Lokasi dan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1435H Didedahkan
Lokasi dan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1435H Didedahkan |
- Lokasi dan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1435H Didedahkan
- Rita Rudaini Enggan Benarkan Isteri Aidil Dekati Anak – Anaknya
- Punca Sebenar Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo
- Jimmy Shanley Kesal Gagal Raikan ‘Birthday’ Anak
- PTPTN – Peminjam Ingkar Akan Disiarkan Akhbar
- Gambar Mesra Izreen Azminda Bersama Jejaka Misteri Tersebar
- Lana Nordin Dedah Kekasih Baru, Selamat Jalan Johan As’Ari
- Tiga Pelajar Pailang Baru Nak Naik Mengaku Bersalah Belasah Rakan
- Facebook Hani El Zahra Pelihara Anjing Dikecam Hebat
- Video Penggambaran Program Misteri Di Malaysia Jadi Tanda Tanya
Lokasi dan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1435H Didedahkan Posted: 23 Jun 2014 11:32 PM PDT Lokasi dan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1435H Didedahkan | Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun 2014 bersamaan 29 Syaaban 1435H. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Jumaat berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
|
Rita Rudaini Enggan Benarkan Isteri Aidil Dekati Anak – Anaknya Posted: 23 Jun 2014 11:27 PM PDT Rita Rudaini Enggan Benarkan Isteri Aidil Dekati Anak – Anaknya | Pelakon Rita Rudaini tidak membenarkan isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal untuk mendekati anak-anaknya. Menganggap wanita tersebut sebagai punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan Aidil, Rita juga tidak menolak berasa kecewa dengan bekas suaminya kerana mendakwa Aidil langsung tidak pernah menjenguk anak-anaknya selepas berkahwin.
Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, dia juga difahamkan Zarema sudah menyekat nombornya di dua aplikasi telefon Aidil iaitu WeChat dan WhatsApp. Memandangkan sebelum ini kedua-dua aplikasi itu digunakan Rita untuk menghubungi Aidil bagi menyampaikan keadaan terkini anak-anak mereka, kini dia dan Aidil tidak lagi dapat berhubung.
- sumber - |
Punca Sebenar Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo Posted: 23 Jun 2014 11:19 PM PDT Punca Sebenar Di Sebalik Fesyen Rambut Zig Zag Ronaldo | Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut. Namun berdasarkan berita yang tersebar di internet, potongan rambut itu bukannya untuk tujuan fesyen semata-mata sebaliknya ia sebagai tanda sokongan kepada seorang budak dari Sepanyol, Erik Ortiz Cruz, yang menjalani pembedahan otak. Nyata Ronaldo adalah seorang yang berhati mulia apabila dia sanggup membayar kos pembedahan sebanyak £50,000 untuk Cruz.
Ronaldo yang juga kapten pasukan Poland ini jarang bercakap mengenai kerja-kerja amal yang dilakukannya secara terbuka. Justeru sukar untuk mendapatkan penjelasannya mengenai fesyen rambut berkenaan dan sumbangannya kepada Cruz. – sumber - |
Jimmy Shanley Kesal Gagal Raikan ‘Birthday’ Anak Posted: 23 Jun 2014 04:45 PM PDT Jimmy Shanley Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak | Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya, Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal. Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa.
Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan. Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti. Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.-mStar
|
PTPTN – Peminjam Ingkar Akan Disiarkan Akhbar Posted: 23 Jun 2014 04:38 PM PDT PTPTN – Peminjam Ingkar Akan Disiarkan Akhbar | Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bertindak lebih drastik dan tidak ‘memberi muka’ kepada peminjam tabung berkenaan yang masih ingkar melunaskan pinjaman mereka. Beberapa pertubuhan pelajar yang dihubungi mahu PTPTN mencari kaedah paling berkesan bagi mengelak peminjam terus liat tidak membayar hutang, walaupun sudah mendapat pekerjaan yang bagus selain mahukan majikan memotong gaji peminjam secara automatik. Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, pula mengesyorkan nama peminjam disiarkan dalam akhbar seperti yang pernah dilakukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga akhirnya ramai yang berusaha membayar balik pinjaman kerana malu.
Maka diingatkan pada peminjam, bayarlah pinjaman anda kerana ramai lagi generasi selepas kita memerlukan bantuan ini.:) |
Gambar Mesra Izreen Azminda Bersama Jejaka Misteri Tersebar Posted: 23 Jun 2014 03:31 PM PDT Gambar Mesra Izreen Azminda Bersama Jejaka Misteri Tersebar | Ramai yang mempersoalkan kewajaran Izreen Azminda memuat naik gambar mesra dengan pelakon Amar Baharin baru-baru ini. Paling terkesan apabila gambar mesra tersebut dipertontonkan semasa pelakon itu masih lagi dalam tempoh edah selepas disahkan bercerai 9 Jun lalu. Tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu isu yang perlu diperbesar-besarkan, Izreen tidak menafikan sama sekali dia seharusnya menjaga tatasusila sepanjang tempoh edah tersebut. Namun tegasnya gambar yang dimuat naik itu dibuat atas dasar kerja semata-mata.
Pun begitu Izreen meminta agar peminat tidak melihat gambar tersebut sebagai sesuatu yang peribadi sebaliknya itu sebahagian antara babak cinta dalam drama bersiri berkenaan. Bagi Izreen, meskipun masih dalam tempoh edah dia masih perlu ke lokasi penggambaran memandangkan itu merupakan sumber rezekinya.
Ketika ditanya tentang reaksi peminat terhadap perkara berkenaan, Izreen tidak menafikan menerima banyak komen-komen negatif daripada peminat di laman sosial miliknya. Jauh sekali untuk marah atau berkecil hati dengan perkara itu, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menjadikan semua komensama ada yang positif mahupun negatif sebagai iktibar. Baru dua tahun bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharuddin akhirnya hubungan mereka itu terputus di tengah jalan. Enggan menyalahkan mana-mana pihak bagi Izreen isu cerai tersebut sudah berakhir secara baik awal bulan lalu. Bagi pelakon ini dia bersyukur kerana kemelut yang melanda dirinya dan bekas suami sudah berakhir dan lebih menyenangkan apabila masing-masing tidak menyalahkan antara satu sama lain.
- sumber - |
Lana Nordin Dedah Kekasih Baru, Selamat Jalan Johan As’Ari Posted: 23 Jun 2014 03:14 PM PDT Lana Nordin Dedah Kekasih Baru, Selamat Jalan Johan As'Ari | Lana Nordin antara selebriti yang panas dengan kontroversi percintaan. Bermula dengan kisah cinta ekspress dengan pelakon Johan As’ari, Lana juga dilanda kisah putus cinta ekspress dengan aktor berkenaan. Setelah sekian lama bersendiri, kini Lana nampaknya sudah temui pengganti kepada Johan.
Berbeza dengan kisah dengan Johan, kali ini nampaknya Lana lebih berhati-hati dalam mengetengahkan soal cinta meskipun tidak menafikan hatinya kini sudah dicuri oleh Mas Khan. Menurut Lana, dia dan Mas Khan kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
– sumber - |
Tiga Pelajar Pailang Baru Nak Naik Mengaku Bersalah Belasah Rakan Posted: 23 Jun 2014 03:02 PM PDT Tiga Pelajar Pailang Baru Nak Naik Mengaku Bersalah Belasah Rakan | Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya, Samarahan, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan ke atas seorang rakan sekolah, April lalu. Seorang daripada mereka juga menghadapi tuduhan berasingan melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama.
Ketiga-tiga mereka mengaku salah mendatangkan kecederaan kepada mangsa berusia 15 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi turut mengaku salah mengugut mangsa mengikut Seksyen 506 kanun sama.
Tiga pelajar itu hadir di mahkamah ditemani ibu bapa masing-masing dan dibenarkan ikat jamin RM5,000 seorang serta dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu sementara menunggu hukuman. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum sempat dijawab, mangsa terus dibelasah, dipukul dan disepak selain salah seorang tertuduh mengugutnya supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa. Bagaimanapun, perbuatan berkenaan dirakam dan kemudian video yang tidak disertakan tarikh rakaman, tersebar di laman sosial Facebook (FB) dan Youtube. – sumber - |
Facebook Hani El Zahra Pelihara Anjing Dikecam Hebat Posted: 23 Jun 2014 02:48 PM PDT Facebook Hani El Zahra pelihara dan pegang anjing dikecam hebat | Menerusi laman sosial, seorang gadis yang beragama Islam telah mencetuskan kontroversi apabila memelihara beberapa ekor anjing sebagai haiwan peliharaan. Sesetengah pengguna memberi sokongan yang penuh terhadapnya dan memuji sikap beliau sebagai seorang pencinta haiwan. Manakala, ada juga sesetengah individu mengecam perbuatan tersebut dan mendakwa perbuatan itu memalukan Islam. Kenyataan Salah Seorang Individu Yang Mengecam Isu Pelihara Anjing - sumber - |
Video Penggambaran Program Misteri Di Malaysia Jadi Tanda Tanya Posted: 23 Jun 2014 02:38 PM PDT Video Penggambaran Program Misteri Di Malaysia Jadi Tanda Tanya | Pasti ramai yang tidak tahu mengenai rancangan realiti televisyen berjudul Naked and Afraid yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat. Rancangan berkenaan sudah pun melepasi musim kedua itu dan mula ditayangkan pada 23 Jun 2013. Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan buat kali pertama dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari. Pasangan ini kemudiannya perlu mencari sumber makanan, pakaian dan pelindungan sepanjang tempoh itu. Apa yang menariknya, salah satu episod yang ditayangkan pada 13 April 2014 telah menjalani penggambarannya di sebuah hutan di Malaysia! Anda boleh view video ini di dalam Youtube.com – sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment