Awi Rafael Gembira Ikut Kata Hati Putus Dengan Hanez Suraya
Awi Rafael Gembira Ikut Kata Hati Putus Dengan Hanez Suraya |
- Awi Rafael Gembira Ikut Kata Hati Putus Dengan Hanez Suraya
- Terima Pelbagai Ugutan, Hanez Suraya Pasang “Bodyguard”
- (TAHNIAH)Shila Amzah Mara Ke Final “I Am Singer”
- Teman Wanita Saya Bukan Isteri Orang – Zul Huzaimy
Awi Rafael Gembira Ikut Kata Hati Putus Dengan Hanez Suraya Posted: 03 Apr 2014 05:18 AM PDT Selaku bekas kekasih Hanez Suraya, sudah tentu Awi Rafael diminta memberikan pendapat mengenai kontroversi yang telah melanda wanita yang pernah mencuri hatinya itu. Mengakui tidak pernah menghubungi Hanez selepas berpisah walaupun hanya sebagai kawan, Awi melahirkan rasa gembira dan syukur kerana mengikut gerak hatinya untuk menamatkan hubungan mereka. Berkata kepada portal GUA, Awi Rafael memakluman yang dia juga akan turut bersedih sekiranya kontroversi yang sama melanda dirinya. Kata Awi:-
Mungkin sudah tertulis memang jodoh Awi Rafael bukanlah Hanez Suraya. Pasti satu hari nanti Awi akan bertemu dengan pengganti juga. Ketika itu jangan lupa untuk mengikut gerak hati demi mengetahui sama ada wanita itu adalah yang terbaik untuk anda atau tidak. Jadikan juga episod percintaan dengan Hanez sebagai pengalaman dan pengajaran buat anda. P.S: Acura TLX GT ke Detroit Grand Prix Baca Yang Ini Pulak:- |
Terima Pelbagai Ugutan, Hanez Suraya Pasang “Bodyguard” Posted: 03 Apr 2014 03:42 AM PDT Satu langkah yang bijak dan sangat wajar telah pun diambil oleh Hanez Suraya. Seperti yang kita sedia maklum, susulan kontroversi dirinya dengan suami orang, Hanez Suraya telah menerima pelbagai ugutan yang mengancam keselamatan dirinya. Kalau Abang Nara jadi Hanez, sedikit sebanyak akan takut dan rasa cuak juga. Kita bukannya tahu sejauh mana orang lain sanggup melakukan sesuatu terhadap diri kita. Kata Hanez menerusi Mstar Online:-
Sekiranya anda membaca komen-komen di Instagram Hanez Suraya, memang tertera ratusan komen daripada manusia tidak dikenali yang mengancam dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada pelakon ini. Sekurang-kurangnya dengan ada “bodyguard”, makin sukarlah untuk perkara yang tidak diingin berlaku. Rasa selamat sedikit apabila keluar berjalan-jalan. Memang agak leceh dan rasa tidak selesa, namun demi keselamatan, apa salahnya kan? Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Shila Amzah Mara Ke Final “I Am Singer” Posted: 03 Apr 2014 03:26 AM PDT Alunan suara yang lantang dan merdu dari Shila Amzah sememangnya akan memberikan satu perasaan yang mampu membuat kita ikut turut serta bernyanyi bersama disamping menimbulkan satu perasaan yang membanggakan pada setiap persembahan beliau. Pada Februari lepas, Shila Amzah telah menyertai satu pertandingan di China iaitu 'I Am Singer' musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod. 'I Am Singer' merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton. Kehebatan suara Shila sememangnya telah memukau pendengaran kita pada setiap persembahan beliau.
Semoga berjaya diucapkan buat Shila Amzah. Mana tahu ada rezeki penyanyi Malaysia untuk menjuarai pertandingan “I Am Singer” ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Shila kerana telah mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian ini. Marilah kita sama-sama mengundi untuk meningkatkan peluang kemenangan Shila. Undian boleh dilakukan di laman web ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
Teman Wanita Saya Bukan Isteri Orang – Zul Huzaimy Posted: 03 Apr 2014 03:18 AM PDT Isteri orang dan suami orang adalah perkara yang amat sensitif sekarang ini. Telah bercerai pada 2010, Zul Huzaimy kini sudah pun mempunyai teman wanita baru. Namun begitu, ada desas-desus menyatakan kekasih barunya itu adalah isteri orang. Ditemui oleh Mstar Online, Zul Huzaimy melahirkan rasa kehairan mengenai gosip yang ternyata tidak berasas itu. Kata Zul Huzaimy:-
Abang Nara pasti Zul sudah pun memastikan status sebenar kekasihnya kerana tidak mahu timbul sebarang kontroversi murahan. Semoga hubungan Zul dan kekasih barunya berjalan lancar dan akan berakhir di jinjang pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment