Pendapatan Yuna Dan Shila Amzah Berjumlah 7.5 Juta Setahun
Pendapatan Yuna Dan Shila Amzah Berjumlah 7.5 Juta Setahun |
- Pendapatan Yuna Dan Shila Amzah Berjumlah 7.5 Juta Setahun
- Gambar Selfie Erra Fazira Atas Katil Ranjang
- Budak 9 Bulan Dituduh Membunuh Anggota Polis
- Syed Saifullah Dakwa Pesawat Yang Dinaiki Rosmah Terhempas Dilautan Selepas Pulang Dari Perth
- DCA Punya Kuasa Analisis Kotak Hitam MH370
Pendapatan Yuna Dan Shila Amzah Berjumlah 7.5 Juta Setahun Posted: 07 Apr 2014 06:41 PM PDT Pendapatan Yuna Dan Shila Amzah Berjumlah 7.5 Juta Setahun | Pendapatan 2 penyanyi antarabangsa ini iaitu Yuna dan Shila Amzah merupakan antara yang terbanyak pada tahun 2013 bagi artis wanita muda. YUNA : Anggaran gaji yuna sebulan mencecah RM 400,000 sebulan. SHILA AMZAH : Anggaran Shila pula meraih gaji kira-kira RM 200,000 sebulan. Dua artis jelitawan ini digabungkan pendapatannya mencecah 7.5 juta setahun. Hebatnya!! |
Gambar Selfie Erra Fazira Atas Katil Ranjang Posted: 07 Apr 2014 05:52 PM PDT Gambar selfie Erra Fazira Atas Katil | Sudah menjadi trend terkiri, tabiat orang ramai cenderung berkongsi gambar-gambar selfie di laman sosial semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Perkara ini sudah diakui apabila selfie ini bukan setakat dari kalangan orang biasa sahaja tetapi juga golongan selebriti dan ahli-ahli politik.
Mungkin salah satu cara untuk menghibur rasa kesunyian dalam diri namun pada masa yang sama bakal membuat ramai jejaka di luar sana mula terpikat dan memasang niat untuk memikatnya. Jom kita layan beberapa keping gambar selfie Erra yang paling legend dan mengujakan. |
Budak 9 Bulan Dituduh Membunuh Anggota Polis Posted: 07 Apr 2014 12:52 PM PDT Budak 9 Bulan Dituduh Membunuh Anggota Polis | MENGEJUTKAN apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan dihadapkan ke mahkamah di Pakistan kerana dituduh melakukan pembunuhan. Biarpun ia dilihat sangat pelik dan perkara jenaka tetapi kejadian itu benar-benar berlaku di Lahore. Kanak-kanak yang masih membawa botol susunya ke mana-mana sahaja itu juga dituduh melakukan pembunuhan terancang dan mengancam polis ketika pihak berkuasa melakukan operasi menghalang demonstrasi. Muhammad Mosa Khan yang dibawa bapanya ke mahkamah bersama botol susu kelihatan tenang sebelum menangis apabila datuknya menurunkan tandatangan untuk perbicaraan kes. Muhammad dituduh membaling batu ke arah seorang anggota polis sehingga mati dalam satu demonstrasi di kawasan perumahan yang didiaminya baru-baru ini.
Berita ini kemudiannya turut menjadi cerita jenaka di India dan negara lain apabila kanak-kanak itu dituduh melakukan pembunuhan terancang. – mStar - |
Syed Saifullah Dakwa Pesawat Yang Dinaiki Rosmah Terhempas Dilautan Selepas Pulang Dari Perth Posted: 07 Apr 2014 11:56 AM PDT Syed Saifullah Dakwa Pesawat Yang Dinaiki Rosmah Terhempas Dilautan Selepas Pulang Dari Perth | Kontroversi habis dan kecoh satu malaya apabila Syed Saifullah mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Isteri kepada Perdana Menteri kita telah pun meninggal dunia dan dipaparkan mayat Datin Rosmah melalui akaun facebooknya. Berita ini telah tersebar secara viral. Ini merupakan fitnah yang paling hebat yang terpaksa dilalui oleh Datin Rosmah. Bagaimanapun Datin Rosmah tidak mudah melatah sebaliknya memberikan kata kata nasihat kepada Adik Syed Saifullah seperti berikut :
|
DCA Punya Kuasa Analisis Kotak Hitam MH370 Posted: 07 Apr 2014 10:18 AM PDT DCA Punya Kuasa Analisis Kotak Hitam MH370 | Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) selaku agensi yang mengawal selia industri penerbangan negara mempunyai kuasa untuk memeriksa kotak hitam pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang. Menegaskan demikian, Bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.
Beliau menyatakan hal itu ekoran pengumuman Australia mengenai pengesanan isyarat yang konsisten dengan isyarat kotak hitam, dalam pencarian pesawat MAS itu. Pengumuman itu memberi harapan kepada penemuan pesawat berkenaan, namun yang menjadi tanda tanya ialah pihak mana berhak menyiasat kotak hitamnya. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu lepas berkata Malaysia akan melantik seorang ‘Penyiasat Bertanggungjawab’ yang bebas untuk mengetuai pasukan penyiasat, sebagaimana menurut amalan standard dan perakuan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Sehingga kini, Malaysia telah meminta Australia menjadi wakil rasmi kepada pasukan penyiasat ini dan turut menyenaraikan China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai wakil rasmi dalam pasukan itu bersama negara lain yang dirasakan perlu. Pagi Isnin, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata kapal Australia Ocean Shield mengesan isyarat berkenaan sebanyak dua kali pada malam Ahad. Menurut JACC yang berpangkalan di Perth, dua isyarat itu dikesan di 1,650 km barat laut Perth, iaitu di utara dalam kawasan pencarian. Isyarat pertama dikesan selama dua jam 20 minit manakala isyarat kedua selama 13 minit. Kotak Hitam atau ‘Flight Data Recorder (FDR)‘ juga dikenali sebagai ‘Accident Data Recorder (ADR), berperanan merakam setiap isyarat elektronik dan teknikal yang dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi ketinggian, kelajuan dan penggunaan peralatan dalam sesebuah pesawat. Sebuah lagi alat merakam perjalanan penerbangan dikenali sebagai ‘Cockpit Voice Recorder (CVR)’ berfungsi merakam perbualan antara juruterbang dan pembantu serta komunikasi juruterbang dengan pengendali menara kawalan trafik udara. Kedua-dua peralatan ini merakamkan data penerbangan bermula pada waktu enjin pesawat dihidupkan sehingga pesawat mendarat. |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment