MH370: Masih Ramai Yang Berharap
MH370: Masih Ramai Yang Berharap |
- MH370: Masih Ramai Yang Berharap
- Taeyang Big Bang muncul dengan ‘RISE’
- Sensasi Gambar Hampir Bogel Erin?
- Isu Dyana Sofya Akan Tewas?
- Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Dengan Erra Fazira
- Fesyen Terkini Julian Evans Nampak Peha
- PKR Kecam Berita Gambar ‘Kafan’ Wan Azizah
MH370: Masih Ramai Yang Berharap Posted: 27 May 2014 08:20 AM PDT MH370: Masih Ramai Yang Berharap| Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas meminta pihak MAS memberi penjelasan kepada keluarga pesawat berkenaan berhubung data belum diproses laporan satelit yang dikeluarkan oleh firma United Kingdom Inmarsat. Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang yang dikenali sebagai Mohd Khairul Amri, berkata beliau menerima e-mel selain panggilan telefon daripada pihak MAS sekitar pukul 9.30 pagi berhubung data tersebut.
Sementara itu, S.Thenmoli, 26, adik perempuan kepada S.Puspanathan mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat terkini daripada MAS. "Saya pun tidak mengetahui yang laporan data satelit diedarkan kepada waris keluarga," katanya. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mengeluarkan data satelit belum diproses Inmarsat setebal 45 muka surat yang diguna untuk mengesan pola penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Dalam kenyataannya, DCA berkata log data komunikasi daripada Inmarsat, syarikat komunikasi satelit Britain itu, dan keterangan mengenainya, dikeluarkan untuk membolehkan pembaca memahami data berkenaan. Menurut kenyataan itu, log data yang disertakan bersama nota tambahan Log Unit Isyarat (9M-MRO) bagi MH370 disediakan Inmarsat. Penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. -sinarharian |
Taeyang Big Bang muncul dengan ‘RISE’ Posted: 27 May 2014 08:16 AM PDT Selepas kejayaan G-Dragon Taeyang Seungri “Thinking Of You” Fan Meeting Show yang lepas, pastinya ramai peminat-peminat K-Pop diluar sana yang ternanti-nanti perkembangan terbaru kumpulan Big Bang bukan? Mana taknya, kumpulan yang terdiri daripada barisan jejaka kacak, G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri ini merupakan salah satu kumpulan yang paling diminati di Malaysia. Terkini, salah seorang anggota Big Bang iaitu Taeyang bakal keluar dengan album solo yang berjudul ‘RISE’. Syarikat pengurusan YG Entertainment memaklumkan album tersebut bakal dipasarkan secara digital pada 2 Jun nanti. Kami pasti, tentu anda semua sudah tak sabar menanti kemunculan album ini bukan? Bagaimanapun, syarikat pengurusannya masih belum memberitahu jumlah lagu yang bakal dimuatkan dalam album itu nanti. Apapun, kami pasti, semua lagu-lagu yang bakal keluar akan menjadi hits dikalangan peminat K-Pop. Betul tak? Kalau nak tahu, album ini merupakan album solo ketiga Taeyang selepas kejayaan album solo pertama iaitu Solar (2010) dan juga Solar International (2010).-ohbulan
|
Sensasi Gambar Hampir Bogel Erin? Posted: 27 May 2014 08:12 AM PDT Sensasi Gambar Hampir Bogel Erin?| Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini. Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid. Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid." Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua. “Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya. “Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya. Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.
Memang bagi Erin "its nothing" tapi mungkin memberi pandangan berbeza masyarakat di negara |
Posted: 27 May 2014 01:58 AM PDT Isu Dyana Sofya Akan Tewas? | APAKAH Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti 7,000 di Mei 2013, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN. Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri Umno-BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan. Pengundi Cina DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina. Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.
Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan. Malah daripada sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri. Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri. Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain? Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi, dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini. Perlu diingat golongan yang terkesan dengan sentimen ini ialah warga Cina yang duduk di Teluk Intan dan bukan daripada kalangan muda-mudi yang sudah berhijrah di bandar. Oleh itu, DAP sudahpun memulakan gerak kerja ‘Jom Balik Mengundi’. Gerak kerja ini pula disusulkan dengan kenyataan yang memberikan gambaran kedudukan DAP kini berada dalam keadaan bahaya di Teluk Intan sebagai ‘galakan’ untuk memotivasikan golongan muda-mudi yang sering berlegar di ruang Internet ini untuk balik mengundi. Kemerosotan undi Cina sudah pasti berlaku, yang diharapkan DAP ialah kejatuhan itu tidaklah sehingga menjejaskan peluang Dyana untuk meraih kemenangan. Ini Gerakan, bukan MCA Empat tahun lagi sebelum PRU14 akan berlangsung. Untuk empat tahun ini, apa kata kita berbaik dengan BN dan mendapat segala apa yang diperlukan di PRK Teluk Intan kali ini sebelum memberikan undi kembali kepada DAP di PRU14 nanti. Pemikiran itu kini berlegar di minda para pengundi Teluk Intan yang masih tinggal di kawasan Parlimen tersebut. Hakikatnya, di peringkat kawasan, kekalahan DAP di sini tidak merugikan pengundi di Teluk Intan. Malah, sebenarnya kekalahan DAP boeh memberikan banyak keuntungan kepada penduduk Teluk Intan dalam jangka masa pendek kerana BN akan memberikan segalanya kerana mereka sangat dahagakan kemenangan. Apatah lagi, kerajaan Perak adalah di bawah BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Ini masalah terbesar DAP di peringkat kawasan. Bukan itu sahaja, di peringkat nasional pula, pengundi Cina mula bertanya apakah faedahnya untuk membunuh parti komponen BN, terutamanya mereka merasakan harapan untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya semakin malap kerana pertelingkahan dalaman parti dan antara parti yang tidak habis-habis. MCA sudahpun membunuh diri. Apakah faedahnya jika mereka turut membunuh Gerakan dengan membiarkan presidennya kalah di Teluk Intan? Semua tekanan ini memaksa DAP untuk bergantung kepada isu nasional dan berkempen ke arah menjadikan PRK Teluk Intan ini sebagai referendum untuk isu-isu nasional, termasuklah terhadap tindakan celaka segelintir ahli Umno yang bertindak di luar batasan undang-undang dalam konfrontasi ‘Umno celaka.’ Pengundi Melayu Dilema orang Melayu selalunya adalah antara memilih antara Umno dengan Pas. Keberanian DAP meletakkan Dyana di Teluk Intan membuka dinamik baru. Namun, Dyana tidak patut menyentuh mengenai isu hudud di PRK Teluk Intan. Meskipun Gerakan dan DAP menolak pelaksanaan hudud di Malaysia, tetapi di mata pengundi Melayu ada perbezaan ketara seorang wanita Islam menolak hudud berbanding seorang bukan Islam menolak hudud. Untuk lima hari terakhir kempen ini, hudud perlu dikeluarkan daripada sebarang ceramah Dyana. Kerana takutnya jika ini berterusan akan ada golongan pengundi Melayu yang tidak akan mengundi langsung kerana serba-salah untuk memilih. Mengekalkan sokongan Melayu yang diperolehi di Mei 2013 sudah cukup untuk Dyana. Pengundi luar Inilah kunci kepada kemenangan DAP. Majoriti lebih 7,000 yang dikira amat besar di Mei 2013 adalah penghalang sebenar kepada pengundi luar untuk pulang mengundi. Sesiapa yang berlegar di Internet akan mendapat persepsi bahawa Dyana adalah calon 'favourite' di Teluk Intan. Ini membahayakan kedudukan DAP jika pengundi luar Teluk Intan berfikiran sama. Pengundi luar akan mengambil sikap seperti pengundi di Bukit Gelugor jika beranggapan parti yang mereka sokong sudah pasti menang. DAP perlu menyakinkan bahawa kelompok pengundi ini bahawa Dyana di dalam bahaya dan memerlukan undi mereka untuk menang. Jika tidak, Dyana betul-betul dalam bahaya. Penamat DAP tahu Dyana kini menghadapi kemerosotan undi Cina dan juga undi Melayu. Sekarang sasaran DAP hanyalah ‘asalkan menang.’ Majoriti 1 undi pun tidak apa. Jika Dyana tewas, DAP bakal hadapi pergolakan dalaman. Lebih teruk lagi, DAP akan hilang keberanian untuk mencuba nasib dengan calon Melayu di kerusi Cina. Lebih menyayatkan lagi, hasrat untuk melahirkan lebih ramai Dyana di Malaysia juga akan terbantut. Kepada Dyana, berusahalah sehingga ke saat akhir. Semoga Dyana berjaya. |
Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Dengan Erra Fazira Posted: 27 May 2014 01:36 AM PDT Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Dengan Erra Fazira | Baru saja nama Erra Fazira menjadi bualan hangat kerana dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, terbaru hari ini bekas suami Erra, Engku Emran berkongsi gambarnya keluar bersama-sama Erra, anak mereka, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka.
Ada peminat menyokong, namun tak kurang juga ada peminat yang tidak berapa menyukai tindakan Emran yang berusaha sedaya upaya memberitahu perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan para pengikutnya. Oh rupa-rupanya mereka keluar bersama untuk menemani anak tunggal mereka yang comel itu untuk mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu. Kita doa-doakan sahaja yang terbaik untuk keluarga kecil ini ya!
Sebelum ini, memang peminat Erra sudah sedia maklum yang Emran kini sedang dalam misi cuba memujuk semula bekas isterinya supaya kembali kepangkuannya. Ada peminat menyokong, namun tak kurang juga ada peminat yang tidak berapa menyukai tindakan Emran yang berusaha sedaya upaya memberitahu perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan para pengikutnya. Oh rupa-rupanya mereka keluar bersama untuk menemani anak tunggal mereka yang comel itu untuk mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu. – sumber -
|
Fesyen Terkini Julian Evans Nampak Peha Posted: 27 May 2014 01:17 AM PDT Fesyen Terkini Julian Evans Nampak Peha | Pelakon yang baru menamatkan pengajiannya di Western Michigan University ‘Juliana Evans’, sangat dikenali dengan wajah cantik jelitanya dan juga bakat lakonannya yang begitu bagus. Dia berdarah kacukan ini sememangnya sering mendapat tawaran untuk menjadi model kerana memiliki rupa paras yang jelita di samping bentuk badan yang menarik. Jomlayan fesyen skirt belah peha dari Julian Evans:-
|
PKR Kecam Berita Gambar ‘Kafan’ Wan Azizah Posted: 26 May 2014 12:50 PM PDT PKR Kecam Berita Gambar 'Kafan' Wan Azizah | PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam. Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih. Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai. Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.
Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment