ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370
ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370 |
- ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370
- Ariani Lancarkan Koleksi Tudung Siti Nurhaliza
- Nur Fazura Bercium Dan Beraksi Mesra Di KLIA?
- Nazim Othman Sudah Putus Cinta Dengan Bella Dally
ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370 Posted: 27 Mar 2014 11:38 PM PDT Tahniah diucapkan atas keprihatian pihak penganjur ABPBH2013 yang sepatutnya berlangsung pada 6 April ini di Arena AllStars, Genting Highlands. Bukan mudah untuk menangguhkan satu majlis yang sebegini besar, namun sensitiviti yang ditunjukkan adalah sangat bagus terutamanya ketika rakyat Malaysia masih bersedih dengan insiden MH370. Buat masa ini, tarikh dan lokasi baru ABPBH2013 masih lagi belum ditetapkan. Kata pihak penganjur menerusi portal GUA:-
Tahniah diucapkan atas keprihatinan anda. Semoga segala perancangan seterusnya akan berjalan lancar. Apa pun, sama-samalah kita nantikan pengumuman mengenai tarikh dan lokasi baru ABPBH2013. Baca Yang Ini Pulak:- |
Ariani Lancarkan Koleksi Tudung Siti Nurhaliza Posted: 27 Mar 2014 11:27 PM PDT Jenama tudung Ariani sememangnya cukup sinonim dan bukannya satu nama asing di kalangan wanita Muslimah Malaysia. Tudungnya yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan membuatkan Ariani menjadi pilihan ramai. Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri satu majlis ekslusif pelancaran koleksi 2014 Ariani dengan rekaan yang lebih mantap dan menarik. Kini menerusi akaun Instagram Galeri Ariani, “preview sale” untuk koleksi tudung “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” sudah mula dimuatnaik untuk tatapan ramai. Sekali pandang pun Abang Nara dah tahu confirm akan “sold out” macam pisang goreng panas. Abang Nara yakin para peminat Datuk Siti Nurhaliza tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki tudung rekaan beliau. Wife Abang Nara dah mula memujuk minta dibelikan tudung-tudung Siti Nurhaliza ini. Korang pun pasti rasa teruja kan? Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” dengan melayari laman web www.ariani.my sekarang juga. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nur Fazura Bercium Dan Beraksi Mesra Di KLIA? Posted: 27 Mar 2014 07:36 PM PDT Wow. Sukar untuk mempercayai apa yang ditulis di MalaysiaGazette ini mengenai pelakon cantik manis, Nur Fazura. Apa tidaknya, Fazura dikatakan membuat aksi terlampau iaitu bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang dan lentuk kepala di bahu. Aksi ini dilakukan olehnya bersama “rakan baik”nya iaitu Randy Seidman, deejay dari Amerika di KLIA baru-baru ini. Menariknya menurut wartawan MalaysianGazette tersebut, seorang jurugambar bukan sahaja sempat mengambil gambar aksi panas itu tetapi turut merakamnya. Nampaknya bukan sekadar cakap kosong tetapi siap ada bukti. Namun sehingga ke hari ini video tersebut belum dimuatnaik ke mana-mana media sosial untuk tatapan ramai. Mungkin disimpan untuk dijadikan bahan bukti suatu hari nanti. Berikut ialah artikel penuh mengenai aksi seorang wanita persis Nur Fazura itu:-
Buat masa ini, Fazura berada di luar negara dan sudah pasti tidak dapat memberikan komen mengenai dakwaan ini. Sama-samalah kita nantikan respon daripadanya kelak. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nazim Othman Sudah Putus Cinta Dengan Bella Dally Posted: 27 Mar 2014 07:13 PM PDT Yeah~~~~ Berita baik untuk gadis-gadis serta jejaka-jejaka di luar sana yang menaruh hati kepada Nazim Othman dan Bella Dally. Pasangan kekasih ini telah pun putus cinta. Hubungan mereka telah berakhir. Kini mereka sudah kembali “single“. Perpisahan ini telah disahkan oleh Nazim Othman selepas pelakon ini berkongsi beberapa gambar di akaun sosialnya yang membayangkan perkara tersebut. Enggan mengulas panjang lebar mengenai perpisahan ini, Nazim Othman berkata menerusi Mstar Online:-
Namun Abang Nara agak kehairan apabila Bella Dally memaklumkan yang hubungan mereka berdua masih baik. Kata Bella Dally pulak:-
Mungkin Bella Dally masih belum dapat menerima hakikat hubungan percintaannya dengan Nazim Otman sudah berakhir. Tak apalah, nanti tidak lama lagi pasti akan ada pengakuan daripada Bella. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun, inilah masa terbaik untuk anda “masuk line”. Mereka yang sedang remuk hatinya lebih mudah untuk jatuh cinta. Tak gitu? P.S: Cara biarawan Shaolin latih seni pertahankan diri Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment