Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Ilmu Rahsia 7 Simpul Ghaib
- Nurul Izzah Fail Hak Penjagaan Dua Orang Anaknya
- VIDEO: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Dipenggal!
- Aksi Dalam WWE Hanya Satu Lakonan
- Jam Yang Paling Tepat Di Dunia
Posted: 29 May 2014 07:03 PM PDT |
Nurul Izzah Fail Hak Penjagaan Dua Orang Anaknya Posted: 29 May 2014 07:00 PM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, telah memfailkan kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah. Perkara itu diberitahu oleh peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, suami kepada Nurul Izzah, ketika kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Amran Mat Zain Khamis. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes itu. Pada 30 April lepas, Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli memfailkan tuntutan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam dan defendan pada 24 Mei lepas. Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata mahkamah turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar selaku responden, untuk menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi. "Dalam prosiding hari ini, saya (Azmi) bersama peguam Zulkifli Che Yong hadir untuk mewakili responden," katanya. Menurutnya mahkamah akan bertanya mengenai pendirian responden mengenai perkara itu sebelum diminta untuk mengemukakan pembelaannya. posted@malaysiasensasi.net |
VIDEO: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Dipenggal! Posted: 29 May 2014 06:54 PM PDT Kuala Lumpur – Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi. Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. "Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan. "Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya. Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – HARIAN METRO |
Aksi Dalam WWE Hanya Satu Lakonan Posted: 29 May 2014 05:58 PM PDT Sejak dari kecil lagi kita dihidangkan dengan tayangan aksi dalam WWE (WWF pada ketika itu) terutama di warung-warung kopi. Pada ketika itu, lokasi warung kopi sentiasa menerima kunjungan tidak kira golongan tua mahupun muda semata-matamahu menonton wrestling sambil menghirup air kopi. Namun pada ketika itu, mungkin ada yang menganggap bahawa aksi yang dipertontonkan itu adalah benar belaka. Namun sebenarnya apa yang kita lihat adalah merupakan satu lakonan yang tampak seperti real. Kalau betul-betul sudah tentu tayangan ini sudah diharamkan. Sukan gusti adalah sukan yang penuh kontroversi, antara benar dan tidak benar. Tapi yang nyata, ia hanyalah satu bentuk hiburan, bukannya pergaduhan betul-betul. Dan kebanyakannya adalah mengikut skrip. Salah satu yang menjadi kontroversi ialah darah ketika bergusti. Ya, mungkin adakalanya mereka betul-betul berdarah (mungkin secara tidak sengaja atau kemalangan). Tapi tidak boleh diabaikan juga dengan darah palsu, yang sengaja diadakan untuk membuatkan persembahan lebih dramatik.i-malaysiakini posted@malaysiasensasi.net |
Jam Yang Paling Tepat Di Dunia Posted: 29 May 2014 05:57 PM PDT Jam atom adalah jam yang mempunyai waktu paling tepat dan standard frekuensi khas, yang digunakan sebagai standard utama untuk pembahagian waktu antarabangsa, juga untuk mengawal frekuensi gelombang siaran televisyen dan sistem satelit navigasi global seperti GPS. Prinsip operasi jam atom tidak didasarkan pada elemen fizik nuklear, tetapi lebih kepada fizik atom dan menggunakan signal microwave di mana elektron dalam atom memancar ketika mereka mengubah tahap tenaga. Ketepatan jam atom bergantung kepada fakta di mana suhu sampel atom-atom 'kurang panas' bergerak jauh lebih lambat, serta memiliki tahap perlanggaran yang kurang dan pada jalur frekuensi dan intrinsik dari transisi elektronik. Frekuensi yang lebih tinggi dan garis sempit meningkatkan ketepatan. Malangnya, jam atom adalah terlalu tepat. Ia lebih tepat daripada bumi sendiri kerana putaran Bumi tidak sempurna. Dan sistem penyimpanan masa kita pada hari ini adalah berdasarkan putaran tahunan bumi mengelilingi matahari, jadi ini adalah mengapa setiap empat tahun kita mempunyai "hari lompat" pada bulan Februari. Oleh itu, dari masa ke semasa, pelarasan positif atau negatif satu saat adalah perlu untuk skala masa bagi menjadikan jam atom selaras dengan realiti. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment