Powered by Blogger.

Dituduh Palsukan Sijil Nikah, Ummi Nazeera Dakwa Bapa Sengaja Aniaya Ibunya

Dituduh Palsukan Sijil Nikah, Ummi Nazeera Dakwa Bapa Sengaja Aniaya Ibunya


Dituduh Palsukan Sijil Nikah, Ummi Nazeera Dakwa Bapa Sengaja Aniaya Ibunya

Posted: 27 Mar 2014 11:31 PM PDT

Dituduh Palsukan Sijil Nikah, Ummi Nazeera Dakwa Bapa Sengaja Aniaya Ibunya|Pada 20 Mei 2013, ibu kepada seorang pelakon terkenal yang pernah membintangi filem Hikayat Merong Mahawangsa telah didakwa dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2009.

Tertuduh, Datuk Maziah Binti Musa didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Narathiwat Thailand.

Menurut laporan portal Malaysian Digest, suami Maziah, Datuk Zainul Abidin Bin Mat Akhir merupakan pengadu yang mana kes ini mempertikaikan tarikh perkahwinan sebenar kali kedua antara pengadu dengan tertuduh.

Pasangan yang masih bergelar suami isteri hingga ke hari ini mendirikan rumah tangga pertama kali di Narathiwat pada 26 Mac 1988 namun menurut Zainul Abidin, perkahwinan kedua mereka berlaku pada 2 Januari 1999 dan bukan 25 Disember 1997 seperti didakwa.

ummy Dituduh Palsukan Sijil Nikah, Ummi Nazeera Dakwa Bapa Sengaja Aniaya Ibunya

Namun menurut portal yang sama juga, Ummi Nazeera yang ditemui oleh wartawan selepas selesai perbicaraan ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur mendakwa ibunya dianiayai oleh bapanya sendiri.

Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti-bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah beliau itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak di sana.

Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ini dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya ni sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne.

Menurut Ummi lagi, peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin yang mewakili ibunya tidak bertanyakan sebarang soalan kepada saksi pada hari ini atas alasan saksi yang hadir tidak relevan.

Untuk pengetahuan anda, pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.

Mahkamah hari ni menetapkan 14 dan 15 Mei 2014 sebagai tarikh untuk menyambung semula perbicaraan kes ini.-ohbulan

Demi Mendidik Anak,Azizul Dan Shalwati Dipenjara 14 Dan 10 Bulan

Posted: 27 Mar 2014 11:26 PM PDT

Demi Mendidik Anak,Azizul Dan Shalwati Dipenjara 14 Dan 10 Bulan| Pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa memukul anaknya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di negara itu kerana melanggar hak integriti anak-anak mereka.

Pengarah Tourism Malaysia Azizul Raheem Awaluddin dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana didapati bersalah melanggar mencabul integriti anak lelaki paling tuanya, Ammar, 13 tahun, memukul anak sulungnya Aisyah, 15 tahun dan Adam, 12 tahun.

Azizul bagaimanapun dilepaskan dari tuduhan melakukan keganasan ke atas anak bongsunya, Arif, 8 tahun.Isterinya, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan kerana mencabul hak integriti Aisyah, termasuk didapati bersalah memukul dua lagi anak lelakinya iaitu Adam dan Arif.

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat. – MYNEWSHUB.MY

Siapa Gerangan Cinta Sejati Lana Nordin?

Posted: 27 Mar 2014 11:13 PM PDT

Siapa Gerangan Cinta Sejati Lana Nordin?| Pelakon Lana Nordin mengakui masih belum bertemu jodoh sejak putus cinta dengan aktor Johan As’ari pada akhir tahun lalu.

Lana berkata, dia enggan terlalu teruja dalam mencari pasangan yang sesuai sebaliknya hanya menyerah perkara itu kepada takdir.

“Jodoh itu kan di tangan Tuhan. Siapalah saya untuk menentukannya.”Saya tidak serik dengan cinta, cuma masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai,” katanya.

Tambah Lana, buat masa ini, dia lebih senang dengan statusnya sebagai wanita solo namun tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Lana yang baru pulang dari menunaikan Umrah di Mekah pada 28 Februari lalu berkata, dia kini lebih tenang dalam menjalani kehidupan hariannya.

Malah dia juga berharap agar dapat menjadi wanita Muslim yang lebih baik dengan mengubah diri sedikit demi sedikit.

“Alhamdulillah, sekarang ini saya lebih fokus dengan setiap perkara yang saya lakukan dalam ingin menjadi seorang wanita yang lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, ketika masih lagi menjalinkan hubungan dengan Johan, Lana pernah meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik sedikit demi sedikit.

Dalam perkembangan lain,  Lana baru saja selesai menjalani penggambaran drama Joyah vs Bedah, terbitan Zeel Production untuk siaran TV9 dan akan menjalani beberapa penggambaran drama pada bulan depan.

“Alhamdulillah, rezeki lakonan masih lagi di pihak saya. Tawaran yang diterima juga masih ada dan saya harap dapat bekerja keras lagi untuk menjadii pelakon yang terbaik juga,” tuturnya.-mstar

Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit

Posted: 27 Mar 2014 11:57 AM PDT

Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit  |  Agnes Monica adalah seorang artis Indonesia yang cukup popular dan digemari dikalangan remaja di Malaysia terutama dari segi penampilan dan nyanyiannya ketika menari.

Bagaimanapun disebabkan terlalu exstrem menari dan menyanyi kadang kala empunya diri lupa tentang penampilan diri yang secara tidak lansung mendedahkan aset aset sulit di khalayak penonton. Lebih lebih lagi paparazi yang menunggu masa untuk mengambil nice shoot.

Sekiranya aksi sebegini dilakukan oleh artis malaysia sudah tentu akan menerima kutukan dan kritikan hebat atau mungkin bakal di banned.

Jom lihat aksi Agnes Monica yang mengiurkan!

13458817553 89eece7800 Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit
13458694315 2e33157e4d Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit
13459060764 7526f27bd9 b Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit
13458821483 8c0c09e2c9 o Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit
13458701345 120002c58e b Gambar Agnes Monica Tayang Aset Sulit

7 Artis Melayu Yang Sanggup Berbogel Dalam Filem Malaysia

Posted: 27 Mar 2014 11:05 AM PDT

7 Artis Melayu Yang Sanggup Berbogel Dalam Filem Malaysia | Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!

1 – Zizan
zizan1 7 Artis Melayu Yang Sanggup Berbogel Dalam Filem MalaysiaZizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

2 – Ana Dahlia
Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.

3 – Arja Le
Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu "Alat Sulit" saya tak nampak.

4 – Fasha Sandha
Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.

5 – Remy Ishak
Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek"Comolot" yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.

6 – Nabila Huda
nabila bohsia 300x225 7 Artis Melayu Yang Sanggup Berbogel Dalam Filem MalaysiaFilem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.

7 – Maya Karin
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

8- Nurul Ain
Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul "Suatu Malam Kubur Berasap" tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.

9 – Zul Handy Black
Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang.

#MH370: Artis China Zhang Ziyi Kutuk Malaysia

Posted: 27 Mar 2014 10:51 AM PDT

#MH370: Artis China Zhang Ziyi Kutuk Malaysia | Selebriti wanita ternama China termasuk pelakon cantik, Zhang Ziyi secara terbuka telah menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Para artis tersebut telah membuat kenyatan sedemikian di laman Weibo – sejenis laman sosial seperti Twitter – untuk mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China memboikot produk Malaysia.

"Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan masa (demi politik).

"Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.

"Anda salah kerana tidak menghormati usaha seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran," tulisnya dalam Weibo.

Salah seorang penumpang dalam pesawat malang tersebut adalah perekatari dan pelakon lagak ngeri popular Ju Kun yang pernah bekerjasama dengan Zhang.

Sementara itu, seorang lagi selebriti nyanyian negara itu, Chen Kun mengumumkan bahawa beliau tidak lagi menghormati kerajaan Malaysia.

Chen berkata beliau akan memboikot keseluruhan produk Malaysia.

Tulisan berkenaan muncul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu mengumumkan pasukan penyiasat percaya penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi – jauh dari sebarang daratan.

Ia selari dengan sentimen para waris penumpang warga China, yang berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan MAS.

Laporan menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan mempamerkan kain rentang, lapor Malaysiakini.

Kontroversi : Aksi Nur Fazura dan Kekasih Randy Bercium Sakan di KLIA

Posted: 27 Mar 2014 10:38 AM PDT

Kontroversi : Aksi Nur Fazura dan Kekasih Bercium Sakan di KLIA !  |  Heboh di media mengenai selebriti jelita Nur Fazura dan kekasihnya Randy di khabarkan bercium sakan di KLIA, mengikut laman media popular Roti Kaya selebriti jelita tersebut bercium di Lampangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru dan menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan.

Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette ini beliau dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti yang sakan melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

"Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat," tulis wartawan itu.

Wartawan itu turut menulis mengatakan yang pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling.

"Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun"

"Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok," dedah wartawan itu lagi hari ini.
Menariknya wartawan ini mendakwa para jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat.

Namun di harap Fazura tidak mudah melatah ini mungkin hanya gossip, mereka mengatakan ada bukti gambar anda melakukan perkara demikian,namun tiada satu pun bukti gambar yang mereka tunjuk kan untuk di jadikan bukti yang anda bertidak demikian.

MH370 : Penjenayah Siber Eksploitasi Kehilangan #MH370

Posted: 27 Mar 2014 09:57 AM PDT

MH370 : Penjenayah Siber Eksploitasi Kehilangan #MH370 | Berita tergempar, pesawat MH370 dijumpai itulah satu perkataan khas yang digunakan oleh penjenah siber bagi mendapat perhatian orang ramai berkenaan kehilangan Pesawat MH370 baru baru ini.

Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi mereka.

Sebuah firma keselamatan internet, TrendMicro semalam memberi amaran kepada pengguna internet supaya berhati-hati apabila menekan pautan dikongsi di laman-laman sosial yang memaparkan berita terbaru kehilangan pesawat MH370 tersebut.

MH370 dijumpai lautan hindi MH370 : Penjenayah Siber Eksploitasi Kehilangan #MH370
Pusat kajian, perkhidmatan dan sokongan rangkaian global milik firma itu mengesan beberapa fail pengaturcaraan komputer yang menyamar sebagai satu klip video yang membolehkan penjenayah siber mengumpul data pengguna.

"Kehilangan misteri pesawat ini menarik perhatian dunia dan hanya menunggu masa untuk penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap peristiwa ini," kata pakar TrendMicro, Paul Oliveria.

Katanya, penjenayah siber akan menggunakan tajuk pada pautan di laman sosial Facebook seperti: "Berita tergempar, pesawat MH370 dijumpai" untuk mengumpan pengguna menekan pautan berkenaan.

"Apabila pautan itu ditekan pengguna dibawa ke laman palsu dan mereka diminta untuk menekan satu lagi fail bagi memainkan video berkenaan sebelum fail tersebut dikongsi kepada akaun Facebook milik rakan mangsa.

"Pengguna juga diminta mengesahkan umur mereka dengan membuat satu ujian yang sebenarnya satu helah untuk mendapatkan data peribadi pengguna internet," katanya.

Penjenayah siber sebelum ini pernah mengeksploitasi beberapa tragedi seperti kejadian Taufan Haiyan di Filipina pada tahun lalu dan serangan bom di acara maraton di Boston, Amerika Syarikat untuk mengumpan mangsa melayari laman web palsu. –AFP

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani