Powered by Blogger.

Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?

Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?


Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?

Posted: 30 Apr 2014 01:40 AM PDT

Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?  |  Sebelum terima gosip ini, Murai Batu ada juga dengar daripada rakan-rakan wartawan yang beritahu tidak pernah melihat kelibat pelakon, Elfira Loy ketika beberapa kali pergi ke majlis pelancaran serta sidang media pementasan yang dilakonkannya.

Tertanya-tanya juga, mengapa Elfira tidak hadir ke majlis sidang media sedangkan semua pelakon lain pun hadir lebih-lebih lagi dia menggalas watak utama.

Rupa-rupanya, ada seorang rakan Murai Batu beritahu Elfira memang menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali juga tidak hadir ke sesi latihan pementasan tersebut.

Malah, Murai Batu dapat tahu satu cerita kononnya Elfira yang hadir sebelum pelancaran pementasan itu bermula baru-baru ini iaitu selepas siap-siap dengan mekap dan costume telah dihalau balik ketika nak buat sound check. Betul ke?

elfira loy Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?
Murai Batu dapat tahu lagi rupanya penerbit teater tersebut bukan sahaja bengang dengan disiplin Elfira malah para pelakon lain dalam teater tersebut.

Patutlah ketika rakan Murai Batu menghadiri majlis pelancaran itu, kelibat Elfira tidak nampak malah ketika persembahan teaser untuk teater itu wataknya digantikan dengan seorang pelakon baru sebagai stand in.

Namun, Murai Batu tidak lah tahu cerita sebenarnya dan hanya Elfira dan penerbit sahaja tahu perkara sebenar.  Jika benar, Murai Batu harap ianya bukan sahaja menjadi pengajaran kepada Elfira malah kepada pelakon lain. – Murai.com.my

Punca Sari Yanti Tidak Jadi Bercerai

Posted: 30 Apr 2014 01:24 AM PDT

Punca Sari Yanti Tidak Jadi Bercerai  |  Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz.

Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

sari yanti2 Punca Sari Yanti Tidak Jadi Bercerai
Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009.

Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi. – sumber -

Gambar Bakal Suami Pelakon Faralyna Idris Didedahkan

Posted: 30 Apr 2014 01:12 AM PDT

Gambar Bakal Suami Pelakon Faralyna Idris Didedahkan |  Pelakon terkenal yang juga bekas kekasih aktor Hairul Azreen, Faralyna Idris membuat pengumuman bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati pada hujung Disember ini.

faralyna idris Gambar Bakal Suami Pelakon Faralyna Idris Didedahkan
Sambil menafikan kekecewaan sebagai punca berkahwin di usia muda iaitu 23 tahun, Faralyna memberitahu keputusannya itu disebabkan beliau tertarik dengan sikap bakal suami yang bertanggungjawab dan sangat memahami.

Untuk makluman, Faralyna Idris dan bakal suami kini sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan mereka pada 31 Mei ini. Penulis ucapkan tahniah, tidak lama lagi akan bergelar tunangan kepada orang lain. Melepas pula jadinya. – sumber -

Gambar Beryoga Fouziah Gous Dengan Suami Dikritik Peminat

Posted: 29 Apr 2014 04:18 PM PDT

Gambar Beryoga Fouziah Gous Dengan Suami Dikritik Peminat  |  Kali ini mereka dikatakan beryoga dimana Fouziah di berikan 'penerbangan' khas terapung diudara menggunakan kekuatan kaki suaminya itu. Fouziah Gous yang sedang asyik beryoga bersama suaminya, Zhafran pula menerima tempias yang sama.

fouziah 565x498 Gambar Beryoga Fouziah Gous Dengan Suami Dikritik Peminat

Menerusi gambar tersebut, Fouziah melakukan aksi yoga sambil ditimang suaminya dengan hanya menggunakan kaki dan tangan. Gambar senaman itu dimuat naik dengan caption yang bertulis :

fouziah3 yoga Gambar Beryoga Fouziah Gous Dengan Suami Dikritik Peminat

Ramai peminat menyifatkan tindakan Fouziah berkongsi gambar tersebut sebagai tidak wajar namun tak kurang juga ada peminat yang menyukai pasangan ini yang dilihat sangat romantik dan gemar berkongsi gambar mengenai aktiviti seharian mereka.

Rasanya, takdelah keterlaluan gambar ni. Oleh: AUDREY LEE

Turun 501: TG Nik Aziz Seru Rakyat Turun Dengan Baik

Posted: 29 Apr 2014 03:44 PM PDT

Turun 501: TG Nik Aziz Seru Rakyat Turun Dengan Baik  |  Mursyidul Am PAS Tuan Gk Nuru Datuik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.

Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.

Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.

"Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya.

Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain. – sumber -

Foto Intim Fazura dan Hans Isaac, Peminat Sokong

Posted: 29 Apr 2014 03:27 PM PDT

Foto Intim Fazura dan Hans Isaac, Peminat Sokong  |  Portal rotikaya telah berkongsi sekeping foto Fazura dan Hans Isaac yang kelihatan agak intim di laman fanpage facebook mereka di mana kedua-dua selebriti ini mengenakan pakaian serba hitam. Ia mendapat pelbagai respon dari pengguna-pengguna laman facebook yang lain.

Kebanyakan komen mereka menyatakan Fazura dan Hans Isaac nampak sepadan dan matang berbanding jika Neelofa dan Hans Isaac. Benarkah pendapat para peminat ini? Apa pandangan korang pula?

komen peminat Foto Intim Fazura dan Hans Isaac, Peminat Sokong
Bagaimana pula perasaan Neelofa berkenaan isu ini, mampukah Neelofa menerimanya?

Foto intim Fazura dan Hans Isaac Foto Intim Fazura dan Hans Isaac, Peminat Sokong

Bil Makan Tengah Hari RM17,017 Perkara Biasa

Posted: 29 Apr 2014 01:21 PM PDT

Bil Makan Tengah Hari RM17,017 Perkara Biasa  |  Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi.

Wajah Erra Fazira Apabila Marah Cukup Menakutkan

Posted: 29 Apr 2014 01:16 PM PDT

Wajah Erra Fazira Apabila Marah Cukup Menakutkan | Mungkin belum pernah ada peminat melihat wajah sebenar Erra Fazira apabila marah. Kalau gambar pelakon itu menangis atau bersedih memang banyak berselerak di laman maya termasuklah gambar Erra menangis ketika lafaz cerai oleh Engku Emran di mahkamah dua bulan lalu.

erra fazira marah Wajah Erra Fazira Apabila Marah Cukup Menakutkan

Buat mereka yang belum pernah melihat bagaimana bentuk paras muka Erra Fazira ketika sedang marah melampau, mari layan sekeping gambar di bawah.

erra ketika marah Wajah Erra Fazira Apabila Marah Cukup Menakutkan
Memang menakutkan, tak gitu? Seram pula penulis tengok lirikan mata aktres berusia 40 tahun itu. – sumber -


 

Idris Sardi Meninggal Dunia, Maestro Terkenal Indonesia

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Idris Sardi Meninggal Dunia, Maestro Terkenal Indonesia | Maestro terkenal Indonesia Idris Sardi, 76 tahun meninggal dunia di Hospital Meilia Cibubur, Jakarta pukul 7.25 pagi (WIB) Isnin selepas menderita penyakit paru-paru.

Lahir pada 7 Jun 1938, Allahyarham telah menghasilkan lebih 1900 karya muzik yang cukup relevan hingga kini.

Allahyarham merupakan pemain biola terkenal yang juga pernah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia untuk kategori Penata Muzik Terbaik menerusi filem Pengantin Remaja, Perkahwinan dan Cinta Pertama.

Memetik laporan Bernama, rakan Allahyarham menyifatkan pemergian seniman legenda itu sebagai satu kehilangan besar kepada bangsa Indonesia.

Pemuzik dan penyanyi terkenal, Katon Bagaskara berkata Allahyarham bukan sahaja mahir menggesek biola, malah memiliki bakat luar biasa membuat susunan muzik sehinggakan sesiapa yang mendengarnya dapat merasai alunan muzik tersebut.

 

 

 



 

 

Katon berkata seniman tersohor itu memiliki kelebihan tersendiri ketika menggesek biola sehingga tidak mampu ditandingi oleh pemuzik lain.

Penyanyi terkenal, Bob Tutopoli berkata Allahyarham yang dikenalinya merupakan seorang anak seni yang sentiasa mementingkan kesempurnaan dalam karyanya.

"Jika ada hal tidak sesuai dengan keinginannya, beliau (Idris) boleh menjadi marah. Idris mahu segalanya sempurna, tambahan pula kalau membawa nama Indonesia, beliau boleh menjadi seorang yang sangat sensitif," kata Bob.

Antara anak Allahyarham yang menceburi bidang seni termasuk pelakon terkenal Lukman Sardi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Menteng Pulo, Jakarta, petang Isnin.

Pada April tahun 2008, Allahyarham pernah mengadakan konsert solo bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya Kuala Lumpur.  – sumber -

Perhimpunan Haram Bantah GST Diadakan di Jalan Raja

Posted: 29 Apr 2014 11:44 AM PDT

Perhimpunan Haram Bantah GST Diadakan di Jalan Raja  |  Perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilabelkan sebagai haram oleh pihak polis, akan diadakan di Jalan Raja dan bukannya di padang Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Jurucakap jawatankuasa perhimpunan itu, S. Arutchelvan berkata ini adalah kerana padang itu ditutup untuk proses menaik taraf padang, seperti yang diberitahu oleh pihak polis sebelum ini.

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis pagi ini dan memberitahu mereka bahawa kami akan berkumpul di Jalan Raja kerana kita mahu berbuat demikian di sekitar Dataran Merdeka.

“Pihak polis telah bersetuju dengan langkah ini dan mereka berkata asalkan perhimpunan itu tidak dilakukan di padang Dataran Merdeka, tiada masalah,” katanya kepada Astro AWANI.

Arutchelvan berkata pihak penganjur perhimpunan itu telah menolak tawaran Stadium Merdeka dan Padang Merbok oleh polis sebagai lokasi alternatif kerana Dataran Merdeka dan lokasi disekitarnya mempunyai kepentingan sejarah.

Sebelum ini,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad telah berkata perhimpunan itu haram kerana  penganjur perhimpunan itu telah mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut, tetapi gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Perhimpunan yang dirancang pada 1 Mei itu, bertujuan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pihak penganjur bercadang untuk berkumpul di KLCC kira-kira pada pukul 2 petang, sebelum menamatkan perhimpunan itu di Jalan Raja. - sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani