Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua
Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua |
Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua Posted: 22 May 2014 12:34 AM PDT Bekas ibu mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh Kassim memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam bahawa bekas menantunya, Jimmy Shanley tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira apabila bertemu dengan anaknya sendiri. Perkara itu disedari oleh Datin Muniroh apabila beliau menghantar Zahra ke rumah Jimmy di mana Jimmy tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anaknya sendiri. Malah menurut Datin Muniroh, ketika Zahra dimasukkan ke hospital, Jimmy Shanley hanya datang melawat selama 5 minit sahaja. Menariknya Datin Muniroh memaklumkan yang dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat anaknya sendiri bila-bila masa kecuali bermalam kerana kerja Jimmy selaku deejay radio bermula pada jam 6 pagi. Kata Datin Muniroh:-
Apa yang menyedihkan, menurut Datin Muniroh, Jimmy Shanley bukan sahaja tidak datang melawat anaknya, malah telefon dan bertanya khabar juga tidak dilakukan oleh bekas menantunya itu. Kesemua penerangan ini diberikan oleh Datin Muniroh ketika sesi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Perbicaraan kes akan bersambung 6 September depan. Info asal Sinar Harian. Baca Yang Ini Pulak:- |
Tiket Penerbangan Tersebar, Hanez Suraya & Romie Saman MAS Posted: 22 May 2014 12:22 AM PDT Tersebarnya tiket penerbangan Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie pada April lalutelah menjadi bualan hangat orang ramai. Perkara tersebut menyebabkan Hanez Suraya merasakan privasi miliknya terganggu. Susulan itu, Hanez dan Romie telah pun memfailkansaman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) hari ini atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial. Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788. Sebelum menaiki pesawat berkenaan, mereka mendakwa menyerahkan tiket penerbangan kepada tiga petugas di pintu tersebut. Selepas beberapa jam mendarat di Bangkok, mereka turut mendakwa telah dimaklumkan keratan tiket penerbangan tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook “Kami Sokong Liyana Manan” dan mendapati lebih 1,000 komen negatif berbaur cemuhan serta cacian. Mereka mendakwa tindakan defendan mendedahkan tiket penerbangan tersebut ke laman sosial adalah tidak beretika dan melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP) 2010. Pada 29 April, peguam yang mewakili kedua-dua plaintif menerima surat daripada defendan agar meminta salinan tiket tersebut diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. Salinan tersebut telah diserahkan keesokan harinya dan pada 8 Mei 2014, plaintif telah menghantar surat kepada defendan bagi memberi masa sehingga 12 Mei untuk memberi jawapan, namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang jawapan. Plaintif mendakwa mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi akibat perbuatan tidak beretika. Oleh itu, Hanez dan Romie dalam samannya terhadap defendan menuntut ganti rugi am, teladan, teruk, kos dan apa-apa perintah relief yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Sementara itu, Hanez yang ditemui media memberitahu pergerakan mereka terganggu disebabkan kejadian itu. “Ini adalah berkenaan dengan privasi kami,” katanya ringkas. Ditanya mengenai tarikh penyerahan saman kepada MAS, peguam bela yang mewakili plaintif, Harjit Sandhu berkata, pihaknya akan menyerahkan dalam masa terdekat. Sumber Sinar Harian. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment