Inilah Wajah Isteri Kedua Bade, Aida Abdul
Inilah Wajah Isteri Kedua Bade, Aida Abdul |
- Inilah Wajah Isteri Kedua Bade, Aida Abdul
- Izara Aishah Sudah Putus Cinta, Yabedabedu!!!
- Hubungan Lufya & Kerabat Diraja Johor Tamat Selepas Kontroversi
- (21 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia Oleh The Permaisuris
- (TAHNIAH)Raja Azmi Kini Bertudung
Inilah Wajah Isteri Kedua Bade, Aida Abdul Posted: 02 Jun 2014 01:23 AM PDT Putih mulus, cantik menarik dan jelita menawan sungguh isteri kedua Bade yang bernama Aida Abdul ini. Berusia 30-an, Aida Abdul dan Bade telah bernikah pada April lalu dan majlis persandingan telah berlangsung di Cherating pada 27 Mei lalu. Turut hadir ialah Datuk Rosyam Noor dan isteri. Bade dan Aida nampak sama cantik sama padan di hari bahagia mereka. Menurut Bade, isteri pertamanya, Erma Fatima masih belum berkesempatan bertemu dengan madunya kerana berada di Sepanyol untuk penggambaran. Kata Bade menerusi Kosmo:
Kita sudah pun membaca yang perkahwinan kedua Bade ini direstui oleh Erma Fatima. Jadi tiada erti kecurangan, kahwin senyap-senyap dan sebagainya. Semoga Bade berbahagia di samping isteri baru. Jangan lupakan tanggungjawab pada isteri pertama. Berlakulah seadil yang boleh. Apa pun, selamat pengantin baru buat Bade. Baca Yang Ini Pulak:- |
Izara Aishah Sudah Putus Cinta, Yabedabedu!!! Posted: 01 Jun 2014 10:05 PM PDT Yabedabedu!!! Marilah kita (jejaka bujang sahaja) melompat kegembiraan kerana si cantik manis, menawan jelita iaitu Izara Aishah kini sudah pun kembali solo. Inilah peluang dan masanya untuk anda mencuri hati pelakon jelita ini. Orang kata, wanita paling “fragile” di saat awal-awal perpisahan dengan kekasih hati. Mudah jatuh cinta kalau ada yang pandai menjaga hati dan mengambil berat. Tak gitu? Patutlah timbul desas-desus hubungan cinta antara Izara Aishah dan Adib Khalid sejak kebelakangan ini. Kalau Abang Nara jadi Adib, memang takkan lepaskan peluang ini. Orang dah “single” kot. Cantik pulak tue. Takkan nak lepaskan peluang. Namun Izara mengakui antara dirinya dan Adib hanyalah kawan. Kata Izara:-
Kalau Adib taknak, ramai lagi rasanya yang sanggup berjuang merebut cinta Izara. Hehehe. Terasa nak join jugak namun cinta ini terhadap isteri tetap kukuh walaupun Izara di depan mata. Hehehe. Jadi kepada anda yang rasa layak dan mahukan ber”awek”kkan Izara Aishah, persiapkan diri dan mulakanlah langkah mengorat anda. Good luck!!! P.S: Cermin gelap, JPJ tunggu keputusan kajian Baca Yang Ini Pulak:- |
Hubungan Lufya & Kerabat Diraja Johor Tamat Selepas Kontroversi Posted: 01 Jun 2014 09:02 PM PDT Salah satu aktiviti Abang Nara di hari Ahad ialah berehat sambil membaca suratkhabar. Sambil-sambil tengok anak bermain di laman rumah, sambil menyedut informasi semasa yang berlaku dalam dan luar negara. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah kisah hubungan Lufya (bekas AF6) dan salah seorang kerabat diraja Johor iaitu Tunku Abdul Jalil.
Sementara itu Lufya juga melahirkan rasa kesalnya kerana kontroversi ini telah menyebabkan hubungan persahabatannya dengan Tunku Abdul Jalil yang terjalin selama 10 tahun berakhir. Kata Lufya menerusi Mstar Online:-
Kesian juga kalau persahabatan selama 10 tahun terlerai begitu sahaja. Namun nak buat macam mana kan? Itulah suratan takdir. Semoga kontroversi ini akan membuatkan Lufya lebih berhati-bati. Baca Yang Ini Pulak:- |
(21 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia Oleh The Permaisuris Posted: 01 Jun 2014 06:21 PM PDT Abang Nara suka melihat wajah Almy Nadia. Cantik memang cantik, namun Almy ada daya tarikannya yang tersendiri. Mungkin senyumannya itu membuatkan kejelitaan Almy lebih terserlah. Untunglah Fizz Fairuz mendapat seorang isteri yang bukan sahaja cantik menawan, tetapi setia menunggu cintanya dari dulu. Terharu juga melihat akhir mereka berdua tersenyum gembira di atas pelamin perkahwinan. Kedua-dua pengantin baru ini nampak sangat berseri-seri di majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan yang telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei lalu. Minggu hadapan majlis resepsi sebelah pengantin pihak lelaki pula akan diadakan di Raub, Pahang. Semoga segalanya berjalan lancar buat Fizz dan Almy. Apa pun, Abang Nara ingin ucapkan selamat menjalani kehidupan suami isteri buat Fizz dan Almy. Banyakkan bersabar, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain. Dah kahwin ini dugaannya lain macam pulak. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram ThePermaisuris. P.S: Apabila kucing tidur
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Raja Azmi Kini Bertudung Posted: 01 Jun 2014 04:52 PM PDT Alhamdulillah. Pernah mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung, kini Raja Azmi telah pun mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya. Cantik sungguh apabila Raja Azmi memakai tudung. Sedap mata memandang. Terserlah wajah penuh keibuan, ketenangan dan kecantikan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Azmi atas penghijrahan ini. Menarik juga cerita penghijrahan Raja Azmi ini. Bagus untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua. Kata Raja Azmi menerusi Mstar Online:-
Suami dan anak-anak Raja Azmi ternyata gembira dengan perubahan ini. Abang Nara yakin para peminat Raja Azmi juga turut bergembira. Semoga Raja Azmi terus istiqamah menutup aurat. Tahniah diucapkan. P.S: Proton dan Geely sedang meneroka usaha kerjasama Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment