Saya Redha Dengan Ketentuan Allah – Fiza Elite
Saya Redha Dengan Ketentuan Allah – Fiza Elite |
- Saya Redha Dengan Ketentuan Allah – Fiza Elite
- Alyah Bakal Jelaskan Status Dengan Ramli MS Hujung Tahun Ini
- Adam AF & Fiza Elite Sah Bercerai Talak Satu
- (TAHNIAH)Juliana Evans Tamatkan Pengajian Di Western Michigan University
- (10 LAGI GAMBAR)Majlis Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia
- (TAKZIAH)Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia
- (25 GAMBAR)Majlis Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia
Saya Redha Dengan Ketentuan Allah – Fiza Elite Posted: 28 Apr 2014 02:34 AM PDT Akhirnya segala persoalan mengenai rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite telah pun terjawab dengan penceraian yang telah sah berlaku tengah hari tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Lafaz cerai talak satu telah pun dilafazkan Adam di hadapan hakim dan penceraian mereka berlaku secara baik tanpa sebarang tuntutan. Sebelum ini, kedua-duanya menafikan bahawa rumahtangga mereka sedang dalam pergolakan. Ketika perbicaraan berlangsung, Fiza telah memohon kepada mahkamah untuk agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah kerana enggan kisah peribadinya bersama Adam didedahkan pihak media kepada umum. Fiza juga melahirkan rasa redhanya atas penceraian ini. Kata Fiza menerusi Mstar Online:-
Sesungguhnya tiada pasangan suami isteri yang mahu bercerai berai selepas membina mahligai perkahwinan. Mungkin jodoh Fiza dan Adam sampai di sini sahaja. Semoga ada pengajaran dan iktibar yang diambil oleh mereka dalam kejadian ini. Kalau kahwin sekali lagi, diharap ia agar bertahan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Alyah Bakal Jelaskan Status Dengan Ramli MS Hujung Tahun Ini Posted: 28 Apr 2014 02:26 AM PDT Sehingga ke hari ini, status hubungan antara Alyah dan Ramli MS masih menjadi persoalan ramai. Ada desas-desus menyatakan mereka sudah berkahwin, ada pula menyatakan sebaliknya. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan konkrit sama ada dari Alyah atau pun dari Ramli MS sendiri. Senang cerita, kita masih diselubungi misteri. Berkata kepada BiPop semalam, Alyah ternyata lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menafikan sebarang spekulasinya dengan komposer muzik itu. Menurut Alyah, segala persoalan ini akan dirungkaikan olehnya hujung tahun ini. Kata Alyah:-
Macam ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Alyah dalam kata-katanya di atas. Tak apalah Alyah. Pasti Alyah ada sebab tersendiri yang amat kukuh untuk tidak menjelaskan status dirinya. Yang penting, asalkan Alyah bahagia di samping orang tersayang sudahlah. Cuma satu hari nanti, apabila sudah bersedia, bolehlah buat kenyataan sidang media untuk memperjelaskan segalanya. Semoga hari itu akan tiba secepat mungkin. Insya Allah. P.S: Fotografi makro embun yang sangat jelas Baca Yang Ini Pulak:- |
Adam AF & Fiza Elite Sah Bercerai Talak Satu Posted: 27 Apr 2014 10:42 PM PDT Akhirnya mahligai perkahwinan yang dibina oleh Adam AF dan Fiza Elite berakhir jua dengan penceraian. Menurut akaun Twitter Harian Metro, kedua-dua selebriti tempatan ini sah bercerai talak satu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sekitar jam 1 tengah hari. Untuk makluman, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada bulan September 2013. Menerusi Harian Metro semalam, keretakan rumahtangga mereka dikatakan berpunca daripada sikap Adam yang terlalu obses dengan penghijrahannya. Dikatakan Fiza berjauh hati apabila bapanya sakit, Adam tidak membantu sebaliknya sibuk dengan urusan sendiri. Malah beberapa perkara seperti mendengar radio bukan kerohanian dan berpegang tangan di tempat awam juga dikatakan dihalang oleh Adam. Takziah diucapkan kepada Fiza dan Adam atas penceraian ini. Untuk makluman, ini adalah kali kedua rumahtangga Fiza berakhir dengan penceraian. Semoga ada pengajaran dan iktibar daripada episod duka ini buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. P.S: Taman tergantung Al-Ain di UAE Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Juliana Evans Tamatkan Pengajian Di Western Michigan University Posted: 27 Apr 2014 10:02 PM PDT Bukan senang untuk seorang selebriti meninggalkan dunia lakonan untuk menyambung pelajaran dan mengejar segulung ijazah lebih-lebih lagi di kala populariti sedang meningkat naik. Namun itulah yang telah diharungi oleh Juliana Evans yang mengambil keputusan untuk sambung belajar di Western Michigan University 2 tahun yang lalu. Kini segala penat lelah itu terasa berbaloi apabila segulung ijazah berada di tangan pelakon cantik ini. Kini berusia 24 tahun, Juliana Evans telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi di Amerika Syarikat. Turut hadir di hari bersejarah ini ialah ibunya. Jelas terserlah kegembiraan di wajah Juliana Evans. Lepas ini bolehlah balik Malaysia dan kembali aktif dalam industri hiburan. Abang Nara yakin ramai yang merindui anda. Sebelum ke Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan Zizan Razak. Namun kini seperti yang kita ketahui, Zizan sudah pun mempunyai kekasihnya sendiri iaitu Emma Maembong. Ini bermakna Juliana Evans masih “single”. Peluang baik untuk jejaka-jejaka di Malaysia mencuba nasib sempena kepulangannya kelak. Hehehe. Apa pun, tahniah diucapkan buat Juliana Evans atas graduasi anda. Semoga ijazah yang dibawa pulang akan membantu daripada apa jua segi. Diharap Jue tidak bersara dari bidang hiburan dan akan kembali aktif selepas ini. Tahniah Jue!!! P.S: Baju putih yang dipakai oleh Juliana Evans adalah tajaan PuncaQaseh Wed’s. Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 LAGI GAMBAR)Majlis Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia Posted: 27 Apr 2014 09:45 PM PDT Ya Abang Nara tahu ramai yang teruja serta rasa gembira dengan perkahwinan Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu lalu. Percintaan selama 8 tahun akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Macam dalam filem pulak. Kalau nak buat filem pun memang menarik jalan ceritanya. Yang penting, Fizz dan Almy nampak sama cantik sama padan dan saling melengkapi di hari bahagia mereka. Semoga Fizz dan Almy berbahagia ke akhir hayat. Semoga senyuman yang terukir itu berkekalan buat selama-lamanya. Berkahwin ini banyak dugaan dan cabarannya. Banyakkanlah berbincang untuk mencari persefahaman. Suka Abang Nara melihat sinar kebahagiaan di wajah Almy yang akhirnya sah bergelar isteri buat kekasih hatinya setelah menanti sekian lama. Kata Almy menerusi Kosmo:-
Tahniah sekali lagi buat Fizz dan Almy. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Takara Sakana.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAKZIAH)Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia Posted: 27 Apr 2014 05:03 PM PDT Sidek Hussain, seorang pelakon veteran telah meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam tadi kerana kanser tahap empat. Dia dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mac lepas setelah pengsan ketika membeli barang untuk cucunya di Kuala Lumpur. Doktor kemudiannya mengesahkan yang ketumbuhan pada pipi yang dihidapi olehnya sejak tiga dekad lepas ialah sejenis kanser. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau yang sempat memohon maaf dari semua kenalan dan peminat sekiranya ada kesalahan yang telah dilakukan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Laporan asal Harian Metro. Baca Yang Ini Pulak:- |
(25 GAMBAR)Majlis Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Posted: 27 Apr 2014 04:28 PM PDT Setelah lapan tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Pasangan ini pernah putus hubungan namun percintaan mereka terjalin semula. Koleksi gambar ini ialah dari thePermaisuris. Lagi 24 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment