Cerita Lama Berulang Kembali – Zed Zaidi
Cerita Lama Berulang Kembali – Zed Zaidi |
- Cerita Lama Berulang Kembali – Zed Zaidi
- Aaron Aziz Paling Popular, Keputusan ABPBH2013 Penuh Kejutan
- Keputusan Terkini Siaran Langsung ABPBH2013
Cerita Lama Berulang Kembali – Zed Zaidi Posted: 24 May 2014 09:20 AM PDT Masihkah anda ingat dengan kontroversi yang pernah melanda Aaron Aziz dan Zed Zaidi satu ketika dahulu? Ketika itu Aaron Aziz memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2011 dan Zed Zaidi telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Twitter. Sebentar tadi, Aaron Aziz sekali lagi merangkul anugerah yang sama dan membuatkan orang ramai ternanti-nanti reaksi Zed Zaidi. Nampak gayanya Zed Zaidi tidak menghampakan penantian orang ramai dengan memberikan reaksi yang seolah-olah menggambarkan kekecewaan dirinya atas kemenangan Aaron Aziz. Tulis Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya:- Walaupun tidak menyebut sebarang nama, rasanya ramai boleh menjangkakan apakah yang dimaksudkan oleh “cerita lama” itu. Secara jujur, Abang Nara tak faham apa yang Zed Zaidi tak puas hati sangat dengan Aaron Aziz. Walaupun berasal dari Singapura, Aaron Aziz berlakon di Malaysia dan mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh. Kemenangan Aaron membuktikan rakyat Malaysia juga mengakui bakat, kerajinan dan usaha keras yang ditunjukkan olehnya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Baca Yang Ini Pulak:- |
Aaron Aziz Paling Popular, Keputusan ABPBH2013 Penuh Kejutan Posted: 24 May 2014 08:32 AM PDT Memang penuh dengan kejutan sungguh keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 2013 kali ini. Setiap kali nama pemenang diumumkan, Abang Nara terkesima dibuatnya. Bukan apa, hampir kesemua tekaan Abang Nara salah. Secara jujur, kali ini Abang Nara sangkakan Zizan akan membolot beberapa kategori, namun tiada sekali pun namanya disebut sebagai pemenang. Namun kesemua para pemenang sangat-sangat layak membawa trofi untuk kategori masing-masing. Pemenang besar sudah tentu Aaron Aziz yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2013 dan juga Pelakon Filem Lelaki Popular. Turut membawa pulang 2 trofi ialah Siti Saleha untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Drama Wanita Popular. Jepp Sepahtu juga berjaya mengenepikan Zizan Razak untuk kategori Artis Komedi Paling Popular. Sementara kejutan paling besar sudah tentu apabila nama Achey diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Lelaki Popular menewaskan Waris, Dazrin, Nomad dan Mikael Andre. Turut membuat kejutan ialah Shah Iskandar yang membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular. Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan anda. Semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu untuk anda meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi di masa hadapan. Kepada semua yang terlibat dalam ABPBH2013, tahniah diucapkan atas penganjuran kali ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
Keputusan Terkini Siaran Langsung ABPBH2013 Posted: 24 May 2014 05:28 AM PDT Sebentar lagi, tepat jam 9 malam, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 akan ditayangkan menerusi TV3. Pastinya jutaan rakyat Malaysia sedang menanti di hadapan kaca televisyen untuk menyaksikan majlis anugerah penuh berprestij ini. Abang Nara yakin para selebriti yang tercalon untuk Top 5 sedang berdebar-debar menunggu pengumuman keputusan malam ini. Sama-samalah kita nantikan malam ini untuk melihat siapakah yang bakal bergelar Bintang Paling Popular Berita Harian 2013. Abang Nara akan kongsikan keputusan terkini di sini untuk tatapan anda. Untuk komentar lebih lanjut, boleh LIKE Facebook BeautifulNara dan juga follow twitter @beautifulnara. Keputusan Terkini ABPBH2013:- 1. Artis Baru Lelaki Popular - Achey Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment