Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah – Fiza
Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah – Fiza |
- Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah – Fiza
- Seharian Di PETRONAS Motosports Demo Run 2014
- Arja Lee Akui Sedang Bercinta Dengan Shima Anuar
- Jom Sihat & Langsing Dengan London Weight Management
- Rozita Che Wan Akan Hadiahkan BMW X6 Kepada Anaknya
- (TAHNIAH)Syafiq Yusof Kini Sah Suami Aeisha Ustaz Zainal
- (14 GAMBAR)Liyana Jasmay Adakan Kenduri Doa Selamat Sempena Kelahiran Anak
- (6 GAMBAR)Wajah Anak Perempuan Ashraf Muslim & Wan Sakinah, Dayana Turut Bersama
- (TAHNIAH)Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga Dalam Pertandingan “I Am Singer”
- (TAHNIAH)Wan Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Anak
Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah – Fiza Posted: 07 Apr 2014 06:01 AM PDT Lumrah perkahwinan, pastinya ada pasang dan surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kadang-kadang pergaduhan dapat mengeratkan lagi hubungan. Baru mendirikan rumahtangga September tahun lalu, kisah keretakan perkahwinan Adam dan Fiza Elite tidak putus-putus tersebar. Malah ada khabar angin menyatakan yang mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Kecewa dengan dakwaan tidak berasas tersebut, Adam dan Fiza tampil menerusi Berita Harian ini untuk menafikan perkara itu. Kata Adam:-
Malah ketiadaan gambar dirinya bersama Adam di akaun Instagram menyebabkan orang ramai semakin yakin dengan khabar angin tidak berasas ini. Letih dengan telahan tersebut, Fiza berkata:-
Biasalah kalau gaduh-gaduh antara suami isteri. Kalau tak gaduh, itu adalah perkara luar biasa. Yang penting kena sentiasa berbincang, bermaafan dan berkomunikasi. Buat Adam dan Fiza, pedulikanlah kata-kata orang lain. Yang penting anda tahu situasi sebenar perkahwinan anda. Tak gitu? P.S: Kembara menarik jalanan di Afrika Barat Baca Yang Ini Pulak:- |
Seharian Di PETRONAS Motosports Demo Run 2014 Posted: 07 Apr 2014 01:14 AM PDT Ahad, 23 Mac yang lalu adalah hari yang cukup menggembirakan buat diri ini. Mana tidaknya, Abang Nara telah dapat melihat kehebatan pemandu MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 iaitu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dengan mata ini sendiri. Memang cukup teruja melihat mereka berdua menunjukkan skill pemanduan kereta F1 bersempena PETRONAS Motosports Demo Run 2014 di Jalan Ampang, KLCC. Abang Nara dan beberapa rakan bloggers lain tiba awal untuk menyaksikan PETRONAS Motosports Demo Run 2014 ini. Kerana ada masa terluang, kami diberi peluang untuk ke "paddock" dan menyaksikan sendiri beberapa jentera seperti kereta F1 yang sedang diselenggarakan sebelum bermulanya acara ini. Sempat la Abang Nara berposing di "F1 Driver Lounge" konon-konon perasaan diri ini Lewis Hamilton. Hehehe. Bermula jam 1.30 petang, PETRONAS Motosports Demo Run 2014 ini dianjurkan bersempena dengan 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang akan berlangsung pada 30 Mac bermula dengan pertunjukan daripada PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship Bikes. Antara penunggang motosikal yang menunjukkan kehebatan mereka ialah Affendi Rosli, Fazli Sham dan Azam Omar. Memang power diorang nie "wheely". Bawak pun laju gila punya. Semakin masa berlalu, semakin ramai penonton memenuhi Jalan Ampang untuk merasai sendiri kemeriahan PETRONAS Motosports Demo Run 2014. Sorakan para penonton semakin jelas kedengaran apabila pakar "stunt show" daripada Amerika Syarikat iaitu Aaron Twiter dan Nick Brocher membuat kemunculan. Memang hebat aksi mereka dengan motosikal masing-masing. Para penonton diberi amaran supaya tidak meniru aksi mereka di rumah. Memang melopong kekaguman jugak Abang Nara dibuatnya. Keterujaan para penonton semakin bertambah apabila 3 buah lori minyak PETRONAS yang dihias khas membuat kemunculan di PETRONAS Motosports Demo Run 2014. Memang "smart" sungguh "oil tanker" ini. Suara jeritan penonton semakin kuat apabila Lewis Hamilton dan Nico Rosberg membuat kemunculan untuk simbolik pengisian minyak PRIMAX di pam minyak yang disediakan. Berebut-rebut semua nak ambil gambar. Iyerlah, bukan senang nak tengok "world class driver" depan mata kan? Kira-kira jam 4 petang, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Lewis Hamilton muncul dan menunjukkan kehebatan dirinya memandu jentera F1 Mercedes AMG PETRONAS musim lalu. Memang berdesing telinga dibuatnya. Laju sangat-sangat. Lewis siap buat aksi pusingan di atas jalan sehingga mengeluarkan asap. Kagum Abang Nara dibuatnya. Memang power!!! Tidak mahu Lewis Hamilton sahaja mendapat "spotlight", Nico Rosberg membuat kemunculan bersama jentera F1 nya tepat jam 5 petang. Aksi yang dipamerkan sama hebat. Sekali lagi telinga Abang Nara berdesing. Patutlah ramai orang meminati sukan F1. Bunyi yang dikeluarkan sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri ini teruja. Abang Nara rasa sangat bertuah dapat melihat aksi kedua-dua pemandu F1 bertaraf dunia ini dengan mata kepala sendiri. Memang perasaan yang dirasai tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Oh ye, selain daripada pertunjukan permotoran di PETRONAS Motosports Demo Run 2014 ini, turut diadakan ialah siding media untuk mengumumkan perlantikan Lewis Hamilton sebagai PETRONAS PRIMAX'S Technical Performance Consultan. Satu pilihan yang tepat pada pendapat Abang Nara. Dengan kepakaran dan maklumbalas yang bakal diberikan oleh Lewis, minyak PETRONAS PRIMAX pasti akan lebih efisien dan boleh pergi lebih jauh. Kita sebagai pengguna harian minyak PRIMAX adalah pihak yang paling beruntung hasil perlantikan ini. Abang Nara sangat berpuas hati dan gembira dapat meluangkan masa seharian di PETRONAS Motosports Demo Run 2014. Berbanding tahun lepas, tahun ini pertunjukan yang dipersembahkan jauh lebih mantap dan menarik. Pastinya tahun hadapan akan lebih awesome lagi. Buat anda yang terlepas, pastikan tahun depan kosongkan jadual awal-awal. Abang Nara berani jamin korang tak akan menyesal punya. Kepada Lewis dan Nico, tahniah kerana kejuaraan 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix telah menjadi milik anda berdua hujung minggu lalu. Kepada peminat sukan permotoran, jangan lupa layari www.petmos.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini dan info terbaru tentang aktiviti-aktiviti permotoran anjuran PETRONAS. Baca Yang Ini Pulak:- |
Arja Lee Akui Sedang Bercinta Dengan Shima Anuar Posted: 07 Apr 2014 12:59 AM PDT Dalam diam rupanya Arja Lee sedang menyulam cinta dengan seorang pelakon naungan MIG Talent, Shima Anuar. Abang Nara yakin ramai gadis di luar sana yang kecewa kerana tidak lagi berpeluang mengorat pelakon kacak ini. Pengakuan Arja Lee ini menunjukkan ke”gentleman” dan kemachoannya. Kalau dah cinta, tak perlu sorok-sorok takut saham jatuh. Tak gitu? Bukan setakat mengaku bercinta, Arja Lee juga turut memberitahu perancangannya untuk mendirikan rumahtangga pada umur 33 tahun. Untuk makluman, pelakon kacak ini kini berusia 30 tahun. Kata Arja Lee menerusi Berita Harian:-
Umur 33 tahun untuk lelaki cantik benar dah untuk berkahwin. Kalau ikut orang kita, dah agak lambat sebenarnya. Harap perancangan Arja Lee akan menjadi kenyataan. Kalau hati betul dah suka, nak cepatkan majlis pun bagus jugak. Tak perlu bercinta lama-lama. 3 tahun macam-macam boleh jadi. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Jom Sihat & Langsing Dengan London Weight Management Posted: 07 Apr 2014 12:58 AM PDT "Gemuk". Abang Nara benci sangat-sangat mendengar perkataan tersebut. Untuk kaum Hawa terutamanya mereka yang bergelar selebriti, gemuk bukan satu pilihan. Abang Nara memang kagum sangat dengan selebriti wanita yang berjaya "maintain" badan diorang. Bukan senang lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru lepas bersalin. Marion Caunter salah satu yang Abang Nara kagumi. Kurus macam anak dara lepas bersalin baru-baru ini.Kegemukan sememangnya satu isu sensitif untuk dibincangkan lebih-lebih untuk kaum Hawa. Bayangkan kalau berat anda ialah 104kg untuk hampir keseluruhan hidup anda? Kalau lelaki mungkin boleh rileks lagi, tetapi kalau perempuan mesti stress punya. Itu yang Abang Nara terkesima sebentar apabila tertonton program Diari Impian baru-baru ini. Salmawati (gambar di atas) telah mempunyai berat badan yang melampau sejak umur 8 tahun lagi. Berat paling tinggi yang pernah dicatatkan olehnya ialah 104kg. Memang overweight sangat-sangat!!!Antara makanan kegemaran Salmawati ialah pizza, ayam goreng, nasi goreng dan macam-macam lagilah. Abang Nara pun suka semua benda tue tapi tak adalah boleh makan banyak-banyak. Salmawati ini selamba je satu pan pizza dia boleh habiskan seorang diri. Memang masuk akallah badannya besar kerana pemakanan tidak dijaga. Apabila sejak kecil dah makan dengan kuantiti yang melampau, itu yang badan Salmawati membesar tanpa kawalan apabila dewasa. Abang Nara pasti ada antara kita yang mengalami masalah sebegini kan? Setiap manusia tak kira lelaki atau perempuan pastinya mahu dicintai dan mencintai kan? Sayangnya kerana saiz badannya yang terlampau besar ini, tiada lelaki yang sudi mendekati Salmawati. Namun itu masih tidak menginsafkan dirinya. Sehinggalah satu hari Salmawati disahkan menghidap ketumbuhan ovari. Barulah Salmawati sedar yang saiz badannya bukan sahaja menjadi punca dirinya dipandang rendah oleh masyarakat (Salmawati pernah dihina kerana kegemukannya di dalam satu temuduga kerja), malah ia juga membahayakan diri daripada segi kesihatan. Inilah titik tolak kesedaran Salmawati untuk menguruskan badan demi tubuh badan yang lebih baik.Bermulalah pengembaraan baru Salmawati untuk mendapatkan berat badan yang ideal di London Weight Management. Bukan mudah untuk menguruskan Salmawati yang sudah mengalami obesiti sejak kecil, namun kepakaran London Weight Management tidak boleh dipandang rendah. Pakar pelangsingan badan telah membuat program pelangsing yang khusus untuk Salmawati bermula dengan penyahtoksin dan pembuangan air terperangkap dalam badan. Setelah berat badan Salmawati mula menurun, barulah pemecahan dan pembakaran lemak dijalankan. Akhir sekali, apabila berat badannya telah turun ke nombor ideal, kaedah pembalutan dan penegangan agar bentuk badan Salmawati mantap dan kembali ramping. Abang Nara masa tengok Diari Impian ini memang berfikir "tak ada harapan dah si Salmawati nie nak kurus. Besar sangat kot dia" Namun ternyata Abang Nara silap. Terlopong mulut ini apabila melihat seorang wanita kurus ramping muncul di dalam program ini. Itulah Salmawati yang telah berjaya mendapatkan badan idamannya menerusi program pelangsingan badan London Weight Management. Perbezaan memang macam langit dan bumi. Memang terkejut sangat Abang Nara dibuatnya. Terkebil-kebil mata Abang Nara melihat transformasi ini kerana ia bagaikan satu keajaiban. Hebat kan? Siapa sangka transfomasi sebegini boleh dilakukan. Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih. Memang satu langkah yang bijak buat Salmawati kerana memilih London Weight Management yang sememangnya pakar dalam bab pelangsingan badan ini. Daripada 104kg turun kepada 55kg. Jumlah pengurangan yang berjaya dilakukan ialah 49kg. Awesome dan mantap sangat-sangat. Memang hebat!!!. Dalam tak sedar Abang Nara tertepuk tangan ketika melihat kemunculan Salmawati di program Diari Impian ini. Tiada lagi jeans bersaiz XXL untuk Salmawati. Tiada lagi kritikan daripada masyarakat. Tiada lagi dipandang rendah oleh orang sekitar kerana kegemukannya. Perubahan ini adalah hasil usaha keras Salmawati dengan bantuan pakar pelangsingan badan London Weight Management. Paling menarik perhatian Abang Nara ialah apabila Salmawati menceritakan yang emaknya tidak dapat mengenali dirinya selepas mengalami transformasi ini. Kini Salmawati lebih yakin dan paling penting, lebih sihat dengan tubuh barunya. Awesome kan? Khas buat pembaca BeautifulNara yang merupakan kaum Hawa dan berusia 22 tahun ke atas, sekiranya anda mahu menguruskan badan dan melakukan transformasi seperti yang telah dilalui oleh Salmawati, London Weight Management menawarkan satu sesi pelangsingan badan (5 jenis sesi rawatan) dan satu set produk yang bernilai RM468 secara PERCUMA. Hasil jaminan pengurangan sehingga 3kg atau 8-22cm dalam sesi pertama. Program pelangsingan badan London Weight Management ini tidak menggunakan pil, tidak menggunakan pembedahan, tiada senaman berat dan tiada seksa lapar. Untuk menebus promosi ini, klik http://tinyurl.com/mrp774g atau hubungi hotline di +603-2614 1234. Untuk maklumat atau promosi terkini, like halaman peminat Facebook di https://www.facebook.com/londonweightmy. Selamat mencuba dan selamat menguruskan badan anda bersama London Weight Management. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Rozita Che Wan Akan Hadiahkan BMW X6 Kepada Anaknya Posted: 06 Apr 2014 10:05 PM PDT Abang Nara ketika SPM dulu, satu A dapatlah RM50. Itu pun dah bersyukur sangat-sangat. Membaca berita anak Rozita Che Wan bakal dihadiahkan BMW X6 oleh ibunya kerana keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, Abang Nara turut tumpang gembira. Memang sesuai sangatlah dengan kemampuan Che Ta. Untuk usaha keras dan kejayaan si anak, apalah sangat BMW X6 tue kan? Orang kata ukur baju di badan sendiri. Tak salah rasanya kalau Che Ta memberi hadiah sehebat ini kepada anaknya selagi mampu. Lagipun anak sendiri, bukannya anak orang lain. Sebelum ini pun anak Che Ta memang dah bagitau mahukan hadiah sebuah kereta “sport” atas kejayaannya dalam SPM. Nampaknya impian menjadi kenyataan. Best lah lepas ini bawak BMW pergi kelas kat universiti. Yang penting jangan bawak laju sangat kereta BMW X6 tue nanti. Patuhi undang-undang jalan raya. Jangan berdesup ke sana ke mari. Keselamatan harus diutamakan. Lepas tue kalau terjumpa Abang Nara jangan lupa kasi tumpang naik. Nak juga merasa duduk dalam BMW X6. Hehehe. P.S: Musim bunga di Kedah. Cantik sangat sangat Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Syafiq Yusof Kini Sah Suami Aeisha Ustaz Zainal Posted: 06 Apr 2014 09:49 PM PDT Pengarah muda yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof telah pun selamat bergelar suami kepada Aeisha Ustaz Zainal pada 5 April lalu dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.50 pagi. Sebelum ini, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012. Majlis resepsi Syafiq Yusof dan Aeisha akan diadakan serentak dengan abangnya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Syafiq dan Aeisha atas perkahwinan ini. Walaupun masih muda (22 tahun dan 21 tahun), langkah berkahwin harus dipuji kerana mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Syafiq Yusof dan Aeisha Ustaz Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(14 GAMBAR)Liyana Jasmay Adakan Kenduri Doa Selamat Sempena Kelahiran Anak Posted: 06 Apr 2014 08:35 PM PDT Di kala ramai rakan artis lain mengadakan “baby shower” untuk menyambut kelahiran bakal anak, Liyana Jasmay dan suami pula memilih untuk mengadakan kenduri doa selamat. Satu inisiatif yang lebih baik dan lebih bercirikan Islam. Semoga ada keberkatan sekaligus memudahkan proses kelahiran yang dijangka pada minggu pertama bulan Mei ini. Sudah pun memasuki 8 bulan kehamilan, Liyana Jasmay tampak lebih ceria, berseri dan semakin comel. Kalau dulu kurus kering, kini badan Liyana Jasmay sudah semakin berisi. Jelas terserlah sinar kebahagiaan dan ketidaksabaran menanti cahaya mata sulung di wajah Liyana Jasmay dan suami. Kata Liyana Jasmay kepada Mstar Online:-
Teringat kenangan Abang Nara ketika wife mengandungkan anak pertama. Memang teruja sangat-sangat. Setiap hujung minggu confirm pergi beli baju, cari stroller, cari baby seat dan macam-macam lagilah. Harap semua persediaan itu sudah pun dilakukan oleh Liyana Jasmay. Takut tiba-tiba terberanak lebih awal dari jadual. Hehehe. Lagi beberapa gambar sekitar kenduri doa selamat dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Toyota Alphard dan Toyota Previa berada di pasaran Malaysia secara rasmi
Baca Yang Ini Pulak:- |
(6 GAMBAR)Wajah Anak Perempuan Ashraf Muslim & Wan Sakinah, Dayana Turut Bersama Posted: 06 Apr 2014 07:38 PM PDT Serius rasa nak nangis dan sangat terharu melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Seringkali kalau bercerita mengenai poligami, selalu keluar cerita tak seronok je. Namun nampak gayanya Ashraf Muslim berjaya menunjukkan poligami dengan adil mampu memberikan kebahagiaan buat semua pihak yang terlibat. Lihatlah betapa lebarnya senyuman mereka sekeluarga. Abang Nara terharu sangat-sangat melihat Dayana mendukung anak madunya, Wan Sakinah. Pasti Dayana pun turut sama teruja dengan kehadiran si comel ini. Nampak jelas kemesraan dan betapa rapatnya hubungan mereka sekeluarga. Abang Nara yakin Dayana turut sama akan sibuk membantu menjaga dan menguruskan anak madunya ketika Wan Sakinah berpantang. Untung si anak mendapat 2 orang ibu yang penyayang dan baik hati. Semoga kebahagiaan ini terus menjadi milik mereka. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga Dalam Pertandingan “I Am Singer” Posted: 06 Apr 2014 07:26 PM PDT Hebat. Bukan calang-calang orang boleh mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian di luar negara. Lebih-lebih lagi apabila bertarung dengan nama-nama besar dan penyanyi tempatan negara tersebut yang pastinya mendapat sokongan rakyat mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shila Amzah yang berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan “I Am Singer” yang telah berlangsung baru-baru ini.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berterima kasih dan berbangga dengan usaha keras Shila menyanyi di peringkat antarabangsa sekaligus mempromosikan nama Malaysia. Abang Nara percaya kritikan dan cemuhan tidak berasas ini hanya datang daripada segelintir pihak sahaja. Pasti lebih ramai yang menyokong dan gembira dengan kejayaan Shila ini. Pedulikan mereka ini, teruskan usaha anda Shila!!! P.S: Matahari terbit yang amat mengkagumkan Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Wan Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Anak Posted: 06 Apr 2014 06:26 PM PDT Jutaan tahniah diucapkan buat Ashraf Muslim, Wan Sakinah dan juga Dayana atas kelahiran orang baru di dalam keluarga mereka. Bayi perempuan hasil perkahwinan Ashraf Muslim dengan isteri kedua, Wan Sakinah telah pun selamat dilahirkan pada 5 April lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Wan Sakinah sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tulis Wan Sakinah:-
Terharunya Abang Nara membaca kata-kata Wan Sakinah. Memang beruntung si anak kerana mendapat 2 orang ibu untuk memberikannya sepenuh kasih sayang. Insya Allah dengan kehadiran si comel ini, hubungan mereka sekeluarga akan lebih erat dan kukuh. Ashraf Muslim juga turut meluahkan kata-kata kesyukuran dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Dayana atas bantuan yang diberikan.
Sesungguhnya jelas terserlah kebahagiaan pada keluarga Ashraf Muslim ini. Nampak mereka saling menyokong dan membantu sesama sendiri. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada anda bertiga. Selamat menjaga si comel. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment