Nicol Davis Menangis Kalah Mengejut, Gagal ke Final
Nicol Davis Menangis Kalah Mengejut, Gagal ke Final |
- Nicol Davis Menangis Kalah Mengejut, Gagal ke Final
- MH370: China Dakwa Temui Objek Sepanjang 22.5 Meter
- Status HALAL Burgerbyte Dipersoal, Zizan Siasat Siapa Bertanggungjawab
- Kelakar: Sellofies Trend Terbaru Gaya Selfie
- Hairi Anak Wayang Sah Jadi Suami
Nicol Davis Menangis Kalah Mengejut, Gagal ke Final Posted: 22 Mar 2014 03:15 AM PDT Nicol Davis Menangis Kalah Mengejut, Gagal ke Final | Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak berjaya dalam misi memburu kejuaraan dunia kelapan di halaman sendiri apabila gagal mara ke final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sini hari ini. Pada perlawanan separuh akhir di Arena SPICE di sini, Nicol David mengalami kekalahan mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini 3-2 pada pertarungan selama 61 minit. Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu bagaimanapun membuka saingan dengan langkah kanan apabila menang 11-4 pada set pertama sebelum lawannya bangkit untuk menang dua set berikutnya 11-9, 11-6. Nicol kembali semula dengan mengatasi Nour 11-2 pada set keempat sebelum pemain Mesir itu memberi tentangan sengit pada set terakhir sebelum menempah slot final dengan keputusan 11-9.
Dalam pada itu, Nour akan berdepan dengan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England pada final esok.
Dalam pada itu, Massaro menempah slot final selepas mengecewakan seorang lagi pemain Mesir, Raneem El Weleily dengan keputusan 11-9, 11-7, 6-11 dan 11-7 dalam masa 48 minit. |
MH370: China Dakwa Temui Objek Sepanjang 22.5 Meter Posted: 22 Mar 2014 03:08 AM PDT MH370: China Dakwa Temui Objek Sepanjang 22.5 Meter | Satelit China telah mengesan imej objek-objek yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terapung di koridor selatan. Maklumat ‘panas’ tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini pada Sabtu.
Bercakap dengan menggunakan nota tertulis, Hishammuddin berkata objek berkenaan bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar. Beliau berkata kerajaan China akan mengumumkan butiran lanjut mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa jam lagi. -mStar- |
Status HALAL Burgerbyte Dipersoal, Zizan Siasat Siapa Bertanggungjawab Posted: 21 Mar 2014 09:50 PM PDT Status HALAL Burgerbyte Dipersoal, Zizan Siasat Siapa Bertanggungjawab| Sejak perniagaan Burgerbyte mula dikenali dan diuruskan secara francais oleh pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal Zizan Razak sekitar tahun lepas, jarang kita mendengar pelanggan mengadu tentang masalah serius. Namun ramai yang terkejut dengan kenyataan dikeluarkan di Twitter milik Burgerbyte malam tadi seolah-olah label makanan itu mempersoalkan status halal dan identiti pesaing mereka yang bukan Islam. Segalanya bermula apabila seorang individu bertanya secara umum tentang keenakan Burgerbyte di laman Twitter sebelum seorang individu lain mengesyorkan agar dia mencuba makanan myBurgerLab. Bagaimanapun secara tiba-tiba Burgerbyte turut membalas perbualan di laman sosial tersebut dengan mempersoalkan tindakan masyarakat Melayu yang sering makan di restoran bukan Islam. Akaun Twitter Burgerbyte Timbulkan Kontroversi, Zizan Razak Akan Siasat Siapa Bertanggungjawab Tindakan Burgerbyte itu telah mewujudkan sentimen negatif dan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan pengikutnya. Malah isteri kepada pengacara JJCM, Nazrudin Habibur Rahman turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan. Penulis sudah menghubungi Zizan selaku pemilik Burgerbyte cawangan Damansara Perdana bagi mendapatkan penjelasan namun selebriti itu meminta diberikan sedikit waktu untuk menyiasat perkara ini. Untuk pengetahuan anda, restoran Burgerbyte mula ditubuhkan pada Disember 2012 oleh Chef Nasirudin Abu Hassan sebelum Zizan tertarik untuk membuka francais bersama rakan kongsinya tahun lepas.-Ohbulan |
Kelakar: Sellofies Trend Terbaru Gaya Selfie Posted: 21 Mar 2014 09:42 PM PDT Kelakar: Sellofies Trend Terbaru Gaya Selfie| Jika dahulu trend selfie atau mengambil gambar bahagian muka menjadi trend serta kegilaan di kalangan penggemar laman sosial Instagram. Sekarang muncul kegilaan terbaharu, di mana trend 'sellofies' iaitu mengambil gambar sambil memakai sellotape menjadi ikutan banyak pihak di luar sana. Individu yang mengikut trend ini sanggup bersusah payah membalut wajah mereka dengan sellotape sehinggakan wajah mereka kelihatan hodoh namun tidak kurang juga ada yang melucukan. Di bawah ini merupakan gambar sebahagian individu yang sudah mula ketagih dengan trend terbaharu ini. Mungkinkah sellofies bakal menjadi trend bagi penggemar Instagram di Malaysia?-mynewshub |
Hairi Anak Wayang Sah Jadi Suami Posted: 21 Mar 2014 09:37 PM PDT Hairi Anak Wayang Sah Jadi Suami| Juara Anak Wayang musim pertama iaitu Mohd Hairi Safwan Aznan sah bergelar suami kepada bakal guru, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus. Ia berlangsung di Masjid Abdullah Fahim di sini kira-kira pukul 10.30 pagi. Pada majlis itu Hairi menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000. Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya kasut, minyak wangi, beg tangan, kamera, sirih junjung, kek dan coklat. Ia dibalas sebelas dulang oleh pengantin perempuan antaranya kasut, jam tangan, sejadah, buah-buahan, jaket, beg, sirih junjung, minyak wangi dan coklat. Kedua-dua mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih gading. Tambah Hairi, perkahwinan itu juga menandakan permulaan tanggungjawabnya untuk menjadi suami yang sempurna kepada isteri.
Tambah Hairi, dia juga bertuah kerana memperoleh seorang isteri yang memahami kerjayanya sebagai pelakon selain tidak menghalang dia untuk bergiat aktif dalam dunia seni. Sementara itu Fara, 24, yang kini menjalani latihan amali perguruan di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama 2, Petaling Jaya, Selangor dijangka bergelar guru sepenuh masa pada November depan. Dia merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang juga anak kepada Editor Majalah Kuntum, Asma Saad. Majlis resepsi pasangan pengantin akan diadakan pada 7 Jun depan di Dewan Bandaraya Alor Setar, Kedah yang merupakan negeri kelahiran Hairi.-mStar |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment