Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Anak Patung Berhantu Di Tanam Bawah Pokok Berjaya Di Rungkai Oleh Seorang Ustaz
- Gadis Cantik Ini Rupa-Rupanya Seorang Perisik
- Inilah Pencipta Mesin ATM
- Schumacher Buat Isyarat Angguk, Respon Suara Isteri
- Keerana Isteri Tidak Buka Pintu, Lelaki Bakar Rumah Sendiri, 6 Rumah Jiran
- Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung
- Bagaimana Ambulans Mendapat Namanya
- Sumbat Belut Dalam Dubur Tiru Aksi Filem Porno
Anak Patung Berhantu Di Tanam Bawah Pokok Berjaya Di Rungkai Oleh Seorang Ustaz Posted: 19 Jun 2014 05:55 PM PDT Anak Patung Berhantu Di Tanam Bawah Pokok Berjaya Di Rungkai Oleh Seorang Ustaz | Admin percaya kalau tengok gambar sahaja pasti korang rasa lain macam sahaja kan ? Jom baca kisah misteri yang berjaya di rungkai ini. ![]() Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum. Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan. Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan. Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan. Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri "Hougang Doll" yang seram. Menurut sumber, seorang Ustaz telah pergi untuk mengambil anak patung tersebut dari terus menjadi bualan masyarakat setempat. Ketika mengambil anak patung tersebut tiada kejadian aneh berlaku dan anak patung itu akan dihanyutkan untuk mengelakkan perkara syirik dari terus terjadi. posted@malaysiasensasi.net | ||||||
Gadis Cantik Ini Rupa-Rupanya Seorang Perisik Posted: 19 Jun 2014 05:41 PM PDT Siapa sangka wanita cantik yang dituduh sebagai perisik semasa era Perang Dunia Pertama ini pernah mengharungi hidup yang penuh berliku. Margaretha Geertruida Zelle atau lebih dikenali sebagai 'Mata Hari' ini dilahirkan pada 7 Ogos 1876 di Leeuwarden, Netherlands. ![]() Beliau adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya, Adam Zelle adalah pemilik kedai topi dan turut berjaya membuat pelaburan dalam industri minyak hingga mampu memberi kemewahan kepada Mata Hari dan keluarganya. Mata Hari juga pernah mendapat pendidikan di sekolah eksklusif sehingga dia berumur 13 tahun. Bagaimanapun, panas tidak sampai ke petang, bapanya muflis pada 1889 sehingga membawa kepada penceraian tidak lama selepas itu. Selepas bapanya berkahwin kali kedua di Amterdam pada 1893, kira-kira dua tahun selepas ibunya meninggal dunia, Mata Hari tinggal bersama bapa pembatisannya, Visser di Sneek. Di Leiden, Mata Hari menjadi guru tadika tetapi dipecat selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan guru besar. Selepas beberapa bulan, beliau melarikan diri ke rumah pakciknya di The Hague. Semasa berumur 18 tahun, Mata Hari berkahwin dengan Kapten Tentera Belanda, Rudolf MacLeod, 38, yang tinggal di Indonesia (pusat Syarikat Hindia Timur Belanda) pada 11 Julai 1895. Ia menjadi titik tolak kepada Mata Hari untuk memulakan hidup baru sebagai golongan kelas atasan. Mereka berpindah ke Malang di Jawa Timur dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Perkahwinan mereka tidak kekal lama akibat tabiat buruk MacLeod yang ketagih alkohol dan mempunyai perempuan simpanan. Mata Hari meninggalkan suaminya secara sementara dan tinggal bersama seorang pegawai Belanda, Van Rheedes. Selama beberapa bulan, wanita itu belajar adat dan kebudayaan masyarakat Indonesia dan turut menyertai syarikat tarian tempatan. Pada 1897, beliau menggunakan nama 'Mata Hari' sebagai langkah untuk memulakan hidup baru sekali lagi melalui surat yang dikirimkan kepada saudaranya di Holland. Mata Hari kembali kepada suaminya, namun sikap buruk lelaki tersebut masih tidak berubah dan terus berlaku konflik dalam perkahwinan mereka termasuk kematian anak lelakinya yang jatuh sakit pada 1899. Mereka kembali semula ke Belanda tetapi tinggal berasingan pada 1902 dan kemudiannya bercerai pada 1907. Mata Hari terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran termasuk berebut hak penjagaan anak perempuan mereka yang akhirnya meninggal dunia semasa berumur 21 tahun akibat komplikasi penyakit siflis. Jadi penari eksotik Pada 1903, Mata Hari berpindah ke Paris dan menjadi penunggang kuda sarkas dengan menggunakan nama gelaran Lady MacLeod. Akibat kesempitan hidup, pada 1905, Mata Hari mula menjadi penari eksotik dengan mengikut kumpulan tarian kontemporari dikendalikan Isadora Duncan dan Ruth St Denis. Gaya meliuk-liuk Mata Hari berjaya menarik perhatian penontonnya terutama selepas membuat persembahan di Musée Guimet (Muzium Seni Asia) pada 13 Mac 1905. Menjelang 1910, Mata Hari mula dikritik banyak pihak kerana mempersembahkan tarian yang mengghairahkan. Semasa kemasyhurannya, Mata Hari turut menjalinkan hubungan dengan pegawai atasan tentera, ahli politik dan individu berpengaruh dari beberapa negara. 'Hubungan' istimewa itu membolehkan beliau bebas merentasi sempadan tanpa sebarang halangan. Bagaimanapun, semasa ambang Perang Dunia Pertama, wanita tersebut mula dilabel sebagai 'penggoda berbahaya'. Perisik bermuka dua? Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Mata Hari masih bebas merentasi sempadan kerana beliau tidak mempunyai halangan untuk merentasi Sepanyol dan Britain menuju ke Belanda. Pada 1916, kapal yang membawa Mata Hari dari Sepanyol diarah berlabuh di Pelabuhan Falmouth di England. Beliau ditahan dan dibawa ke London untuk disoal siasat oleh Perisikan Britain (M15). Menurut pihak berkuasa , Mata Hari mengaku bahawa dia bekerja untuk Perisikan Perancis. Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada wanita itu menipu atau tidak kerana ada pihak mendakwa Mata Hari mungkin dipaksa untuk membuka mulut. Pada Januari 1917, perisik Perancis berjaya memintas mesej yang dihantar ke Berlin daripada agen H-21. Difahamkan, hasil siasatan awal mereka mendapati agen H-21 adalah Mata Hari. Dibicarakan dan dihukum mati Pada 13 Februari 1917, Mata Hari ditahan di Hotel Elysee Palace di Paris. Beliau dibicarakan selepas didakwa menjadi perisik Jerman dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 askar. M15 dan Perancis tetap menuduh Mata Hari adalah perisik Jerman tanpa bukti kukuh. Namun, pihak berkuasa Perancis berjaya membuktikan bahawa Mata Hari pernah menerima bayaran untuk menjadi agen Jerman, H-21 sebelum Perang Dunia Pertama bermula walaupun dinafikan olehnya. Mata Hari akhirnya, didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan pengintipan dan dijatuhi hukuman ditembak sampai mati pada 15 Oktober 1917 semasa beliau berumur 41 tahun. Info: • Penulis yang menyokong feminisme, Pat Shipman menerusi bukunya berjudul Femme Fatale mendakwa Mata Hari tidak pernah menjadi agen bermuka dua tetapi dijadikan sebagai kambing hitam oleh pihak berkuasa Perancis untuk menutup kegagalan mereka dalam operasi ketenteraan. • Dokumen milik Jerman yang didedahkan pada 1970-an pula membuktikan Mata Hari adalah agen Jerman (H-21). • Mata Hari turut digelar femme fatale (wanita penggoda, penyebab kemusnahan kepada mana-mana lelaki yang menjalin hubungan bersamanya). • Muzium Frisian di Leeuwarden, Netherlands mempamerkan 'Bilik Mata Hari' termasuk dua buku skrap peribadi beliau. | ||||||
Posted: 19 Jun 2014 05:41 PM PDT Luther George Simjian adalah salah seorang pencipta dan ilmuwan . Dia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905 dan meninggal pada 23 Oktober 1997 pada usia 92 tahun. Luther George Simjian. Simjian berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun setelah terpisah dengan keluarganya semasa Perang Dunia Pertama. Setelah bertemu dengan kerabatnya di Connecticut, dia bekerja sebagai jurugambar kerana minat dengannya. Pada mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang kedoktoran, namun minatnya berubah ketika pihak universiti menawarkannya pekerjaan di Laboratorium Foto. Pada tahun 1928, dia telah menjadi ketua di Jabatan Fotografi di universiti tersebut. Pada tahun 1934, Simjian berpindah ke New York, dimana dia telah mengembangkan mesin x-ray warna dan self-posing portrait camera, yang memungkinkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar yang tepat untuk diambil. Dengan berbekalkan penemuannya ini, Simjian telah menubuhkan sebuah syarikat pembuatan kamera dengan jenama Photoreflex yang kemudiannya digantikan dengan nama Reflectone. Syarikat ini kemudiannya terus berkembang. Ketika Simjian menawarkan idea untuk pelanggan bank melakukan transaksi pengeluaran wang tanpa perlu ke kaunter bank, ia diragui ramai orang. Namun, dia tidak berputus-asa dan pada tahun 1939, Simjian telah mendaftarkan 20 paten yang berkaitan dengan penemuan barunya dan telah menawarkannya kepada sebuah syarikat besar yang sekarang ini dikenali dengan nama Citicorp. Namun, hanya selepas enam bulan barulah Citicorp memberi respon mengenai tawaran Simjian. "Nampaknya, orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan kaki judi yang malu dan tidak mahu bertemu muka dengan kerani bank"! Akhirnya, pada hari ini disetiap sudut bangunan, kita dengan mudah menemui mesin 'ajaib' ini. Apa yang menjadi keraguan ramai orang pada masa itu terbukti salah! ATM telah menjadi keperluan yang tidak lagi mampu dipisahkan bagi kebanyakan daripada kita. | ||||||
Schumacher Buat Isyarat Angguk, Respon Suara Isteri Posted: 19 Jun 2014 05:50 PM PDT | ||||||
Keerana Isteri Tidak Buka Pintu, Lelaki Bakar Rumah Sendiri, 6 Rumah Jiran Posted: 19 Jun 2014 05:48 PM PDT PELABUHAN KLANG: Marah terhadap isterinya yang tidak membuka pintu, seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh alkohol bertindak membakar rumahnya di Pandamaran pada malam Rabu. ![]() Akibat tindakan itu, enam lagi rumah milik jiran ejen insuran terbabit turut musnah dalam kebakaran. Menurut jiran suspek, dalam kebakaran pada pukul 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 30-an terbabit didakwa menyimbah minyak petrol pada pintu rumah dan membakarnya apabila isterinya enggan membuka pintu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung tindakan lelaki terbabit. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," katanya. Difahakam, isteri dan dua anak lelaki itu yang berusia tiga dan empat tahun telah menghilangkan diri selepas kejadian. Akibat tindakan khianat yang melampau, suspek dibelasah oleh jiran-jiranya sehingga cedera sebelum ditahan polis setelah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini. posted@malaysiasensasi.net | ||||||
Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung Posted: 19 Jun 2014 05:46 PM PDT ![]() Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. Uqasha turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya. Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak. Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau. Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya. posted@malaysiasensasi.net | ||||||
Bagaimana Ambulans Mendapat Namanya Posted: 18 Jun 2014 05:04 PM PDT Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.
"Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir.
Menjelang pertengahan abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera. Salah satu contoh terdekat ialah semasa Perang Krimea (1853-1856). Tidak lama selepas itu, semasa Perang Saudara Amerika, kenderaan pengangkutan perubatan sedemikian dikenali sebagai "ambulance wagon". Sejak itu, gelaran "ambulance" bagi kenderaan perubatan bergerak melekat sehingga sekarang. "Ambulance" diterjemahkan sebagai "ambulans" dalam Bahasa Malaysia, manakala "ambulance chaser" bukanlah sejenis kenderaan. Ia gelaran kepada segolongan peguam dan dipercayai istilah tersebut mula digunakan sekitar 1897. Ia merujuk kepada peguam yang mendapatkan pelanggan dengan memujuk mangsa kemalangan untuk membuat saman ganti rugi.
posted@malaysiasensasi.net | ||||||
Sumbat Belut Dalam Dubur Tiru Aksi Filem Porno Posted: 18 Jun 2014 05:03 PM PDT Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat. Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno. Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: "Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya." Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan. "Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu. "Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam," kata anggota pasukan perubatan itu. "Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan," kata jurucakap polis. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment