Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB
Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB |
- Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB
- MH 370: Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama
- Melampau: Letakkan P.Ramlee Pada ‘Paras Kaki’
Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB Posted: 21 Jun 2014 09:03 PM PDT Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB | Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet. Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.
Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis. Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu. Gambar remaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook. Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis. |
MH 370: Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama Posted: 21 Jun 2014 08:58 PM PDT MH 370: Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama| Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini. The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang. Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan. Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times. Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek. Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya. Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet. Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu di rumah.
Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai retak. Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie.-sinarharian |
Melampau: Letakkan P.Ramlee Pada ‘Paras Kaki’ Posted: 21 Jun 2014 08:52 PM PDT Melampau: Letakkan P.Ramlee Pada 'Paras Kaki'| Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyarakat terhadap datuknya termasuklah gurauan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada 'paras kaki'. Najua yang merupakan anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya. "Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham. "Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya. ketika dihubungi di sini, pada Jumaat. Najua yang menggunakan nama komersialnya sebagai Najua P. Ramlee diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa. Sharnaaz memuat naik status berkenaan bagi memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir ayahnya itu. Ditanya sejauhmanakah dia mengenali Sharnaaz, Najua berkata, dia hanya melihat perkembangan pemuda itu sebagai seorang artis. Dalam perkembangan berkaitan Sharnaaz berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata. Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment