Malaysia Tetap Komited Cari MH370 – PM
Malaysia Tetap Komited Cari MH370 – PM |
- Malaysia Tetap Komited Cari MH370 – PM
- Ngeri :15 kepala sebagai mas kahwin
- Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter
Malaysia Tetap Komited Cari MH370 – PM Posted: 14 Jun 2014 03:47 PM PDT Malaysia Tetap Komited Cari MH370 – PM | Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tetap komited untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370. Beliau menyatakan demikian menerusi Twitter sempena 100 hari kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu itu. Pesawat malang itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing. Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenytaannya berkata, kerajaan mengulangi komitmen dengan semangat baharu untuk mengesan pesawat MH370, 100 hari selepas kehilangannya. Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha melakukan yang terbaik dalam pencarian itu tanpa meninggalkan sebarang aspek.
|
Ngeri :15 kepala sebagai mas kahwin Posted: 14 Jun 2014 03:45 PM PDT Ngeri :15 kepala sebagai mas kahwin| Seorang wanita di Syria meminta 15 kepala tentera pro Bashar al-Assad sebagai mas kahwin. Media melaporkan, Aicha Faaourya, 50, juga meminta 50 lagi kepala jika bercerai. “Ibu tunggal itu meletakkan syarat ngeri selepas suaminya yang juga askar Tentera Pembebasan Syria maut dibunuh tentera rejim dua tahun lalu,” menurut laporan itu. Difahamkan, Aicha atau lebih mesra disapa Umm Shouhada yang bermaksud ibu para syuhada meletakkan syarat demikian selepas beliau dilamar ketua daerah Aleepo, Ahmad Ramilat.
Sementara itu, Ahmad Ramilat berikrar menentang rejim selepas dua anaknya maut ketika bertempur dengan tentera awal tahun lalu. “Saya akan memenuhi hajat Aicha dan bersumpah akan memenggal kepala 15 kepala askar rejim untuk memperisterikannya,” katanya, laporan dipetik dari Sana.-mStar |
Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter Posted: 14 Jun 2014 03:42 PM PDT Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter | SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter. Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan. Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital. Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya. Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.
Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah. Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.-mStar |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment