(18 GAMBAR)Nora Danish Sambut Hari Lahirnya Yang Ke 32
(18 GAMBAR)Nora Danish Sambut Hari Lahirnya Yang Ke 32 |
- (18 GAMBAR)Nora Danish Sambut Hari Lahirnya Yang Ke 32
- Hanez Suraya Pertimbang Buat Laporan Polis Mengenai Laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan
- (39 LAGI GAMBAR)Majlis Pernikahan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana
- (TAHNIAH)Rozita Che Wan Sah Mengandung
- UNIRAZAK Dari Kaca Mata Nur Hidayah
(18 GAMBAR)Nora Danish Sambut Hari Lahirnya Yang Ke 32 Posted: 10 Mar 2014 06:23 AM PDT Pejam celik pejam celik sudah masuk usia 32 tahun rupanya Nora Danish ini. Wajah kecilnya yang comel tak nampak 32 langsung sebaliknya macam 19 tahun. Lebih-lebih lagi bila Nora Danish berlakon pakai baju sekolah. Nampak macam budak Tingkatan 4 pun ada jugak. Apa pun untuk hari jadinya yang ke 32 ini, ada beberapa majlis dan kejutan yang telah diterima oleh Nora Danish. David Teo sendiri telah turun padang di lokasi penggambaran filem lakonan Nora Danish untuk memberikan kek hari jadi kepada pelakon ini. Dan seperti yang dijangka, sambutan hari jadi Nora turut diadakan oleh rakan-rakan rapatnya yang diberi nama Dimorian Crew. Nedim juga turut ada di dalam majlis ini. Apa pun selamat hari jadi yang ke 32 diucapkan kepada Nora Danish. Semoga panjang umur, terus kekal comel dan semakin murah rezeki. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nora Danish.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanez Suraya Pertimbang Buat Laporan Polis Mengenai Laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan Posted: 10 Mar 2014 02:09 AM PDT Kalau anda tidak tahu, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun mencecah lebih 100,000 LIKE. Satu angka yang amat mendadak sekali kenaikannya. Kalau tak silap Abang Nara, angka ini tercapai kurang daripada 48 jam. Menariknya di laman ini banyak gambar-gambar yang tidak pernah dipampangkan di mana-mana media turut dikongsikan oleh pengendalinya. Namun begitu menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya berkata yang dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman Facebook ini. Kata Hanez Suraya:-
Malah Hanez Suraya turut memaklumkan sebahagian gambar yang dikongsi di laman sosial itu tidak ada kaitan dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya. Hmmmm….. Mungkin Hanez terkejut kerana ada paparazi yang berjaya merakamkan gambarnya bersama Romie di Melaka baru-baru ini (gambar di atas) dan seterusnya dimuatnaik ke laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan. Diharap Hanez lebih berhati-hati kerana gerak gerinya kini sememangnya diperhatikan orang ramai. Baca Yang Ini Pulak:- |
(39 LAGI GAMBAR)Majlis Pernikahan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Posted: 10 Mar 2014 01:17 AM PDT Telah pun selamat bergelar suami isteri pada Sabtu lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah detik pertemuan antara Syamsul dan Puteri Sarah Liyana berlaku. Ditanya mengenai perkara itu, Syamsul mengambil langkah untuk tidak berkongsi kisah pertemuan dan percintaan mereka dengan khalayak ramai kerana takut timbul fitnah. Yang penting bagi pengarah hebat ini ialah mereka berdua telah pun selamat diijabkabulkan. Syamsul juga turut melahirkan rasa syukurnya kerana majlis pernikahan berjalan seperti yang dirancang walaupun demam dengginya masih belum pulih. Kata Syamsul Yusof kepada Mstar Online:-
Bagi Abang Nara, yang penting sekarang Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah sah bergelar suami isteri. Benda-benda bagaimana pertemuan dan percintaan berlaku itu semua sudah tidak penting lagi. Yang paling utama sekarang ialah masa depan sebagai suami dan isteri. Masih jauh dan masih banyak ranjau yang perlu ditempuhi oleh mereka berdua. Lebih-lebih lagi dengan keadaan Syamsul yang masih kurang sihat. Apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Mstar Online, MalaysianDigest dan Love Undefined Photography. P.S: Video ahli keluarga MH370 berjaya hubungi handphone tetapi tiada jawapan
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Rozita Che Wan Sah Mengandung Posted: 10 Mar 2014 12:43 AM PDT Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin atas berita gembira ini. Che Ta telah pun berkongsi gambar alat ujian kehamilan di Instagramnya dan ia jelas menunjukkan 2 baris yang mengesahkan pelakon jelita ini sedang mengandung. Pastinya Che Ta teruja untuk hamil sekali lagi setelah sekian lama.
Diharap Che Ta dapat berehat secukupnya sepanjang tempoh kehamilan ini. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar buat Che Ta dan Zain. Apa pun, tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Kredit info Instagram Rozita Che Wan. Baca Yang Ini Pulak:- |
UNIRAZAK Dari Kaca Mata Nur Hidayah Posted: 09 Mar 2014 05:37 PM PDT Bertemu dengan Nur Hidayah Abdullah baru-baru ini membuka mata Abang Nara mengenai salah satu butik university di Malaysia iaitu UNIRAZAK. Banyak perkara menarik mengenai UNIRAZAK yang dikongsikan oleh Hidayah. Berusia 24 tahun dan berasal dari Sabah, Hidayah kini sudah pun mempunyai pekerjaan sebaik sahaja tamat pelajarannya di UNIRAZAK selama 3 tahun dalam bidang Islamic Banking & Finance. Memasuki UNIRAZAK sebaik sahaja tamat STPM, Hidayah menolak tawaran daripada UPM dan UM kerana tertawan dengan persekitaran di universiti yang terletak di Caps Square, Kuala Lumpur ini. Mana tidaknya, dengan jumlah pelajar yang tidak ramai di dalam setiap kelas (sekitar 25 orang), para pensyarah dapat memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada setiap pelajarnya. Tambah menarik, setiap pelajar dan pekerja di UNIRAZAK (guru, admin, kerani dan lain-lain) saling mengenali antara satu sama dan mengambil berat antara sesame sendiri. Sedikit sebanyak kemesraan yang terjalin menghilangkan kerinduan Hidayah pada keluarga asalnya yang nun jauh di Sabah. Keprihatinan pihak UNIRAZAK jelas terserlah apabila Hidayah mengalami kekangan daripada segi kewangan. Iyerlah, tinggal di Kuala Lumpur kesemuanya mahal belaka. Dengan kelulusan daripada pensyarah fakultinya, Hidayah dibenarkan untuk bekerja bersama bahagian Pemasaran UNIRAZAK. Sambil bekerja sambil menimba ilmu terutamanya daripada segi bersosial dengan orang ramai. Hidayah turun padang membantu apabila ada Ekspo Kerjaya. Paling penting, tempoh masa untuk bekerja dihadkan kepada 40 jam sahaja supaya tidak mengganggu tumpuan Hidayah terhadap pelajaran. Walaupun mendapat biasiswa daripada Yayasan Sabah, wang yang diperolehi hasil bekerja dengan UNIRAZAK ini sedikit sebanyak membantu Hidayah menampung kehidupannya sepanjang belajar di UNIRAZAK. Bercerita mengenai pengalamannya belajar di UNIRAZAK, Hidayah memberitahu kelebihan university ini adalah pada pensyarahnya. Mengupas lanjut, kebanyakan pensyarah yang mengajar di UNIRAZAK pernah bekerja atau sedang bekerja di dalam industri. Contohnya salah seorang pensyarah Hidayah merupakan boss bank CIMB. Hasilnya, Hidayah bukan sahaja mendapat teori tetapi juga dapat mengetahui apa yang sebenarnya diperlukan apabila terjun ke dalam bidang pekerjaan kelak. Malah UNIRAZAK juga sering mengatur lawatan ke Bank Negara untuk memastikan para pelajarnya sedikit sebanyak terdedah kepada alam realiti apabila tamat pembelajaran kelak. Menarik bukan? Sambil berbual-bual, Abang Nara dan Hidayah berjalan-jalan melihat kampus UNIRAZAK. Memang selesa, lengkap dengan kemudahan dan paling penting, tidak bising walaupun di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Abang Nara tertarik melihat perpustakaan UNIRAZAK dan makmal komputernya. Pelbagai jenis buku yang ada untuk rujukan para pelajar. Malah computer yang disediakan untuk kegunaan para pelajar pun cukup banyak dan tidak perlu beratur untuk menggunakannya. Ketika berjalan-jalan Abang Nara dapat lihat betapa semangat 1Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri kita jelas terserlah di UNIRAZAK. Hampir kesemua pelajar membuat "study group" yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Rasa terharu diri ini dibuatnya. Apa yang paling mengujakan bagi Abang Nara ialah apabila mendengar statistik 90% graduan UNIRAZAK kesemuanya berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pembelajaran. Rupa-rupanya para pensyarah akan mengaturkan tempat untuk para pelajar mereka melakukan praktikal. Hidayah sendiri pernah melakukan praktikal di Hong Leong Bank selama 3 bulan. Tambah menarik para pensyarah akan menyediakan beberapa tempat praktikal dan terpulang kepada para pelajar untuk memilih tempat yang dirasakan paling sesuai untuk mereka. Senang kata, memang segalanya terancang rapi di UNIRAZAK ini. Bermula daripada belajar sehinggalah melangkah ke alam pekerjaan. Terbaik bukan? UNIRAZAK juga menawarkan biasiswanya sendiri untuk para pelajarnya yang bernilai RM750 sebulan. Andai boleh diputarkan masa, Abang Nara pun teringin nak belajar di UNIRAZAK. Kemudahan yang ada, kemesraan yang terserlah dan kursus-kursus yang ditawarkan memang sangat menarik. Hidayah adalah salah satu contoh pelajar UNIRAZAK yang telah berjaya. Banyak lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Hidayah, namun kalau korang nak tahu lebih, mungkin boleh pergi sendiri OPEN DAY UNIRAZAK yang boleh diketahui tarikh di Facebook UNIRAZAK. Abang Nara berani jamin anda akan berpuas hati dengan penerangan yang akan diberikan. Silap-silap akan terus daftar. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment