Powered by Blogger.

Rumah Tangga Kami Masih OK – Umie Aida

Rumah Tangga Kami Masih OK – Umie Aida


Rumah Tangga Kami Masih OK – Umie Aida

Posted: 02 Mar 2014 10:32 PM PST

Ketika kes penceraian rakan baiknya, Erra Fazira menjadi perbualan ramai, status perkahwinan Umie Aida turut sama menjadi tanda tanya orang ramai. Berkahwin pada 14 Mac 2010, khabar angin bertiup kencang mengenai rumah tangga Umie dan Datuk Paduka Khairuddin yang kononnya sedang bergolak. Malah beberapa keping gambar dan video yang dimuatnaik oleh Umie Aida ke laman Instagram seolah-olah menguatkan lagi khabar angin tersebut.

perkahwinan umie aida

Ditanya mengenai kebenaran ura-ura ini, Umie Aida menerangkan menerusi BiPop yang rumah tangganya masih OK. Kata Umie Aida:-

Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita kan manusia? Masing-masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuatnaik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi tidaklah sampai ke arah itu (bercerai).

Rumah tangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya. Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami, biar bahagia sampai ke jannah.

perkahwinan umie aida

Kalau ditanya pada Abang Nara, mana ada wanita yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian melainkan ia tidak dapat dielak 100%. Semoga dengan penerangan Umie Aida ini, segala persoalan telah terjawab. Kita sebagai peminat doakanlah kebahagiaan rumah tangga mereka. Apa pun, kalau ada cahaya mata, pastinya akan lebih kuat ikatan suami isteri antara Umie dan Datuk Paduka Khairuddin. Semoga dimurahkan rezeki.
perkahwinan umie aida

P.S: Hubungilah mana-mana ejen di atas untuk mendapatkan produk foundation terbaik demi wajah cerah dan “flawless” serta merta. Anda pasti akan kagum dengan kehebatan 100% original Naturactor Cover Face/Meiko dari Jepun ini.  Tak percaya? Tengok testimonial di Facebook Naturactor, Instagram EleganceCosmetics dan juga blog Naturactor.

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Syanie Kini Sah Isteri Kepada Nadi Putera

Posted: 02 Mar 2014 07:57 PM PST

Jutaan tahniah diucapkan buat Syanie, 39 tahun yang telah pun sah bergelar isteri Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi Sabtu lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat Syanie. Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar kahwin syanie

Kedua-dua pengantin nampak comel dengan pakaian pernikahan serba kelabu. Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.

gambar kahwin syanie

Selamat pengantin baru diucakap kepada Syanie dan Nadi Putera. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang ramai. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Burger dalam iklan vs burger dalam realiti


gambar kahwin syanie
gambar kahwin syanie
gambar kahwin syanie
gambar kahwin syanie
gambar kahwin syanie
gambar kahwin syanie
gambar kahwin syanie

Baca Yang Ini Pulak:-

Zain Saidin Gembira Rozita Che Wan Berkemungkinan Sudah Mengandung

Posted: 02 Mar 2014 06:22 PM PST

Umum mengetahui pasangan hot Zain Saidin dan Rozita Che Wan kepingin untuk mempunyai anak sendiri selepas melangsungkan perkahwinan pada Disember lepas. Maklumlah, pasangan ini punya perbezaan umur yang ketara dan Che Ta pun sudah memasuki usia 40′an.

Malah anak-anak Che Ta sendiri dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, sudah pun memasuki usia remaja.

Melalui Whatsapp, Zain memberitahu mStar Online:-

Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri.

Zain, 30, memberitahu buat masa ini dia masih belum lagi mendapat keputusan rasmi daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.

Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami.

Mungkin Zain dan Che Ta telahpun membuat ujian menggunakan kit penguji kehamilan di rumah yang boleh didapati dengan mudah di farmasi dan sedang menunggu hasil pemeriksaan doktor untuk pengesahan?

Kalau betul, terkabullah impian Che Ta untuk memiliki anak yang mempunyai darah campuran kulit putih seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, ya tak?

Apa pun, bersama kita doakan yang terbaik untuk Zain dan Che Ta.

Baca Yang Ini Pulak:-

Kad Kahwin Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Posted: 02 Mar 2014 05:09 PM PST

Sabtu ini bersamaan dengan 8 Mac, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akan disatukan sebagai suami isteri. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan ini bergelar pengantin baru. Abang Nara juga teruja dan semakin tak sabar apabila melihat kad kahwin mereka berdua.
kad kahwin syamsul yusofCantik dan smart kan? Rasanya pertama kali Abang Nara melihat kad kahwin berwarna hitam. Kad yang cantik menarik ini direka dan ditaja oleh Khyro Design. Daripada apa yang Abang Nara baca, majlis pernikahan Syamsul dan Puteri Sarah kelak akan bertemakan Arab. Pasti menarik!!!
kad kahwin syamsul yusof
Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Hanya tinggal lebih kurang 5 hari sahaja lagi sebelum hari pernikahan. Semoga Syamsul tidak gementar di atas bantal pernikahan kelak. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua.

Baca Yang Ini Pulak:-

Liyana Manan Tunjuk Bukti Percutian Hanez Suraya & Suaminya Di Bangkok

Posted: 02 Mar 2014 04:30 PM PST

Wow. Entah bila Hanez Suraya dan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok tidaklah diketahui, namun itulah bukti bergambar yang ditunjukkan oleh isteri Mr. R, Liyana Manan. Liyana juga turut mempertikaikan kenyataan Hanez yang suaminya duda kerana sehingga ke hari ini, tiada surat cerai yang diterima olehnya. Bagi Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah.

hanez suraya mr r

Kata Liyana Manan kepada BiPop semalam:-

Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.

Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.

Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.

hanez suraya mr r

Fuh. Memang pedih ayat Liyana Manan ini. Pelik juga macam mana Hanez boleh bercuti dengan kekasih sedangkan belum ada ikatan yang sah. Liyana juga turut menegaskan yang dirinya tidak pernah membuat fitnah seperti yang didakwa oleh Hanez. Kata Liyana lagi:-

Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikank ami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.

Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.

Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, buka saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarat terus mendengar pembohongan Hanez.

Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.

Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.

Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R

hanez suraya mr r

Fuh ~~ Begitulah luahan hati Liyana Manan yang telah pun berkahwin dengan Mr. R selama 8 tahun. Susah senang bersama, bila jadi begini confirm sedih dan merana hati. Kesian sungguh. Semoga Liyana Manan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah kebenaran akan terbukti jua. Kepada Hanez, renung-renungkanlah perkara ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

(VIDEO)Teaser Majlis Perkahwinan Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal

Posted: 02 Mar 2014 03:48 PM PST

Pada 14 Mac ini, akan berlangsung majlis perkahwinan ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal atau nama penuhnya, Zarema Dato’ Haji Zakaria,  di kediaman Zarema di Pelabuhan Kelang, Selangor.

Bersempena dengan majlis perkahwinan mereka, satu video teaser telah dihasilkan oleh Moment This Production. Video itu berjudul “Bola dan Dia”.

Untuk makluman anda juga, Aidil telah berjumpa dengan dua orang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu beberapa hari lepas.

Gambar pertemuan Aidil dan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna,3, telah dimuat naik oleh Aidil ke laman Instagramnya dengan kapsyen:-

My kids, my everything. Daddy loves both of you sons!

Video teaser perkahwinan mereka boleh disaksikan di bawah. Bersama kita doakan agar majlis mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani