungjawab dan wanita berkenaan turut memberitahu dia kini berdepan masalah dengan tekanan dari keluarga.

Sehubungan dengan itu, Hot FM menerusi laman Facebook mereka telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan bahawa panggilan hangit itu adalah permintaan daripada Nor Farhan sendiri.
hotfm panggilan hangit nor farhan

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita. Nak buat gurauan sebegini memang boleh tapi kenalah tidak melampaui batas. Nasib baik isteri Nor Farhan tak percaya, kalau percaya memang berat jadinya. Tak gitu?

P.S: Cinta yang sejati walau tanpa tangan dan kaki

Baca Yang Ini Pulak:-

Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000

Posted: 11 Jun 2014 10:40 PM PDT

Perghh~~~ Banyak juga tuntutan nafkah tertunggak yang dituntut oleh Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan ini. RM100,000 tue. Jumlah tuntutan yang besar ini membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain. Ia mula dikira sejak Januari 2012, bermakna tuntutan ini adalah untuk tempoh lebih kurang 2 tahun 6 bulan.

rita rudani

Untuk makluman, sebelum ini Rita telah membuat permohonan nafkah sebanyak RM5,392 sebulan merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Namun Aidil menegaskan yang dia hanya mampu membayar RM2,000 sebulan sahaja. Perbicaraan penuh akan berlangsung 30 September ini. Sama-samalah kita nantikan.

Baca Yang Ini Pulak:-

(20 GAMBAR)Sasha Saidin Berambut Perang Kerana Tuntutan Watak

Posted: 11 Jun 2014 08:56 PM PDT

Fuh~~ Mati-mati Abang Nara ingatkan Elsa dalam cerita Frozen tue wujud dalam kehidupan nyata. Sebijik kot Sasha Saidin macam Elsa apabila mewarnakan rambutnya kepada warna perang. Memang sesuai sangat dengan wajah Sasha yang 100% macam omputih. Kalau ada casting filem Frozen versi manusia betul, confirm Sasha Saidin akan terpilih membawakan watak Elsa.

sasha saidin

Cantik tak? Apa pendapat korang? Jangan fikir yang Sasha sengaja mahu warnakan rambutnya kepada warna perang tanpa sebab kukuh. Ini semua adalah tuntutan watak. Kata Sasha:-

Sebenarnya, saya memutuskan untuk mewarnakan rambut kepada perang kerana ingin memenuhi tuntutan watak dalam drama sebelum ini. Saya ditawarkan watak wanita 'mat salleh' dan watak itu memerlukan saya berambut perang.

Namun selepas mewarnakan rambut kepada perang, saya tidak jadi berlakon dalam drama itu kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan

sasha saidin

Rugi la pulak apabila watak Sasha itu dibatalkan. Teringin juga nak tengok Sasha bawak watak “mat salleh”. Mesti real punya. Hmmmm. Tak apalah. Nanti ada la tue rezeki lain. Lagi beberapa gambar Sasha Saidin berambut perang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin
sasha saidin

Baca Yang Ini Pulak:-

Abby Abadi Dedah Mesej Farhan Mohon Maaf Mengenai Dakwaan Dera

Posted: 11 Jun 2014 07:05 PM PDT

Sememangnya ramai yang terkejut apabila bekas suami Abby Abadi, Farhan tampil di media dan memaklumkan mengenai penderaan yang terjadi kepada dirinya. Malah Farhan turut mengepilkan laporan polis beserta gambar luka-luka pada badannya sebagai bukti. Malah di H!Live semalam pun, jelas terang Farhan menceritakan bagaimana dirinya didera secara emosi dan fizikal oleh Abby Abadi.

dera

Abang Nara yakin ramai yang tidak percaya dengan dakwaan penderaan ini. Iyerlah, takkanlah seorang wanita seperti Abby sanggup melakukan perkara tak elok sebegitu terhadap suami sendiri. Menerusi akaun Instagramnya, Abby tampil mendedahkan mesej Farhan yang mendakwa kenyataannya diputar belit media. Hmmmmm.
farhan dakwa

Abby Abadi turut menegaskan tiada sebarang penderaan yang telah dilakukan olehnya kepada Farhan. Tulis Abby:-

Assalamualaikum Sahabat2ku… Bersedia utk Maghrib Jom! Sebelum tu pd yg menghentam/ mencaci maki Sy ikut selera masing2 tu.. ni msg dr Farhan. Ini yg terakhir Sy nk jelaskan yg tiada berlaku penderaan ke atas dia ye… TIADA. Ambil wudhuk awal jom…

Sejukkan hati tu….. Hari ni hari Sy… Esok2 hari siapa pun kita taktahu lagi kan? Jadi beringat2lah k. Seronok sangat dengan apa yg menimpa org lain tu, kalau awk tertimpa pulak nnti mcmana?

Apapun keadaan, Sy tetap sayangkan dia kerana dia pernah membahagiakan Sy. Bukan ini yg Sy inginkan… Doakan yg terbaik utk masa depan kita semua ye….. Akhir zaman! Segalanya berkemungkinan

abby abadi

Tak tahu nak cakap pihak mana yang betul. Namun kebenaran itu tak penting bagi kita. Yang penting kita doakan Abby dan Farhan bahagia selepas ini. Mungkin boleh tutup buku sepenuhnya dan tidak lagi bercerita mengenai perkahwinan anda. Sama-sama ada buat salah dan sama-sama ada buat betul. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita.

P.S: Makanan tengah hari kanak-kanak di seluruh dunia

Baca Yang Ini Pulak:-

Liputan Penuh Penceraian Abby Abadi & Farhan

Posted: 11 Jun 2014 06:53 PM PDT

Semalam menerusi rancangan H!Live, penerangan penuh daripada Farhan dan Abby Abadi telah pun dipertontonkan kepada orang ramai. Memang penuh dengan kontroversi sungguh. Antara yang menarik perhatian Abang Nara ialah kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka seperti yang telah dibangkitkan oleh Abby. Selain itu, hal nafkah zahir juga menjadi topik hangat apabila Farhan memaklumkan yang dia hanya memberikan Abby apa yang dirinya mampu.

abby abadi

Ketika perbicaraan, Abby memaklumkan yang pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan. Malah Abby turut menafikan kenyataan anaknya, Danish yang memohon Farhan agar tidak lagi melepak dan berkaraoke bersama rakan-rakan. Kata Abby:-

Saya tidak mahu komen berkenaan itu (SMS dengan wanita lain) kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa. Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh.

Sebenarnya Danish tidak duduk dengan saya, dia berada di Tahfiz. Jadi dia sebenarnya tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Dia nak bercakap dan berbincang dengan Farhan tapi saya rasa tidak perlu.

Saya melihat Farhan ini cakap pusing-pusing. Apa kuasa saya untuk minta dia ulang kembali apa yang dia cakap pada saya. Padahal SMS yang awal (lafaz pertama) itu dia sudah kata pada saya yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya ketika itu

Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah pada hari ini dan kini saya serahkan segalanya pada Allah.

Sementara itu Farhan melahirkan rasa puas hatinya dengan keputusan mahkamah. Semalam semasa di H!Live, nampak seperti Farhan hampir mengalirkan air mata. Kata Farhan:-

Saya puas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan. Dia pun pernah mencederakan saya secara fizikal dan emosi. Dia pernah kata saya tidak mendatangkan kebaikan kepada dia.

Dia telah cederakan saya menggunakan kuku dan kunci motor. Selepas daripada itu saya terus membuat laporan polis. Selepas daripada kejadian itu saya sudah trauma.

Saya tak pasti apa harapan yang dia letakkan pada saya bila dia kata saya tidak mendatangkan kebaikan pada diri dia. Itu media kena tanya dia sendiri. Dari segi nafkah pula, saya beri dia gaji harian saya. Mana-mana sahaja yang termampu.

Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber Café, karaoke dan melepak.

Laporan polis yang telah dibuat adalah untuk Abby jauhkan diri dari saya. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Ampang, pada 17 Mei 2014 pada jam 10.15 malam. Laporan ini untuk memastikan saya berada dalam keadaan selamat

farhan dan abby

Semoga apa yang terjadi kepada perkahwinan Abby dan Farhan akan dijadikan pengajaran untuk kita semua. Sudah tertulis jodoh mereka sampai di sini. Semoga tiada dendam dan mereka berdua akan lebih bahagia selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Info asal Murai.

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani