Hot! : Gambar Eksklusif Nor Fazura Berada Di Europe
Hot! : Gambar Eksklusif Nor Fazura Berada Di Europe |
- Hot! : Gambar Eksklusif Nor Fazura Berada Di Europe
- Gambar Pocong Di Tengah Jambatan Kedua Pulau Pinang?
- Amir Raja Lawak Sedia Tamat Zaman Bujang
- Piala AFC : Selangor lebur rekod tanpa kalah Hanoi T&T
- MH370: Kenangan ‘Pelik’ Ketika Bersama Ketua Pramugara, Andrew Nari
- “Senarai Lelaki Yang Pernah Meniduri Saya”-Lindsay Lohan
- Jaclyn Victor Umum Tarikh Kahwin Selepas Aidilfitri
- 4 Foto Koleksi Rahsia Luna Maya Tersebar
- Aslinda Buat Laporan Polis Isu Foto Aksi Doggie di Petronas
- MH370 : Penganalisis Dakwa MH370 Sah Mendarat
Hot! : Gambar Eksklusif Nor Fazura Berada Di Europe Posted: 01 Apr 2014 02:09 AM PDT Hot! : Gambar Eksklusif Nor Fazura Berada Di Europe | Walaupun kisah hidup Nor Fazura dibelenggu dengan Kontroversi dan gossip kepada selebriti jelita ini, namun dia seorang yang ” Cool ” malah bersahaja menangai gossip-gossip liar terhadapnya. Norfazura ini dalam percutian di Europe bersama-sama orang-orang yang dekat dalam diri nya dan hidup nya, jom tengok gambar-gambar percutian Fazura yang telah dimuat naik dilaman sosialnya. Kepada Fazura penulis ucapkan selamat bercuti bersama-sama insan yang rapat, sentiasa bersama-samanya dan semoga terus maju dengan kerjayanya.
|
Gambar Pocong Di Tengah Jambatan Kedua Pulau Pinang? Posted: 01 Apr 2014 01:30 AM PDT Gambar Pocong Di Tengah Jambatan Kedua Pulau Pinang? | Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah. Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat. Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.
Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.
Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.
Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.
Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.
Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
|
Amir Raja Lawak Sedia Tamat Zaman Bujang Posted: 01 Apr 2014 01:17 AM PDT Amir Raja Lawak Sedia Tamat Zaman Bujang | SETELAH beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang. Malah, pemenang ketiga Amir Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya. Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini. Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua. Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu. – Sinarharian - |
Piala AFC : Selangor lebur rekod tanpa kalah Hanoi T&T Posted: 01 Apr 2014 01:11 AM PDT Selangor lebur rekod tanpa kalah Hanoi T&T | PASUKAN Selangor meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Kumpulan F, Hanoi T&T selepas mengalahkan pasukan dari Vietnam itu 3-1 pada perlawanan peringkat Kumpulan, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam malam ini. Pasukan 'Gergasi Merah' bermula garang apabila membuka jaringan pada minit ke-20 hasil tandukan deras yang dilakukan penyerang berbisanya, Paulo Rangel. Penyerang berasal dari Brazil itu kemudiannya menggandakan jaringan menerusi rembatan deras kaki kanan pada minit ke-31 setelah menerima hantaran rakan sepasukan Abdul Hadi Yahya. Pasukan Hanoi T&T kemudiannya merapatkan jurang mata menerusi sepakan penalti yang dilakukan Gonzalo Marronkle pada minit ke-35. Paulo terus beraksi cemerlang apabila mencipta hatrik dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-42. Bersambung babak kedua perlawanan, Selangor terus menguji gawang gol pasukan Hanoi T&T namun cubaan yang dilakukan S.Kunalan pada minit ke-47 gagal menghasilkan jaringan. Terdesak dengan ketinggalan 1-3, pasukan pelawat mula mengasak pertahanan Selangor namun gagal menghasilkan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan. Sebelum itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan F yang berlangsung di sebelah petang, Pasukan Arema Indonesia mengalahkan pasukan Maziya Sports & Recreation dari Maldives 3-2 di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia. – Bernama |
MH370: Kenangan ‘Pelik’ Ketika Bersama Ketua Pramugara, Andrew Nari Posted: 31 Mar 2014 11:20 PM PDT MH370: Kenangan 'Pelik' Ketika Bersama Ketua Pramugara, Andrew Nari |KENANGAN bersama Ketua Pramugara pesawat MH370 yang belum ditemui hingga sekarang, Andrew Nari tidak mungkin dapat dilupakan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd, Datuk Mohamad Din Yusoh. Meskipun sudah beberapa kali bertemu dengan anak kelahiran Sarawak itu, namun, kenangan sewaktu di Perth, Australia berlainan baginya dan seolah-olah mempunyai kaitan serta petanda akan berlakunya misteri kehilangan MH370. Ikuti perkongsian cerita Mohamad Din bersama wartawan Sinar Harian, Amran Ali. MEMANG. Sudah beberapa kali saya bertemu Andrew Nari. Kalau naik kapal terbang ke luar negara, terutama ke Eropah, walau tidak kerap, tetapi agak selalu juga kami sepesawat. Tapi, kami sekadar membalas 'hello' dan senyuman. Pada 15 November tahun lalu, saya ke Perth, Australia. Saya menggunakan penerbangan MAS, kelas bisnes, bersama seorang rakan bernama Datuk Shamsudin. Dan ketika itu, sekali lagi saya bertemu Andrew. Kebetulan, sewaktu di Perth, MAS turut menempatkan anak kapal termasuk juruterbang di hotel yang sama tempat saya menginap. Pada sebelah pagi keesokan harinya, selepas bersarapan, saya pelawa Andrew keluar. Saya kata pada Andrew, kalau tidak ke mana marilah ke pasar. Kebetulan Shamsudin ada sebuah rumah di Perth. Dia hendak beli ikan untuk dimasak. Andrew menerima pelawaan itu. Sepanjang perjalanan kami, banyak bercerita. Antaranya cerita bagaimana komitednya Andrew dengan MAS.
Saya kata pada Andrew sebenarnya saya pun serupa dengannya. Walaupun tidak bekerja dengan MAS, tapi saya sudah 32 tahun menggunakan perkhidmatan MAS untuk ke seluruh pelosok dunia.
Saya tanya Andrew, kenapa tak bawa keluarga ke Kuala Lumpur? Kata Andrew, lebih mudah keluarganya berada di sana, lebih-lebih lagi boleh jaga orang tuanya. Dari cerita Andrew, saya dapati dia seorang yang amat mengambil berat dan begitu sayangkan keluarganya. Kejadian pelik Sewaktu di Perth, kami sempat merakam gambar kenangan bersama sebelum Andrew menyambung penerbangan. Shamsudin ambil gambar kami gunakan kamera saya. Bila pulang ke tanah air, ketika ingin cuci gambar diambil, tiba-tiba saya tengok kad memori pada kamera hilang. Puas saya cari tetapi tak jumpa. Anehnya, sebulan selepas itu, saya bermimpi pasal kapal terbang terhempas. Tapi saya tak tahu kapal terbang mana. Dalam mimpi itu, saya nampak kain putih berguguran jatuh dari kapal terbang. Selang dua minggu selepas itu, sekali lagi saya bermimpi tetapi kali ini mimpi pasal saya bersama Andrew di Perth. Tapi, saya langsung tidak ambil peduli dengan mimpi itu. Sehinggalah pada 8 Mac lalu apabila Shamsudin menghubungi saya menyatakan ada kapal terbang MAS hilang dari radar dan antara yang berada di dalam pesawat adalah Andrew. Saya terkejut dan kemudian beritahu Shamsudin tentang kehilangan kad memori kamera saya serta mimpi-mimpi yang saya alami. Timbul terkilan di hati saya apabila kesemua gambar kenangan bersama Andrew sudah tiada. Mujur Shamsudin masih menyimpan gambar saya bersama Andrew yang diambilnya dengan menggunakan telefon bimbit, jadi dia terus hantar gambar itu menerusi Whatsapps. Seperkara lagi, saya tak pernah simpan keratan pas masuk setiap kali ke luar negara, biarpun menggunakan penerbangan kelas pertama. Tetapi, pulang dari Perth pada November lalu, saya simpan pas masuk tersebut kerana pada masa itu saya mahu sangat menjadikannya salah satu kenangan bersama Andrew, kerana tidak selalu dapat berbual begitu akrab bersamanya. Baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan beberapa pegawai tertinggi syarikat penerbangan itu. Mereka juga mengakui Andrew adalah seorang kakitangan yang berdedikasi serta setia kepada syarikat sepanjang hampir 25 tahun beliau berkhidmat. Apapun yang berlaku ke atas MH370 , anak kapal dan penumpang yang ada didalamnya, termasuk Andrew, saya akan terus berdoa moga misteri ini akan terungkai. Moga kesedihan keluarga mangsa dan resah kita semua akan terlerai. – SINAR HARIAN |
“Senarai Lelaki Yang Pernah Meniduri Saya”-Lindsay Lohan Posted: 31 Mar 2014 11:13 PM PDT “Senarai Lelaki Yang Pernah Meniduri Saya”-Lindsay Lohan | Pelakon Lindsay Lohan yang bakat lakonannya mula dicungkil sejak dari usia kanak-kanak lagi, membuat pengakuan berani apabila mendedahkan nama sebilangan besar jejaka popular Hollywood yang pernah menidurinya satu ketika dulu.
Lindsay yang popular dengan filem Mean Girls walau bagaimanapun hanya mendedahkan sedikit sahaja senarai nama tersebut kerana kebanyakan lelaki yang pernah menidurinya kini sudah berkeluarga. Lindsay sebelum ini pernah terlibat dengan banyak kes jenayah antaranya penggunaan dadah dan alkohol sehingga memaksanya memasuki pusat pemulihan sebanyak enam kali. |
Jaclyn Victor Umum Tarikh Kahwin Selepas Aidilfitri Posted: 31 Mar 2014 11:06 PM PDT Jaclyn Victor Umum Tarikh Kahwin Selepas Aidilfitri | Penyanyi Jaclyn Victor memberitahu bakal mengumumkan tarikh perkahwinanya selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan Julai depan. Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, dia sudah mengambil keputusan tersebut dan kini dalam perbincangan untuk menetapkan tarikh keramat itu.
Jac berkata demikian ketika diminta mengulas tentang komennya di laman sosial Instagram bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi. Tambahnya, keputusan tersebut dibuat sejak awal bulan lalu, namun dia terpaksa menyimpannya bagi menghormati insiden pesawat Penerbangan malaysia, MH370.
Sementara itu, ditanya tentang jejaka yang bakal menjadi suaminya, Jac berkata, dia akan memperkenalkan lelaki itu selepas mengumumkan tarikh perkahwinan berkenaan. Dalam pada itu, Jac turut berharap peminatnya mendoakan agar segala urusan dan perancangannya mendirikan rumah tangga berjalan lancar.-mStar |
4 Foto Koleksi Rahsia Luna Maya Tersebar Posted: 31 Mar 2014 05:37 PM PDT 4 Foto Koleksi Rahsia Luna Maya Tersebar | Siapa tidak mengenali Luna Maya iaitu selebriti dari Indonesia dan dia adalah salah seorang Juri Maharaja Lawak Mega 2014. Hari ini penulis nak kongsikan sedikit 4 foto luna maya yang mendedahkan aset pentingnya yang belum pernah anda lihat dimana mana tempat. Jom Layan..
|
Aslinda Buat Laporan Polis Isu Foto Aksi Doggie di Petronas Posted: 31 Mar 2014 04:56 PM PDT Aslinda Buat Laporan Polis Isu Foto Aksi Doggie di Petronas | Sekeping foto aksi doggie antara Nuraslinda Binti Afrizal dan kekasih hatinya di sebuah stesen minyak petronas telah menjadi viral di laman sosial sejak minggu lalu. Penyebaran foto tersebut menyebabkan akaun twitter @aslinda_pit yang dikatakan milik Nuraslinda telah digantung serta-merta oleh pihak twitter. Hari ini, satu laporan polis yang dibuat oleh Nuraslinda mula tersebar di internet. Isi kandungan laporan itu menjelaskan akaun twitter @aslinda_pit adalah palsu dan mendakwa dilakukan oleh skandal wanita kekasihnya, Yusnani binti Sidurman. Menurut wanita berusia 21 tahun itu, tujuan laporan polis dibuat ialah bagi menghenti dan menyekat pemilik akaun twitter palsu tersebut daripada terus menyebarkan foto-foto lucahnya dengan teman lelaki. |
MH370 : Penganalisis Dakwa MH370 Sah Mendarat Posted: 31 Mar 2014 12:14 PM PDT MH370 : Penganalisis Dakwa MH370 Sah Mendarat | Jika difikirkan secara logik memanglah MH370 sudah mendarat di lokasi yang masih belum diketahui. Tidak ada klu yang menunjukkan MH370 telah terbakar atau terhempas.Pencarian oleh negara-negara yang menguasai teknologi tinggi termasuk satelite pengawasan bumi tidak menemui sebarang kesan letupan atau hentakan kuat di mana-mana lokasi di Asia.Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya. Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri. Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan. Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama. Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil. Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu. Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia . Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009. Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment