Johan As’ari Tidak Mahu Perigi Cari Timba, Belum Jumpa Wanita Idaman
Johan As’ari Tidak Mahu Perigi Cari Timba, Belum Jumpa Wanita Idaman |
- Johan As’ari Tidak Mahu Perigi Cari Timba, Belum Jumpa Wanita Idaman
- Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat
- Tiket Penerbangan Didedah, Hanez Suraya Bengang Privasi Diganggu
- Neelofa Tulis Mengenai Sikap Hipokrit Artis, Nur Fazura Terasa Hati?
- (15 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Misha Omar & Firos Ezzwan
- (VIDEO)Majlis Resepsi Perkahwinan Julfekar Dan Min Yasmin
Johan As’ari Tidak Mahu Perigi Cari Timba, Belum Jumpa Wanita Idaman Posted: 05 May 2014 04:02 AM PDT Sejak kebelakangan ini nama Johan As’ari menjadi bualan peminat hiburan setelah memutuskan hubungan cinta dengan Lana Nordin walaupun pernah mengumumkan mahu berkahwin dengan wanita tersebut. Dia juga pernah dikaitkan dengan Izreen Azminda dan Nabila Huda. Oleh sebab itu dia dikatakan sebagai seorang playboy.
Johan juga mendakwa tidak serik dengan alam percintaan.
Johan turut memberitahu bahawa dia mempunyai ramai kawan wanita, namun mereka sekadar kawan.
Biasalah tu ya tak, mungkin jua ada yang menepati ciri wanita idaman Johan, cuma Johan pula bukan lelaki idamannya. Bersama kita doakan dia akan ketemu wanita idamannya ya. Amin. Baca Yang Ini Pulak:- |
Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat Posted: 04 May 2014 11:01 PM PDT Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontroversi dengan perkongsian gambar yang agak intim sebelum ini, kali ini Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula turut berkongsi gambar yang lebih kurang serupa. Namun gambar Che Ta dan Zain lebih romantis dengan bunga ros merah berbentuk “love” sebagai latar belakang. Che Ta telah berkongsi gambar ini di akaun Instagramnya dengan caption “Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin“. Seperti biasa di ruangan komen penuh dengan reaksi para peminat pasangan suami isteri ini yang mengkritik dan memuji. Bagi Abang Nara, tak manislah kalau gambar atas katil pun dikongsi untuk tatapan ramai walaupun bertujuan untuk menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun tidaklah seksi atau nampak “lucah“, namun ia masih kurang manis untuk ditatap oleh orang ramai. Biarlah gaya aksi di bilik menjadi rahsia suami isteri sahaja. Harap-harap selepas ini jangan ada pula selebriti yang buat video atau gambar yang lebih intim dan dikongsi di akaun media sosial. Teknologi yang canggih harus digunakan dengan teliti. Jangan sampai menimbulkan kontroversi. Harap-harap perkara ini menjadi “trend” di kalangan selebriti. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Tiket Penerbangan Didedah, Hanez Suraya Bengang Privasi Diganggu Posted: 04 May 2014 09:13 PM PDT Ya memang sedih menjadi insan yang bernama Hanez Suraya. Gerak gerinya sentiasa diperhatikan oleh orang ramai. Tiada lagi privasi dalam kehidupan. Kalau anda sedar, baru-baru ini gambar 2 keping tiket MAS yang memaparkan nama Hanez Suraya dan teman lelakinya, Romie Razin telah pun tersebar di Internet. Penyebaran itu bertujuan untuk mendedahkan tahap keseriusan hubungan Hanez dan Romie. Walauun lokasi penerbangan dirahsiakan, banyak pihak membuat kesimpulan yang Hanez dan Romie telah pergi bercuti bersama-sama. Kalau Abang Nara jadi Hanez pun sudah tentu tertekan dan bengang apabila privasi diri diceroboh sehingga ke tahap begini. Kata Hanez menerusi Pancaindera semalam:-
Walau bagaimana pun, Hanez Suraya enggan memberi sebarang komen mengenai tindakan yang bakal diambil kepada pihak yang menyebarkan gambar tersebut. Setahu Abang Nara, “boarding pass” penerbangan MAS ini hanya boleh diambil oleh mereka yang bertugas di tempat masuk pesawat. Harap selepas ini Hanez berhati-hati ketika ingin keluar bercuti bersama Romie. Nak lagi selamat, lepas kahwin barulah pergi berjalan-jalan. Pasti tak ada orang nak sebar-sebar lagi gambar sebegini. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Neelofa Tulis Mengenai Sikap Hipokrit Artis, Nur Fazura Terasa Hati? Posted: 04 May 2014 08:39 PM PDT Setiap hari Ahad, Neelofa akan menulis di Harian Metro menerusi ruangan yang diberi nama “Nota Neelofa“. Abang Nara memang setiap minggu tidak akan terlepas membaca hasil karya pelakon jelita ini. Secara jujur, Neelofa memang ada bakat menulis. Mungkin satu hari nanti boleh tulis novel. Semalam, topik yang ditulis oleh Neelofa amat menarik iaitu mengenai sikap segelintir manusia yang terlampau lantang menceritakan masalah peribadi menerusi akaun sosial. Menariknya menerusi nukilan kali ini, Neelofa menyentuh mengenai sikap hipokrit sesetengah artis. Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Neelofa. Abang Nara perhatikan memang banyak artis-artis kita terutamanya yang sering dilanda kontroversi bersikap seperti yang ditulis oleh Neelofa. Sedikit nukilan Neelofa untuk tatapan anda.
Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah apabila terbaca “tweet” Nur Fazura yang seolah-olah memberikan reaksi terhadap apa yang ditulis oleh Neeelofa. Adakah Fazura merasakan nukilan Neelofa itu ditujukan kepadanya? Tulis Fazura di akaun Twitternya:- Hmmmm. Diharap Neelofa dan Fazura tidak bergaduh antara satu sama lain. Kedua-duanya ada peminat yang amat besar yang pasti akan menyokong selebriti kegemaran mereka. Bagi Abang Nara, tulisan Neelofa lebih kepada pendapatnya secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Fazura pun Abang Nara tengok okay je selama ini di akaun sosial. Tak adalah bersikap hipokrit atau sebagainya. Jadi jangan gaduh-gaduh atau terasa hati sesama sendiri ye. P.S: Ford Focus Sedan kekalkan gelaran model paling laris 2013 Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Misha Omar & Firos Ezzwan Posted: 04 May 2014 08:16 PM PDT Cantik, stunning, marvelous dan sangat berseri-seri. Kagum Abang Nara melihat kecantikan Misha Omar di majlis resepsi perkahwinannya yang telah berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan. Memang terserlah kejelitaan seorang pengantin baru. Abang Nara yakin ramai peminat yang rasa terharu kerana akhirnya dapat menatap wajah Misha Omar di atas pelamin pengantin setelah menanti sekian lama. Misha dan Firos memang bak pinang dibelah dua. Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri buat anda berdua. Abang Nara tertarik dan tersenyum apabila membaca nukilan Misha Omar di Instagram mengenai kehidupannya selepas 24 jam bergelar seorang isteri. Comel jugak Misha Omar ini rupanya. Biasalah tue awal-awal tak biasa lagi kan? Hehehe. Teringat pulak masa Abang Nara mula-mula kahwin dulu. Lebih kurang macam Misha Omar jugaklah. Hehehe. Lagi beberapa gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Misha dan Firos dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar We Are The Joe Zakaria. P.S: Dekorasi rumah menggunakan pita pelekat
Baca Yang Ini Pulak:- |
(VIDEO)Majlis Resepsi Perkahwinan Julfekar Dan Min Yasmin Posted: 04 May 2014 06:41 PM PDT Kalau sebelum ini kita telah melihat set gambar dari majlis pernikahan komposer Julfekar atau nama sebenar, Julfekar Ahmad Shah, 49, dengan penyanyi Min Yasmin, atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25. Kali ini apa kata kita saksikan video dari majlis resepsi perkahwinan pasangan ini. P/S: Syiling emas Pulau Nangka sebenarnya dijual di Internet? Kenapa pula boleh dijumpai di Pulau Nangka?
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment