Saya Dah Lupakan Anne Ngasri Sepenuhnya – Aliff Aziz
Saya Dah Lupakan Anne Ngasri Sepenuhnya – Aliff Aziz |
- Saya Dah Lupakan Anne Ngasri Sepenuhnya – Aliff Aziz
- (19 GAMBAR)Rozita Che Wan Sambut Hari Jadinya Yang Ke 43 Bersama Rakan-Rakan
- Sam Bunkface Akui Sedang Kenal Hati Budi Aida
- Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3
- Nora Danish Nafi Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram
| Saya Dah Lupakan Anne Ngasri Sepenuhnya – Aliff Aziz Posted: 13 Mar 2014 05:49 AM PDT Tempat jatuh dikenang, inikan pula kekasih pertama. Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz yang sedikit sebanyak pastinya terkenang bibit-bibit dan memori-memori ketika bercinta dengan Anne Ngasri. Mungkin sebab itulah, Aliff Aziz terlepas cakap dan bercerita mengenai Anne meenerusi sebuah suratkhabar pada hujung minggu lalu. Biasalah tue terkenang cinta lama.
Baguslah macam itu. Takkanlah dah 2 tahun pun tak boleh lupakan Anne Ngasri kot? Rasa rugi pulak kalau terkenang-kenang sampai sekarang sedangkan Aliff masih muda dan masih ramai gadis-gadis di luar sana yang mampu mengisi ruang kosong dalam hati Aliff. Lupakan kisah silam, pandanglah ke hadapan. Semoga hati Aliff Aziz akan terisi dengan bunga-bunga cinta dalam masa terdekat ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
| (19 GAMBAR)Rozita Che Wan Sambut Hari Jadinya Yang Ke 43 Bersama Rakan-Rakan Posted: 13 Mar 2014 02:51 AM PDT Seronoknya menjadi Rozita Che Wan kerana adanya rakan-rakan rapat yang sudi meluangkan masa untuk menyambut hari lahir. Diadakan di Restoran Intai-Intai, antara yang hadir ialah Dafi, Sam Kassim dan ramai lagi. Nampak sangat meriah sekali sambutan ini. Abang Nara suka kek-kek yang ada. Cute sangat!!! Pastinya orang yang paling gembira di hari jadi Che Ta ialah suaminya sendiri iaitu Zain Saidin. Hadiah paling bermakna iaitu berita kehamilan isterinya pasti membuatkan Zain tersenyum lebar sepanjang hari. Semoga kandungan Che Ta sentiasa sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan ketika kelahiran kelak. Lagi beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi ke 43 Rozita Che Wan dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Sam Kassim.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Sam Bunkface Akui Sedang Kenal Hati Budi Aida Posted: 13 Mar 2014 01:46 AM PDT Ya, berita sedih untuk gadis-gadis di luar sana yang memendam perasaan terhadap Sam Bunkface. Susulan tersebarnya gambar percutian dirinya bersama seorang gadis di Pulau Tioman, Sam mengakui sedang mengenali hati budi si gadis yang bernama Aida Azira Hussin. Untuk makluman, Aida merupakan seorang wartawan sebuah program hiburan. Amboi mesti Aida cair mendengar nyanyian “live” Sam Bunkface sambil memetik gitar. Nampak gembira sungguh mereka berdua kan? Jangan risau, kawan-kawan mereka turut sama ada dalam percutian ini. Mereka tidak pergi berdua. Kata Sam menerusi Kosmo hari ini:- Kalau sebelum ini Sam Bunkface pernah gagal dalam percintaannya bersama Juliana Evans, semoga kali ini ia akan berakhir ke jinjang pelamin. Rasanya umur Sam pun dah sesuai sangat untuk mendirikan rumahtangga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar RotiKaya. P.S: Jerebu makin teruk, bacaan IPU tidak sihat
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3 Posted: 13 Mar 2014 01:31 AM PDT 16 tahun adalah satu tempoh yang lama. Selama itu jugalah Aidid Marcello telah menaburkan bakti, memerah keringat dan bekerja bersungguh-sungguh di bawah naungan TV3. Bermula sebagai pengacara pada tahun 1998, Aidil melepaskan jawatan terakhirnya di TV3 sebagai Penerbit Eksekutif Pemasaran Kreatif Dan Komunikasi Saluran TV Media Prima Berhad. Pengacara kacak ini bukannya berhenti terus daripada bidang penerbitan dan pengacaraan, sebaliknya akan memberi fokus sepenuhnya kepada syarikat miliknya. Kata Aidid menerusi MediaHiburan:-
Pada pendapat Abang Nara, langkah Aidid untuk berhenti dan memberi fokus kepada syarikat miliknya sendiri adalah satu langkah yang bijak. Takkanlah nak makan gaji sampai tua kan? Semoga Aidid berjaya mengikuti segala perancangannya. All the best dan good luck. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
| Nora Danish Nafi Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram Posted: 13 Mar 2014 01:08 AM PDT Memang masuk akal penjelasan yang diberikan oleh Nora Danish mengenai sambutan hari jadinya yang didakwa dilakukan di sebuah kelab malam haram baru-baru ini. Tiada apa yang perlu diselindung oleh artis jelita ini kerana kebanyakan gambar ketika sambutan itu dikongsi olehnya menerusi akaun Instagram. Kalau buat di kelab malam, mestilah sedikit sebanyak nak rahsiakan sambutan tersebut untuk menjaga imej baik kan? Menurut Nora Danish, sambutan hari jadinya yang ke 32 itu dilakukan di sebuah restoran di Damansara. Kata Nora menerusi Kosmo:-
Ini bermakna ada selebriti lain yang sebenarnya telah menyewa bilik berharga RM5,000 di kelab malam haram tersebut. Biarlah ia menjadi misteri. Yang penting, Nora Danish bukanlah selebriti itu. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tidak memandang serong lagi kepada Nora Danish. P.S: Tun Mahathir bidas negara luar mengenai isu MH370 Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment