16 Poster Rahsia #MH370 Telah Didedahkan!
16 Poster Rahsia #MH370 Telah Didedahkan! |
- 16 Poster Rahsia #MH370 Telah Didedahkan!
- Kebodohan Leman Raja Lawak Sebar Video Palsu #MH370
- Objek Dikesan Radar Militari Cuba Berpatah Balik Adalah MH370 – Najib
- Polis Dilihat Masuk Ke Rumah Kapten Pesawat MH370
- Tumpuan Siasatan Beralih Kepada Anak Kapal Dan Penumpang MH370
16 Poster Rahsia #MH370 Telah Didedahkan! Posted: 15 Mar 2014 02:34 AM PDT 16 Poster Rahsia #MH370 Telah Didedahkan! | Sudah masuk hari kelapan, pesawat #MH370 Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ditemui. Ahli keluarga penumpang MH370 pastinya makin tertekan dan stress, begitu juga dengan orang ramai yang mengikuti perkembangan insiden ini. Tiada apa yang kita dapat lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa kepadaNya agar dipermudahkan jalan untuk mencari pesawat #MH370 serta mengharapkan para penumpang dan anak kapal masih hidup. Juga berharap orang ramai tidak berputus asa dan terus memberikan sokongan kepada ahli keluarga, pasukan Search and Rescue (SAR). Ehsan dari blogger pro kerajaan, poster-poster dibawah mengandungi kata-kata semangat dan juga penjelasan ringkas & padat menjawab segala tohmahan pihak-pihak yang hanya pandai menunding jari pada Kerajaan Malaysia dalam usaha menangani insiden ini. Jom Kita Lihat Poster Kata Kata Semangat dalam Pencarian #MH370 |
Kebodohan Leman Raja Lawak Sebar Video Palsu #MH370 Posted: 15 Mar 2014 02:15 AM PDT Kebodohan Leman Raja Lawak Sebar Video Palsu #MH370 | APABILA sesuatu isu timbul, ramai pakar tidak bertauliah akan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Insiden kehilangan pesawat MH370 juga tidak terkecuali. Semakin ramai 'penganalisis, penyiasat dan pakar penerbangan' tampil memberikan teori serta pendedahan maklumat yang tidak tepat malah mengelirukan. Tidak kurang juga ramai yang mahukan publisiti murahan. Satu video yang diupload oleh Facebok Leman Raja Lawak kononnya mendedahkan propaganda yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan rakyat. Video tersebut menunjukkan perjalanan radar pesawat MH370 yang dikatakan tidak terhempas seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh pihak berkuasa. Post by Leman Raja Lawak. Namun, ramai pengguna media sosial yang menyedari maklumat palsu yang disebarkan Leman Raja Lawak menerangkan bahawa pesawat dalam video itu bukanlah pesawat MH370 yang hilang. Sebaliknya, nombor pendaftaran pesawat di dalam video itu adalah 9M-MRQ manakala nombor pesawat yang hilang ialah 9M-MR0. Tambahan lagi, MH370 sebenarnya adalah nama bagi laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing. Tidak cukup dengan itu, ramai pengguna media sosial mengutuk maklumat palsu yang disebarkan Leman Raja Lawak. Tidak kurang juga yang turut memaki hamun Facebook Leman Raja Lawak dengan panggilan seperti bodoh, bangang dan penyebar fitnah. Walaubagaimanapun, video itu telah menjadi viral dengan lebih "3000 Shares". Jumlah itu pasti membuatkan ramai menerima maklumat yang salah di laman media sosial. Seperti komen di dalam video itu. "Klo dr leman raja lawak… His credibility is just at rajalawak… Conpare dgn APMM, DCA, menteri.. And skrg 12 negara dh bersm menolong… Xkan leman rajalawak nyr sumber lg hebat dr 12 negara nie" Mungkin menyedari respon negatif yang diterima, 'caption' pada video itu ditukar daripada bentuk tuduhan kepada pertanyaan seperti gambar dibawah. Baca lagi beberapa komen pengguna Facebok: Sumber: Tengok TV Online |
Objek Dikesan Radar Militari Cuba Berpatah Balik Adalah MH370 – Najib Posted: 15 Mar 2014 01:46 AM PDT Objek Dikesan Radar Militari Cuba Berpatah Balik Adalah MH370 – Najib | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan objek tidak dikenal pasti yang dikesan cuba berpatah balik ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut oleh radar militari adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau berkata, menurut data terbaharu, komunkasi terakhir di antara pesawat tersebut dengan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi Sabtu lalu. “Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar militari, pesawat tersebut disahkan sebagai MH370,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang pada Sabtu. Menurut Najib, berdasarkan maklumat tersebut, komunikasi pesawat dimatikan secara sengaja sebaik pesawat MH370 memasuki ruang udara Pantai Timur Malaysia. “Transponder dimatikan semasa pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam,” katanya. Justeru, hasil maklumat terbaharu ini, Najib berkata, operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut di Laut China Selatan dihentikan. “Pencarian MH370 kini bertumpu di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi,” katanya. Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat segala kemungkinan. “Kami masih menyiasat semua kemungkinan sehingga apa yang menyebabkan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya,” katanya. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. |
Polis Dilihat Masuk Ke Rumah Kapten Pesawat MH370 Posted: 15 Mar 2014 01:43 AM PDT Polis Dilihat Masuk Ke Rumah Kapten Pesawat MH370 | Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang Sabtu selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu. Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.
Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan. Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu. Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media Ahad.
|
Tumpuan Siasatan Beralih Kepada Anak Kapal Dan Penumpang MH370 Posted: 15 Mar 2014 01:39 AM PDT Tumpuan Siasatan Beralih Kepada Anak Kapal Dan Penumpang MH370 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, pihak berkuasa telah mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat itu. Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan, sebab kenapa penerbangan MH370 itu menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing, selepas disahkan bahawa pesawat yang dilihat dalam data radar utama ialah MH370.
Najib juga telah mengarahkan Kementerian Luar supaya memberikan penerangan penuh kepada kerajaan-kerajaan asing yang mempunyai penumpang di dalam pesawat berkenaan. Najib juga mengarahkan pihak berkuasa Malaysia supaya berkongsi semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasatan yang lebih besar, negara-negara jiran dan rakan antarabangsa yang menyertai operasi bersama itu. Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu. Beliau berkata walaupun begitu hangat spekulasi yang disebarkan, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab terhadap penyiasatan yang dilakukan dan keluarga terlibat, untuk hanya mengeluarkan maklumat yang telah dipersetujui dan disahkan bersama.
Beliau menambah kata Malaysia Airlines telah memberitahu kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tentang perkembangan baharu ini pagi tadi.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment