Demi Suami Orang Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Sebagai Duta Produk Aura White
Demi Suami Orang Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Sebagai Duta Produk Aura White |
- Demi Suami Orang Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Sebagai Duta Produk Aura White
- Raja Bomoh Mahu Hantar KJ Ke Alam Ghaib
- Kejutan Pancing Toman Dapat Buaya
- MH370: Al-Qaeda turut terlibat?
- MH370 Dikhuatiri Terhempas Di 2 Lokasi Lautan Hindi
- Kemeriahan Majlis Pernikahan Aidil Zafuan
- Sejarah Penerbangan Malaysia
- Oh Internet!
- Acara Batal, Penganjur Buat Bayaran Balik Tiket
- 6 Mati Ambil Dadah Berlebihan di Konsert FMFA 2014 – Festival Muzik
Demi Suami Orang Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Sebagai Duta Produk Aura White Posted: 16 Mar 2014 02:44 AM PDT Demi Suami Orang Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Sebagai Duta Produk Aura White | Nampaknya kontroversi yang melanda Hanez Suraya benar-benar memberi kesan kepadanya apabila nama Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit, Aura White sudah pun ditarik balik. Menurut sumber, Aura White terpaksa berbuat keputusan drastik sedemikian kerana enggan menjejaskan jualan produk mereka di kalangan pelanggan setia ekoran duta mereka Hanez dihimpit isu merampas suami orang.
Kepada Hanez, diharapkan selepas ini dia lebih berhati-hati dalam melakukan setiap tindak-tanduk. Kontroversi yang dicetuskan sebelum ini bukan sahaja mencemarkan imej bahkan menutup periuk nasinya sendiri. |
Raja Bomoh Mahu Hantar KJ Ke Alam Ghaib Posted: 16 Mar 2014 02:11 AM PDT Raja Bomoh Mahu Hantar KJ Ke Alam Ghaib | Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin di nasihatkan agar menarik kembali kenyataan yang di keluarkan sebelum ini. Menurut Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin hentikan perbalahan sesama sendiri, tambahan pula ketika musim pilihan raya. "Di Rembau budak-budak saya, (silat) gayung ghaib, Selendang Merah banyak calon (sokong) dia. Masa pilihan raya (PRU13) saya kata pangkah Khairy (ini) menantu Pak Lah (mantan Perdana Menteri) baik, budak muda (dan) bakal pemimpin. Hari ini dia boleh kutuk saya.
Beliau turut mengingatkan Khairy agar jangan mencampuri urusan tiada kena mengena dengannya.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut.
Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini. Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu. Ibrahim turut menyelar Khairy yang dikatakan mempertikaikan gelaran 'Raja Bomoh' yang disandangnya.
Beliau turut berulang lagi mengingatkan Khairy agar jangan mencabar orang tua.
|
Kejutan Pancing Toman Dapat Buaya Posted: 16 Mar 2014 02:00 AM PDT Kejutan Pancing Toman Dapat Buaya | Seorang pemancing yang menyangkakan umpan pancingnya diragut ikan toman terkejut apabila mendapati seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter yang tersangkut pada mata kail di sungai di Kampung Parit Bugis, di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan Kalit Morsid, 55, terpaksa meminta bantuan rakan pemancing lain serta penduduk setempat untuk membantu menaikkan reptilia itu. Sebaik berjaya dinaikkan, Kalit dibantu orang ramai mengikat buaya berkenaan supaya tidak bertindak agresif. |
MH370: Al-Qaeda turut terlibat? Posted: 16 Mar 2014 01:56 AM PDT MH370: Al-Qaeda turut terlibat? | Petunjuk baharu yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemungkinan pesawat MH370 dirampas, dikaitkan pihak yang terlibat meniru gaya kumpulan pengganas al-Qaeda. Pakar keselamatan Britain yang enggan dikenali berkata, siasatan akan dibuat terhadap kemungkinan perampas mahu melancarkan serangan berani mati seperti al-Qaeda pada 11 September 2001. Jelas pakar itu, sumber al-Qaeda yang memberitahu sebuah mahkamah pada minggu lalu melaporkan, empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas pesawat dan menggunakan sebutir bom yang disembunyikan di dalam kasut bagi meletupkan pintu kokpit.
|
MH370 Dikhuatiri Terhempas Di 2 Lokasi Lautan Hindi Posted: 16 Mar 2014 01:52 AM PDT MH370 Dikhuatiri Terhempas Di 2 Lokasi Lautan Hindi | Pesawat MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu, dikhuatiri terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak selepas terbang sejauh beribu kilometer. Rangkaian televisyen CNN yang memetik kenyataan sumber di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, satu analisis berdasarkan isyarat lemah yang dihantar kepada satelit dan data radar tentera mendapati, pesawat MH370 berkemungkinan terhempas sama ada di Teluk Bengal atau lokasi lain di Lautan Hindi. Laporan analisis tersebut yang dilakukan oleh pasukan penyiasat Malaysia dan AS mungkin dapat mengecilkan kawasan pencarian pesawat terbabit yang hilang sejak seminggu lalu. Kedua-dua pihak turut menjalankan analisis secara terperinci bagi mencari petunjuk kemungkinan pesawat itu menukar haluan penerbangan merentasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Teluk Bengal atau lokasi lain di bahagian barat daya Lautan Hindi. Dalam pada itu, sumber berkenaan berkata, isyarat lemah yang diterima satelit menunjukkan pesawat terbabit menempuh penerbangan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak. Sumber itu menambah, pesawat MH370 tidak mungkin memasuki ruang udara India yang dilengkapi kekuatan pertahanan udara dan kawasan liputan radar yang luas bagi mengesan serta memintas kapal terbang berkenaan. Jelasnya, isyarat yang dihantar pesawat ibarat 'tanda berjabat tangan' atau komunikasi ringkas antara pesawat dan satelit.
-AGENSI/REUTERS |
Kemeriahan Majlis Pernikahan Aidil Zafuan Posted: 15 Mar 2014 09:50 PM PDT Jumaat lalu, kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Razak telah pun selamat bergelar suami kepada Zareema Zainal yang merupakan anak kepada bekas ahli politik. Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di kediaman pengantin perempuan di Pelabuhan Klang, Selangor. Dengan sekali lafaz, Aidil sah bergelar suami Zareema yang menerima mas kahwin sebanyak RM7,000. Antara selebriti hiburan dan sukan tempatan yang hadir memeriahkan majlis itu ialah Safee Sali, Nora Danish, Ayu Raudhah dan Betty Rahmad. Jom saksikan foto-foto menarik sepanjang majlis tersebut.-mynewshub Semoga berkekalan hingga akhir hayat:) |
Posted: 15 Mar 2014 09:46 PM PDT Sejarah Penerbangan Malaysia | Malayan Airways Satu inisiatif untuk memulakan servis udara menghubungkan Pulau Pinang dan Singapura oleh Ocean Steamship Company, Liverpool, The Straits Steamship Company, Singapore dan Imperial Airways membawa kepada penubuhan Malayan Airways Limited atau MAL pada 12 Oktober 1937. Pada 2 April 1947, servis pertama bermula dengan pesawat Airspeed Consul terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Dalam masa 3 bulan sahaja, servis udara MAL berkembang meliputi Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon. British Overseas Airways Corporation (BOAC – sekarang British Airways), pelopor teknologi udara dan pemegang saham utama dalam MAL, kemudiannya membekalkan perkhidmatan teknikal seperti membaiki pesawat dan latihan. Kehadiran BOAC juga membolehkan MAL menjadi ahli IATA. Bagi memenuhi keperluan serantau MAL membeli satu DC-3 yang mampu menampung 21 penumpang. Manakala, pada tahun 1958, MAL menambah pesawat mereka dengan memperoleh lima pesawat Beavear dan satu DC-4 Skymaster, dimana pesawat ini digunakan untuk penerbangan ke Hong Kong, destinasi pertama MAL di luar Asia Tenggara. Proses perkembangan pesawat diteruskan pada tahun 1959 apabila MAL memasuki era jet dengan pembelian pesawat Vickers Viscount. Mnakala pada tahun 1960, satu Lokheed Super Constellation memasuki servis MAL, digunakan untuk sektor Asia. Melalui pembelian satu Briston Britania, yang mampu menerbangkan 82 penumpang, membolehkan pengangkutan udara meju setapak dimana MAL memulakan penerbangan tanpa henti pertama diantara Kuala Lumpur dan Hong kong Malaysian Airlines Limited dan Malaysia-Singapore Airlines Era 60-an menyaksikan perubahan dalam bidang pengangkutan udara. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 membawa kepada penukaran nama Malayan Airways kepada Malaysian Airlines Limited (MAL). Dan sebagai penerbangan kebangsaan, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Singapura. Melihatkan pentingnya integrasi diantara Borneo dan Semenanjung Malaysia, maka Borneo Airways bergabung dengan MAL pada tahun 1963 dan membeli 5 F27. Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, Sistem Penerbangan Malaysia bagi pihak Malaysia pada April tahun yang sama dan Singapore Airlines di pihak Singapura. Malaysian Airline System Pada tahun 1972 Malaysia Airline System atau MAS terbang ke 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Manakala pada November 1972, MAS menjadi ahli Orient Airlines Association (OAA). Pada tahun 1973, perkembangan yang pesat menyaksikan MAS menerbangkan 2 juta penumpang. Malah, globalisasi membolehkan MAS menambah destinasi antarabngsanya seperti Amman, Hat Yai dan Jeddah. Manakala, pada tahun 1975, majalah Wings of Gold diperkenalkan. Pada tahun 1976, MAS memasuki era informasi dimana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pesawat DC10 memasuki perkhidmatan membolehkan MAS menawarkan perkhdmatan yang lebih selesa dan efisien. Servis udara ke Frankfurt, Amsterdam dan Paris diperkenalkan. Pada tahun 1985, melalui Dasar Penswastaan, MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaikpulih pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan mendirikan ibu pejabat baru di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Bangunan setinggi 36 tingkat ini menelan belanja RM88 juta, kini menjadi salah satu pencakar langit menghiasi Kuala Lumpur. Malaysia Airlines Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax. Malaysia Airlines (Bahasa Melayu: Sistem Penerbangan Malaysia); ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua. Sejarah Pada 12 Oktober 1937, sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini. Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke KUala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura. Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong. Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines. Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS). Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.=cari |
Posted: 15 Mar 2014 09:40 PM PDT Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut. Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford. Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia. Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995. Begitulah serba sedikit sejarah Internet yang menjadi satu medium penting dalam kehidupan kita sekarang. |
Acara Batal, Penganjur Buat Bayaran Balik Tiket Posted: 15 Mar 2014 09:37 PM PDT Acara Batal, Penganjur Buat Bayaran Balik Tiket|Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 akan membuat bayaran balik tiket berikutan pembatalan acara pada hari ketiga festival itu. Polis pada Sabtu mengesahkan seramai enam orang, berumur dari 21 sehingga 28 tahun, maut kerana mengambil dadah berlebihan di konsert pada festival berkenaan. FMFA, menerusi laman Facebooknya berkata, butiran mengenai bayaran balik akan diumumkan dalam tempoh seminggu. Ia berkata, atas kepentingan keselamatan awam, mereka mengikut nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan konsert. “Ini turut membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami hargai semua pihak yang memahami dan akan mengemaskini perkara ini (bayaran balik) secepat mungkin,” katanya. Tiga wanita merupakan antara enam yang maut kerana mengambil dadah berlebihan sewaktu menghadiri konsert FMFA di Stadium Bukit Jalil. Kesemua mereka dikenal pasti sebagai Kamal Zekry Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M. Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. Penganjur turut berkata bahawa laporan polis telah dibuat dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam pemeriksaan dan mengenal pasti punca kejadian malang itu. “Kami mengadakan perjumpaan biasa dengan semua agensi yang terlibat di konsert termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan doktor perubatan dan paramedik yang disahkan di lokasi berhubung kejadian dan acara yang berlaku,” katanya. Bagaimanapun, mengenai butiran mengenai bayaran balik, orang ramai boleh melayari laman web www.futuremusicfestival.asia.-mStar |
6 Mati Ambil Dadah Berlebihan di Konsert FMFA 2014 – Festival Muzik Posted: 15 Mar 2014 11:23 AM PDT 6 Mati Ambil Dadah Berlebihan di Festival Muzik (Konsert FMFA 2014)| Enam orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.
Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ). Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India. Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun. Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital. Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina. Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival. Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini. Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment