Kenapa Saya Perlu Menangis? – Rita Rudaini
Kenapa Saya Perlu Menangis? – Rita Rudaini |
- Kenapa Saya Perlu Menangis? – Rita Rudaini
- Berlakon Dengan Adi Putra, Aaron Aziz Tak Timbul Pula Isu Sebegini – Anzalna
- (7 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Aidil Zafuan & Zarema Zainal
- Shila Amzah Dihentam Peminat China Kerana #MH370
- (10 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Tempatan Di Laureus World Sports Awards
- Zizan Razak Luah Rasa Cinta Di Hari Jadi Emma Maembong
- (TAKZIAH)Datuk Osman Jantan @ Ali Mamak Meninggal Dunia
- Nora Danish Temani Nedim Nazri Di Hospital
Kenapa Saya Perlu Menangis? – Rita Rudaini Posted: 27 Mar 2014 01:38 AM PDT Rita Rudaini tidak menangis ketika perkahwinan bekas suaminya, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal baru-baru ini, akan tetapi Abang Nara yang sebak apabila membaca temubual pelakon hebat ini bersama Utusan Malaysia. Memang tabah dan cekal sungguh hati seorang insan bernama Rita Rudaini ini. Sesungguhnya Abang Nara respek dan kagum dengan kekuatan semangatnya selepas gagal dalam rumah tangga dan menghadapi cabaran membesarkan 2 orang anaknya. Ditanya apakah perasaannya pada hari bekas suaminya berkahwin sekali lagi, Rita menjawab:-
Dan kerespekan Abang Nara terhadap Aidil Zafuan juga bertambah apabila pemain bola sepak ini menghabiskan masa selama 2 minggu untuk bersama anak-anaknya. Cerita Rita:-
CERITA cinta mereka telah berlalu, tetapi jutaan peminat tetap mahu tahu apa yang berlaku terhadap kisah Rita dan Aidil selepas bertahun-tahun mereka ?dipisahkan? oleh takdir. Dengan dua anak lelaki yang kini semakin membesar dan cerdik, Rayyan dan Arjuna, kisah hidup dramatis popular ini barangkali lebih menarik untuk diceritakan berbanding dengan kisah lakonannya di layar kaca. Ketika bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak memilih untuk kembali ke alam perkahwinan dengan mengahwini kekasih hati, Zarema Zainal hanya setelah beberapa bulan perceraian dengan Rita disahkan, banyak yang meminta Mega untuk menyelami perasaan Rita sebagai bekas isteri. Awalnya, Rita yang menghabiskan tempoh edahnya pada November 2013, menolak untuk dipotretkan dengan anak-anak. Dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan atas kebahagiaan orang lain ketika ini. Pun, beberapa kali dipujuk, dia akhirnya menjemput kami ke rumahnya untuk sesi khas ini. Mega memilih untuk bertanya soalan-soalan jujur kepada Rita. Hits: Banyak yang ingin tahu, bagaimana sebenarnya perasaan Rita pada hari bekas suami akhiri zaman duda minggu lepas? Rita: Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ?dahsyat? daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu? Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ?kesakitan? saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ?kecil? bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini. Hari Aidil bernikah, hanya berteman anak-anak? Ya. Saya kebetulan cuti, tak buat apa-apa pun. Layan anak-anak macam biasa. Saya tak fikir sangat pun dia hendak kahwin ke apa. Kisah dia sudah berakhir, yang ada hanya kisah dia dengan anak-anak sahaja. Perasaan anak-anak lebih penting buat saya ketika ini. Sedikitpun Rita tidak menangis? Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa). Sebelum berkahwin, Aidil ada berjumpa dengan anak-anak? Ada, dia datang, jumpa anak-anak. Dia mesej saya mahu datang. Mulanya memang saya terkejut sebab setelah sekian lama, akhirnya dia datang juga untuk jumpa anak-anak. Saya pun tak ada masalah sebab dia sudah lebih sembilan bulan tak jumpa anak. Saya faham perasaan dia sebab dulu dia dan Rayyan memang terlalu rapat. Hati saya pun jadi semakin terbuka. Sebab itu saya menerima kehadiran dia kerana anak-anak sudah lama tidak melihat bapa sendiri. Bila tu? Sekitar dua minggu sebelum dia berkahwin. Hampir setiap hari dia habiskan masa dengan anak-anak. Mereka tidur bersama, makan bersama, buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Punyalah anak-anak seronok. Melihat keakraban mereka semula, saya sebagai ibu merasa sangat gembira. Saya merasa sebak sangat sebab sebelum ini anak kami, terutamanya Arjuna tak pernah tahu apa itu makna Daddy. Baru sekarang Arjuna tahu yang Daddy tu ayah dan dia ada ayah. Anak-anak masih kenal Aidil? Hmmm, masa mula-mula mereka bertemu, Rayyan boleh tanya ?Siapa ni Mommy?” Kasihan juga pada Aidil, saya nampak dia sedih. Tetapi dia pun faham sebab sudah lebih sembilan bulan dia tidak berjumpa dengan anak-anak, budak-budak cepat lupa. Dik Mok (Arjuna) pula, langsung tak kenal dia, tidak mahu dekat dengan Aidil dan awalnya buat tak peduli sahaja. Tetapi setelah beberapa jam, akhirnya dia okey dan boleh bermain bersama-sama. Sekarang Dik Mok pun sudah pandai panggil Daddy. Cuma sekarang ni saya susah pula nak menjawab bila anak anak tanya: ?Kenapa daddy sudah lama tak datang? Kenapa Daddy tinggalkan Dik Mok semula?” Apa Rita jawab? Apa lagi? Saya beritahu, daddy sibuk di padang bola! (Ketawa). Kononnya Rita menghalang anak-anak daripada bertemu Aidil sebelum ini? Kenapa? Tidaklah! Itu hanya fitnah. Selama ini saya tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu anak-anak.Sebagai ibu, saya selalu fikir, biarlah anak-anak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa sepenuhnya, saya cuba dekatkan mereka. Saya fikir, walaupun ibu bapa telah bercerai, anak-anak ada hak untuk mendapat sepenuh kasih sayang kami berdua. Cuma perkara begini kena buat bersama-sama, kalau saya seorang saja usaha tidak akan menjadi. Mungkin kerana keadaan, ada halangan lain, dia tidak dapat datang jumpa anak-anak sebelum ini. Apa yang Rita harapkan daripada ?penyatuan? semula anak-anak dan bapa ini? Saya harap, dia akan terus bersama-sama membantu saya demi kebahagiaan anak-anak. Itu juga yang dia janji sebelum dia berkahwin. Dia kata mahu memberikan semula kasih-sayang yang sempurna kepada anak-anak yang selama ini diabaikan. Saya harap dia tunaikan kerana anak-anak sudah faham dan tahu yang mereka juga ada Daddy. Jika kita sudah lama hidup, anak-anak pula baharu hendak kenal dunia. Jadi, dahulukan anak-anak dalam apa juga perkara. Jangan pinggirkan anak-anak lagi, walau apa sekalipun berlaku. Aidil sudah berkahwin semula, Rita bila lagi? Selagi Rita belum ada pengganti, orang akan bertanya, sampai bila mahu sendiri? Hmmm… sampai berapa lama boleh hidup sendiri, saya pun tak tahu. Jujur saya katakan, ketika ini tiada hati untuk menjalin hubungan dengan sesiapa pun. Langsung tak ada rasa untuk kembali bercinta. Mungkin sibuk dengan anak-anak, aktiviti harian saya penuh. Walaupun dunia saya hanya di rumah dan di lokasi, ia memang memenatkan. Jadi, saya mahu enjoy menikmati tanggungjawab membesarkan anak-anak ini dengan sebaik-baiknya, tanpa gangguan pihak lain. Solo pun boleh bahagia juga, kan? Tidak risau orang akan cakap, seolah-olah Rita tidak boleh lupakan dia? Tak boleh lupakan dia? (Beberapa saat terdiam, mengambil nafas panjang). Beginilah, kisah kami sudah lama berlalu. Kalau orang kata saya tak mahu kahwin lagi sebab tidak boleh lupakan Aidil, itu salah sama sekali. Salah! Untuk menjalin hubungan baharu, kena ada rasa suka, ada keinginan untuk bercinta lagi. Tetapi buat masa sekarang, hati saya masih kosong, tanpa rasa. Kalau kahwin lagi pun, saya selalu fikir, ada ke lelaki yang boleh sayangkan anak aku? Atau dia hanya suka aku? Saya takkan cari ?lelaki? lain hanya kerana tanggapan orang yang sebegitu. Kasih sayang boleh dipupuk, kenapa mahu lari daripada cinta baharu? Saya fikir anak orang tetap anak orang, berbeza dengan anak sendiri. Ada ke orang hendak sayangkan anak kita, sama macam kasih sayang ibu bapanya sendiri? Saya pasrah dan reda kalau saya akan jadi ibu tunggal sampai ke usia tua. Bukan cakap takbur, tetapi jujur saya katakan ruang sunyi sedikit pun tak ada dalam diri saya ketika ini. Sebab itu saya tak pernah fikir soal lelaki. Kalau hendak kata perempuan tak boleh hidup tanpa suami tu, tak semestinya. Sekarang pun anak-anak sudah semakin membesar, kesusahan sudah hampir berlalu. Masalah pun sudah tak banyak. Jadi, saya tak perlu risau kalau hidup sendirian. Jangan bohong, tidakkah ada waktu ?lemah? seorang Rita Rudaini? Ada, memang ada. Waktu paling lemah bila malam menjelang, anak-anak sudah tidur, suasana sunyi sepi. Waktu itu saya selalu akan menangis. Saya jadi tak kuat apabila tengok anak tidur, saya sendiri. Rasa bersalah kepada anak-anak datang tiba-tiba. Selalu terfikir, kenapa orang buat kami sampai jadi macam ni? Pernah juga terfikir, kenapa dulu kami tak boleh korbankan perasaan sendiri, tolak ego, berkorban perasaan untuk anak-anak sendiri? Kenapa juga orang di sekeliling hidup kami lebih pentingkan untuk menjaga perasaan mereka sendiri daripada pentingkan kehidupan kami anak-beranak? Sekarang adalah masa untuk kami tebus dosa pada anak-anak.Kesilapan saya, saya akui, kesilapan orang lain saya tak nak ambil tahu lagi. Apa rancangan untuk anak-anak selepas ini? Banyak yang saya rancang untuk anak-anak. Memandangkan mereka hanya ada saya sebagai ibu dan bapa seharian, saya fikir perlu kurangkan aktiviti seni. Mereka tidak mempunyai pengasuh atau penghibur hati yang lain.Jadi, dunia saya sepenuhnya untuk mereka. Sekarang saya pun sudah ada perniagaan sendiri, lebih mudah untuk uruskan soal hidup termasuk soal kewangan dan waktu kerja. Saya juga lebih banyak menyimpan untuk anak-anak berbanding diri sendiri, itu pun tujuan saya berniaga. Saya selalu katakan kepada diri sendiri, seorang lelaki pergi, diberikan-Nya kepada saya dua lagi lelaki. Lelaki-lelaki kecil ini adalah dunia yang membuatkan saya mampu terus hidup. Petang itu, setelah lebih enam jam bersama di rumahnya, kami tinggalkan Rita dengan doa dan harapan. Semoga suatu hari nanti, hadir seorang lelaki yang baik, yang mampu menjaganya untuk seluruh kehidupan dan memimpin seorang Rita Rudaini ke syurga firdausi…Amin! Baca Yang Ini Pulak:- |
Berlakon Dengan Adi Putra, Aaron Aziz Tak Timbul Pula Isu Sebegini – Anzalna Posted: 27 Mar 2014 01:18 AM PDT Ya memang susah menjadi seorang pelakon lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah berumah tangga. Kalau ada pelakon wanita yang cantik dan berlakon babak romantis dengan si suami, sedikit sebanyak pastinya si isteri akan cemburu. Kemungkinan besar lakonan Anzalna begitu ketika membawa watak sebagai seorang perempuan simpanan sehingga telah timbul desas-desus isteri Izzue Islam, Awin Nurin cemburu melihat keintiman mereka berdua. Walaupun sebelum ini Awin Nurin telah tampil dan menafikan dakwaan cemburu tidak bertempat itu, ketidakhadiran Izzue Islam pada majlis pelancaran drama bersiri Aku Isterinya awal minggu ini menguatkan kembali desas-desus tersebut. Selaku seorang pelakon, Anzalna tidak menafikan dan kelihatan seolah-olah mengiyakan persengketaan yang timbul. Kata Anzalna menerusi Kosmo:-
Pedas juga kata-kata Anzalna itu bukan? Seperti yang kita tahu, sebelum ini Anzalna telah banyak berlakon dengan pelakon lelaki lain yang sudah berumah tangga, namun tidak pernah timbul isu sebegini. Kata Anzalna lagi:-
Sebagai seorang isteri kepada pelakon, Awin Nurin seharusnya memahami tanggungjawab suaminya. Mungkin lain kali boleh baca skrip terlebih dahulu dan kalau ada adegan romantik yang melampau, boleh terus tolak tawaran tersebut. Hati pun pasti akan lebih tenang dan tidak terganggu emosi. Harap-harap jangan kerana persengketaan ini akan timbul masalah menyelesaikan baki penggambaran yang dijadualkan berlangsung di Perth, Australia tidak lama lagi. Baca Yang Ini Pulak:- |
(7 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Aidil Zafuan & Zarema Zainal Posted: 26 Mar 2014 09:24 PM PDT Seronok Abang Nara melihat gambar pasangan suami isteri Aidil Zafuan dan Zarema Zainal ini. Memang terserlah kebahagiaan yang sedang dikecapi mereka setelah sah bernikah kira-kira 2 minggu lalu. Tentu mereka masih berada dalam fasa bulan madu dan sedang mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi. Apa pun, kehidupan selepas perkahwinan lebih mencabar dan pasti ada dugaan serta pancarobanya. Kenalah banyak bertolak ansur dan saling memahami. Semoga kebahagiaan yang dikecapi kini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar pasangan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. P.S: Berita baik untuk pelajar dan pemegang Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). Tebus BB1M dan menangi ipad di koperasi kedai buku universiti anda menggunakan 3 langkah mudah. Untuk maklumat lanjut layari www.pts.com.my/bb1m
Baca Yang Ini Pulak:- |
Shila Amzah Dihentam Peminat China Kerana #MH370 Posted: 26 Mar 2014 07:05 PM PDT Warga China yang terkesan dengan peristiwa MH370 bukan saja menghentam kerajaan Malaysia, Malaysia Airlines dan rakyat Malaysia, malah penyanyi Shila Amzah turut menerima tempias. Status terbaru yang dikemaskini oleh Shila di sebuah laman media sosial utama China iaitu Sina Weibo penuh dengan komen-komen negatif. Ada yang menghina, ada yang memaki, bahkan ada juga yang menghalau Shila dari bertanding dalam program I Am A Singer. Seolah-oleh mencari peluang untuk melepaskan kemarahan, orang yang tidak kena-mengena pula menjadi mangsa. Namun begitu, masih ada peminat Cina Shila yang mempertahankan beliau. Antara komen yang diterjemah menggunakan Google Translate:-
Seorang lagi menyatakan:-
Manakala seorang lagi berkata:-
Apa pun diharap Shila tabah menghadapi dugaan ini. Memang sukar mencipta nama di negara orang dan lebih sukar lagi dipersalahkan atas perkara yang langsung tidak kena mengena dengan beliau. Laporan asal: Wan Crazy Kid Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Tempatan Di Laureus World Sports Awards Posted: 26 Mar 2014 06:30 PM PDT Semalam telah pun berlangsung acara gilang-gemilang Laureus World Sports Awards 2014 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Majlis anugerah Laureus dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada ahli sukan seluruh dunia. Antara nama besar yang telah hadir ialah Eric Cantona, Jamie Foxx, Sebastian Vettel, Marc Marques dan ramai lagi. Pengacara bagi hos ini ialah Benedict Cumberbatch yang popular menerusi drama bersiri Sherlock Holmes. Selebriti-selebriti tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis anugerah ini. Antara yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza, Carmen Soo, Marion Caunter dan ramai lagi. Pastinya mereka tidak dapat melupakan kenangan manis dapat menghabiskan masa bersama dengan selebriti-selebriti antarabangsa. Jeles!!! Lagi beberapa gambar selebriti tempatan di Laureus World Sports Awards dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Zizan Razak Luah Rasa Cinta Di Hari Jadi Emma Maembong Posted: 26 Mar 2014 06:09 PM PDT Yeah~~ Tiada “timing” yang lebih tepat dan romantis untuk Zizan Razak meluahkan rasa cintanya kepada Emma Maembong melainkan di hari jadi pelakon comel itu. Kini berusia 22 tahun, Emma Maembong dikejutkan oleh sambutan hari jadi “suprise” yang dirancang oleh Zizan. Sampai menangis-nangis dibuatnya. Romantis sangat!!! Tambah menarik apabila Zizan meluahkan rasa kasih, cinta dan sayangnya kepada Emma Maembong menerusi akaun Instagramnya. Tulis Zizan:-
Nampaknya Zizan dan Emma tidak lagi bersembunyi daripada para peminat mengenai perasaan cinta mereka. Pada pandangan Abang Nara, mereka berdua memang sesuai, serasi dan sweet sangat bersama-sama. Diharap percintaan mereka akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari. Sama-samalah kita nantikan. Apa-apa pun, selamat hari jadi Emma Maembong. P.S: Nissan X-Gear Facelift dilancarkan pada harga RM89,800 Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAKZIAH)Datuk Osman Jantan @ Ali Mamak Meninggal Dunia Posted: 26 Mar 2014 05:52 PM PDT Datuk Osman Jantan atau Ali Mamak, seorang pelawak yang cukup dikenali di era 80′an dengan sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 4.20 pagi tadi kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya. Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini. Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk pengebumian sebelum Zohor. Bersama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nora Danish Temani Nedim Nazri Di Hospital Posted: 26 Mar 2014 05:30 PM PDT Amboi romantiknya pasangan “kawan tapi mesra” ini. Beruntunglah Nedim mempunyai seorang rakan yang sanggup menemani ketika saat gembira dan saat sedih. Respek Abang Nara terhadap Nora Danish yang sanggup turun ke hospital pada jam 3 pagi untuk melihat keadaan Nedim. Pasti Nora penat, namun demi seorang rakan, kepenatan itu dibuang jauh-jauh. Tidak diketahui pula punca kemasukan Nedim ke hospital beberapa hari yang lalu. Namun daripada update di akaun Instagramnya, Nedim telah pun keluar dan tampak sihat seperti biasa. Di kala cuaca panas dan hujan yang silih berganti ini, Abang Nara nasihatkan agar kita semua lebih berhati-hati dan serius menjaga kesihatan masing-masing. P.S: Imej satelit kenalpasti 122 objek di Lautan Hindi Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment