Hanez Suraya Tak Takut Dibaling Telur
Hanez Suraya Tak Takut Dibaling Telur |
- Hanez Suraya Tak Takut Dibaling Telur
- Ammar Alfian Berazam Ingin Jadi Budak Baik
- (25 GAMBAR)Awal Ashaari & Scha Al Yahya Bulan Madu Di United Kingdom
- (13 GAMBAR)Lisa Surihani Sambut Hari Jadi Yang Ke 28
- Kenapa Fasha Perlu Bermuka-muka? – Amyra Rosli
- (TAHNIAH)Hairi Anak Wayang Kini Suami Kepada Fara Afiza
Hanez Suraya Tak Takut Dibaling Telur Posted: 24 Mar 2014 01:43 AM PDT Ya memang kasihan menjadi insan yang bernama Hanez Suraya di saat ini. Semua benda yang dilakukan pasti mendapat tentangan daripada orang ramai. Seperti yang pernah Abang Nara beritahu, sebelum ini ada pihak yang mengecam dan mengugut mahu melempar telur ketika teater Projek Kahwin yang melibatkan Hanez Suraya. Namun Hanez menerusi Utusan Malaysia semalam tidak menunjukkan rasa gentarnya terhadap ugutan tersebut. Kata Hanez:-
Hanez juga memaklumkan yang walaupun ditimpa kontroversi ini, dirinya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Tambah Hanez lagi:-
Rasanya tak mungkin tragedi baling telur akan berlaku di Istana Budaya kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanez tak perlu risau. Cuma mungkin ketika keluar berjalan-jalan kena berhati-hati sedikit. Mana tahu ada pihak yang bengang sehingga mengambil keputusan memarahi Hanez di khalayak ramai. Baca Yang Ini Pulak:- |
Ammar Alfian Berazam Ingin Jadi Budak Baik Posted: 24 Mar 2014 12:44 AM PDT Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Terharu Abang Nara membaca luahan kata-kata Ammar Alfian di BiPop semalam. Siapa sangka, pelakon yang penuh kontroversi ini berazam untuk menjadi budak baik. Selama ini sememangnya imej “bad boy” sinonim dengan Ammar. Semoga azam Ammar kali ini akan menjadi kenyataan dan bukannya sekadar omong kosong. Kata Ammar Alfian:-
Baguslah ada niat untuk berubah. Kalau dulu memang penuh dengan kontroversi, kali ini kurangkanlah. Tumpukan pada lakonan. Kalau setakat popular kerana kontroversi tak guna juga kan? Kepada Ammar, berusahalah. Yang penting, jangan pedulikan kata-kata orang. Yang nak berubah adalah kita. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
(25 GAMBAR)Awal Ashaari & Scha Al Yahya Bulan Madu Di United Kingdom Posted: 23 Mar 2014 08:59 PM PDT Amboi kenapa la sweet sangat pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini? Boleh menimbulkan rasa cemburu (ok gurau jer). Seronok sungguh melihat aksi romantis dan bersahaja mereka berdua ketika bercuti/berbulan madu ke United Kingdom baru-baru ini. Banyak sungguh tempat yang mereka berdua sempat lawati. Walaupun sedang hamil, Scha nampak masih aktif dan bersemangat menemani suaminya berjalan-jalan. Orang kata banyak berjalan nanti senang ketika nak beranak. Abang Nara tengok raut muka Scha nampak gaya anak yang dikandung seperti berjantinakan perempuan. Sama-samalah kita nantikan kelak. Semoga percutian merangkap bulan madu ini mengeratkan lagi hubungan Awal dan Scha. Seronok Abang Nara melihat keceriaan mereka berdua. Semoga kekal “sweet” sepanjang masa. Lepas ini bolehlah mula cari barang baby. Abang Nara berani jamin keseronokan ketika melakukan pencarian. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Selfie dengan sellotape kini jadi trend
Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Lisa Surihani Sambut Hari Jadi Yang Ke 28 Posted: 23 Mar 2014 08:26 PM PDT Pejam celik pejam celik selebriti kegemaran rakyat Malaysia iaitu Lisa Surihani sudah pun berusia 28 tahun. Pantas sungguh masa berlalu kan? Dianjurkan oleh suami tercinta, baru-baru ini telah diadakan sambutan hari jadi untuk si cantik manis ini. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang rapat dengan Lisa Surihani. Antara selebriti yang hadir untuk menyambut hari jadi Lisa Surihani ialah Fazura, Scha, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Yusry juga turut meluahkan kata-kata romantis sempena hari jadi isterinya yang ke 28 ini di akaun Instagramnya:-
Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Lisa Surihani. Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Stay cool dan comel sentiasa. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Honda NM4, motosikal berkonsepkan Akira
Baca Yang Ini Pulak:- |
Kenapa Fasha Perlu Bermuka-muka? – Amyra Rosli Posted: 23 Mar 2014 07:29 PM PDT Wow. Terkejut Abang Nara membaca luahan hati pelakon baru Amyra Rosli di BiPop semalam. Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Fasha Sandha pernah membidas Amyra kerana sering datang lewat ke lokasi penggambaran. Selaku seorang pelakon senior, Fasha memang dikenali sebagai seorang yang menepati masa, berdisplin dan tidak menyusahkan orang lain. Sebelum ini, Fasha turut membidas Dazrin, tunang Amyra Rosli kerana kelakuan yang serupa. Menerusi BiPop semalam, Amyra Rosli menjelaskan yang tuduhan oleh Fasha adalah tidak betul. Malah Amyra juga mempersoalkan motif Fasha membuat tuduhan sebegitu. Amyra juga mengakui sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kata Amyra:-
Agak pelik juga kan? Setahu Abang Nara, Fasha bukanlah seorang yang sesenang hati menuduh orang lain melainkan perkara tersebut benar-benar berlaku. Namun Abang Nara suka dengan ketegasan Amyra Rosli yang enggan diperkotak-katikkan walaupun merupakan orang baru dalam industri. Kata Amyra lagi:-
Hmmmm. Selagi tak dengar penjelasan daripada Fasha Sandha, sukar untuk Abang Nara mempercayai kata-kata Amyra Rosli. Keprofesional dan ketinggian tahap displin Fasha sememangnya sudah terbukti sekian lama. Malah Fasha juga bukan orang yang suka mencipta publisiti murahan sebegini. Apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan selanjutnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Hairi Anak Wayang Kini Suami Kepada Fara Afiza Posted: 23 Mar 2014 07:08 PM PDT Juara program Anak Wayang musim pertama, Mohd Hairi Safwan Aznan kini sah bergelar suami kepada Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung Sabtu lalu kira-kira jam 10.30 pagi di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. Untuk makluman, isteri Hairi merupakan seorang bakal guru. Pada majlis tersebut Hairi menghantar mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 dan juga wang hantaran sebanyak RM15,000. Pengantin lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya kasut, minyak wangi, beg tangan, kamera, sirih junjung, kek dan coklat. Pengantin perempuan membalas dengan sebelas dulang yang berisi kasut, jam tangan, sejadah, buah-buahan, jaket, beg, sirih junjung, minyak wangi dan coklat. Tahniah diucapkan kepada Hairi dan Fara atas perkahwinan ini. Semoga berkekalan ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Anda berdua memang sama cantik dan sama padan. Sumber asal Mstar Online. P.S: Juruterbang kacak dari Australia curi perhatian dalam misi pencarian MH370 Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment