Powered by Blogger.

Kejutan! Pelakon Lagak Ngeri Filem Jet Li Antara Penumpang #MH370

Kejutan! Pelakon Lagak Ngeri Filem Jet Li Antara Penumpang #MH370


Kejutan! Pelakon Lagak Ngeri Filem Jet Li Antara Penumpang #MH370

Posted: 13 Mar 2014 01:33 AM PDT

Kejutan! Pelakon Lagak ngeri filem Jet Li antara penumpang #MH370 | Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company yang berkata, “Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” ujar Netflix dan The Weinstein Company.

Ju Kun, seorang pakar seni pertahanan diri veteran dan merupakan pembantu koreografer pernah menjadi pelakon lagak ngeri untuk watak Jet Li untuk filem seperti “Fearless”, “The Expendables” dan “The Forbidden Kingdom”.

Pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri “Marco Polo” yang dihasilkan oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan. “Marco Polo” dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.

JuKun-Fusco
Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

“Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” ujar Fusco.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 telah hilang daripada radar sekitar jam 1.30 pagi Sabtu lalu. Usaha mencari 227 penumpang dan 12 anak kapal masih lagi diteruskan dengan bantuan beberapa buah negara lain.

131 Sekolah Di Klang Ditutup Esok

Posted: 13 Mar 2014 01:04 AM PDT

131 Sekolah Di Klang Ditutup Esok  |  Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 241 iaitu kategori sangat tidak sihat, hari ini.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mahmud Karim ketika dihubungi berkata arahan telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Klang berdasarkan pemantauan paras jerebu di negeri itu.

Beliau berkata, tempoh penutupan sekolah tersebut akan bergantung kepada tahap bacaan IPU di kawasan itu dan pembukaan semula sekolah di daerah itu akan diumumkan kelak.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU pada jam 6 petang tadi menunjukkan Pelabuhan Klang merekodkan bacaan 241 iaitu kategori sangat tidak sihat. – Bernama

Didedahkan MH370 Dilarikan? Data Enjin Memperlihatkan MH370 Masih Terbang Di Udara Selepas Hilang Dari Radar

Posted: 13 Mar 2014 12:42 AM PDT

Didedahkan MH370 Dilarikan? Data Enjin Memperlihatkan MH370 Masih Terbang Di Udara Selepas Hilang Dari Radar | Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat MH370 masih berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat dikesan melalui radar awam.

Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbangkan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu telah diterbangkan tambahan 4 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin dilarikan.

Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak dari dikesan radar.

Sebagai Tanda Hormat, Kod MH370 Tidak Lagi Akan Digunakan MAS

Posted: 12 Mar 2014 09:57 PM PDT

Sebagai Tanda Hormat, Kod MH370 Tidak Lagi Akan Digunakan MAS | Sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan anak kapal MH370 berhubung kejadian 8 Mac lalu, kod MH370 bersama MH371 akan dihentikan (retired) penggunaannya untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam kenyataan di laman webnya berkata, bermula 14 Mac, nombor penerbangan untuk MH370 dan MH371 adalah seperti berikut;

MH 318 – Kuala Lumpur – Beijing

MH 319 – Beijing – Kuala Lumpur

"Tidak ada perubahan kekerapan dan kami akan tetap membuat dua kali penerbangan sehari ke Beijing," katanya.

MAS juga menurut kenyataan itu meneruskan in gatan dan doa terhadap semua yang terlihat dalam misteri kehilangan MH370.- Mynewshub

Aidid Marcello Tinggalkan TV3

Posted: 12 Mar 2014 09:56 PM PDT

Aidid Marcello  Tinggalkan TV3 | Personaliti TV3 Aidid Marcello mengakui keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai Penerbit Ekskutif di stesen berkenaan berkuatkuasa Isnin depan adalah sukar.

Aidid bagaimanapun berkata, keputusan itu adalah sesuatu perlu dilakukan kerana ingin memberikan perhatian kepada syarikat produksinya sendiri iaitu Mindquest Productions yang mula beroperasi secara rasmi sejak beberapa bulan lalu.

“Harus saya akui berat dan sukar untuk saya membuat keputusan meninggalkan kerjaya di TV3 tetapi ia adalah sesuatu yang harus saya lakukan demi masa depan.

“Bagaimanapun ini adalah satu peralihan dalam karier saya ke tahap lebih tinggi dan berharap dapat mengembangkan lagi kerjaya saya dalam bidang penyiaran,” katanya kepada mStar Online.

Aidid ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge di sini, Rabu.

Program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.

Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.

Dalam perkembangan sama, Aidid berkata, faktor usia dan keluarga turut menyumbang kepada keputusan tersebut dan apa yang dilakukannya adalah demi anak-anaknya.

Hasil perkahwinan Aidid dengan Norzie Pak Wan Chek mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Alyea Nai Lina, 8, Muhammad Iman, 6, Muhammad Yusof, 4 dan Muhammad Ibrahim, 8 bulan.

Sementara itu, Aidid berkata, produksi miliknya itu akan memberi tumpuan kepada penerbitan program berbentuk majalah dan dokumentari untuk semua saluran yang ingin menggunakan khidmatnya.

Bagaimanapun kata Aidid, dia juga masih terbuka untuk menerima tawaran sekiranya ada pihak ingin menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk program terbitan mereka pada masa hadapan.

“Sebelum ini produksi saya pernah menerbitkan beberapa dokumentari dan video korporat selain beberapa iklan komersial.

“Pun begitu saya akan tetap terbuka untuk menerima sebarang undangan sebagai pengacara dan keutamaan adalah kepada TV3 yang telah banyak menaikkan saya dalam bidang ini,” katanya.-mStar

Diana Danielle Rancang Mahu Tambah Anak

Posted: 12 Mar 2014 09:52 PM PDT

Diana Danielle Rancang Mahu Tambah Anak| Lama kami tidak menulis tentang perkembangan Diana Danielle selepas beliau kembali aktif dalam dunia seni dan kini khabarnya sedang giat menulis skrip teater selepas tamat pengajian beliau di National Institute of Dramatic Art (Nida), Australia.

Selepas muncul dalam Kami Histeri yang ditayangkan di seluruh neraga baru baru ini, Diana Danielle berkata yang beliau akan lebih selektif untuk berlakon dalam mana mana filem selepas ini dan bukan kerana hanya mahu kekal dalam industri.

"Saya tidak mahu berlakon banyak filem untuk terus kekal dalam industri ini. Bagi saya biarlah apa yang saya lakukan itu adalah hasil yang terbaik"

"Memang saya meletakkan standard untuk menilai lakonan sendiri setiap kali filem saya muncul di panggung. Itu merupakan kepuasan untuk saya. Ia mestilah bermula dari kekuatan skripnya, pelakon dan pasukan produksi itu sendiri," jelas Diana Danielle.

Bercakap kepada Sinar Harian juga, isteri kepada Farid Kamil ini turut mendedahkan perancangan beliau untuk menambah anak dalam tempoh tiga tahun akan datang dan turut menjelaskan kenapa tubuh badannya kini semakin kurus gara gara anaknya, Muhammad.

"Sebenarnya, berat badan saya sama sahaja seperti dulu. Seperti wanita hamil lain, saya juga mengalami penurunan berat badan setelah melahirkan anak. Saya juga tidak mengamalkan diet — tetapi setiap kali makan, saya akan lebihkan sayur-sayuran"

"Itu adalah masa terbaik kerana kami mahu memastikan Muhammad mendapat kasih sayang yang tak berbelah bahagi daripada orang tuanya. Saya akan pastikan Muhammad juga mendapat pendidikan agama terbaik selepas ini," tambahnya lagi.-rotikaya

Bukti Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat Pesawat MH370 Terbakar

Posted: 12 Mar 2014 03:34 PM PDT

Bukti Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat Pesawat MH370 Terbakar  |  Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael McKay mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam.


Dia yang bekerja dengan syarikat pelantar minyak ‘Songa Mercur’ di sekitar Vung Tau percaya bahawa objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang, menurut laporan dari laman web ‘Business Insider’.
Seorang wartawan Australia mendedahkan maklumat tersebut selepas mendapat surat yang dikirim Michael.Michael yang melihat kejadian itu mendakwa telah menghantar emel kepada majikannya dengan menyatakan bahawa dia ‘melihat pesawat yang terbakar di kawasan yang tinggi kira-kira 50-70 KM’ dari lokasi dia berada.

“Masanya juga tepat. Kapal terbang yang terbakar itu masih sempurna bentuknya,” dakwanya.

Michael berkata dia cuba menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam mengenai apa yang dilihatnya beberapa hari lalu tetapi tidak pasti sama ada mereka menerima maklumat yang dihantarnya.

PESAWAT-MH370-TERBAKAR-MENJUNAM-DIDEDAHKAN
Wartawan ABC News, Bob Woodruff mendapat salinan emel yang dihantar itu.

emel
Pegawai Vietnam mengesahkan kepada wartawan ABC News bahawa mereka telah menerima surat tersebut, tetapi tiada serpihan yang dijumpai di lokasi yang dinyatakan Michael.

Pegawai-pegawai di Vietnam sedang menyiasat sama ada surat yang dihantar Michael mungkin merupakan satu penipuan, dipetik daripada ‘washingtontimes.com’.

Berdasarkan koordinat GPS yang diberikan Michael dan laluan asal penerbangan MH370, terdapat kemungkinan bahawa dakwaan Michael adalah betul.

Namun ia juga bercanggah dengan teori bahawa pesawat telah berpatah balik seperti yang dinyatakan pasukan tentera yang menjalankan siasatan.

Nora Danish Berang Didakwa Sambut Harijadi Di Kelab Malam Haram

Posted: 12 Mar 2014 11:44 AM PDT

Nora Danish Berang Didakwa Sambut Harijadi Di Kelab Malam Haram | Pelakon Nora Danish menafikan dia menyambut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di sebuah kelab malam haram yang terletak di Bandar Utama, Selangor.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, 32, dia hanya menyambut hari jadinya pada 7 Mac lalu di sebuah restoran di Damansara, Selangor.

"Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.

Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-lama sosial."

Semalam, laman sosial dan blog-blog hiburan kecoh apabila episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan hampir dicekup apabila menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah di Bandar Utama untuk meraikan hari lahirnya pada Sabtu lalu bersama beberapa teman rapatnya.

Laporan itu turut mendakwa, Ibu kepada seorang anak itu turut dilaporkan sempat meloloskan diri sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menyerbu premis hiburan yang tidak berlesen itu.

Aaron Aziz Tak Percaya Spekulasi MH370

Posted: 12 Mar 2014 10:54 AM PDT

Aaron Aziz Tak Percaya Spekulasi MH370 | PENGARUH selebriti terhadap orang ramai sememangnya tidak boleh disangkal terutama dalam meluahkan buah fikiran mereka.

Agak menyedihkan bila ada segelintir daripada mereka yang memuatnaik status yang kurang matang terutama mengenai kehilangan pesawat MH370.

Mujurlah ada artis seperti Aaron Aziz yang masih rasional dengan meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi yang tidak membantu dalam pencarian pesawat tersebut menerusi akaun Twitternya.

Memang betul kata-katanya itu. Lebih baik tunggu dan berdoa daripada menyebar info yang tak pasti kesahihannya, tak gitu? Oleh: ELZA

Mayat Ditemui Di Selat Melaka Bukan Mayat Mangsa MH370

Posted: 12 Mar 2014 10:47 AM PDT

Mayat Ditemui Di Selat Melaka Bukan Mayat Mangsa MH370 | Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.

Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini.

"Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya.

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani