Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih
Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih |
- Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih
- Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat
- Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk?
- Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran?
- Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2
- Punca Ustaz Berminat Kepada Felixia Yeap Terjawab
- Luahan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri
Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih Posted: 19 May 2014 12:39 AM PDT Hafiz Suip Sudah Berani Dedahkan Wajah Kekasih | Jika sebelum ini penyanyi popular Hafiz Suip tidak pernah mendedahkan siapa wanita yang sedang bertakhkta dihatinya, namun kini tidak lagi kerana Hafiz sudah pun mendedahkan wajah kekasihnya itu.
Siapa sangka Hafiz sebenarnya seorang kekasih yang romantis kerana dia memuat naik gambar buah hatinya di laman sosial Instagram miliknya hanya untuk memberi ucapan hari jadi. Rasanya itulah pertama kali Hafiz mendedahkan kepada umum wajah kekasihnya yang dipanggil ‘my love’ itu.
Sementara itu, kekasih Hafiz turut membalas ucapan terima kasih kepada teman lelakinya itu, dan ia telah dibalas oleh Hafiz yang meminta kekasihnya berterima kasih kepada semua peminat yang telah mendoakan hubungan mereka. — Astro Gempak |
Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat Posted: 19 May 2014 12:27 AM PDT Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat | Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN), dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Tegas Dyana, tidak ada parti politik yang berhak untuk menghalang impian dan aspirasi anak-anak muda Malaysia.Katanya lagi, hak yang sama rata tidak bermakna orang-orang Melayu akan 'dirompak' hak mereka, sebaliknya ia memberi peluang pendidikan tinggi kepada mereka yang tidak mendapat peluang terutamanya yang tidak menyokong UMNO. Dyana Sofya Jelaskan UiTM bukan milik UMNO, Ia Milik Rakyat | Ujar beliau, UiTM sebagai sebuah institusi awam tidah harus diletakkan di bawah ehsan sebuah parti politik kerana ianya milik rakyat dan bukannya milik UMNO.Selain itu, Dyana turut menyatakan kekesalan kerana terdapat pelajar yang datang dari keluarga pemimpin UMNO yang kaya diberi tempat di UiTM, sedangkan ada pelajar yang miskin yang tiada kaitan dengan UMNO, dinafikan tempat di institusi tersebut.
Beliau juga kesal kerana UMNO telah bertindak menggunakan UiTM sebagai bahan untuk menyerang dirinya apabila serangan terhadap jantinanya telah gagal.Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim telah mencabar Dyana menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Katanya jika DAP sanggup mempersoal dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa parti itu tidak menyuruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang didakwannya dimonopoli satu kaum bukan Melayu, ditutup. – sumber - |
Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk? Posted: 18 May 2014 05:15 PM PDT Rumahtangga Abby Abadi Dihujung Tanduk? | ORANG tua tua ada berkata, kalau ada masalah rumahtangga jangan dibawa ke laman sosial — berbeza pula dengan Abby Abadi yang walaupun tidak bercerita penuh di akaun Instagram beliau, namun memberikan bayangan yang rumahtangga beliau ada masalah.
Apabila ditanya oleh para peminat yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi, Abby Abadi bagaimana pun enggan membuka mulut dan terus meminta supaya semua mendoakan yang terbaik. Dalam salah satu komen beliau, Abby Abadi turut menggunakan kata kata ‘peluang tinggal yang terakhir’ dan ini terus membayangkan yang rumahtangga pasangan ini seakan berada di hujung jalan. Apa cerita sebenarnya?
|
Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran? Posted: 18 May 2014 01:14 PM PDT Gambar Proton Zaara Tersebar Sebelum Perlancaran? | 4 Gambar Proton Zaara, Kereta Super Mini 2014! – Proton bakal melancarkan produk terbarunya yang dikenali sebagai model Proton Zaara. Berita ini cukup mengembirakan pemilik dan peminat kereta Proton. Hari ini penulis ingin berkongsikan gambar gambar kereta Proton terbaru yang cukup menarik dari saudara Rosdi Haji Osman melalui laman sosial miliknya. Apa yang ingin beliau kongsikan adalah suatu inspirasi dan cetusan idea yang mungkin pihak Proton boleh ambil kira.
Bagaimanapun harga seunit Proton Super Mini ini masih belum didedahkan dan diketahui oleh masyarakat umum. Sudah tentu ramai yang tidak sabar sabar untuk melihat dengan mata sendiri keindahan kereta ini. Jom saksikan dulu 4 lagi gambar Proton Super Mini Dibawah dan apakah komen anda. |
Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2 Posted: 18 May 2014 12:46 PM PDT Tasha Shila Punca Kekasih Menang Petandingan MIMMA2 | Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall di sini pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu.
Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai. Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.
Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya," ujarnya. |
Punca Ustaz Berminat Kepada Felixia Yeap Terjawab Posted: 18 May 2014 11:53 AM PDT Punca Ustaz Berminat Kepada Felixia Yeap Terjawab | Felixia Yeap mengakui banyak lelaki yang mendekatnya yang terdiri daripada lelaki Melayu termasuk dalam kalangan ustaz setelah berhijab. Berbanding dahulu, katanya lelaki yang mendekati beliau pada kali ini mengajak berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.
Menurut bekas model berusia 27 tahun itu, seperti mana memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, justeru dia juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam.
Sehubungan itu, jika tiba waktu berkahwin kelak, beliau berdoa agar iman suaminya lebih tebal daripadanya untuk membimbingnya menjadi isteri dan muslimah yang baik.
Justeru, Felixia memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT. – sumber - |
Luahan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri Posted: 18 May 2014 11:40 AM PDT Luahan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri | PADA hari Jumaat yang lepas, 16 Mei 2014 menjadi hari yang amat menyedihkan buat aktres Rita Rudaini, 38 apabila bapa tirinya, Johari Joned, 66, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis kira-kira pukul 5 petang kerana serangan jantung. Penderitaan sakit jantung yang dialami bapa tiri yang dipanggil uncle oleh Rita telah mula dikesan sejak lebih lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pintasan jantung sebanyak dua kali dalam tempoh masa dua tahun kebelakangan ini. Difahamkan bahawa Allahyarham Johari telah berkahwin dengan ibu Rita Rudaini, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an sekaligus menggalas tanggungjawab menjaga aktres jelita itu semenjak dia masih kecil. Ini kerana kedua ibu bapa kandung kepada Rita Rudaini telah bercerai ketika usianya masih kecil. Dalam dua keratin foto yang dimuatnaik di Instagram Rita Rudaini turut memberikan gambaran mengenai keakraban dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh bapa tiri Rita terhadapnya.
- sumber - |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment