Powered by Blogger.

Kontroversi : Respon Pelakon Ziela Jalil Isu Peluk Keith Foo

Kontroversi : Respon Pelakon Ziela Jalil Isu Peluk Keith Foo


Kontroversi : Respon Pelakon Ziela Jalil Isu Peluk Keith Foo

Posted: 02 Apr 2014 12:48 AM PDT

Respon pelakon Ziela Jalil isu peluk Keith Foo  |  Tindakan Ziela Jalil memuatnaik foto-foto mesra dengan Keith Foo di laman Instagram miliknya mendapat kecaman peminat. Mereka berasakan aksi pelakon itu memeluk Keith Foo tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.

Mungkin ada wajar juga Ziela dikritik memandangkan hubungan mereka sekadar kawan dan tidak begitu manis dipandang orang.

Pelakon Ziela Jalil dikritik peluk Keith Foo Kontroversi : Respon Pelakon Ziela Jalil Isu Peluk Keith Foo
Menerusi Harian Metro hari ini, Ziela mempunya jawapan dan penjelasannya sendiri berhubung foto-foto mesra yang dikongsikan itu.

“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat.

Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.

Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau.”

Sumber

Janda Diperkosa Bergilir-Gilir

Posted: 02 Apr 2014 12:42 AM PDT

Janda Diperkosa Bergilir-Gilir  |  Akibat percaya membuta tuli dengan orang yang tidak dikenali, seorang janda anak tiga berdepan detik hitam apabila dirogol dua lelaki dalam kejadian di sebuah tanah perkuburan, dekat Lundu, Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berusia 39 tahun meminta pertolongan seorang lelaki yang tidak dikenali untuk menghantarnya ke rumah saudara di Kampung Jangkar.

Sumber polis berkata, lelaki itu bersetuju menghantar mangsa dengan menaiki motosikal sebelum suspek bertindak luar dugaan apabila membawa wanita terbabit ke lokasi lain sebelum berhenti di kawasan tanah perkuburan di Kampung Biawak.

"Mangsa diugut akan dipukul dengan kayu jika enggan mengikut arahan, dan dalam pada itu seorang lagi rakan suspek sudah menunggu di kawasan terbabit. "Akibat takut dengan ugutan itu, mangsa terpaksa akur kemudian dirogol kedua-dua lelaki berkenaan bergilir-gilir," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurut sumber lagi, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, lengan dan paha akibat tindakan ganas dua lelaki terbabit.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa baru pulang dari rumah rakannya sebelum bertemu dengan suspek pertama dan meminta pertolongan untuk menghantarnya pulang ke rumah saudara berikutan sudah lewat malam.

"Pemeriksaan forensik dilakukan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah mengambil beberapa sampel daripada mangsa dan mendapati tiada kecederaan baru di bahagian kemaluan mangsa.
"Polis masih lagi mengesan kedua-dua suspek dalam kejadian itu termasuk saksi dan tiada tangkapan dilakukan sehingga semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

BONGKAR !!! Radar AS Mampu Kesan Pesawat MH370

Posted: 02 Apr 2014 12:30 AM PDT

BONGKAR !!! Radar AS mampu kesan pesawat MH370 | Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

"Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.

"Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir luar.

"Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi," katanya.

Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

"Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

"Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat," katanya.

Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh membantu mengesan MH370.

"Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika," katanya. – SH.

MH370 : Petunjuk Baru Bakal Selesaikan Misteri MH370

Posted: 02 Apr 2014 12:19 AM PDT

Polis Temui Petunjuk Baru Yang Bakal Selesaikan Misteri MH370  |  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.

Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.

“Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

“Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat,” katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily.

- Sinar Harian

MH370 : Transkrip Rahsia Komunikasi Pesawat MH370 Didedahkan

Posted: 01 Apr 2014 04:52 PM PDT

MH370 : Transkrip Rahsia Komunikasi Pesawat MH370 Didedahkan | "Tiada yang pelik di dalam transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pusat kawalan udara."

Demikian menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika dijemput Astro AWANI untuk mengulas transkrip penuh yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 April.

Nik Huzlan berkata berkemungkinan transkrip berkenaan lambat disiarkan kerana ia perlu 'dibersihkan' terlebih dahulu.

"Biasanya pusat kawalan udara sangat sibuk, pelbagai pesawat akan menggunakan radio seperti China Airline atau Japan Airline.

"Jadi sebelum ianya disiarkan, ia perlu dikenalpasti dan dibersihkan agar hanya perbualan MH370 sahaja yang diambil, yang tidak relevan tidak perlu disiarkan" katanya.

Secara terperinci, Nik Huzlan menerangkan makna perbualan juruterbang dan pusat kawalan udara bermula di ATC Delivery dan Lumpur Ground.

"Biasanya sebelum pesawat terbang, pembantu juruterbang akan mengawal radio dan juruterbang akan mengemudikan stereng pesawat.

"Jadi suara di sini adalah suara pembantu juruterbang" katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Huzlan kurang pasti siapa yang bercakap di radio pada waktu pesawat MH370 memulakan penerbangan.

"Selepas take off, kita tidak dapat pastikan siapa yang bercakap kerana kadangkala juruterbang dan pembantu akan bergilir tugas.

"Ini adalah perkara biasa kerana mungkin ingin memberi peluang kepada pembantu menimba pengalaman menjadi kapten atau mungkin bergilir kerana banyak penerbangan yang telah dilakukan dalam sehari oleh juruterbang" jelasnya.

Nik Huzlan turut menerangkan mengenai perkataan "err" pada jam 12:42:48 yang merupakan suatu lumrah jika tersalah cakap.

"Biasalah jika banyak menerbangkan banyak pesawat, nombor pun boleh tersasul, saya tidak nampak ada masalah di sini" katanya lagi.

Namun begitu, Nik Huzlan mengakui dihujani pelbagai persoalan dari orang ramai mengapa pada jam 12:50:09 sehingga 01:07:55, transkrip menunjukkan pesawat MH370 mengulangi kata-kata yang sama.

"Mengikut pengalaman saya sebagai juruterbang, kadangkala kita terlupa adakah kita sudah menghubungi pusat kawalan udara atau tidak pada sesuatu ketinggian.

"Sebagai juruterbang, kita takkan buang masa berfikir biasanya kita akan hubungi sahaja kawalan udara semula" terang Nik Huzlan yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

transkrip mh370 MH370 : Transkrip Rahsia Komunikasi Pesawat MH370 Didedahkan

transkrip mh370 2 MH370 : Transkrip Rahsia Komunikasi Pesawat MH370 Didedahkan

Di akhir ulasan,Nik Huzlan turut menyelar pelbagai tuduhan dan publisiti yang tidak baik mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah.

"Ya, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh, namun berita mengenai pergolakan rumah tangga sama ada ia benar atau pun tidak, adalah sangat peribadi dan tidak wajar disebarkan.

Jika benar pesawat terhempas dan beliau tidak selamat, ini merupakan suara terakhir dari beliau" katanya mengakhiri perbincangan.

Ikuti ulasan penuh mengenai transkrip komunikasi pesawat MH370 di sini.

Kontroversi Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?

Posted: 01 Apr 2014 01:21 PM PDT

Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?  |  Kira-kira tiga tahun lalu, kisah perceraian Zul Huzaimy dan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad menjadi isu utama di dada-dada akhbar.

Mana taknya, pada ketika itu timbul spekulasi mengatakan bahawa Zul sanggup menceraikan isterinya hanya kerana tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Pernah mengakui bahawa dirinya sunyi selepas berpisah, terkini menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman istimewanya.

zul huzaimy 1 Kontroversi Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?
Menerusi laman Instagram milik Zul, pelakon tersebut juga dilihat turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita itu dengan panggilan sayang.

Seperti biasa, pastinya akan timbul gosip bila sudah bergelar artis, kan? Namun, apa yang tak sedap didengar apabila sumber-sumber memberitahu bahawa wanita berusia 28 tahun itu khabarnya masih berstatus isteri orang.

Dua keping foto Zul Huzaimy bersama teman wanitanya yang didakwa masih berstatus isteri orang

Sumber turut memaklumkan wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga merupakan seorang pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta.

Zul Huzaimy dan teman wanita 1 Kontroversi Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?
Dan sehingga kini, kami masih gagal menghubungi pihak Zul Huzaimy. Rasanya lebih elok sekiranya Zul sendiri yang tampil untuk membuat penjelasan mengenai hubungannya dan status sebenar wanita cantik itu.

Baguslah jika Zul sudah jumpa dengan pengganti dan pengisi hati, harapnya isu yang timbul ini hanya khabar angin semata-mata. -OhBulan-

Jep Sepahtu Maki Hamun Peminat Dengan Perkataan “Bodoh Betul lah”

Posted: 01 Apr 2014 12:54 PM PDT

Jep Sepahtu Maki Hamun Peminat Dengan Perkataan “Bodoh Betul lah”  |  Seorang peminat mendakwa di maki hamun dengan kata-kata kesat yang berbunyi "Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la" oleh Jepp Sepahtu ketika cuba mengambil gambar dengan pelawak terkenal itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 23 Mac lalu di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dalam satu perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Super Lawak FC.

Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan Jepp sehingga tampil membuat kiriman e-mel kepada wartawan Mizz Lahar. Kata pengirim, ramai yang menyaksikan kejadian tersebut. Betul ke dakwaan peminat ini?

Jepp Sepahtu maki hamun peminat Jep Sepahtu Maki Hamun Peminat Dengan Perkataan Bodoh Betul lah

Jep Sepahtu Bikin Panas!!

Kena Ugut, Hanez Suraya Pasang ‘Bodyguard’

Posted: 01 Apr 2014 12:19 PM PDT

Kena Ugut, Hanez Suraya Pasang ‘Bodyguard’ | Pelakon kontroversi Hanez Suraya terpaksa menggunakan khidmat bodyguard (pengawal peribadi) bagi menjaga keselamatan ketika berada di majlis-majlis tertentu ekoran ugutan diterimanya berhubung kontroversi rampas suami orang.

Hanez, 29, berkata, keluarga terlalu bimbang dengan keselamatannya terutama ketika berada di tempat umum yang terdedah kepada risiko.

“Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar.

“Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial,” katanya kepada mStar Online pada sidang media teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, di sini, Selasa.

Hanez turut terlibat dalam teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Terdahulu pihak Istana Budaya terpaksa meminta kerjasama polis untuk berada di pusat kebudayaan itu sepanjang teater berkenaan berlangsung kerana bimbang keselamatan Hanez ekoran terdapat ugutan terhadapnya.

Bagaimanapun, Hanez berkata, dia lebih selesa keluar rumah secara sendirian atau bersama teman lain berbanding diiringi pengawal peribadi.

Hanez Suraya1 Kena Ugut, Hanez Suraya Pasang Bodyguard

Katanya, setakat ini, belum ada lagi kejadian yang tidak diingini atau ugutan yang serius daripada mana-mana individu tidak dikenali.

“Saya tidak gemar pengawal peribadi bersama saya. Jadi, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja saya akan gunakan khidmat mereka iaitu ketika ahli keluarga atau teman tidak bersama," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang reaksi beberapa selebriti tempatan yang turut membuat kenyataan negatif dan menyalahkannya dalam kontroversi rampas suami orang, Hanez menganggap mereka tidak tahu perkara sebenar.

Dia juga tidak mahu terlalu mengambil serius perkara itu dan menganggap semua orang boleh memberi pendapat masing-masing.

“Dia orang yang bercakap begitu atau menyebelahi pihak lain kerana tidak tahu hal yang sebenar. Terpulang kepada mereka untuk beri pendapat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani