Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik
Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik |
- Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik
- Ada Pihak Mahu Sabotaj Shila Amzah – Pengurus
- (10 GAMBAR)Nur Fazura Jalan-Jalan Di Eropah
- Protected: Mulia Mu Wanita Kerana Islam – Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS)
- Demi Hanez Suraya, Istana Budaya Sediakan Polis
- Tandingi Kehenseman Maksimum Abang Nara
Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik Posted: 01 Apr 2014 09:38 PM PDT Hmmmm. Pada pendapat Abang Nara, memang wajar Ziela Jalil dikritik kerana gambarnya yang agak mesra bersama Keith Foo. Tidak sesuai dengan imej dan penampilan Ziela yang bertudung dan sudah agak berusia. Gambar di bawah telah pun dikongsi menerusi akaun Instagramnya dan kebanyakan peminat melahirkan rasa kecewa dengan aksi Ziela dan Keith Foo. Sekali pandang macam pasangan kekasih pun ada jugak kan? Rasanya tak perlulah memeluk lengan Keith Foo sebegitu rupa. Memang tak manis dipandang. Namun Ziela Jalil ada penerangannya sendiri. Kata Ziela menerusi Harian Metro:-
Secara jujur, memang tidak sesuai untuk Ziela Jalil beraksi sebegini rupa bersama Keith Foo. Walaupun menganggap Keith sebagai “anaknya”, itu hanya sekadar anggapan dan bukan kenyataan. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran buat Ziela. Lain kali kalau nak tangkap gambar sebegini rupa, tak perlulah kongsikan di media sosial sehingga menimbulkan kritikan orang ramai. P.S: Kantoi dating dalam bas dengan isteri Baca Yang Ini Pulak:- |
Ada Pihak Mahu Sabotaj Shila Amzah – Pengurus Posted: 01 Apr 2014 07:50 PM PDT Ya kasihan sungguh menjadi Shila Amzah. Namun itulah yang harus ditempuh untuk bergelar seorang “superstar“. Kalau anda perasan kebelakangan ini gambar Shila Amzah memakai “legging” ketika membuat persembahan di China telah tersebar. Kebanyakan para peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan mereka kerana penampilan Shila tampak seperti hanya memakai skirt pendek dan bertudung. Diminta mengulas mengenai kontroversi ini, pengurus Shila Amzah, Ong Peng Chu mendakwa ada pihak yang sengaja mahu memsabotaj penyanyi ini. Kata Ong kepada Harian Metro:-
Ayat terakhir daripada pengurus Shila Amzah itu memang pedih dan makan dalam sungguh. Abang Nara percaya Shila memakai seluar dan bukannya “legging” seperti yang diwar-warkan. Perlu diingatkan apabila buat “screenshot” daripada YouTube, memang tak sama dengan apa yang kita lihat kerana kualiti gambarnya yang jauh lebih rendah. Abang Nara percaya Shila tidak akan merosakkan imejnya dan juga imej Malaysia dengan berpakaian tidak senonoh. Kepada Shila, tabahlah dengan dugaan sebegini. P.S: Tips penjagaan bateri kereta Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Nur Fazura Jalan-Jalan Di Eropah Posted: 01 Apr 2014 07:26 PM PDT Seringkali Nur Fazura akan menjawab segala kontroversi yang berkaitan dirinya sepantas mungkin, namun dakwaan dirinya bercium di KLIA dengan seorang lelaki Amerika masih belum lagi diperjelaskan. Ini kerana Fazura kini sedang bercuti di Eropah. Seronok sungguh Abang Nara melihat aksi comel Fazura bersama anak buahnya. Dua-dua memang cute!!! Sekali pandang nampak macam anak sendiri kan? Memang Fazura dah ada ciri-ciri untuk menjadi seorang ibu. Umur pun dah sesuai sangat untuk berkahwin dan membina keluarga sendiri. Mana tahu hati Fazura akan tergerak untuk berumah tangga selepas menghabiskan masa bersama anak saudaranya. Antara tempat yang dilawati oleh Fazura di Eropah ialah Amsterdam dan Monaco. Bila lah Abang Nara nak jejakkan kaki ke tempat-tempat ini. Kenalah bekerja keras dan kumpul duit seperti yang dilakukan oleh Fazura. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Bapa jalan kaki 30km bawa anak ke sekolah
Baca Yang Ini Pulak:- |
Protected: Mulia Mu Wanita Kerana Islam – Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) Posted: 01 Apr 2014 07:24 PM PDT Baca Yang Ini Pulak:- |
Demi Hanez Suraya, Istana Budaya Sediakan Polis Posted: 01 Apr 2014 06:30 PM PDT Nampak gayanya Hanez Suraya tetap akan terlibat dalam teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan. Walaupun ada ugutan dan ancaman untuk membaling telur kepada pelakon ini, pihak Istana Budaya mengambil keputusan untuk mengekalkan Hanez. Menariknya selain daripada kawalan lebih ketat, pegawai polis berpakaian biasa akan turut disediakan sepanjang pementasan teater tersebut. Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata kepada Mstar Online:-
Bagaimanapun Hanez Suraya hanya akan terlibat untuk 4 hari terakhir sementara untuk 6 hari yang terawal, wataknya akan dibawa oleh Kilafairy. Terang penerbit teater Projek Kahwin, Shawn Amer:-
Baca Yang Ini Pulak:- |
Tandingi Kehenseman Maksimum Abang Nara Posted: 01 Apr 2014 06:09 PM PDT Kekacakan atau kehenseman adalah satu perkara yang subjektif bagi semua orang. Secara jujur, Abang Nara memang rasa diri ini hensem. Ketika Abang Nara mengorat wife tercinta, katanya masa itu Abang Nara tak adalah hensem sangat. Namun senyuman Abang Nara memikat jiwanya. Memang "killer smile" katanya. Kini apabila semakin dewasa, sekali sekala apabila Abang Nara melihat wajah ini di cermin, terperasan pulak ada iras-iras Cristiano Ronaldo. Kerana tidak mahu ramai gadis-gadis di luar sana jatuh cinta dengan diri ini, Abang Nara jarang melakukan "selfie" untuk tatapan ramai di akaun sosial. Namun nampaknya kehenseman Abang Nara akan diketahui oleh orang ramai jua gara-gara peraduan Hensem Maksimum oleh Vaseline Men. Demi "goodie bag Vaseline Men" yang akan Abang Nara berikan kepada para pembaca BeautifulNara , Abang Nara sanggup berkongsi kehenseman diri ini untuk tatapan umum. Cabaran kali ini memang cukup mencabar. Abang Nara perlu berkongsi gambar yang paling hensem dan perlu dapat sebanyak "LIKE" yang boleh dari anda semua. Bukan senang untuk memilih gambar yang paling hensem sebab semua gambar Abang Nara hensem-hensem belaka. Pening kepala Abang Nara nak pilih gambar terbaik untuk cabaran Hensem Maksimum Vaseline Men ini. Cari punya cari, akhirnya Abang Nara akui kehenseman diri ini paling jelas terserlah di hari perkahwinan. Keceriaan, kegembiraan dan keriangan yang terpancar menambahkan lagi kehenseman Abang Nara yang sedia ada. Maka Abang Nara gabungkan beberapa gambar di hari bahagia dan "upload"kan untuk peraduan Hensem Maksimum Vaseline Men ini. Kalau tak menang tak tahulah nak cakap apa!!! Korang pun kalau rasa boleh menandingi kehenseman Abang Nara dipersilakan untuk turut serta dalam peraduan Hensem Maksimum Vaseline Men ini sebelum tarikh tutupnya pada 15 Jun 2014. Setiap minggu ada cabaran yang berbeza dan setiap minggu anda berpeluang membawa balik iPhone 5C sebagai hadiah. Pastue mana tau ada rezeki tambahan bila ada awek jatuh cinta dengan kehenseman korang dan ingin berkenalan. Tunggu apa lagi? Kalau yakin dengan kehenseman anda, sila ke Facebook Vaseline Men Malaysia sekarang jugak. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment